Fesyen Hijabista Discover how Hijabis are changing the fashion industry and redefining beauty standards among the standard MuslimVoguePENGAJIAN ISLAM MPU23012 SESI II : 2023/2024 HARGA: RM 7.00 (SM) RM10.00 (SS)
ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI PENGENALAN FESYEN MUSLIMAH MENURUT ISLAM JENIS DAN BENTUK KAIN HIJAB PERBEZAAN FESYEN HIJABISTA DI MALAYSIA DAN DI BARAT PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DALAM PERUBAHAN IMEJ FESYEN ISLAM KEKEURANGAN BERFESYEN SECARA BERLEBIHAN : TABARRUJ FAKTOR-FAKTOR IMEJ MUSLIMAH MENJADI TERUK KESIMPULAN RUJUKAN 01 03 04 05 - 07 10 11 12 - 13 15 16 17 FESYEN HIJABISTA DALAM KALANGAN PELAJAR 09
Sidang 1 NUR AIZATTI BINTI MUHAINI (05DPM23F1046) DAYANG NUR NATHASHA BINTI AWANG AIDIL (05DPM23F1073) MAISARAH NABILAH BINTI PANDI (05DPM23F1028) PENULIS & EDITOR REDAKSI MAJALAH DARI PENA Penasihat Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Majalah Muslim Vogue merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Kursus Pengajian Islam ( MPU 23012 ). Tugasan ini telah mengetengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan fesyen hijabista dalam kalangan pelajar. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar dari kelas DPM2A , Jabatan Perdagangan bagi pengajian sesi II 2023/2024 yang telah memberikan komitmen yang baik dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah Muslim Vogue untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. PUAN FADHLINA BINTI MOHAMAD AHMAD (PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK) NUR AIZATTI BINTI MUHAINI (05DPM23F1046) DESIGNER
H BJIA IS T A
Manakala, bagi sesetengah negara yang berbahasa arab dan juga negara-negara barat, mereka beraggapan bahawa hijab itu adalah penutup kepala dan badan wanita. P E N G E N A L A N Fesyen Hijabista merupakan gaya fesyen yang menampilkan pakaian moden yang sesuai dengan prinsip pakaian Islam yang menutup aurat, terutamanya bagi wanita yang memakai tudung. Apakah pula yang Fesyen Hijabista ? dimaksudkan dengan Apakah maksud HIJAB? dari segi bahasa bermaksud benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia merupakan kata terbitan daripada kata akar 'ha-ja-ba' yang membawa maksud untuk tudung, untuk tutup dan untuk lindung. Hijab dari segi pula ialah seluruh pakaian sopan bagi wanita islam. Selain daripada itu, hijab juga bermaksud skarf kepala. Ia sesuai dirujuk sebagai khimar iaitu sejenis penutup kepala dimana kainnya berbentuk empat segi yang dilipat menjadi segi tiga. Namun begitu, islam telah memberi hijab erti yang lebih meluas iaitu kesopanan, bersendirian dan akhlak. HIJAB PENULIS: NUR AIZATTI BINTI MUHAINI 3
2 FESYEN MUSLIMAH MENURUT ISLAM Islam tidak menetapkan fesyen pakaian atau warna tertentu yang boleh dipakai wanita muslimah. Hanya yang ditetapkan ialah aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya, kecuali bahagian muka dan telapak tangan. Akan tetapi lebih baik untuk besederhana dalam berpakaian dan berfesyen agar terlihat sederhana akan tetapi masih terlihat elegant. Dengan itu, kita boleh mengikuti cara tersebut seperti yang tertera di bawah : Memastikan pakaian tersebut menutup aurat. Bertudung sehingga paras dada. Pakaian yang tidak menyerupai lelaki. Pakaian hendaklah longgar, tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan. Tidak memakai aksesori yang mempunyai ciri-ciri budaya orang bukan islam. Pakaian ataupun hijab dibuat daripada kain yang tebal, tidak nipis dan jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan 1 3 4 5 6 Penulis: MAISARAH NABILAH BINTI PANDI 4
Perbezaan Fesyen Hijabista Di Malaysia & Di Barat
Trend dan Inspirasi Di Malaysia mungkin lebih dipengaruhi oleh trend dan inspirasi tempatan, termasuk warna-warna, corak, dan gaya yang popular di kalangan masyarakat tempatan. Kesesuaian Budaya dan AgamA Di Malaysia mungkin lebih tertumpu pada kesesuaian dengan nilainilai budaya dan agama tempatan, termasuk keperluan untuk menutup aurat secara sesuai. Pilihan Stail dan Rekaan Di Malaysia mungkin cenderung untuk mempunyai pilihan stail dan rekaan yang lebih tradisional, seperti baju kurung moden, kebaya, dan sebagainya. Fesyen hijabista Di Malaysia penulis: dayang NUR NATHASHA BINTI AWANG aidil 6
Fesyen Hijabista Di Barat Trend dan Inspirasi Pilihan Stail dan Rekaan Kesesuaian Budaya dan AgamA Di Barat, fesyen mereka lebih terpengaruh dari industri fesyen dunia, selebriti, dan media mungkin lebih dominan. Di Barat, walaupun terdapat penekanan pada keselesaan dan keindahan, kesesuaian dengan budaya dan nilai-nilai agama mungkin lebih berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Di Barat, terdapat lebih banyak variasi dalam pilihan stail dan rekaan, termasuk pakaian formal, kasual, dan streetwear yang sesuai dengan trend fesyen dunia. penulis: dayang NUR NATHASHA BINTI AWANG aidil 7
DALAM KALANGAN PELAJAR FESYEN HIJABISTA
9 Fesyen Hijabista dalam kalangan pelajar kini semakin berkembang dan style pemakaiannya sering kali berubah mengikut trend semasa. Trend-trend ini sentiasa berubah dengan kemodenan ekonomi, sosial dan pengaruh budaya. Penggayaan fesyen dalam berhujab telah memberi peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri mereka dengan kreativiti dan kesesuaian. Sebilangan besar daripada pelajar berpendapat bahawa pemakaian tudung merupakan satu tanggungjawab seorang Muslimah terhadap tuntutan agama. Pemakaian tudung membuatkan mereka berasa lebih selamat dan selasa daripada pandangan ajnabi. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar kini masih lagi menggayakan tudung mereka dengan gaya ala kadar sahaja iaitu gaya yang mendedahkan leher mereka atau gaya tudung yang menutup atas paras dada. Mereka masih beranggapan bahawa leher bukanlah aurat. Berhijab bukanlah satu halangan untuk kita berfesyen, sebaliknya hijab seharusnya dilihat sebagai satu aspek yang memperkaya dan meluaskan kepelbagaian dalam berfesyen. penulis: NUR AIZATTI BINTI MUHAINI
Jenis Dan Kain Hijab 1. Tudung Bawal: Tudung bawal adalah tudung yang terbuat dari kain bawal, yang biasanya lebih tebal dan memiliki tekstur yang lebih kaku. Ini sering kali digunakan dalam bentuk yang dilipat atau diatur dengan berbagai gaya. 2. Tudung Instant: Tudung instant adalah tudung yang sudah jadi dan mudah dipakai dengan hanya menempelkannya di kepala tanpa perlu melipat atau mengatur kain. Ini sering digunakan untuk kenyamanan dan praktisitas. 3. Tudung Selendang: Tudung selendang adalah tudung yang terbuat dari kain yang panjang dan lebar yang kemudian dililitkan atau dikatkan di kepala dengan berbagai gaya. penulis: dayang NUR NATHASHA BINTI AWANG aidil 10
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DALAM PERUBAHAN IMEJ FESYEN ISLAM Reka bentuk 3D dan Cetak 3D Reka bentuk 3D dan pencetakan 3D telah membuka pintu bagi inovasi dalam reka bentuk fesyen Islam. Pereka fesyen dapat menciptakan pakaian yang lebih menarik dan unik dengan menggunakan teknologi ini. Selain itu, teknologi pencetakan 3D juga memungkinkan produksi yang lebih cepat dan efisien . Sosial Media dan Influencer Marketing Sosial media telah menjadi platform utama bagi mempromosi fesyen Islam. Para pereka fesyen menggunakan platform seperti Instagram, Twitter, dan YouTube untuk memperluaskan produk mereka dan berinteraksi dengan penggemar mereka secara langsung. Para influencer Muslim juga memainkan peranan penting dalam memperkenalkan trend fesyen Islam agar dapatmembantu mengubah imej fesyen Islam menjadi lebih modern dan trendi. penulis: dayang NUR NATHASHA BINTI AWANG aidIL 11
KEKURANGAN BERFESYEN SECARA BERLEBIHAN: TABARRUJ Kata tabarruj berasal dari bahasa Arab dengan bentuk masdar tabarroja, ertinya menunjukkan perhiasan atau keindahan. Dengan demikian, tabarruj biasanya dimaksudkan seperti menunjukkan perhiasan atau keindahan seseorang tersebut. Secara kesimpulannya, tabarruj adalah perilaku yang menampakkan kecantikan dan bentuk tubuh badan sehingga dapat menimbulkan nafsu syafwat daripada para ajnabi yang bukan mahram dan hukum tabarruj dalam Islam adalah haram. Tabarruj mempunyai tiga pengertian : Seorang wanita yang menampakkan kecantikan wajahnya serta anggota badan kepada orang asing sehingga dapat menimbulkan fitnah. 1. Mempamerkan keindahan baju ataupun perhiasannya pada orang asing. 2. Berjalan secara berlenggang-lenggok dan memakai minyak wangi secara berlebihan agar dapat perhatian daripada para lelaki. 3. Oleh itu, seluruh tubuh wanita adalah aurat yang tidak boleh diperlihatkan meliputi badan, rambut, perhiasan, serta pakaian dalam. Ayat tentang tabarruj salah satunya terdapat dalam Surah Al-Ahzab ayat 33: "Tetaplah [tinggal] di rumah-rumahmu dan janganlah berhias [dan bertingkah laku] seperti orang-orang jahiliah dahulu. Tegakkanlah salat, tunaikanlah zakat, serta taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah hanya hendak menghilangkan dosa darimu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya," (QS. Al-Ahzab [33]: 33). penulis: maisarah nabilah BINTI pandi 12
Bertabarruj dengan perhiasan Bertabarruj dengan minyak wangi Bertabarruj dengan gaya berjalan Bertabarruj dengan pakaian CONTOH - CONTOH Wanita tidak diharuskan memakai wangian pada pakaian kerana dapat menarik perhatian orang lain terutama lawan jenis yang bukan mahram. Akan tetapi wangian yang dilarang dalam Hal ini ialah terlalu berlebihan. Wanita yang mempunyai masalah dengan bau badan tetap dibolehkan menggunakan wangian untuk menghilangkan bau selagi tidak berlebihan. Menggunakan pakaian yang terlalu ketat dan nipis sehingga menunjukkan bentuk tubuh dan menggunakan sanggul unta juga termasuk dalam tabarruj. Memakai cincin, gelang tangan, gelang kaki dan anting-anting secara berlebihan. Berjalan secara berlenggang-lenggok di depan lelaki merupakan perbuatan tabarruj kerana dapat menarik perhatian para lelaki. TABARRUJ 1 2 3 4 PENULIS: MAISARAH NABILAH BINTI PANDI 13
FASHIO
Faktor-faktor seorang muslimah menjadi teruk Mengikuti trend semasa Terdapat pelbagai fesyen terkini yang tidak mengikuti syarak islam seperti memperagakan hijab seakan-akan gaya rambut yang akan menyebabkan para ajnabi mudah untuk membayangkan rupa bentuk rambut perempuan tersebut. Memakai pakaian yang menarik perhatian ajnabi Pakaian yang akan menarik perhatian ajnabi adalah seperti memakai pakaian yang ketat dan menggunakan tudung paras atas dada. Selain itu, menggayakan pakaian seperti tuck in baju ke dalam skirt atau seluar sehingga menampakkan bentuk badan kita. Mengambil remeh larangan Allah Pelbagai larangan Allah yang dipandang remeh oleh masyarakat pada zaman kini. Antaranya ialah pemakaian stokin, handsock dan pin tudung. Hal ini menyebabkan akhlak seseorang muslimah tersebut akan mudah terjejas kerana kita tidak mempraktikan hal yang dianggap remeh tersebut dalam kehidupan seharian kita. PENULIS: DAYANG NUR NATHASHA BINTI AWANG AIDIL 15
Fesyen hijabista di kalangan pelajar bukanlah sekadar tentang berpakaian mengikut syarat islam, tetapi juga tentang menggabungkan kreativiti, keselesaan dan penampilan diri dalam kehidupan seharian. Dengan menjaga kesopanan etika pemakaian yang mengikuti syarak, pelajar hijabista kini dapat mencipta atau mengkuti gaya terkini yang elegan tetapi tetap sopan dan menutup aurat dengan sempurna. Fesyen hijabista dalam kalangan pelajar telah menjadi semakin popular dan diterima oleh pelbagai golongan remaja dan pelajar. Fesyen hijabista menyediakan pilihan yang pelbagai dan kreatif untuk mereka yang memilih untuk menutup aurat dengan bergaya dan selesa. Ini mencerminkan perubahan dalam perspektif masyarakat terhadap hijab, yang kini dianggap sebagai simbol , gaya , identiti, dan bukan hanya sekadar kepatuhan kepada nilainilai agama. Mereka menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan YouTube untuk berkongsi tips fesyen, tutorial, dan pandangan tentang trend terkini dalam fesyen hijabista. Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa fesyen hijabista bukanlah satu-satunya cara bagi pelajar Muslimah untuk mengekspresikan diri mereka. Setiap individu mempunyai hak untuk memilih cara yang sesuai dengan kepercayaan dan nilainilai mereka. KESIMPULAN penulis: maisarah nabilah BINTI pandi 16
RUJUKAN 1. My Metro https://api.hmetro.com.my/node /18971 17 3. Mohd Syah Zali Ramle https://library.oum.edu.my/repository/93 6/1/library-document-936.pdf 6. Dr Hajah Mas Nooraini Haji Mohiddin http://www.jised.com/PDF/JISED-2019-19- 03-11.pdf 2. Mohd Sanusi https://www.scribd.com/document/32778 1998/Definisi-Hijab 4. Syamsul Dwi Maarif https://tirto.id/apa-itu-tabarruj-dalamislam-dan-bagaimana-contohnya-gPJg 5. Harakahdaily https://harakahdaily.net/index.php/2017 /04/08/fesyen-muslimah-menurutislam/
MUSLIM
VOGUE