The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zanamohdharon, 2021-01-19 18:50:17

TAKLIMAT TAHUN 1

TAKLIMAT TAHUN 1

PERUTUSAN PUAN RODZIAH BINTI AHMAD
(GURU BESAR SK TIRAM DUKU)

Assalamualaikum

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun
2021.
Terima kasih kerana memilih SK Tiram Duku sebagai sekolah anak-anak
tuan puan.

Sekolah merupakan sebuah institusi yang membina insan cemerlang
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Kerajaan, ke
arah melahirkan insan yang gemilang dan terbilang.

Apabila murid-murid telah berada di Tahun 1, mereka
akan dipastikan agar menguasai 4 M (membaca, menulis,
mengira & menaakul).

Murid- murid ini akan ditaksir pula melalui PBD
(Penilaian Bilik Darjah) dengan mengikut kriteria yang
telah ditetapkan iaitu dari Tahap 1 hingga 6.

PERUTUSAN PUAN RODZIAH BINTI AHMAD
(GURU BESAR SK TIRAM DUKU)

Pada tahun 2020 dan 2021, kita menghadapi dugaan yang besar iaitu
pandemik Covid-19.

Dalam situasi ini, pendidikan juga terlibat dan kita melalui satu fasa
pendidikan norma baharu.

Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam keadaan yang tidak menentu
ini.

Kami sebagai warga pendidik amat bimbang dengan situasi ini.

Walau bagaimanapun, sekolah sentiasa bergerak sebaik
mungkin melalui pengajaran dan pembelajaran dari rumah
sama ada melalui talian whatssap, telegram atau Google
Classroom.

Anak-anak Tahun 1 yang baru mengenal alam
persekolahan terpaksa menjalani PdPR.

PERUTUSAN PUAN RODZIAH BINTI AHMAD
(GURU BESAR SK TIRAM DUKU)

Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka jika ada perkara atau
perbincangan daripada pihak ibu bapa demi kecemerlangan murid-murid
SK Tiram Duku khususnya.

Semoga kita sentiasa tabah dalam menghadapi semua cabaran ini dan
sama-samalah kita berdoa agar keadaan akan bertambah baik seterusnya
sesi pembelajaran bersemuka dapat dijalankan seperti sediakala.

Kami warga pendidik akan berusaha melakukan yang terbaik demi
kecemerlangan anak-anak didik kami.

Semoga para ibu bapa juga tabah dan bersabar menghadapi
situasi ini.

Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membantu
perkembangan anak-anak kita.

Terima kasih.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN VISI

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha PENDIDIKAN BERKUALITI
berterusan ke arah memperkembangkan lagi INSAN TERDIDIK
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk menjadikan insan seimbang NEGARA SEJAHTERA
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan MISI
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu MELESTARIKAN SISTEM
pengetahuan dan berketrampilan, berakhlak PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan serta memneri UNTUK MEMBANGUNKAN
sumbangan terhadap keharmonian dan POTENSI MURID BAGI
kemakmuran masyarakat dan negara. MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA

SENARAI PENTADBIR SK TIRAM DUKU

PN.RODZIAH BINTI AHMAD
(GURU BESAR SKTD)

CIK HJH ROSHITA BINTI ABD PN ZANARIAH BINTI PN SITI HAWA BINTI
RAHMAN MOHD HARON BASIRON
GPK HEM GPK KOKO
GPK PENTADBIRAN

GURU KELAS TAHUN 1

PN HJH NOR AIEN
AZLYNAH BINTI GANI

INFO BERKAITAN
PROGRAM TRANSISI

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah
membuat ketetapan berikut:

Murid Tahun 1 sesi 2021 di seluruh Malaysia
akan menjalani Program Orientasi dan Transisi
selama 43 hari

Rasional : Bilangan hari persekolahan tahun 2020 telah
berkurang akibat pandemik dan memberi impak terhadap
pembelajaran prasekolah.

Kandungan Modul Transisi:
●70% menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK)
●30% menggunakan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR)

MINGGU ORIENTASI
20 – 28 JANUARI 2021

MINGGU TRANSISI
31 JAN – 25 MAC 2021

PEMBELAJARAN
FORMAL

04 APRIL 2021









PENGGUNAAN BUKU:

1. Murid akan menggunakan buku teks dan buku aktiviti
setelah Program Transisi berakhir ( 4 APRIL 2021)

2. Sepanjang Minggu Transisi, murid hanya menggunakan
alat tulis, pensel warna dan buku tulis atau modul yang
disediakan sahaja

PENTAKSIRAN









PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF





TERIMA KASIH
SKTD

GEMILANG


Click to View FlipBook Version