The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kjndevi, 2024-05-13 21:49:54

Bola Keranjang

Bola Keranjang

FOLIO PJPK 2024 NAMA: BARATH KUMARAN A/L MUTHUKUMARANKELAS: 3 USM GURU: ENCIK FADZLI HASSAN


ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. SEJARAH 3. PERATURAN PERMAINAN - MENGHANTAR & MENERIMA - MENGELECEK - MENGHADANG - MENJARING 4. KEMAHIRAN PERMAINAN 5. GELANGGANG & PERALATAN


PENGENALAN Basketball atau dikenali dengan nama Bola keranjang di Malaysia dikategorikan sebagai permainan “SUKAN” di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) lawan masing-masing berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan mengikut Undang-Undang Bola Keranjang Antarabangsa sebagaimana yang ditetapkan oleh FIBA.


SEJARAH BOLA KERANJANG Dr. James Naismith Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalamgelanggang sesebuah bangunan. Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk


menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Oleh itu, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, basketball. Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut. Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalamsurat khabar sekolah, The Triangle pada 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada. Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasiumPertubuhan Belia Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz gelanggang National Basketball Association pada hari ini.


PERATURAN PERMAINAN PERATURAN ASAS 1. Bola boleh dibuang ke mana-mana arah dengan menggunakan salah satu atau kedua-dua belah tangan. 2. Bola boleh dilanggar/tepis dalam apa-apa cara dengan menggunakan satu atau kedua-dua belah tangan, tetapi tidak boleh dipukul menggunakan genggaman (menumbuk). 3. Pemain tidak dibenarkan untuk berlari sambil memegang bola dengan kedua-dua tangan. 4. Bola mesti di antara tapak tangan. Senjata atau anggota badan yang lain adalah tidak dibenarkan untuk memegang bola. 5. Pemain tidak dibenarkan untuk membajak, memegang, menolak, memukul, atau mengatasi lawan dalam beberapa cara. Pertama pelanggaran peraturan ini akan dikira sebagai sesuatu kesilapan, kesalahan(foul) akan diberikan kepada pemain yang mencabuli kesalahan tersebut sehingga bola dimasukkan oleh pihak lawan, dan jika kesalahan itu dilakukan dengan niat untuk mencederakan pihak lawan, maka pemain yang melakukan kesalahan tersebut akan dihukum tidak perlu bermain sepanjang perlawanan. Pada waktu ini, sebarang penggantian pemain adalah tidak dibenarkan. 6. Jika satu pihak membuat tiga kali kesilapan berturut-turut, maka kesilapan itu akan dikira sebagai kesalahan(foul) untuk lawan. 7. Apabila berlakunya kesalahan(foul), pihak lawan akan mendapat balingan percuma.


8. Pengadil mempunyai hak untuk memberi perhatian kepada para pemain yang melakukan kesalahan dan mencatat jumlah kesalahan yang dilakukan dan memberitahu penolong pengadil. Pengadil mempunyai hak penuh untuk membatalkan penyertaan mana-mana pemain yang melakukan kesalahan mengikut Kaedah 5. 9. Penolong pengadil perlu melihat bola dan membuat keputusan apabila bola tersebut dianggap telah keluar lapangan, perubahan pemilikan, serta pemasaan.Penolong pengadil mempunyai hak untuk menentukan kesahihan gol dan menghitung bilangan jaringan . 10. Setiap permainan dalam pertandingan mempunyai 4 set dalamsatu permainan, dan masa yang diberikan dalam 1 set ialah selama 10 minit. Masa berehat semasa pertandingan diberikan selama 5 minit. 11. Pihak yang berjaya untuk memasuk jaringan yang paling banyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.


KELEWATAN Pasukan yang gagal menhadirkan diri 15 minit selepas masa pertandingan yang ditetapkan, dianggap menarik diri dalam pertandingan. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Peserta/Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan. Sekiranya sesebuah pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja dari pertandingan, semua keputusan yang pernah dimainkan oleh pasukan/peserta pada sebelum itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan/peserta yang berkenaan.


MENGHANTAR DAN MENERIMA Kemahiran Menghantar 1.Hantaran Aras Dada Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dantepat pada jarak yang dekat. TEKNIK Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola. Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada. Ikut lajak.


2. Hantaran Atas Kepala Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemainlawan. TEKNIK Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala. Ledingkan badan ke belakang sedikit. Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan. Ikut lajak.


3. Hantaran Lantun Hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai pemain berhampiran TEKNIK Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang. Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat. Ikut lajak.


Kemahiran Menerima Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik. TEKNIK Mata sentiasa memandang ke arah bola datang. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap satu sama lain. Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola. Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan. Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang


MENGELECEK Menggelecek bola dalam permainan bola keranjang bererti bola digerakkan oleh pemain dengan cara melantukan bola dengan sebelah tangannya. Ini dilakukan untuk beberapa tujuan semasa permainan; Untuk membuat jaringan dari dekat. Untuk ’menyimpan’ bola sehingga satu hantaran dapat dilakukan. Untuk bergerak ke ruang kosong dengan bola supaya pasukannya dapat mengatur sesuatu pembentukan (formation)


1. Mengelecek dengan lantunan rendah Cara ini diamalkan dalam situasi di mana pemain itu dikawal ketat oleh pihak lawan yang berkerumun dekatnya. Melantunkan bola rendah adalah cara yang baik untuk mengawal dan melindung bola dari dirampas. Selain itu, lantunan bola yang rendah memudahkan pemain menukar hala pergerakannya secara mengejut. 2. Mengelecek dengan lantunan tinggi Cara ini adalah sesuai apabila pemain hendak bergerak pantas dengan bola dan tidak ada pihak lawan yang mengawalnya. Bola dilantunkan pada aras pinggang dan ke hadapan. Mengelecek bola juga memerlukan pemain bertindak mengikut keadaan. Oleh itu ia mesti melantukan bola dengan tangan kiri dan tukar kepada tangan kanan. Juga, ia mesti bersedia untuk menukar arah pergerakan atau kepantasannya untuk mengelirukan dan mengatasi pihak yang mengadangnya.


MENGHADANG Menghadang ialah kemahiran untuk menyukarkan pemain lawan daripada mengelecek bola, melakukan hantaran atau melakukan jaringan. Pemain perlu sentiasa mengekalkan posisi di antara pemain lawan yang membawa bola ke arah jaring. Menghadang pemain lawan yang mengelecek bola Menghadang pemain lawan yang mesti melakukan hantaran atau jaringan


MENJARING Berikut merupakan beberapan jenis jaringan bola keranjang ; Jump Shot ( Jaringan Lompat ) Straight Shot ( Jaringan Tegak ) Freeze Shot ( Jaringan Kaku) Lay Up ( Jaringan Cangkuk )


GELANGGANG DAN PERALATAN Ukuran rasmi gelanggang bola keranjang Malaysia Memanjang : 28 meter Melebar : 15 meter Separuh : 14 meter Papan jaring : 1.8 meter Bulatan tengah : 3.6 meter Bulatan balingan percuma : separa 1.8 / penuh 3.6 Garisan 3 pointer : 6.25 meter Gelanggang Ukuran seperti di atas.


Bola Bola diperbuat daripada getah dan dilepaskan dengan kulit getah atau bahan tiruan. Beratnya tidak kurang daripada 450 gram dan tidak melebihi 500 gram. Ukuran bola ialah 68cm hingga 72cm. Dalam pertandingan peringkat antarabangsa,hanya bola yang mempunyai cop NBA sahaja yang boleh digunakan.


Palang Gol Di kedua-dua bahagian gelanggang didirikan papan jaringan bersama keranjangnya (basket). Papan ini diperbuat daripada kayu/papan, atau sebarang bahan yang bersesuaian, tebalnya 0.03 m. Saiz papan ialah 1.8 m x 1.2 m (sekolah rendah 1.2 m x 0.9 m). Segiempat bujur kecil di dalamnya berukuran 0.59 m x 0.45 m. Keranjang terdiri daripada 2 bahagian iaitu bulatan (ring) dan jaring (net). Bulatan dibuat daripada besi berdiameter 0.45 m di bahagian dalamnya. Jaring yang panjang 0.4 m digantung di bawah bulatan. Tiang penyokong papan jaringan dan keranjang ini hendaklah 2.75 mtinggi (sekolah rendah 2.3 m)


Click to View FlipBook Version