TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK BMMB 3203 mORFOLOGI BAHASA MELAYU Siti Aqma Binti Rahman
Isi kandungan Pengenalan Proses Pembentukan Kata Isu Kesalahan Kata Analisis isu kesalahan kata berdasarkan bahan daripada media cetak dan media elektronik
Pengenalan Menurut Abdullah Hassan (2008), morfologi diertikan sebagai satu kajian mengenai pembentukan kata bagi sesebuah bahasa yang meliputi infleksi, terbitan serta pemajmukan kata. Dalam erti kata yang lain, morfologi ialah inti utama yang menjadikan susunan serta struktur bagi sesebuah bahasa lebih mantap dan utuh. Abdullah Hasan et al. (2015) juga memberikan penjelasan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji perkataan menerusi struktur, bentuk serta penggolongan kata itu sendiri. Entiti pertama yang diberi penekanan dalam morfologi ialah struktur, iaitu bagaimana sesuatu kata itu mampu terbina. Oleh itu, tugasan ini akan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan proses pembentukan kata dan isu kesalahan kata yang sering terjadi dalam media cetak dan media elektronik.
Proses Pembentukan Kata Penggandaan Pemajmukan Pengimbuhan Pengakroniman
Pengimbuhan Menurut Abdullah Hassan (2006), pengimbuhan ialah satu proses mencantumkan imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar menerbitkan perkataan yang berlainan makna. Jenis-jenis Imbuhan Imbuhan Awal Imbuhan akhiran Imbuhan Sisipan Imbuhan Apitan Contoh imbuhan awal Kata nama: pemasak, pemandu, Kata kerja: berjalan, memandu Kata adjektif: setinggi, terkacak Contoh imbuhan akhiran Kata nama: tulisan, lautan Kata kerja: jauhi, berikan Contoh Imbuhan Sisipan Kata nama: gerigi, celoreng Kata kerja: gelabah, jelajah Kata adjektif: semerbak, kemuning Contoh imbuhan apitan Kata nama: kesenian, pemandian dasar: pemulauan, pengeboman Kata adjektif: keadaan, kehalusan
Pemajmukan Proses pemajmukan ialah proses merungkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membentuk makna khusus (Nik Safiah et al., 2015) Rangkai Kata Bebas Istilah khusus Jenis kata majmuk Kiasan Kata majmuk mantap
Rangkai Kata Bebas Istilah khusus Kata majmuk mantap Jenis kata majmuk Contoh : luar biasa jam tangan nasi minyak Kiasan Contoh : mata pelajaran segi tiga reka bentuk Contoh : kaki ayam buah tangan buah hati Contoh : bumiputera kakitangan tanggungjawab dan lain-lain
Penggandaan Nik Safiah Karim et al. (2015), menyatakan bahawa penggandaan merupakan proses yang menggandakan kata dasar. Asmah Haji Omar (1986), mentakrifkan kata ganda sebagai proses mengulangi perkataan sama ada sepenuhnya atau bahagian tertentu. Jenis pengGandaan Penggandaan Penuh Penggandaan Separa Penggandaan Secara Berentak
Jenis pengGandaan Penggandaan Penuh Penggandaan Separa Penggandaan Secara Berentak Contoh : meja-meja amalan-amalan budak-budak Contoh : berlari-lari bersalam-salaman pepohon sesiku Contoh : sayur-mayur huru-hara lintang-pukang
Pengakroniman Jenis Akronim Pengakroniman merupakan proses membentuk perkataan dengan mencantumkan bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan yang menghasilkan perkataan baharu Akronim cantuman huruf awal perkataan Akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan Akronim cantuman suku kata awal perkataan Akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain yang mengikutnya
Jenis Akronim Akronim cantuman huruf awal perkataan Contoh: ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan Contoh: Mara(Majlis Amanah Rakyat) Akronim cantuman suku kata awal perkataan Contoh: Tadika (Taman didikan kanakkanak) Akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain yang mengikutnya Contoh debungan (debu bungan) purata (pukul rata)
isu kesalahan bahasa Media elektronik Media Cetak
KOnsep kesalahan kata Menurut Webber (1981), menjelaskan kesalahan kata berlaku apabila pengguna keliru terhadap penggunaan aspek-aspek tertentu dalam bahasa yang digunakan. Kebiasaannya, kesalahan kata ini terjadi apabila penutur bertindak meninggalkan imbuhan-imbuhan yang sepatutnya hadir dalam sesuatu perkataan itu dan membentuk ayat yang tidak sempurna.
Media Cetak ialah alat saluran komunikasi ang beruba bahan cetakan atau terbitan (Kamus Dewan edisi Keempat, 2021). Contohnya, majalah, surat khabar, buku dan lain-lain. Media elektronik ditakifkan sebagai alat atau saluran komunikasi yang berupaya atau yang menggunakan alat-alat elektron moden seperti radio, televisyen, internet, telefon pintar dan banyak lagi. Definisi Media Cetak & Media Elektronik
analisis isu kesalahan kata berdasarkan bahan daripada media cetak analisis isu kesalahan kata berdasarkan bahan daripada media cetak
Berdasarkan gambar di sebelah, kesalahan kata berlaku pada perkataan ‘ memdandan ’. Imbuhan awalan mem perlulah diubah kepada imbuhan men supaya perkataan tersebut mempunyai makna yang betul. Isu kesalahan penggunaan imbuhan pada papan tanda premis perniagaan Isu kesalahan penggunaan imbuhan pada papan tanda premis perniagaan
analisis isu kesalahan kata berdasarkan media elektronik analisis isu kesalahan kata berdasarkan media elektronik
pengimbuhan tangkapan skrin aplikasi Whatsapp Contoh kesalahan : Berdasarkan gambar di sebelah, perkataan mengguna perlulah ditambah dengan imbuhan akhiran -kan . mengguna-menggunakan
Isu kesalahan pemajmukan tangkapan skrin aplikasi Whatsapp Berdasarkan gambar di sebelah, kata majmuk nasiminyak perlulah diejaa dengan jarak iaitu nasi minyak. Nasi minyak ialah kata majmuk jenis rangkai kata bebas.
Komen ini diberikan oleh peminat penyanyi Ernie Zakri dalam video lagu raya yang bertajuk HAHAHAHAHari Raya. Berdasarkan tangkapan skrin di sebelah pengguna tersebut mencampurkan bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. percampuran Kod berdasarkan aplikasi youtube percampuran Kod berdasarkan aplikasi youtube Komen dalam video lagu raya Ernie Zakri Contoh percampuran kod: 1.Vibe MV- Suasana musik video 2.glowing je- bersinar 3.cheeky- nakal 4.happy-gembira 5.positivity-positif Kesalahan lain: 1.pulak-pula (kesalahan ejaan) tenang-tenang- berjalan dengan lancar (kesalahan penggunaan kata ganda yang tidak sesuai). 2.
dialek berdasarkan aplikasi Tiktok dialek berdasarkan aplikasi Tiktok Komen pengguna Tiktok Contoh dialek: 1.hang- Kamu 2. pasaipa- kenapa 3.comeiii-comel Kesalahan lain: 1.sgt-sangat (kesalahan ejaan) amboiiii-amboi (kesalahan penggunaan kata seru yang tidak sesuai). 2.
RUJUKAN Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd Asmah Haji Omar. (2004). Nahu Melayu Terakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Terima kasih