MPU21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
SESI II 2021/2022
JAMBATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KELAS:DKM5A
TAJUK : CABARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA KEBANGSAAN DI MALAYSIA PADA
MASA KINI
NAMA NO.PENDAFTARAN
AMARDURIN BIN BASAR (08DKM19F2022)
MUHAMMAD AFIQ DANIEL BIN ABDULLAH (08DKM19F2029)
MUHAMMAD NOOR ARIF BIN MOHD SAAD (08DKM19F2021)
(08DKM18F1200)
MEGAT HAIKAL BIN MOHD ALFIAN
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
-Perakuan Pelajar
-Penghargaan
-Pengenalan
-Isu Dan Cabaran Bahasa Melayu
Pada Masa Kini
-Cara Penyelesaian Bagi Isu Dan Cabaran
Bahasa Melayu Pada Masa Kini
-Kesimpulan
-Rujukan
PERAKUAN PELAJAR
“Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali
nukilan yang setiap satunya kami jelaskan sumbernya”
1.Tandatangan : Amar
Nama : AMARUDIN BIN BASAR
No.Pendaftaran : (08DKM19F2022)
2.Tandatangan : Afiq
Nama :MUHAMMAD AFIQ DANIEL BIN ABDULLAH
No.Pendaftaran : (08DKM19F2029)
3.Tandatangan : Noor Arif
Nama :MUHAMMAD NOOR ARIF BIN MOHD SAAD
No.Pendaftaran : (08DKM19F2021)
4.Tandatangan : Megat
Nama :MEGAT HAIKAL BIN MOHD ALFIAN
No.Pendaftaran : (08DKM18F1200)
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menghasihani,segala
puji-pujian hanya bagi Allah SWT Tuan Sekalian Alam.Selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Syukur Alhamdulillah,dengan
keizinan dan limpah kurnia Allah SWT akhirnya projek ini dapat
disempurnakan dengan jayanya.Semoga segala usaha yang dijalankan
diberkati dan dirahmati-Nya.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada
pensyarah kursus MPU21032 iaitu Tuan Safwan Abdullah diatas kesudian
memberi pandangan,bimbingan,panduan,tunjuk ajar dan juga memberi
bahan rujukan bagi menyiapkan kajian yang dijalankan.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa yang
sentiasa memberi dorongan dan galakkan untuk menyiapkan projek
ini.Ternyata sokongan daripada mereka membuatkan kami lebih bersemangat
untuk menyiapkan projek ini walaupun pada mulanya agak susah bagi kami.
Seterusnya,penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan yang lain telah
banyak membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan ini.Penukaran
maklumat dan perbincangan sama ada secara formal ataupun tidak formal
juga ternyata memberi kemudahan kepada kami untuk menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.
Pengenalan
SEJARAH TENTANG BAHASA MELAYU
Pada era kemerdekaan Malaysia,Tunku Abdul Rahman (Perdana
Menteri Pertama) memperkenalkan istilah “Bahasa Malaysia” sebagai nama
untuk Bahasa Kebangsaan Malaysia kerana terpengaruh dengan negara
jiran Indonesia.Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara
meluas.Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh
YAB Tunku Abdul Rahman tetapi timbul secara spontan selepas tragedi 13
Mei 1969.Hal ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut.Pada
masa itu,wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa
Malaysia.Namun,Perlembagaan Malaysia tidak berubah.
Pada tahun 1986,istilah “Bahasa Malaysia”ditukar kepada “Bahasa
Melayu”.Penukaran ini dibuat selaras dengan apa yang termaktub dalam
Perkara 152 Perlembangaan Persekutuan Malaysia,iaitu “Bahasa
Kebangsaan ialah Bahasa Melayu”.
Pada 4 Jun 2007, Kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk
menukarkan penggunaan “Bahasa Melayu” kepada “Bahasa Malaysia”
kerana ingin menanamkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan
rakyat(tetapi tidak berhasil).Kabinet mengarahkan semua
kementerian,university dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan
jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah “Bahasa
Malaysia”dalam surat-menyurat,notis dan dokumen.
CABARAN MASA KINI UNTUK MENERAPKAN BAHASA
MELAYU
CABARAN BAHASA MELAYU DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT
Bidang teknologi maklumat amat penting pada zaman ini. Oleh itu,
Malaysia telah menerima impak yang besar terutama dari segi penggunaan
bahasa teknologi maklumat. Memang tidak dinafikan bahawa bahasa
teknologi maklumat yang utama ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini akan
memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi
maklumat. Sehubungan dengan itu, bahasa teknologi maklumat dalam bahasa
Melayu perlu kami belajar agar perbendaharaan kata berkenaan teknologi
dapat diperkaya. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua selain bahasa ibunda.Contohnya, Korea Selatan dan Jepun merupakan
negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap
mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari.
Negara Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
juga mampu menghadapi cabaran ini dengan memajukan teknologi maklumat
dalam arus pembangunan negara tanpa mengabaikan bahasa Melayu seperti
Jepun yang maju dalam teknologi maklumat.
SIKAP PENUTUR BAHASA MENCABAR KEDUDUKAN BAHASA
MELAYU
Pada zaman ini, kepentingan dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai
bahasa antarabangsa telah menjadi hakikat. Jadi, terdapat masyarakat yang
tidak menitik beratkan bahasa kebangsaan menyebabkan kedaulatan bahasa
Melayu tercabar. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa
Inggeris sejak kecil lagi menyebabkan mereka lebih lancar bercakap bahasa
Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak biasa menggunakan bahasa Melayu
telah membentuk satu sikap tidak ‘kisah’ terhadap bahasa ibunda. Contohnya,
apabila mereka disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka
bertutur dalam bahasa Inggeris.
KEWUJUDAN 'BAHASA ROJAK' DALAM PENGGUNAAN
BAHASA MELAYU
Keindahan Bahasa Melayu telah musnah Bahasa rojak juga boleh
akibat pengaruh-pengaruh luar seperti dikatakan sebagai “kerancuan
pengaruh media elektronik kini telah bahasa” iaitu penggunaan merosakkan
penggunaan bahasa Melayu dari bahasa yang tidak mengikut segi
pertuturan,ayat, istilah dan bahasa. peraturannya atau tatabahasa Kerosakan
penggunaan bahasa Melayu yang akibat pengaruh bahasa asing paling teruk
jelas ditunjukkan oleh golongan yang tidak diterima secara remaja. Pada abad
ke-21, sudah menjadi satu umum dan formal seperti dari ikutan kepada
golongan remaja dalam segi sintaksis, morfologi, penggunaan bahasa Melayu
terutamanya fonologi, kosa kata, istilah dan “bahasa rojak”. Keadaan ini akan
membawa sebagainya. kesan yang serius terhadap kedaulatan bahasa Melayu
jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu akan
musnah.
PERSAINGAN DENGAN BAHASA INGGERIS
Arus globalisasi yang melanda dunia meninggalkan impak yang besar
yang memungkinkan bahasa inggeris terus berkembang sebagai bahasa yang
penting di kebanyakan negara. Peningkatan penggunaan bahasa inggeris
sebagai bahasa kedua atau ketiga meninggalkan kesan kepada sistem
pendidikan di negara-negara dan antara bidang yang terkesan ialah bahasa.
Globalisasi dianggap sebagai pembunuh bahasa ibunda kerana hampir semua
maklumat yang diperoleh daripada internet terdapat dalam bahasa inggeris.
Bahasa inggeris yang dianggap sebagai lingua franca dunia moden pada hari
terus disanjung dan dimartabatkan sebagai bahasa penting dalam kehidupan
harian. Ada juga yang tanpa segan silu menganggap dan menerima bahasa
inggeris sebagai bahasa ibunda hanya kerana mereka bertutur dalam bahasa
inggeris.Mereka seolah-olah enggan dan malu untuk bertutur dalam bahasa
melayu dan berusaha untuk menjauhkan diri daripada bahasa melayu, yakni
bahasa ibunda mereka sendir. Ada juga yang tidak mampu berbahasa inggeris
dengan baik tetapi berusaha untuk menggunakannya walaupun mereka
mempunyai pilihan untuk menggunakan bahasa melayu. Bak kata pepatah,
lebih sudu daripada kuah.
KEMAMPUAN GURU MENGAJAR BAHASA MELAYU
Dalam bidang pengajaran bahasa Melayu, aspek tatabahasa merupakan
salah satu unsur penting. Aspek ini perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid
untuk membolehkannya menguasai bahasa dengan cekap. Pengajaran ialah
satu usaha ke arah mempertingkatkan dan memperkembangan
potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu.
Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan
dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan
kemajuan dalam kehidupannya. Untuk mencapai hasrat itu, guru
memainkan peranan penting. Seseorang guru harus merancang, melaksanakan,
dan membuat penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran agar menepati
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Jacqueline (2008),
tatabahasa perlu diajar kepada murid kerana dapat membantu
seseorang murid itu membentuk frasa atau ayat sendiri. Manakala Rahman
(2005) pula mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang
menjadi ayat. Cara perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang
juga mempunyai makna. Di samping itu, guru mesti mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka agar potensi murid dapat diperkembang semaksimum
yang mungkin (Shukri, 2007). Kejayaan sesuatu pengajaran bahasa banyak
bergantung pada peranan yang dimainkan oleh guru.
PENGARUH DIALEK
Setiap bahasa mempunyai dialeknya tersendiri termasuk bahasa melayu.
Dialek yang digunakan mengikut kawasan seperti dialek Kelantan, Terengganu,
Kedah, Perak dan sebagainya. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), dialek
yang digunakan ditentukan oleh faktor geografi dan faktor sosial. Faktor
geografi ini dipanggil dialek daerah atau loghat daerah. Masyarakat Melayu
sering menggunakan dialek mereka tidak kira dalam situasi tidak rasmi dalam
perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian. Malahan penggunaan
dialek juga turut berlaku di sekolah sama ada kalangan pelajar mahupun
warga pendidik. Kesannya, para pelajar menjadi keliru antara dialek daerah dan
bahasa baku Melayu seterusnya dialek tersebut akan digunakan dalan
peperiksaan besar yang akan memberikan markah yang rendah atas sebab
menggunakan dialek daerah. Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu untuk
memahami dialek daerah yang digunakan oleh warga pendidik. Oleh itu,
penggunaan dialek ini perlulah digunakan dalam konteks yang sesuai
kerana tidak semua pendengar dapat memahami dialek yang diujarkan
oleh penutur.
CARA PENYELESAIAN BAGI ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU PADA
MASA KINI
1. Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan dan dimertabatkan sebagai bahasa
menjadi bahasa yang sering dilafazkan dalam kehidupan.
2. Gunakan Bahasa Melayu ke arah yang dapat dipandang sebagai Bahasa
yang boleh dipandang dan maju ke peringkat yang lebih tinggi
3. Guru harus lebih kreatif untuk cipta idea bagi memantapkan Bahasa Melayu
pada pelajar dari segi mendengar , bertutur , membaca , menulis dan
sebagainya.
4. Memanfaatkan teknologi sebaiknya dalam mendorong memajukan Bahasa
Melayu dengan lebih kreatif , efektif dan inovatif demi mencetuskan impak
baik untuk masyarakat dan negara.
5. Ibu bapa seharusnya menjadi teladan utama untuk dicontohi anak-anak dari
kecil dengan elakkan mengunakan “BAHASA ROJAK’ dan mengunakan Bahasa
Melayu dengan sebetulnya.
6. Harus bijak mengunakan bahasa dalam pergaulan agar masing-masing
dapat beradaptasi dengan mengunakan bahasa dengan betul.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya , langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlu
segera dilaksanakan bagi memartabakan Bahasa melayu. Hal ini kerana ,
Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan. Perkara ini perlu disedari dan
diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan Bahasa Melayu tidak perlu
lagi dipertikaikan dan dinafikan kerana bahasa ini mampu menyatupadukan
seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ini merupakan
satu faedah besar bagi negara dan rakyat. Seharusnya kita sebagai rakyat atau
insan yang dilahirkan di Malaysia perlu mempertahankan dan mendaulatkan
Bahasa Kebangsaan kita. Jika bukan sekarang, masa depan generasi akan
datang akan ketinggalan dan negara kita mudah mampu dijajah oleh
negara-negara barat yang mengunakan bahasa lain. Justru , kita seharus
sebagai rakyat bersatu hati dan teguh demi warisan kita. “SATU UNTUK
SEMUA , SEMUA UNTUK SATU” .
BAHAN RUJUKAN
* https;//ms.m.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Malaysia
* https;//www.scribd.com/doc/297097772/pengaruh-dialek
* http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran-bahasa-melayu.html
*https://www.scribd.com/document/154255032/Langkah-Menangani-Isu-Bah
asa-Rojak
*https://www.scribd.com/doc/246113389/Isu-dan-Cabaran-Bahasa-Melayu-M
asa-Kini-docx
*https://www.slideshare.net/nazarinanawawi/cabaran-bahasa-melayu-terhada
p-gelombang-kebangkitan-bahasa-inggeris
*https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/07/05/cabaran-memartabatkan-b
ahasa-melayu-sebagai-bahasa-ibunda-penutur-asli-bahasa-melayu/