INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB 1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU– TUGASAN 1
Nama : Syasya Binti Shafiee
No. K/P : 030116050198
Angka Giliran :2021242310263
Program : Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP)
Ambilan : Tahun 2021
Unit : X11
Nama Pensyarah : Shamsudin Bin Abu Bakar
Tarikh Hantar : 14 Mac 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: : SYASYA Tarikh : 14 Mac 2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar: SYASYA Tarikh : 14 Mac 2022
i
SOALAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: 2022
Program : PPISMP Nama Pelajar:
Semester/Tahun:
Kod : BMMB1104 Ambilan SEMESTER II / TAHUN 2022
JUN 2021
Nama Kursus : KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN :
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
X9, X10 DAN X11.
:
TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR
PENGHASILAN PRODUK 22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; 14 MAC 2022 08 APRIL 2022
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit)
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi
dalam puisi tradisional. (C2, HPP1)
2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu,
kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)
3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3,
HPP2, HPP5, KKG1, KIK2 )
Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.
Objektif Pentaksiran Berterusan:
Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta
manifestasi akal budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-
book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
ii
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan
kumpulan.
TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya
yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan
gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book
dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta
memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan
sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing- masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
iii
PENGHARGAAN
Alhamdullillah, bersyukur kepada Ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk
menuntut ilmu supaya saya dapat memanfaatkan ilmu ini dalam pembelajaran. Saya harap
dengan ilmu yang saya pelajari ini dapat berkekalan dan memberi menfaat kepada saya dan
orang lain. Hasil daripada usaha dan bantuan dari pensyarah serta rakan-rakan, saya telah
berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Saya, Syasya Binti Shafiee ingin mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya
melakukan kerja kursus ini sebagai bahan ilmu yang baru untuk saya pelajari. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya kerana mencari buku yang sesuai kepada
saya untuk saya mencari bahan-bahan bagi melengkapkan kerja kursus ini. Saya juga
bersyukur atas tunjuk ajar pensyarah saya iaitu Encik Shamsudin Bin Abu Bakar kerana
membantu saya dalam menerangkan mengenai kerja kursus supaya saya dapat memahami
setiap arahan yang disampaikan dengan baik. Tanpa mereka ini, saya tidak mampu
melakukan kerja kursus ini dengan baik dan cemerlang.
Akhir kata daripada saya, semoga saya dapat perbaiki lebih banyak lagi mengena cara
penulisan kerja kursus ini dan saya dapat memahami konsep-konsep yang saya pelajari.
Semoga segala ilmu yang dikongsi ini dapat menjadi manfaat buat saya sehinggalah saya
berjaya menjadi seorang guru yang cemerlang dan berilmu pengetahuan.
iv
Isi Kandungan:
SOALAN ................................................................................................................................................... ii
PENGHARGAAN...................................................................................................................................... iv
1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 1
2.0 KONSEP KESUSATERAAN MELAYU .................................................................................................... 1
2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU................................................................................................ 1
2.2 JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU ............................................................................ 2
2.3 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU ............................................................................................. 2
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU................................................................................................... 2
3.1 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM HIBURAN.................................................................. 3
3.2 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN............................................................. 3
3.3 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM DAKWAH.................................................................. 3
3.4 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM KRITIKAN SOSIAL...................................................... 4
4.0 MANIFESTASIKAN AKAL BUDI ........................................................................................................... 4
4.1 PANTUN ........................................................................................................................................ 4
4.2 SYAIR ............................................................................................................................................. 5
4.3 SELOKA .......................................................................................................................................... 6
4.4 GURINDAM.................................................................................................................................... 8
5.0 KESIMPULAN ..................................................................................................................................... 9
RUJUKAN ............................................................................................................................................... 10
v
1.0 PENGENALAN
Tanah Melayu dahulunya terkenal dengan karya-karya kesusasteraan yang menambat
hati para pembaca dan pendengar. Hal ini demikian kerana penggunaan kata-kata yang indah
dan mampu menarik masyarakat untuk membacanya. Kesusasteraan ini merupakan salah
satu ilmu asas pengetahuan yang perlu dipelajari oleh setiap masyarakat kerana ilmu
kesusasteraan ini antara salah satu khazanah orang Melayu kita. Begitu rugi, jikalau
masyarakat tidak mengambil peluang untuk mengenali sendiri budaya dan sejarah sastera-
sastera Melayu ini. Hal ini demikian kerana kita juga mengetahui bahawa karya-karya sastera
ini juga merupakan sebahagian daripada usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Hal
ini membuatkan kita tertanya-tertanya, bagaimanakan hasil karya ini mampu mempengaruhi
pemikiran seseorang itu sehinggakan hasil-hasil karya ini menjadi bahan bukti sejarah. Oleh
yang demikian, sebagai rakyat Malaysia perlulah mengambil peluang untuk mempelajari dan
mengetahui mengenai kesusasteraan Melayu yang merupakan lambang jati diri dalam diri
individu itu sendiri.
2.0 KONSEP KESUSATERAAN MELAYU
2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan merupakan seni yang dibentuk melalui bahasa yang wujud di muka
bumi ini. Dalam hal ini, negara Malaysia terkenal dengan sejarah bahasa Melayu iaitu bahasa
ibunda masyarakat Malaysia itu sendiri. Menurut Haji Muhammad Salleh, sesuatu penulisan
yang melibatkan perantaraan bahasa dan alatan-alatan yang datang bersama dan bukan
dihasilkan dalan laporan atau esei ini merupakan salah satu karya yang berbentuk cereka.
Sehubungan dengan itu, perkataan sastera dalam bahasa Sanskrit ini dikenali sebagai castra
(syastra) yang bermaksud kitab suci, karya atau karangan, huruf dan buku. Manakala, istilah
“su” pula bermaksud lebih berfaedah, indah dan baik. Oleh yang demikian, susastera ini
adalah perkataan yang ditakrifkan sebagai persuratan secara umumnya dan merupakan seni
sastera atau seni bahasa. Tambahan pula perkataan apitan yang terdapat pada
kesusasteraan iaitu apitan “ke-…an” ini memberi maksud yang berkait dengan sifat kesenian
iaitu bersifat halus, indah, dan kata-kata suci. Oleh itu, sastera ini merupakan satu karya
penulisan yang mempunyai seninya yang unik dan mengandungi pelbagai unsur serta
nasihat-nasihat yang diguna pakai oleh masyarakat Tanah Melayu itu sendiri (Hasri Rajali,
2013).
1
2.2 JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan Melayu yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu bukan sahaja
mempunyai satu jenis tetapi terdiri daripada pelbagai jenis dan bentuk mengikut kesesuaian
isi yang ingin disampaikan. Dalam konteks ini, jenis kesusasteraan Melayu terbahagi kepada
tiga jenis yang mengikut bentuk dan tujuan karya tersebut. Antara jenis dan bentuk
kesusasteraan tersebut adalah kesusasteraan Melayu tradisional, kesusasteraan Melayu
klasik, dan kesusasteraan Melayu moden. Justeru, kesusasteraan Melayu klasik mempunyai
bentuk penulisannya yang lebih kepada keaslian dan dipengaruhi dengan unsur-unsur agama
(Rahman & Ahmad, 2017). Manakala, bagi kesusasteraan Melayu tradisional ini terbahagi
kepada dua iaitu prosa dan puisi yang terdiri daripada bentuk naratif serta bukan naratif.
Tambahan pula, bagi kesusasteraan Melayu moden ini dapat dilihat dalam bentuk novel,
cerpen, drama dan sajak. Pendek kata, kesusasteraan Melayu ini mempunyai pelbagai jenis
dan bentuk yang memaparkan kebudayaan orang Melayu itu sendiri.
2.3 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan Melayu yang dihasilkan ini bukan semuanya mempunyai ciri-ciri yang
sama bahkan kesusasteraan ini terdiri daripada pelbagai ciri yang mengikut peredaran
zaman. Dalam hal ini, sastera Melayu tradisional ini lebih bersifatkan kolektid atau hak milik
bersama. Hal ini demikian kerana, kebanyakan sastera tradisional ini tidak diketahui
pengarangnya kerana karya-karya disampaikan secara lisan kepada generasi-generasi
seterunsya. Walaubagaimanapun,bagi sastera Melayu moden ini cirinya agak berbeza
dengan sastera Melayu tradisional. Hal ini demikian kerana, sastera Melayu moden ini mula
berkembang dalam bentuk tulisan kerana terdapatnya mesin cetak ketika itu. Oleh yang
demikian, sastera Melayu moden yang ditulis ini mempunyai pengarangnya dan mempunyai
sistem hak cipta terpelihara. Kesimpulannya, ciri-ciri sastera ini dipengaruhi oleh peredaran
zaman yang semakin hari semakin menuju ke arah pembangunan yang maju (Kausar Zakaria,
Noor Daud, 2020) .
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
2
3.1 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM HIBURAN
Kesusasteraan Melayu yang dihasilkan oleh orang-orang Melayu bukan semata-mata
untuk menentang penjajah seperti yang kita fikirkan ketika mempelajari sejarah. Malah,
sastera ini juga dianggap sebagai bahan hiburan kepada masyarakat Tanah Melayu ketika
dahulu. Hal ini kerana ktia ketahui bahawa zaman sekarang jika ingin memiliki hiburan, remaja
akan karaoke, menonton panggung wayang dan sebagainya.Tetapi, masyarakat Melayu
ketika dahulu menggunakan sastera untuk menghiburkan hati kerana hasil sastera hiburan ini
akan bermain dalam jiwa pembaca. Masyarakat ketika itu menganggap bahawa sastera
berbentuk hiburan ini boleh menghilangkan rasa penat dan sedih dalam diri mereka, bahkan
memberikan nilai-nilai yang positif terutamanya kepada kanak-kanak. Contohnya, karya
sastera yang terkenal dengan kandungan hiburan adalah kisah Pak Pandir, Lebai Malang dan
sebagainya. Jelaslah bahawa hiburan dalam bentuk sastera ini memberi pengajaran buat
pembaca dan pendengar yang menekankan nilai-nilai positif dalam hidup (Santosa, 2018)
3.2 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN
Selain itu, kesusasteraan Melayu juga dihasilkan bertujuan untuk mengembangkan
pendidikan kepada masyarakat Melayu terutamanya orang Melayu yang ketika itu ditindas
oleh penjajah. Oleh yang demikian, untuk meningkatkan pendidikan dikalangan orang Melayu,
terhasilah karya-karya sastera yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan orang Melayu ke
arah kemajuan. Hasil sastera-sastera yang kreatif akan memberikan pengajaran dan nilai
yang baik kepada pembaca ketika membaca karya-karya sastera tersebut (Sukirman, 2021).
Kesannya, pembaca dapat mernenung. berfikir dan membuat refleksi tentang situasi dirinya
dengan cerita-cerita yang disampaikan. Sebagai contoh cerita Batu Belah Batu Bertangkup,
Bawang Putih Bawang Merah, Walinong Sari dan sebagainya yang banyak memberi
pengajaran dan didikan kepada masyarakat. Kesannya, karya- karya sastera ini juga
ditekankan untuk menyedarkan rakyat mengenai kemerdekaan. Impaknya, masyarakat
Melayu mula sedar pentingnya ilmu dan kesedaran untuk mencapai kemerdekaan ketika itu
(Salmah Ayob, 1981). Jelaslah bahawa, sastera ini turut memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan.
3.3 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM DAKWAH
Di samping itu, sastera Melayu ini juga berkembang sebagai fungsi menyampaikan
dakwah. Dalam hal ini, sastera tradisional yang bersifat lisan dan mula disampaikan dalam
3
bentuk jampi mantera, pantun, dan lipur lara. Manakala, bentuk gurindam dan seloka telah
didatangani oleh Ramayana dan Mahabharata. Kemudian, munculah syair, risalah, hikayat,
sastera kanun dan tasawuf apabila datangnya Islam di Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan
karya sastera yang dahulunya berbentuk khurafat dan tahyul telah diperbetulkan dan
disucikan apabila munculnya agama Islam. Walaubagaimanapun, karya sastera berbentuk
dakwah ini bertujuan untuk menguatkan akidah, meluruskan syariat, dan meninggikan akhlak
dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, ‘Syair Perahu’ dan ‘Syair Burung Pingai’ yang
dihasilkan oleh Hamzah Fansuri yang mengandungi isi-isi dakwah untuk masyarakat.
Kebanyakkan sastera dalam bentuk dakwah ini ditulis di dalam aksara-aksara jawi. Oleh itu,
sastera ini juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah untuk membentuk
peribadi akhlak manusia itu sendiri (Amir, 2020).
3.4 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM KRITIKAN SOSIAL
Akhir sekali adalah fungsi sastera ini juga digunakan sebagai kritikan sosial yang
merupakan satu bentuk komunikasi manusia yang berfungsi sebagai sistem bermmasyarakat.
Dalam konteks ini, kritikan sosial ini dikatakan sebagai pengajaran buat masyarakat yang
disampaikan secara tersirat mahupun tersurat. Malah, kritikan sosial ini juga disampaikan
sebagai teguran buat masyarakat dalam kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
Contohnya, berdasarkan cerita Mat Jenin, pengarang mengkritik tentang golongan-golongan
yang selalu berangan ingin mendapatkan sesuatu tetapi tidak berusaha mencarinya.
Kesannya, masyarakat mula sedar dan hal ini menyebabkan masyarakat Melayu mula
berusaha untuk mengubah cara hidup mereka. Walaubagaimanapun, kritikan sosial juga
dapat dilihat dalam pantun dan peribahasa kerana terdapat kandungannya berbentuk
sindiran, ejekan, kiasan, gurauan dan bantahan (Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria,
Zarrin Selamat, Norfaizah Abdul, 2021). Oleh yang demikian, kesusasteraan Melayu ini
merupakan salah satu cara untuk mmengkritik sesuatu perkara dikalangan masyarakat.
4.0 MANIFESTASIKAN AKAL BUDI
4.1 PANTUN
Pantun merupakan salah satu sastera yang masih terkenal dan diguna pakai sehingga
hari ini. Pantun juga masih digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis pernikahan,
peminangan, persaraan dan sebagainya. Pantun ini dikatakan sebagai puisi yang tertua dan
merupakan hak milik masyarakat Melayu itu sendiri. Dalam hal ini, pantun juga mempunyai
4
keistimewaannya tersendiri kerana banyak wacana yang didapati dalam pantun tersebut dan
boleh dikaji oleh sasterawan. Walaubagaimanapun, pantun ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu pembayang dan maksud pantun itu. Kebanyakakan pembayang digunakan
selalunya diambil daripada sumber-sumber alam yang berfungsi sebagai pembuka bicara
(Johari Yahya, 2015). Sebagai contohnya,
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pantun ini menggunakan sumber alam iaitu pisan emas sebagai pembayang. Dalam
hal ini, kita mengetahui bahawa pisang emas merupakan salah satu makanan ruji yang
merupakan makanan masyarakat Melayu ketika dahulu. Malah pisan eamas ini mumpunyai
khasiatnya lebih baik daripada buah-buahan tempatan lain. Hal ini menunjukkan bahawa
pembayang pantun tersebut lebih menerangakan sosiabudaya masyarakat Melayu ketika itu
kerana pengangkutan yang digunakan oleh orang Melayu dahulu adalah kapal dan sampan.
Oleh yang demikian, akal budi dalam pantun ini menerangkan bahawa kebaikan yang
dilakukan oleh seseorang perlu sentiasa diingati kerana nilai yang berharga dan tidak dapat
diganti dengan duit dan harta. Hal ini menunjukkan akal budi dalam pantun tersebut lebih
kepada bentuk nasihat dan peringatan buat masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai positif
dalam kehidupan.
4.2 SYAIR
Seterusnya, syair adalah salah satu bentuk sastera klasik Melayu yang terkenal ketika
dahulu disebabkan oleh perkembangan agama Islam. Istilah syair ini berasal daripada
perkataan arab iaitu Syi’ir atau Syu’ur yang memberi maksud kepada “perasaan yang
menyadari”. Malah, syair ini juga didefinasikan sebagai salah satu puisi lama. Dalam hal ini,
syair merupakan satu bentuk puisi lama yang diungkapkan dan kemudiannya disambung
membentuk sebuah cerita yang panjang. Tambahan pula, syair ini lazimnya digunakan
upacara perkahwinan orang Melayu dan sifatnya yang memberi ransangan kepada
pendengar dapat merasakan dalam jiwa pendengar. Hal ini demikian kerana perisian syair
yang mempunyai irama merdu, penggunaan bahasa yang indah dan nilai-nilai yang baik
(Akmal, 2015). Sebagai contoh Syair Perahu pada rangkap kedua,
5
Wahai anak muda, kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal diammu.
Syair Perahu ini telah dihasilkan oleh seorang penyair dilahirkan pada abad ke-16 di
Barus atau Panchor Sumatera Utara. Nama diberi iaitu Hamzah Fansuri yang merupakan
penulis syair tersebut dan beliau menekankan pemikiran agama dan ajaran tasawuf dalam
syair ini. Pada rangkap kedua Syair Perahu itu, dapat dilihat bahawa penyair meminta kita
untuk cuba mengenali diri sendiri terlebih dahulu. Setelah mengenal diri sendiri dengan
mendalam, secara automatic kita akan mula pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Penyair juga
mengibaratkan bahaw kehidupan manusia ini umpama perahu yang meneroka dunia yang
penuh cabaran berliku-liku. Oleh itu, syair ini menasihati kepada manusai agar sentiasa kuat
dan bersedia dalam menghadapi pelbagai ujian dunia yang merupakan dunia sementara
manusia sebelum ke dunia akhirat. Hal ini demikian kerana, orang yang kuat menghadapi
ujian ini akan berada di dalam tempat yang indah dan kekal selama-lamanya (Nazri Zainuddin,
Azman Rahmat, Shamsudin Abu, Abdul Hassan, & Hasnah Awang, 2022). Jelaslah bahawa
syair ini memberi impak yang besar dan peringatan buat masyarakat untuk sentiasa berubah
kea rah kebaikan.
4.3 SELOKA
Selain itu, kesusasteraan Melayu ini juga terkenal dengan seloka-seloka yang telah
dihasilkan orang-orang Melayu ketika dahulu. Menurut Harun Mat Piah (1989:122) perkataan
seloka ini diambil daripada perkataan asalnya dalam bahasa Sanskrit iaitu shloka yang
bermaksud puisi yang terdiri daripada dua baris. Dalam konteks ini, seloka juga mempunyai
unsur seperti unsur jenaka, sindiran. Dan kritikan kepada tingkah laku masyarakat atau
seseorang itu. Walaubagaimapun, seloka yang disampaikan dalam bentuk kritikan sindiran ini
selalunya disampaikan secara berlapik dan berkias dengan menggunakan nada serta
suasana gurauan. Malah, perkantaan dan ayat yang dibina dalam seloka ini mempunyai
makna yang tersirat dan perlu usaha untuk memahaminya (Nordiana Jabar, 2018). Sebagai
contoh,
6
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
Seloka Pak Pandir ini merupakan seloka yang berbentuk hiburan dan jenaka tetapi
terdapat juga unsur sindiran yang telah diselitkan dalam seloka ini. Seloka ini mempamerkan
sifat negatif Pak Pandir yang digunakan sebagai sindiran dalam bentuk gurauan. Seloka ini
memanifestasikan masyarakat Melayu yang mempunyai sikap dalam mengutamakan orang
lain sehingga merugikan diri sendiri dan keluarga terdekat. Dalam hal ini, sepatutnya sikap
yang dipupuk dalam diri adalah perlu mengutamakan ahli keluarga terlebih dahulu, bukan
mengutamakan orang luar. Bukti ini dapat dilihat dalam frasa ‘anak dipijak’ yang menunjukkan
sikap Pak Pandir yang mengabaikan anaknya sendiri. Malah, terdapat juga frasa ‘ hartanya
habis tergadai’ yang memaksudkan sikap Pak Pandir yang tidak bijak dalam menguruskan
hartanya sehingga memberi kerugian kepada dirinya sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa
seloka ini memberi nasihat kepada masyarakat supaya bijak menguruskan harta supaya tidak
7
menghadapi masalah pada masa akan datang (Nazri Zainuddin, Azman Rahmat, Shamsudin
Abu, Abdul Hassan, & Hasnah Awang, 2022). Oleh itu, seloka Pak Pandir ini menggambarkan
wakil kepada orang Melayu dalam memberi nasihat dan contoh kepada masyarakat agar tidak
melakukan kesilapan seperti kisah Pak Pandir ini.
4.4 GURINDAM
Akhir sekali adalah kesusasteraan Melayu yang berbentuk gurindam. Gurindam ini
wujud di Tanah Melayu disebabkan oleh pengaruh sastra Hindu ketika dahulu. Dalam hal ini,
perkataan gurindam ini asalnya diambil daripada perkataan bahasa Tamil iaitu kirindam yang
bermaksud mula-mula amsal atau perumpamaan. Antara ciri gurindam adalah merupakan
satu bentuk puisi Melayu lama yang dihasilkan dengan dua baris kalimat serta irama akhir
yang sama. Selalunya pada baris pertama gurindam akan mengetengahkan tentang
persoalan, masalah, atau perjanjian. Manakala, pada baris kedua merupakan pengisian
jawapan atau akibat daripada masalah atau perjanjian yang telah disebut dalam baris pertama
tadi (Akmal, 2015). Contohnya dapat dilihat pada Gurindam Dua Belas, fasal 10 iaitu
Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tidak murka
Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat.
Fasal 10 dalam gurindam dua belas ini menekankan tanggungjawab seorang anak
terhadap ibu bapa. Dalam konteks ini, penulis menasihati kepada golongan anak sama ada
telah berkahwin atau belum berkahwin, perlu menjalankan tanggungjawab mereka.
Contohnya dalam frasa ‘dengan bapa jangan derhaka’ ini menunjukkan bahawa anak tidak
boleh menderhakai ibu bapa iatiu meninggikan suara kepada merea, tidak mendengar kata
dan sebagainya. Malah, dalam frasa ‘supaya Allah tidak murka’ memberi maksud kepada
anak-anak agar tidak melakukan perbuatan derhaka kerana Allah akam membalas perbuatan
tersebut suatu hari nanti. Hal ini menunjukkan bahawa sikap derhaka merupakan kejahatan
8
keji, gambaran hitam, buruk dan hina. Menurut Islam juga, perbuatan derhaka ini merupaka
dosa besar dan mampu menghalang daripada mereka masuk ke dalam syurga (Idris, 2015).
Oleh itu, gurindam ini adalah satu cara masyarakat Melayu memberi nasihat dan menegur
perbuatan yang tidak baik dan tidak diterapkan dalam diri.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu merupakan sastera yang istimewa dan unik
kerana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan penggunaan bahasanya yang indah
serta isi-isi yang tersurat dan tersirat. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa kesusasteraan
Melayu ini amat berkait dan mempunyai hubungan antara masyarakat pada ketika dahulu.
Hal ini demikian kerana setiap sastera tersebut dihasilkan bukan hiburan atau kritikan
semata- mata, tetapi ia tetap menekankan nila—nilai positif yang perlu diterapkan dalam
diri setiap individu. Tambahan pula, karya-karya sastera merupakan salah satu lambang
jati diri orang Melayu yang perlu dikekalkan dan dihargai oleh setiap orang. Oleh sebab
itu, kerajaan perlulah berusaha untuk mempopularkan karya-karya sastera orang Melayu
yang mempunyai keunikannya kerana tiada yang dapat melawan hasil karya orang
Melayu ini. Hal ini supaya generasi seterusnya dapat mengekalkan sastera-sastera
Melayu dalam kehidupan merekan dan menjaganya dengan baik agar tidak ditelan
zaman. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menghargai karya sasterawan kita
dan cuba memperkenalkan sastera kepada masyarakat agar dapat membentuk negara
yang maju dengan keunikan tersendiri.
9
RUJUKAN
Nazri Zainuddin, Azman Rahmat, Shamsudin Abu, Abdul Hassan, & Hasnah Awang. (2022).
Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. PUSTAKA AL-EHSAN.
Akmal. (2015). Kebudayaan Melayu Riau (Pantun, Syair, Gurindam). Jurnal Dakwah
Risalah, 26(4), 159–165.
Amir, A. N. (2020). Falsafah Pemikiran Sastera Islam. FITRAH:Jurnal Kajian Ilmu-Ilmu
Keislaman, 5(1), 165–180. https://doi.org/10.24952/fitrah.v5i1.1365
Idris, Z. (2015). Komunikasi Moral Lewat Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji (Communicating
Moral Values in Raja Ali Haji’s Gurindam Dua Belas). Jurnal Komunikasi, Malaysian
Journal of Communication, 31(2), 601–616. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2015-3102-
34
Jabar, N. (2018). KEUNGGULAN IKON MEMBAWA TELADAN DALAM SELOKA MELAYU.
Tulisan Jawil: Jambatan Masa Ke Masa Silam Dan Usaha Pelestariannya, 6(1), 74–
117. http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/32
Kausar Zakaria, & Daud, N. (2020). Pandangan Sarwa Etika dan Nilai Peradaban Melayu
berdasarkan Pantangan Anak Melayu dan Teras Hati Budi Melayu. International
Journal of Social Science Research, 2(3), 100–111.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/10970
Mohamad Hanapi, M. H., Zakaria, N., Selamat, A. Z., & Abdul Jobar, N. (2021). Metaphors
in Pantuns As Social Criticism in Forming Human Values. International Journal of
Creative Industries, 3(6), 31–41. https://doi.org/10.35631/ijcrei.36003
Rahman, P. N. A., & Ahmad, Z. (2017). Hubungan simbolisme dan spiritualisme dewa-raja
dalam kesusasteraan melayu klasik. Kemanusiaan, 24(2), 123–139.
https://doi.org/10.21315/kajh2017.24.2.5
Rajali, H. (2013). KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN KESUSASTERAAN.
Salmah Ayob. (1981). Sastera Untuk Kanak-Kanak : Fungsi dan Implikasinya. Pendidik Dan
Pendidikan, 3(1), 10.
Santosa, P. (2018). Sastra Sebagai Hiburan. Researchgate.Net, May 2012.
https://www.researchgate.net/profile/Puji-
Santosa/publication/327133996_SASTRA_SEBAGAI_HIBURAN/links/5b7b7ed7a6fdcc
10
5f8b582987/SASTRA-SEBAGAI-HIBURAN.pdf
Sukirman. (2021). Karya Sastra Media Pendidikan Karakter bagi Peserta Didik. Konsepsi,
10(1), 17–27. https://p3i.my.id/index.php/konsepsi/article/view/4
Yahya, J. (2015). Pantun Peribahasa Melayu: Analisis daripada Perspektif Teori
Pengkaedahan Melayu.
11