LABU SAYONG
MADE BY MUHAMAD AMIR RIDZUAN BIN SOPIAN
(14DKM20F1033)
PENGENALAN
-Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di
Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman-
berzaman dan kini perusahaannya masih hidup di
beberapa tempat di Semenanjung Malaysia
-Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang diperbuat
dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak,
diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa
bentuk yang sungguh berseni dan unik.
-Industri labu sayong masih mendapat perhatian bagi
sesiapa sahaja yang berkunjung ke Bandar DiRaja Kuala
Kangsar dan pasti tidak akan lupa untuk mengunjungi
industri yang telah wujud berpuluh tahun yang lalu.
ASAL USUL LABU SAYONG
-labu sayong ialah dari Perak terutama daerah Kuala Kangsar
-kraftangan tembikar ni bermula sejak zaman batu
-Asal nama labu sayong ni sebenarnya datang dari buah labu yang
digunakan utk mengisi air oleh orang-oang kampung di Mukim Sayong,
Perak.
-asal-usul penciptaan labu sayong bermula daripada penggunaan buah
labu sebagai alat untuk mengisi air
-Apabila masa berlalu dan masyarakat sudah berupaya untuk
menghasilkan peralatan rumah menggunakan tanah, maka labu mula
beransur-ansur digantikan dengan sejenis tembikar yang sama bentuk
dan fungsinya dengan labu dan dikenali sebagai labu sayong
KEGUNAAN LABU SAYONG
Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air,
bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara
keagamaan, senibina, bahan perhiasan dan juga cenderahati,
malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja
segar untuk diminum, bahkan, dapat dijadikan penawar kepada
beberapa penyakit contohnya deman panas.
Teknik Teknik
Picit Lingkaran
CARA PENGHASILAN
Teknik Acuan
TEKNIK PICIT Tanah liat yang belum
diproses.
1) Tanah liat perlu dijemur terlebih dahulu
2) Kemudian tanah tadi ditumbuk sehingga halus dengan menggunakan lesung
kaki. Tetapi kini lesung kaki jarang digunakan kerana mempunyai mesin
untuk menghaluskan tanah tersebut
3) Selepas ditumbuk halus, tanah tadi perlu diayak bagi mengasingkan benda-
benda asing yang terdapat di dalam tanah tersebut
4) Setelah itu, uli tanah tersebut dengan air dan perapkan ia selama semalaman.
5) Setelah diperap semalaman, tanah tadi bolehlah dibentuk. Dengan
menggunakan pinggan, tanah tadi akan diletakkan di atas pinggan dan dipicit
bagi membentuk sambil memusingkan pinggan tersebut.
6) Setelah siap dibentuk, labu sayong tadi perlulah dilicinkan terlebih dahulu
sebelum diukir
7) Kemudian labu tadi bolehlah diukir atau ditekap dengan menggunakan kulit
kerang ataupun kayu yang telah diukir.
8) Proses yang terakhir adalah membakar labu sayong tersebut. Tujuannya
adalah bagi menguatkan lagi tanah liat yang telah dibentuk. Proses membakar
mengambil masa 7 hingga 8 jam. Setelah siap dibakar labu sayong tadi
perlulah dibiarkan selama beberapa jam bagi menyejukkan labu tersebut
TEKNIK LINGKARAN
Proses untuk membuat labu sayong
dengan menggunakan teknik
lingkaran ini sama seperti teknik picit.
Perbezaan diantara tenik picit dan
teknik lingkaran adalah teknik picit
menggunakan pinggan untuk
membentuk manakala teknik
lingkaran menggunakan roda pemutar.
TEKNIK ACUAN
1) Tanah liat, air dan sodium perlu dicampurkan ke dalam mesin
penghancur. Sodium digunakan untuk menguatkan lagi tanah
supaya tanah tidak mudah pecah.
2) Kemudian tapis campuran tadi bagi membuang benda asing.
3) Setelah itu, tuangkan campuran tadi ke dalam acuan dan biarkan
selama 2 hingga 3 jam.
4) Selepas bahagian tepi mula mengering, tebuk sedikit lubang
diatas untuk mengeluarkan cairan yang berada di tengah dan
keluarkan labu sayong tersebut daripada acuan.
5) Labu yang telah dikeluarkan dibiarkan selama sehari kerana
tanah masih lagi lembut dan tidak boleh dilicinkan dan diukir.
6) Selepas dibiarkan sehari, barulah labu tadi boleh dilicin, diukir
dan diwarnakan.
7) Setelah labu siap dihias, labu tersebut akan dibakar.