The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a186998, 2022-12-12 13:26:57

NIKAH GANTUNG DAN MISYAR MENGIKUT SYARAK

FLIP BOOK: FIQH IBADAT DAN MUNAKAHAT

Keywords: NAJIHAH DAN ASILAH

PPPY 1162: FIQH IBADAT DAN MUNAKAHAT

Nikah Gantung
Dan Misyar

Mengikut Syarak

NAMA AHLI KUMPULAN & NO MATRIK:

1. NURUNNAJIHAH BINTI MOHD SAHIBEK A186150

2. NUR ASILAH BINTI AZIZI A186998

NAMA PENSYARAH :
DR NURUL ILYANA BINTI MUHD ADNAN

SITUASI 1 :

Ayah Zahid
Watak Utama : Zahid dan Amira

Salam Haji, saya ada perkara yang hendak dibincangkan.
Saya risau tentang anak kita berdua. Jadinya, saya
bercadang untuk nikahkan mereka secara nikah gantung.




Waalaikumussalam iya, saya pun risau juga tentang mereka
berdua, lagipun mereka masih belajar, saya risau akan terjadi
apa-apa yang diluar jangkaan. Jadi, saya setuju dengan
cadangan awak dan sanggup untuk menanggung anak saya.

Ayah Amira

Perbualan di sambung di rumah masing-masing bersama anak
mereka. Akhirnya, anak mereka turut bersetuju untuk
melaksanakan nikah gantung dalam tempoh dipersetujui.

APA ITU NIKAH GANTUNG ?

Nikah gantung ataupun dalam bahasa arab nikah khitbah merupakan sesuatu yang tidak
asing bagi umat Islam. Namun, apa yang menjadi permasalahan adalah ramai dalam
kalangan masyarakat Islam termasuklah rakyat Malaysia masih tidak mengetahui hukum
perlaksanaan nikah gantung ini. Nikah gantung adalah satu keadaan yang mana sepasang
lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut segala syarat-syarat nikah dalam Islam tetapi
ditangguhkan tinggal bersama-sama dalam satu tempoh yang telah ditetapkan atas
persetujuan kedua-dua belah pihak. Tujuan utama nikah gantung adalah untuk
mengelakkan berlakunya zina dan lahirnya anak luar nikah.

CIRI-CIRI NIKAH GANTUNG

Pasangan suami isteri tidak Suami belum
tinggal bersama setelah dipertanggungjawabkan
diijabkabulkan untuk memberi nafkah

kepada isteri

Pasangan suami isteri
menangguhkan

hubungan kelamin sehingga
tempoh tertentu

NIKAH GANTUNG MENURUT PERBAHASAN ISLAM

Diriwayatkan oleh Hisyam dari ayahnya, beliau telah berkata:




" Saidatina Khadijah telah meninggal dunia sebelum nabi

Muhammad SAW. Baginda SAW telah berkahwin dengan

Saidatina Aisyah yang ketika itu masih berumur 6 tahun, dan

baginda SAW hanya tinggal bersamanya ketika beliau berumur

9 tahun."


HUKUM NIKAH GANTUNG




Berdasarkan hadith di atas, para ulama berpendapat bahawa

nikah gantung hukumnya adalah :

Sah. Hal ini kerana nikah yang dilakukan cukup rukun
nikah
( wali, saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan, ijab dan
kabul)

REALITI ISU DI MALAYSIA Perkahwinan ini harus bagi tujuan mengelakkan zina.
Tanggungan nafkah di bawah bapa masing-masing.

Isu ini kebanyakannya berlaku dikalangan remaja kerana mereka
tidak berkemampuan untuk menjalankan sesebuah perkahwinan
atas beberapa faktor.
Nikah khitbah adalah satu solusi untuk penyelesaian ini.
Walaupun mereka melakukan persetubuhan, pernikahan ini tidak
akan terbatal sama sekali, malah mereka akan menjalani
kehidupan sebagai suami isteri.
Maka, keturunan ini dapat menjaga nasab dan keturunan.

Persoalannya.......

Nafkah zahir jatuh kepada siapa?

1.Pendapat mazhab mengenai nafkah dalam nikah
gantung: (Syafie, Maliki, Hanbali, Hanafi; nafkah
jatuh pada bapa masing-masing) selagi belum
tamkin (duduk serumah).

2.Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn
Hazm bahawa nafkah zahir wajib diberi tatkala
berlakunya akad kerana sah menjadi suami isteri
dan wajib ke atas suami menafkahkan yang zahir
ke atas isterinya.

3.Jumhur ulama : Nafkah zahir hanya wajib diberi
pada isteri apabila ia menyerahkan dirinya
kepada suaminya. (tamkin)

SITUASI 2

Selepas majlis akad nikah berlaku perbualan antara pasangan:

Yang, ada sesuatu Ye wak, Hawa
yang saya nak clarify apa dia tu?

tentang kita


Aidil Saya nak bagitahu, boleh
tak kalau awak lepaskan

beberapa hak awak
terhadap saya seperti
saya tak bagi nafkah zahir,
tak sediakan rumah,
dan tak bermalam setiap

hari.

Maksud awak?



Yelah, abang tak bagi nafkah dekat
awak . Sebab awak pun dah bekerjaya
dan ada kerja sendiri. Kedua, abang
tak perlu sediakan rumah untuk awak,

sebab awak dah ada rumah sendiri
dan awak jugak hari tu yang memilih
untuk duduk dekat rumah sendiri kan?
Ketiga, abang boleh bermalam bila-
bila je yang abang nak. Awak tak perlu

risau, sebab abang ada je dengan
awak bila awak perlu.

Baiklah, kalau itu yang
awak nak dan awak
setuju, saya okay je.

Terima kasih faham saya.

NIKAH MISYAR

Nikah Misyar adalah nikah biasa yang cukup lima rukun nikah. Ini bermakna
pasangan lelaki dan perempuan ada wali nikah dan dua orang saksi yang
layak. Kemudian, ada juga lafaz akad nikah (ijab dan kabul). Namun, apa yang
berbeza antara nikah misyar dengan nikah biasa adalah dari segi nafkah
zahir (perbelanjaan) dimana suami tidak diwajibkan menyediakan nafkah
tersebut atas kerelaan serta persetujuan daripada isteri. Ia merujuk kepada
kelonggaran perbelanjaan nafkah yang mana pada asalnya suami diwajibkan
menanggungnya. Selain itu, pihak wanita juga dengan kerelaan hati
melepaskan hak-hak lain seperti tempat tinggal, menetap dan bermalam
bersamanya, berbagi masa dengan isteri-isteri yang lain dan sebagainya.
Pernikahan ini juga diisytiharkan dan orang ramai mengetahui bahawa
mereka adalah suami isteri yang sah.

Wanita yang ingin anak Wanita bekerjaya yang
sendiri tapi tidak tidak mahu terikat

memerlukan kehadiran dengan tanggungjawab
suami kepada suami.

PUNCA BERLAKU NIKAH MISYAR

Pasangan yang Isteri kedua
masih
belajar

Perbezaan

NIKAH GANTUNG NIKAH MISYAR

1.Pasangan isteri 1. Pasangan suami isteri boleh

menangguhkan hubungan melakukan hubungan

persetubuhan persetubuhan







2. Suami tidak memberi nafkah
2. Suami tidak memberi kepada isteri atas persetujuan
nafkah kepada isteri atas
persetujuan kedua-duanya isteri, akan tetapi isteri boleh
menuntut haknya pada bila-bila

masa sahaja







PENDAPAT ULAMA'

Para Ulama Berselisih Tentang Hukum Perkahwinan Misyar:

1. Para ahli fiqh tidak mempunyai alasan untuk membatalkan akad
(ikatan) perkahwinan seperti nikah misyar ini kerana ianya telah
memenuhi rukun dan syarat sah perkahwinan.

2.Ada pendapat membenarkan (sah) kerana perkahwinan ini tidak
mempunyai tempoh yang khusus seperti nikah mut’ah, dimana nikah
mut'ah ini dibenarkan tanpa wali, saksi dan perisytiharaan.

3. Salah satu pendapat dalam mazhab Syafi'i mengatakan tidak sahnya
sesebuah akad nikah apabila disyaratkan untuk menggugurkan nafkah
dan tempat tinggal. Hal ini kerana ianya menyebabkan suami tidak
mempunyai rasa tanggungjawab atas keluarga sehingga mudah
menceraikan isterinya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sesebuah perkahwinan itu mestilah
dilaksanakan atas dasar ibadah dan juga mencari
keredhaan Allah SWT, bukannya hanya untuk tujuan
tertentu semata-mata. Hal ini adalah kerana
perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam merupakan
perkahwinan yang sebenarnya iaitu sakinah mawaddah
warahmah tidak hanya di dunia akan tetapi juga di
akhirat.

RUJUKAN

Ayyoub, H. (t.t). Fiqh of Muslim Family. 8 As-Sayeda Zainab Sq.

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji (2014). “ Fiqh
Manhaji Kitab Fikah Mazhab Syafie”. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2017). Al- Fiqh Al-Manhaji Kekeluargaan Islam
Dalam Fiqh Al-Syafi'i. Selangor: Darul Syakir Enterprise.

Haji Ahmad Zawawi Abdullah (2015). Panduan Perkahwinan Menurut Islam.
Selangor: Pustaka Ilmuan.

Haji Said Haji Ibrahim (2001). “ 400 Soal Jawab Nikah Kahwin”. Selangor : Darul
Ma’rifah.

Kuwait, K.W.D.U.A (1983). Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyah.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir (2008). Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah
Kahwin Tapi Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Shd Bhd.

Muhammad Athiyah Khumais (2020). Fiqh Wanita Muslimah. Selangor: Pustaka
Al-Ehsan.

http://qirmumtaz.blogspot.com/2016/01/perkahwinan-misyar.html


Click to View FlipBook Version