The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normaizura, 2022-12-04 21:21:32

TEKNIK MEMBUAT RUMUSAN

TEKNIK MEMBUAT RUMUSAN

TEKNIK MEMBUAT RUMUSAN
BAHASA KEBANGSAAN A

NORMAIZURA MD ZAIN

RUBRIK (20 markah) Markah
2m
Perkara 6m
Pendahuluan 4m
Isi tersurat ( 6 isi) 2m
Isi tersirat (2 isi) 6m
20 m
Penutup
Bahasa
JUMLAH

Panduan MUDAH menulis rumusan:

PERENGGAN 1 Petikan membincangkan (Sinonim *kata kunci*) ________________________________ .
PERENGGAN 2
Antara (kata tugas ISI TERSURAT) ialah/ adalah ____________________ (1) dan
PERENGGAN 3 ______________________________ (2). Selain itu, ________________________ (3) dan
PERENGGAN 4 ___________________________ (4). Di samping itu, ________________________ (5) dan
______________________________ (6).

Antara (kata tugas ISI TERSIRAT) ialah/ adalah _______________________ (1) dan
_____________________________ (2).

Kesimpulannya, pihak __________________ (siapa?) mestilah/ haruslah
______________________________ (apa tindakan?) agar/ supaya
____________________________ (harapan).

JUMLAH PERKATAAN (120 patah perkataan)

LANGKAH PERTAMA

1. Baca arahan soalan.
2. Setiap arahan mempunyai dua KATA KUNCI (F1 & F2)
3. Kata kunci pertama (F1) merupakan isi tersurat
4. Kata kunci kedua (F2) merupakan isi tersirat
5. Tandakan F1 dan F2 pada setiap kata kunci.

F1 – Isinya ada dalam petikan
F2 – Pendapat/ Idea sendiri (kemahiran berfikir)

CONTOH:

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan
tentang faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara
dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan
tentang langkah-langkah menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan
peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan. Panjang rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

TUKAR KATA KUNCI PERTAMA

Kata yang sinonim / seerti

Faktor / sebab / punca/ elemen
Akibat / kesan / impak / implikasi / natijah
Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan / kepentingan
Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah
Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas
Langkah-langkah /cara-cara /kaedah-kaedah /usaha-usaha /tindakan-tindakan /pendekatan /strategi
/modus operandi

Jadi, ‘faktor-faktor’:

Cara menulis ‘pendahuluan’:

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menghalang
pembangunan sukan negara dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Petikan membincangkan punca-punca yang menghalang pembangunan sukan negara di Malaysia.

LANGKAH KEDUA

1. Cari isi tersurat (F1) dalam petikan.
2. Jumlah isi tersurat ialah 6 isi.
3. Kemudian, rujuk kata kunci kedua (F2).
4. F2 ialah isi tersirat yang memerlukan IDEA sendiri.
5. Jumlah isi tersirat ialah 2 isi.
6. Jumlah isi tersurat dan isi tersirat ialah 8 isi.
7. Tulis semua isi ini dengan menggunakan penanda wacana seperti

yang diberikan. Rujuk PANDUAN MUDAH MENULIS RUMUSAN.

Perkataan yang sering kali digunakan dalam ayat-ayat isi tersurat

Punca disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang
Kesan dapat /telah /mampu /berupaya /akan /boleh mendatangkan /menjadikan /menyebabkan
/membolehkan /meninggalkan /mempengaruhi dan sebagainya

Langkah hendaklah /perlu /mesti /harus /wajar /boleh /sepatutnya /wajib

Mengenal pasti Penanda Wacana Dalam Petikan

Selain itu, Lebih daripada itu,Di samping, dan, serta, Kesinambungan maklumat / idea /tambahan

Natijahnya, akibatnya, Kesan
Juga, malahan Kesinambungan
Hal ini demikian kerana , Oleh sebab itu, sebab

LANGKAH KETIGA

• Bahagian PENUTUP merupakan bahagian kesimpulan.
• Anda hanya perlu menulis
a) “Siapa yang bertanggungjawab?”
b) “Apa tindakan yang sewajarnya dilakukan?”
c) “Apa harapan anda?”

LANGKAH KEEMPAT

• Kira jumlah perkataan.
• Tulis jumlah perkataan di hujung kanan di sebelah bawah rumusan.


Click to View FlipBook Version