The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR PERAHU KARYA HAMZAH FANSURI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juhanafarhana5657, 2022-03-19 15:59:44

MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR PERAHU KARYA HAMZAH FANSURI

MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR PERAHU KARYA HAMZAH FANSURI

Rangkap 32

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,

cambuknya banyak tiada terbilang

Manifestasi akal budi :
Malaikat yang menyeksa roh apabila sampai di alam
kubur. Roh akan disambut oleh malaikat kubur iaitu
Munkar wa Nakir dengan suara keras serta
membawa tongkat panjang dan cambuk yang
menakutkan.

Rangkap 33

Kenali dirimu hai anak Adam !
Tatkala di dunia terangnya alam
Sekarang dikubur tempat mukelak,
Tiada berbeda siang dan malam.

Manifestasi akal budi :
Penulis memerincikan keadaan di alam kubur
yang sunyi, sepi dan gelap gelita. Jika di dunia
mengalami dua keadaan iaitu siang dan
malam maka ketika di alam kubur hanya akan
ada gelap serta tidak ada perbezaan antara
siang dan malam.

Rangkap 34

Kenali dirimu, hai anak adam!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

Manifestasi akal budi :
Keadaan manusia ketika di alam kubur sangat
buruk kerana hanya terbujur kaku disebalik papan,
dingin dan kegelapan. Tidak ada seorang pun yang
dapat menemani manusia di alam kubur dan
hanyalah sendirian.

Rangkap 35

LILA itu firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

Manifestasi akal budi :
Kalimah syahadah ialah kalam Allah dan sesiapa yang
mengamalkan kalimah itu di dalam hati maka hanya kepada
Allah dia meminta pertolongan kerana pada masa dulu
sehingga sekarang banyak manusia yang meminta
pertolongan selain Allah. Selain itu, iman itu sebenarnya
terletak di setiap hati yang insaf dan beriman kerana iman
tidak boleh dinampakkan dan jangan sampai dunia
menjadikan kita lalai dalam mengingat Allah.

Rangkap 36

LILA itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,

lenyapkan ke sana sekalian kita.

Manifestasi akal budi :
Rangkap ini memberikan nasihat rohani iaitu
kegunaan dan fungsi kalimah syahadah sangat besar
dan penting dalam kehidupan sehingga mampu
memandang hal-hal ghaib. Namun jika manusia
salah dalam memandangnya maka ia akan binasa.

Rangkap 37

LILA itu jangan kau permudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan LILA

Manifestasi akal budi :
Manusia tidak seharusnya menganggap remeh atau
memandang rendah dalam beriman kepada Allah
kerana tiada tempat lain yang dapat dituju oleh
manusia kecuali akhirat. Oleh itu, tetaplah
berpegang teguh pada kalimah syahadah kerana
makhluk iaitu manusia yang benar-benar beriman
akan bersama dengan Allah di akhirat kelak.

Rangkap 38

LILA itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan

Manifestasi akal budi :
Manusia tidak seharusnya melalaikan perintah Allah
dan terus berzikir, mengingati Allah dan menjalankan
ibadah siang dan malam. Ibadah adalah suatu
keperluan seperti yang diperintahkan Allah dan
disampaikan oleh rasulnya kerana seperti dalam
sebuah pepatah yang mengatakan ibadah tanpa ilmu
adalah sia-sia, dan ilmu tanpa ibadah tidak ada
gunanya.

Rangkap 39

LILA itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

Manifestasi akal budi :
Syahadah merupakan kalimah yang kuat kerana
mampu menenangkan jiwa dan mampu
memadamkan api kemarahan dan emosi.
Disebabkan itu, banyak godaan jin dan syaitan
akan menyerang jiwa-jiwa yang berpegang teguh
kepada imannya. Oleh itu, manusia hendaklah
benar-benar beriman kepada Allah.

Rangkap 40

LILA itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

Manifestasi akal budi :
Kalimah syahadah ialah kalimah yang terakhir diucapkan
sebelum manusia meninggal dan kata makrifah selalu
digandingkan dengan kata-kata tauhid. Hal ini kerana,
setiap hamba yang bertauhid dengan benar, maka pada
puncaknya ia akan berada pada sebuah makam yang
tertinggi iaitu makrifah. Makrifat ialah seseorang hamba
yang benar-benar mengenal Allah dan mampu
merasakan bahawa Allah selalu berada di sisinya.

Rangkap 41

LILA itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

Manifestasi akal budi :
Rangkap ini menjelaskan bahawa Allah satu-satunya
tempat manusia mencari jawapan dan pertolongan
dan doa manusia akan didengari oleh Allah.

Rangkap 42

LILA itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,

pertemuan Tuhan terlalu susah.

Manifestasi akal budi :
Kalimah syahadah adalah tempat umat muslim bersaksi
akan keteguhan hatinya untuk mengikuti perintah Tuhan,
beriman kepada Tuhan dan percaya kepada Rasul Tuhan
kerana kalimah tersebut menjadikan jalan untuk kehidupan
di alam akhirat akan selamat dan bahagia kerana dijamin
masuk ke dalam syurga.

Penutup

Kesimpulannya, jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu dalam
masyarakat Melayu telah lama wujud bersama-sama bangsa Melayu.
Selain itu, kewujudan sastera Melayu menunjukkan segala yang
digambarkan dengan cukup menarik dan keindahan yang terletak
pada gaya bahasa. Melalui cerita-cerita teladan kita dapat melihat
kesinambungan budaya masa lalu dengan masa kini. Seterusnya,
perkembangan budaya tahap demi tahap membentuk peradaban
atau tamadun manusia dari satu zaman ke zaman seterusnya. Fungsi
sastera Melayu mewujudkan pemikiran yang bijaksana sentiasa
memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai untuk
kesempurnaan hidup. Izharlah , pemikiran dimaksudkan itu masih
kekal utuh dan murni walaupun diletakkan dalam mana-mana
zaman yang sering berubah.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version