PEJUANG
KEMERDEKAAN
IKLIL DANIA BINTI AFENDI
5 ZUHRAH
KANDUNGAN
No Tokoh M/S
1 Tunku Abdul 1-3
Rahman 4-7
8-12
2 Dato’ Onn bin
Ja’afar 13-17
3 Ishak Haji 18-21
Muhammad
4 Abu Bakar
al-Baqir
5 Tun Abdul Razak
bin Dato’
Hussein
TUNKU ABDUL RAHMAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Shah (8
Februari-6 Disember 1990)
merupakan Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu dari
1955, dan Perdana Menteri
pertama sejak kemerdekaan pada
tahun 1957 sehingga 1970.
1
Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah
satu daripada pencapaiannya
yang teragung. Biasanya
dikenali sebagai “Tunku”,
beliau juga dikenang sebagai
“Bapa Kemerdekaan ”dan
“Bapa Malaysia”.
KEHIDUPAN PERIBADI
Dilahirkan di Istana Tiga
Tingkat, Alor Setar, Kedah
yang lebih dikenali
sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak
lelaki yang ketujuh dan
anak yang kedua puluh
kepada Sultan Abdul
Hamid Halim Shah, Sultan
Kedah yang ke-24.
2
Perjuangan Tunku Abdul Rahman
Pada Januari 1956, Tunku Abdul
Rahman dan rombongannya berlepas
ke London untuk berbincang dengan
Kerajaan British mengenai
kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu. Tiga minggu kemudian, iaitu
pada 8 Februari 1956, Perjanjian
London telah ditandatangani . Menurut
perjanjian tersebut, Persekutuan
Tanah Melayu akan diberikan
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sumbangan
Tunku Abdul Rahman
Sepanjang penglibatan Tunku Abdul
Rahman dalam bidang politik, beliau
banyak memberi sumbangan kepada
bangsa dan negara. Beliau merupakan
pembina bangsa dan cuba
menyatupadukan rakyat Tanah Melayu
yang berbilang kaum untuk menentang
kerajaan British dan menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
3
Dato’ Onn Jaafar
Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12
Februari 1895 – 19 Januari 1962)
merupakan pengasas dan Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO). Beliau pernah
dilantik sebagai Menteri Besar
Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau
telah meletakkan jawatan tiga
tahun kemudian iaitu pada 18 Mei
1950 untuk menumpukan
perhatiannya kepada UMNO.
4
Biografi Dato’ Onn Ja’afar
Datuk Onn Jaafar di lahirkan pada tahun
1895 di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah,
Johor Bharu. Beliau merupakan anak yang
ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh
orang anak perempuan. Bapanya Datuk
Jaafar bin Haji Muhammad iaitu Menteri
Besar Johor yang pertama semasa
pemerintahan Sultan Ibrahim. Datuk Jaafar
berketurunan Bugis dan berasal dari Daik.
Ibunya bernama Rugayah berasal dari Timur
Dekat, berketurunan Turki. Datuk Onn di
pelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak
angkat Baginda sejak berusia enam tahun.
Pendidikan asasnya bermula di Sekolah
Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke
England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris
bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu
Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan
tahun. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg
Lodge di England selama enam tahun.
Setelah tamat pelajaran di England beliau
telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 mac
1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di
Maktab Melayu Kuala Kangsar. 5
Perjuangan
Dato’ Onn bin Ja’afar
Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya
dan Parti Negara
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos,
1951. Malangnya, parti tersebut tidak
mendapat sokongan daripada orang Melayu.
Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti
itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi
tujuan bertanding dalam pilihan raya umum
yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu
pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan
keahlian bukan orang Melayu dalam satu
percubaan untuk memperoleh sokongan
daripada orang-orang Melayu. Walaupun
demikian, partinya masih gagal mendapat
sokongan dan tidak memenangi sebarang
kerusi dalam pilihan raya itu.
Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha
untuk mendapatkan tempat dalam politik.
Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu
kerusi di kawasan parlimen Kuala
Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya
Umum 1959 dengan bantuan parti PAS
6
Sumbangan
Dato’ Onn bin Ja’afar
Pengerusi Kongres Melayu
pada tahun 1946.
Yang Dipertua pertama
United Malays National
Organisation (UMNO) pada
tahun 1946.
Pernah dilantik sebagai
Menteri Besar Johor.
Menggerakkan orang Melayu
untuk bersatu menentang
penubuhan Malayan Union.
Pengasas Independence of
Malaya Party (IMP).
7
Ishak Haji Muhammad
( Pak Sako )
Ishak Haji Muhammad (14 November
1909 - 7 November 1991) atau lebih
dikenali sebagai Pak Sako merupakan
seorang penulis yang giat menulis
sekitar tahun 1930-an sehingga
1950-an. Ishak Haji Muhammad ialah
seorang nasionalis negara. Kelibatnya
bermula pada era sebelum
kemerdekaan dan pascamerdeka.
Gagasan yang ingin diperjuangkan
oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu
Raya yang mana Indonesia, Malaysia
dan Brunei disatukan dalam satu
serumpun.
8
Pak Sako sebenarnya ialah julukan
kepada nama Isako-san yang dipanggil
orang-orang Jepun. Pak Sako juga
dikenali juga dengan nama samaran
seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San
dan Pandir Moden
Pak Sako lahir pada tahun 1909 di
Kampung Bukit Seguntang (antara
Kampung Tengah dengan Kampung
Buntut Pulau), Temerloh, Pahang dan
mendapat pendidikan awal di Sekolah
Laki-Laki Temerloh (kini Sekolah
Kebangsaan Kampung Tengah),
Temerloh pada tahun 1919 dan
melanjutkan pelajaran ke Sekolah
Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun
1924 hingga 1928. Pak Sako lulus sijil
persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub
pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau
melanjutkan pelajaran ke MCKK (Maktab
Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih
sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan
Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan
Civil Service). Beliau pernah memegang
jawatan sebagai Timbalan Penolong
Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan
guru bahasa sebelum menyertai dunia
penulisan.
9
Perjuangan
Ishak Haji Muhammad
Meletak jawatan sebagai
Majistret Kelas III pada
tahun 1934 untuk bergiat
aktif dalam politik
Pengasas akhbar Utusan
Melayu
Memimpin Parti Buruh
Malaya pada tahun 1957
10
Sumbangan Ishak Haji Muhammad
Dalam bidang penulisan kreatif, Ishak
menghasilkan tidak kurang daripada 23
buah cerpen pada waktu sebelum Perang
Dunia Kedua. Dua buah novelnya Putera
Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila
adalah antara novelnya yang mendapat
sambutan hangat dan beberapa kali diulang
cetak. Kedua-dua novel tersebut
mencerminkan pandangan dan cita-cita
pengarangnya sebagai seorang patriot dan
sasterawan.
Putera Gunung Tahan lahir daripada
semangat kebangsaan dan rasa cemburu
kepada pengaruh-pengaruh asing
khususnya penjajahan Inggeris. Oleh itu
novel ini adalah sebuah novel politik
yang bertujuan untuk meniup semangat
cinta akan tanah air, semangat ingin
hidup maju dan bebas daripada belenggu
penjajahan.
11
Novelnya yang berjudul Anak Mat Lela
Gila dianggap sebagai novel yang
cukup berjaya sebelum Perang Dunia
Kedua. Novel ini menggambarkan
keadaan masyarakat Melayu dengan
kisah-kisah hasil pengalaman beliau
mengembara ke seluruh negara.
Watak-wataknya melontarkan
sindiran terhadap sikap tidak adil
penjajah Inggeris dan
pembesar-pembesar tanah air
terhadap masyarakat Melayu.
Sebagai seorang pejuang nasional dan
sasterawan, Ishak mempunyai tempat
yang penting dalam sejarah kebangsaan
dan kesusasteraan tanah air.
Kesusasteraan Melayu moden mulai
berkembang selepas Perang Dunia
Pertama
12
Abu Bakar al-Baqir
Haji Abu Bakar bin Mohammad Said bin
Haji Abdul Jabbar atau Abu Bakar Al-Baqir
merupakan seorang tokoh kelahiran
Perak, Tanah Melayu. Beliau merupakan
pengasas awal Hizbul Muslimin dan
pernah dilantik menjadi ahli Dewan
Negara Perak oleh Sultan Perak.
13
Haji Abu Bakar bin Mohammad Said bin
Haji Abdul Jabbar atau Abu Bakar Al-Baqir
merupakan seorang tokoh kelahiran
Perak, Tanah Melayu. Beliau merupakan
pengasas awal Hizbul Muslimin dan
pernah dilantik menjadi ahli Dewan
Negara Perak oleh Sultan PAbu Bakar
al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di
kampung Gunung Semanggol, Bagan
Serai, Perak tidak jauh dari Padang
Rengas. Beliau merupakan keturunan Jawa
dari datuknya, Haji Abdul Jabbar yang
berasal dari Kendal, Jawa Tengah. Haji
Abdul Jabbar merupakan orang pertama
daripada keluarganya yang datang
menetap di Gunung Semanggol lebih
kurang 1850-an. Haji Abdul Jabbar untuk
pertama kalinya tinggal di Klang,
Selangor, kemudian pindah ke Kuala
Kurau, Perak, dan akhirnya pindah dan
menetap di Gunung Semanggol
Perak.Beliau belajar di Sekolah Melayu
selama lima tahun. Di samping itu beliau
juga dididik membaca al-Quran dan
ilmu-ilmu agama lainnya yang sesuai
diterima oleh anak-anak sebayanya. 14
Syeikh Abu Bakar al-Baqir telah meninggal
dunia pada 13 Julai 1974. Namun, bekas
tangannya masih tetap tinggal. Ma'ahad
al-Ihya al-Syarif masih berdiri dengan
kukuhnya. Dari segi kewangan meskipun
sangat sederhana namun ia tidak
mengecewakan. Ia mempunyai
ladang-ladang seperti ladang getah dan
kelapa sawit, serta bendang. Kebun
getahnya ada lebih kurang 40 ekar, kebun
kelapa sawitnya seluas 60 ekar dan sawah
padi ada 12 ekar. Juga ia mempunyai kedai
di Sri Manjong yang disewakan RM350.00
sebulan. Selain itu, sekolah ini juga
mendapat bantuan daripada Majlis Agama
Negeri Perak.
Perjuangan Abu Bakar al-Baqir
Perjuangan politik
Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh
tokoh-tokoh Islam terkemuka telah
dibentuk suatu badan yang bernama
Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA).
Sebagai Pengerusi Badan Kebajikan dan
Pelajaran MATA beliau telah memainkan
peranan penting dalam merangka dasar
pendidikan yang bertaraf nasional. 15
Dalam suatu persidangan yang
diadakan di Ma'ahad al-Ihya al-Syarif
yang dihadiri oleh lebih kurang 500
orang pada 15 November 1947 telah
dibentuk pula Lembaga Pendidikan
Rakyat, atau singkatannya LEPIR, yang
pengelolaannya diserahkan kepada
Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi. Antara
matlamat yang hendak diperjuangkan
oleh LEPIR ialah menyamakan
kurikulum pendidikan sekolah agama
rakyat dalam Malaya, dan untuk
mencapai ini sebuah Pusat Pentadbiran
Sekolah Rakyat telah dibentuk dan
dikelolakan oleh Haji Zubir Ahmad,
yang kemudiannya digantikan oleh
Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi.
Perjuangan beliau juga meliputi bidang
politik. Beliau mempunyai hubungan
yang baik dengan tokoh-tokoh
Kesatuan Melayu pada masa itu seperti
Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin
al-Hilmi (meninggal 25 September
1969).
16
Sumbangan Abu Bakar al-Baqir
Menubuhkan Maahad
al-Ehya Assharif pada tahun
1934
Menganjurkan Persidangan
Majlis Agama Tertinggi
Se-Malaya (MATA) pada
tahun 1948
Mengetuai Hizbul Muslimin
pada tahun 1948
17
Tun Abdul Razak bin
Dato’ Hussein
Tun Haji Abdul Razak bin Dato'
Hussein (11 Mac 1922 – 14 Januari
1976) merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang berkhidmat dari tahun
1970 sehingga 1976. Beliau terkenal
dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru
(DEB; 1971) yang bertujuan untuk
mengatasi masalah dalam ekonomi
dan sosial dikalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum. Selepas
kematiannya, beliau telah dikenang
sebagai " Bapa Pembangunan"
18
Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan,
Pahang serta merupakan anak sulung
kepada Dato' Hussein bin Awang Mohd
Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud.
Beliau juga merupakan keturunan
bangsawan berbangsa Bugis yang
menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di
Pahang. Bapanya, Dato' Hussein pernah
berkhidmat sebagai Pegawai Daerah
Bentong. Beliau diberi gelaran Orang Kaya
Indera Syahbandar dan Orang Kaya
Berempat Pahang. Gelaran ini diwarisi
oleh Tun Abdul Razak kemudiannya yang
turut pernah menjadi Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang. Anak sulungnya, Dato'
Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang keenam
setelah menggantikan Tun Abdullah bin
Ahmad Badawi pada tahun 2009.
Anak-anaknya yang lain ialah Datuk
Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam,
Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.
19
Perjuangan Tun Abdul
Razak bin Dato’ Hussein
Empat bulan selepas menganggotai
UMNO, dunia dilantik sebagai Ketua
Pemuda UMNO. Ini diikuti pula
dengan perlantikannya sebagai Ahli
Tidak Rasmi Majlis Undangan
Persekutuan pada 1 Februari 1951.
Dalam tahun 1951 apabila Tunku
Abdul Rahman menjadi Yang
Dipertua UMNO, beliau yang berumur
29 tahun dipilih sebagai Timbalan
Yang Dipertua. Dari sini bermulalah
satu percantuman tenaga yang
bersejarah dan begitu gigih dalam
perjuangan mencapai kemerdekaan
dan seterusnya membina sebuah
negara maju yang maju. Tun Abdul
Razak juga menjawat jawatan
Pemangku Menteri Besar Pahang
selama beberapa bulan pada tahun
1955.
20
Sumbangan Tun Abdul
Razak bin Dato’ Hussein
Canselor Universiti Sains
Malaysia (USM), Pulau Pinang
(4 Oktober 1971 hingga
Februari 1984).
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat
Pendidikan Tinggi (1 November
1974 hingga 31 Oktober 1976)
Canselor Universiti Malaya
sejak 8 Februari 1986.
Dianugerahkan Ijazah Kehormat
Kedoktoran Undang-undang oleh
Universitas Gadja Mada, Jogjakarta,
lndonesia pada 28 September 1990
21