The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO PENDIDIKAN MORAL (LIM YI SHAN 4S1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LIM YI SHAN Moe, 2023-08-22 04:40:51

FOLIO PENDIDIKAN MORAL (TINGKATAN 4)

FOLIO PENDIDIKAN MORAL (LIM YI SHAN 4S1)

FOLIO PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 NAMA: LIM YI SHAN KELAS: 4S1 GURU; PN CHEN HWE MIN 1


SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT MUKA DEPAN 1 SENARAI KANDUNGAN 2 PENGHARGAAN 3 OBJEKTIF 4 PENGENALAN ANGGOTA KELUARGA SAYA 5 AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANGGOTA KELUARGA 6-9 RUMUSAN 10 MUKA AKHIR 11 2


Melalui peluang keemasan ini,saya LIM YI SHAN ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru bimbingan saya juga merupakan guru subjek moral, Pn Chen Hwe Min kerana telah banyak memberikan saya tunjuk ajar sehingga siapnya FOLIO MORAL ini. Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditunjukkan pada ahli keluarga iaitu ibu dan bapa saya, HO LAI FUN dan LIM TAI KOON yang banyak membantu saya dengan memberikan sokongan moral dan idea kepada saya supaya menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan sekelas, CHONG HUI QI dan LING YIN KEI yang banyak membantu dan tidak jemu untuk memberikan tunjuk ajar. Akhir kata, sekali lagi ingin saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan FOLIO MORAL ini. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam tugasan ini. Sekian, terima kasih. PENGHARGAAN 3


Saya melakukan folio ini adalah untuk: 1) Menjadi kenangan manis 2) Menyedari kepentingan menjadi seorang anggota keluarga yang berintegriti 3) Menghargai pengorbanan ahli keluarga yang banyak menyumbangkan masa dan tenaga demi mewujudkan suasana harmoni 4) Meningkatkan kefahaman tentang konsep amalan integriti dalam keluarga 5) Memberikan pengajaran dalam membentuk diri sebagai anggota keluarga yang mengambil berat terhadap perasaan ahli keluarga 4 OBJEKTIF


Anggota keluarga saya KAKAK IBU & BAPA ABANG SAYA 5


AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANGGOTA KELUARGA MELANCONG DI NEGERI KEDAH Saya berasa bersyukur kerana berpeluang untuk melancong bersama-sama dengan ahli keluarga di negeri Kedah. Kami telah mengambil kesempatan ini untuk melawat Gunung Jerai yang indah nian.Tambahan pula, melancong bersama-sama dengan anggota keluarga dapat mengeratkan silaturahim kerana lebih mengenali serta memahami antara satu sama lain . 1. 6


AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANGGOTA KELUARGA MEMBACA BUKU BERSAMA-SAMA IBU BAPA Saya dan anggota keluarga suka meluangkan masa untuk membaca buku bersama-sama. Kami selalu bertukar-tukar pendapat serta meluahkan perasaan diri semasa aktiviti ini dijalankan. Kasih sayang dan hubungan kami bertambah erat dengan melakukan aktiviti seumpama ini. 2. 7


AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANGGOTA KELUARGA MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN ABANG Saya sangat besar hati kerana dapat menghadiri majlis konvokesyen abang bersama-sama ahli keluarga. Abang amat menyayangi dan mengambil berat tentang kebaikan dan masa hadapan saya. Saya berasa gembira kerana berpeluang untuk menyaksikan majlis konvokesyen abang yang bermakna kepada kami sekeluarga. 3. 8


AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANGGOTA KELUARGA Meraikan hari ibu bersama-sama anggota keluarga Golongan wanita telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk memastikan kesejahteraan keluarga. Oleh itu, kami sekeluarga meraikan hari ibu setiap tahun untuk menghargai pengorbanan ibu-ibu dalam keluarga saya. Dengan ini, ibu-ibu tidak akan berasa perasaan diri diabaikan. 4. 9


RUMUSAN Sesungguhnya,saya telah mempelajari banyak ilmu berkaitan cara membentuk diri sebagai anggota keluarga yang berintegriti melalui folio ini. Bukan itu sahaja, melalui folio yang saya lakukan, dapatlah saya rumuskan bahawa suasana harmoni dalam kalangan anggota keluarga dapat diwujudkan sekiranya semua ahli keluarga mengambil berat serta saling menyayangi sesama satu lain. Sebagai contoh, kami meraikan hari ibu bersama-sama supaya perasaan ibu diutamakan dan dipentingkan. Dari segi yang lain, saya juga mempelajari amalan berintegriti dalam keluarga dengan memastikan penglibatan warga tua dalam setiap aktiviti keluarga. Hal ini dapat memupuk amalan berintegriti kerana sikap menghormati telah dipupuk dalam sanubari anggota keluarga sejak kecil lagi. Secara tidak langsung,perpecahan dalam keluarga tidak akan berlaku kerana saling bertoleransi dan menyantuni antara satu sama lain. Kesimpulannya,semoga hubungan keluarga saya sentiasa rapat untuk melahirkan keluarga yang bahagia,utuh dan penyayang. 10


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon and infographics & images by Freepik. Terima Kasih ! 11


Click to View FlipBook Version