The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kayiwong0125, 2021-09-30 02:04:53

Buku Skrap Karangan

Buku Skrap Karangan

Wong Ka Yi

Isu vandalisme sering dikaitkan dengan remaja sebagai
pelakunya namun kita tidak boleh menolak bahawa
vandalisme ini juga dilakukan oleh individu dari pelbagai
peringkat umur. Vandalisme ialah perbuatan membinasakan
dan merosakkan harta benda awam ataupun persendirian.
Di negara ini, gejala vandalisme dilihat semakin berleluasa
serta membimbangkan.

Petikan di atas menyatakan isu gejala vandalisme
yang melanda masyarakat negara kita.

Dalam meniti kehidupan pada marcapada, harta benda awam disediakan percuma oleh
pihak kerajaan untuk kemudahan rakyat. Contoh harta benda awam ialah telefon awam, taman
permainan, perhentian bas dan tandas awam. Walau bagaimanapun, harta benda awam sering
menjadi sasaran golongan yang tidak bertanggungjawab. Golongan ini ibarat kera mendapat bunga
oleh sebab langsung tidak menghargai pemberian pihak kerajaan dan merosakkannya sewenang-
wenang. Ghalibnya, golongan remaja yang melakukan gejala vandalisme. Pokok persoalannya,
apakah punca-punca berlakunya gejala vandalisme ?

Punca dominan berlakunya masalah ini ialah kepincangan institusi keluarga. Mereka
yang suka merosakkan harta benda awam biasanya berasal dari keluarga yang porak-peranda
ataupun keluarga yang ghairah mengejar kemewahan hidup. Golongan ini kekurangan didikan
agama dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Justeru, mereka cenderung merosakkan
harta benda awam bagi melepaskan perasaan geram. Tidak kurang pula yang kekosongan jiwa
dan melakukan gejala vandalisme bagi menarik perhatian ibu bapa mereka. Hal ini menunjukkan
bahawa didikan agama dan aspek kasih sayang yang kurang dititikberatkan oleh ibu bapa
menjadi faktor harta benda awam dirosakkan.

Sudah terang lagi bersuluh, bagai murai berkicau hari siang, pengaruh rakan sebaya
juga menyebabkan berlakunya masalah ini. Pada masa kini, remaja lebih suka akan mendengar
kata-kata rakan mereka yang dianggap serasi dengan mereka. Oleh sebab remaja yang
dianggap minda separa matang dan belum keras ubunnya tidak mempunyai benteng yang kukuh
untuk menolak ajakan rakan-rakan yang negatif, mereka akan tergoda oleh gejala vandalisme
yang kian bermaharajalela dasawarsa ini. Mereka mudah mengikuti dan meniru perbuatan rakan
mereka walaupun sedar bahawa perbuatan mereka tidak betul. Oleh itu, tidak hairanlah jika
remaja merosakkan kemudahan awam jika dicabar oleh rakan mereka atau sengaja ingin meniru
perbuatan rakan. Ada juga yang takut jika mereka tidak berbuat demikian, mereka akan
disisihkan oleh rakan-rakan.

Seterusnya, pengaruh media massa sedikit sebanyak telah menyebabkan masalah ini
semakin berleluasa. Media massa seperti televisyen banyak memaparkan filem ganas dan
pengaruh Barat yang negatif. Sebagai contoh, remaja yang tidak berupaya membezakan yang
mana intan, yang mana kaca akan terikut-ikut perbuatan remaja Barat yang kelihatan seronok
ketika merosakkan harta benda awam. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi
masyarakat untuk merosakkan harta benda awam kerana tidak mahu dianggap ketinggalan
zaman. Dengan keadaan sedemikian, golongan remaja akan terperosok ke dalam kancah gejala
vandalisme dan ketenteraman masyarakat juga akan terjejas akibat gejala vandalisme yang
berlaku.

Di samping itu, kekurangan kesedaran sivik dan moral dalam kalangan masyarakat
juga antara punca yang tidak kurang kepentingannya. Sesetengah masyarakat menganggap
bahawa tugas menjaga harta benda awam ialah tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata.
Mereka bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Mereka juga
menganggap bahawa jika harta benda awam rosak, maka pihak kerajaan akan membaikinya
dan bukan tanggungjawab mereka. Sikap mementingkan diri inilah yang menyebabkan mereka
merosakkan harta benda awam dengan sesuka hati. Justifikasinya, pendidikan sivik serta moral
yang memainkan peranan vital dalam menangani gejala vandalisme patutlah dititikberatkan oleh
segenap lapisan masyarakat.

Akhirulkalam, sudah terang lagi nyata, setiap strata masyarakat harus bekerjasama
bagai aur dengan tebing untuk menjaga harta benda awam oleh sebab harta benda awam
milik kita bersama. Dengan itu, harta benda awam dapat kita manfaatkan penggunaannya jika
kita menjaganya dengan baik. Sekiranya masalah ini tidak diberikan perhatian yang
sewajarnya, masalah ini akan mengakibatkan imej negara tercalar akibat tindakan golongan
yang tidak bertanggungjawab ini. Ingat, “ Harta Benda Awam, Milikku, Milikmu”.

Karangan 8

Usaha-usaha Yang Boleh
Dilakukan Untuk Meningkatkan
Sektor Pelancongan Malaysia

Mengikut Persatuan Pelancongan Sedunia (World Tourism
Malaysia), pelancongan merupakan aktiviti pengembaraan
seseorang individu ke suatu tempat, iaitu keluar daripada
persekitaran asal yang menetap tidak lebih daripada satu
tahun untuk tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.
Pelancongan juga merupakan aktiviti ekonomi yang mampu
membawa pendapatan dan manfaat kepada komuniti.

Petikan majalah di atas adalah tentang definisi pelancongan.

Dalam meniti arus kemodenan ini, sektor pelancongan antara penyumbang utama
pendapatan negara kita. Banyak tempat peranginan menarik terdapat di negara kita seperti Pulau
Tioman, Pulau Langkawi, Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron, Bandaraya Melaka dan
sebagainya. Pelancong-pelancong yang datang berkunjung ke negara kita turut meningkat tiap-
tiap tahun. Oleh itu, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah pragmatik bagi memajukan sektor
pelancongan di Malaysia. Pokok persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh diambil untuk
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita ?

Sudah terang lagi bersuluh, bagai murai berkicau hari siang, antara usaha yang boleh
diambil bagi memajukan sektor pelancongan di Malaysia ialah kerajaan boleh menawarkan pakej
pelancongan yang menarik dan murah untuk menarik minat pelancong. Kementerian Kesenian,
Kebudayaan dan Pelancongan memainkan peranan yang vital dalam hal ini. Agensi swasta yang
terlibat juga diseru supaya memberi komitmen bagi menawarkan harga tiket dan pakej
pelancongan yang murah. Pihak-pihak yang terlibat digalakkan bersinergi bagi menjadikan
Malaysia destinasi pelancongan yang utama dan syurga beli-belah bagi para pelancong. Hal ini
penting untuk meletakkan nama negara kita di persada dunia dan setanding dengan negara-
negara maju yang lain persis kata mutiara, ”duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”.

Selain itu, kerajaan juga boleh menjadikan negara kita sebagai destinasi pelancongan
yang menarik. Pihak kerajaan boleh membuka tempat pelancongan yang baharu di samping
memulihara tempat pelancongan yang lama. Kemudahan asas yang sempurna harus ditawarkan
untuk para pelancong. Sebagai contoh, hotel-hotel yang bertaraf dunia harus didirikan demi
keselesaan para pelancong. Sistem perhubungan dan pengangkutan yang lengkap dan
sempurna wajar disediakan juga. Hal ini dikatakan demikian kerana infrastruktur ini dapat
memudahkan pelancong untuk mengunjungi tempat pelancongan di negara kita. Dalam pada itu,
kerajaan boleh menaik taraf tempat bersejarah dan pusat beli-belah. Dengan itu, pelancong akan
tertarik akan pemandangan yang indah serta kemudahan negara kita yang lengkap dan
seterusnya sebagai destinasi pelancongan pilihan dominan para pelancong.

Di samping itu, setiap lapisan masyarakat juga memainkan peranan penting bagi
memastikan negara kita sentiasa aman damai dan bebas daripada jenayah. Pihak polis harus
meningkatkan tahap keselamatan dengan meronda di tempat yang kerap berlakunya kes ragut
dengan jadual waktu yang telah ditetapkan. Dengan berbuat demikian, keselamatan para
pelancong terjamin. Mereka dapat pergi ke mana-mana sahaja tanpa sebarang gangguan dan
kebimbangan. Jika pelancong pulang ke negara asal mereka, mereka akan memberitahu rakan-
rakan dan saudara-mara mereka bahawa negara kita selamat dikunjungi serta memorabilia
mereka semasa melancong di negara kita. Maka, ekonomi negara kita dapat ditingkatkan dan
sektor pelancongan negara kita juga dapat dimajukan bak kata peribahasa, “ serampang dua
mata”.

Seterusnya, negara kita harus giat menjalankan acara antarabangsa untuk menarik
kedatangan pelancong. Tamsilnya, perlumbaan Formula Satu, Kejohanan Badminton, Sukan SEA,
KOMANWEL dan lain-lain lagi. Melalui acara antarabangsa ini, para pelancong akan berkunjung
ke negara kita bagi menyaksikan acara tersebut di samping bersiar-siar. Para pelancong yang
berkunjung ke negara kita bukan saja akan membeli tiket untuk menyaksikan sesuatu kejohanan
malahan akan berbelanja. Hal ini disebabkan oleh mereka akan menginap di hotel, makan di
restoran, membeli-belah dan sebagainya dalam tempoh acara antarabangsa berlangsung. Hal ini
dapat menjana pendapatan kepada negara kita.

Akhirulkalam, sudah terang lagi nyata, kerajaan harus berusaha untuk memajukan
sektor pelancongan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, kerjasama daripada semua pihak
bagai aur dengan tebing juga amat penting untuk memastikan usaha kerajaan ini membuahkan
hasil. Rakyat Malaysia harus sentiasa bersikap peramah dan mesra kepada para pelancong agar
memberikan imej yang baik kepada pelancong. Dengan itu, para pelancong tidak akan ragu-ragu
untuk berkunjung ke negara kita lagi pada masa akan datang. Ayuhlah kita berusaha bersungguh-
sungguh untuk memajukan sektor pelancongan demi kemajuan negara !

Usaha-usaha Untuk Mengatasi
Isu Penagihan Dadah Dalam
Kalangan Remaja

Tan Tai Tao

Penagihan dadah yang berleluasa kini bukan sahaja
melibatkan golongan dewasa, tetapi juga melibatkan
remaja yang masih bersekolah.Kewujudan pelbagai jenis
dadah sintetik yang semakin berleluasa. Keadaan ini
menyebabkan remaja dan pelajar-pelajar sekolah
sentiasa berisiko terdedah dengan kegiatan penagihan
dadah.

Petikan majalah di atas adalah tentang penagihan dadah.
Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi
isu penagihan dadah dalam kalangan remaja di Malaysia.

Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara kita sejak sekian lama dan isu penagihan
dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Malangnya , isu penagihan dadah dalam kalangan remaja
semakin menjadi bagai api ditiup angin. Oleh itu , pelbagai usaha harus dijalankan untuk mengatasi isu penagihan
dadah dalam kalangan remaja di Malaysia. Persoalannya , apakah usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi
isu penagihan dadah dalam kalangan remaja ?

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi isu penagihan dadah dalam kalangan remaja adalah ibu
bapa haruslah mendidik anak-anak anak mereka tidak terjebak dalam masalah penagihan dadah . Ibu bapa perlu
meluangkan masa yang secukupnya untuk bersama dengan anak-anak. Sikap ambil berat dan penyayang ini
mampu mengelakkan remaja dari terjerumus dalam masalah penagihan dadah Hal ini kerana anak-anak
hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak
dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.

Di samping itu, pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam usaha
mengurangkan penagihan dadah dengan penganjuran program seperti kem motivasi ,kempen
yang meliputi pelbagai aktiviti. Pihak kerajaan juga menyiar-yiarkan kempen anti-dadah melalui
media massa. Hal ini demikian kerana melalui kem-kem ini para remaja dapat meningkatkan
kesedaran tentang kegiatan penagihan dadah di samping memenuhi masa senggang mereka
dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Undang-undang dan hukuman bagi kesalahan penagihan
dadah dan mengedar dadah hendaklah diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini terus
berleluasa. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu
memperkemaskan jentera mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali
menagih dadah kembali.

Pendidikan pencegahan penagihan dadah di sekolah juga merupakan langkah awal
untuk membendung penagihan dadah dalam kalangan remaja. Jika tidak, masalah ini akan terus
mengancam kesejahteraan negara. Pendidikan pencegahan dadah bertujuan untuk remaja
mengenai bahayanya penagihan dadah. Sudah tentu masyarakat tidak ingin melihat remaja
terjerumus ke dalam jurang kehinaan . Peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah ini
amatlah penting. Dengan Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR),kesedaran para pelajar
tentang mengenai risiko penagihan dadah dapat ditingkatkan secara tidak langsung mendidik
pelajar untuk menjauhi najis dadah. Oleh hal yang demikian, peranan pihak sekolah amat penting
dalam menerapkan budaya remaja benci dadah dan seterusnya membantu golongan ini
menjauhi najis dadah sebelum ia menjadi parah.

Akhir sekali , kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi kertagihan dadah.
Kesedaran diri ini penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu
dengan pemikiran yang rasional. Remaja sepatutnya berpegang teguh kepada ajaran agama
masing – masing . Remaja kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat akan
menjerumuskan mereka ke dalam kancah penagihan dadah. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri
amat penting. Remaja perlu membezakan rakan sebaya yang baik ataupun yang buruk . Bak kata
pepatah , berkawan dengan si penjual bunga dapatlah wanginya, berkawan dengan si penjual
arang dapatlah hitamnya , rakan yang berkualiti juga adalah tonggak dalam membantu diri remaja
menjadi berkualiti juga.

Tuntasnya, semua pihak haruslah bekerja sama berganding bahu untuk
menggembleng tenaga untuk memerangi gejala penagihan dadah ini. Oleh itu, marilah kita
bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama negara dan
dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Jika tidak , hal tersebut akan
menjadi tulang dalam daging negara kita . Hal ini kerana pemuda harapan bangsa dan pemudi
tiang negara. Harapkan negara kita dapat duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan
negara maju yang lain.

Karangan 10

Punca-punca Berlakunya
Kes Gengsterisme

Kes gengsterisme sering dikaitkan dengan individu yang
terdiri daripada pelbagai peringkat umur terutamanya
golongan remaja . Gangsterisme ialah tingkah laku yang
melanggar peraturan dan undang-undang oleh sekumpulan
orang yang melanggar moral masyarakat .Di negara ini, Kes
gengsterisme dilihat semakin berleluasa serta
membimbangkan.

Petikan di atas menyatakan Kes gangsterisme yang melanda
masyarakat negara kita. Huraikan punca-punca berlakunya
Kes gengsterisme dalam kalangan remaja di negara kita.

Gangsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan
masyarakat terutamanya golongan remaja pada masa kini.Ia dilihat bukan sahaja mengatasi imej
negara malah boleh mengganggu perkembangan ekonomi dalam arus pembangunan
negara.Kegiatan gengsterisme ini perlu ditangani secara serius kerana gangsterisme boleh
mempengaruhi remaja untuk membabitkan diri dalam kegiatan lain seperti menagih dadah,
menghisap rokok,ketagihan alkohol dan lain-lain.. Persoalannya , apakah punca berlakunya Kes
gengsterisme dalam kalangan remaja ?

Salah satu faktor yang menyumbangkan kepada kegiatan gangsterisme ialah
pengaruh daripada rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan teman yang paling rapat dalam
kehidupan seseorang remaja.Kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh
menyebabkan seseorang remaja terjebak ke gejala sosial.Di samping itu,pengaruh yang kuat
daripada rakan-rakan akan menyebabkan sebilangan besar pelajar diambil menjadi ahli kumpulan
geng.Aktiviti mereka yang bersifat memberontak seperti merosakkan harta benda sekolah dan
awam, menghisap rokok dan lain-lain lagi.Oleh itu,remaja haruslah pandai memilih kawan supaya
dapat mengekalkan kehidupan yang betul dan tidak terjebak dalam gejala sosial.

Selain itu,ibu bapa kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka.Arus
pemodenan yang berkembang dengan pesat sekali di dalam negara adalah penting untuk
meningkat taraf kehidupan rakyat tetapi sesetengah ibu bapa lebih cenderung untuk mengumpul
kekayaan dan bekerja hingga lewat malam menyebabkan anak-anak mereka ini terabai dan tidak
diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja dari
pagi hingga ke malam untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan
hidup.Maka ini menyebabkan anak-anak mereka berasa diri mereka tidak sayangi dan ini
menyebabkan mereka terjebak dalam kegiatan negatif ini.

Di samping itu ,media massa turut memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi dan pertuturan serta tingkah laku yang ditayangkan di
televisyen menjadi ikutan para remaja sehingga pelakon tersebut menjadi`role model' bagi
golongan remaja.Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung. Hal
ini kerana,walaupun diakui media massa merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan
penonton tetapi pada waktu yang sama ia boleh membawa penonton ke jalan yang salah
terutamanya dalam kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu
merupakan satu realiti dalam kehidupan.

Akhir sekali , kekurangan didikan agama turut mendorong kepada peningkatan aktiviti
gengsterisme.Sekiranya didikan agama kukuh di dalam diri individu,maka secara langsung ia
boleh mengelakkan remaja tersebut daripada terjebak dalam kegiatan gengsterisme ini.Keluarga
yang kurang didikan agama juga boleh menyebabkan anak remaja mereka mereka tidak
mengetahui tentang nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik dan ini menyebabkan
mereka terperangkap dalam kegiatan gengsterisme.

Tuntasnya, remaja adalah kempulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa
depan negara.Mereka merupakan aset kekayaan negara yang memegang peranan penting
dalam pembangunan negara.Maka,semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani
masalah ini .Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan,langkah-
langkah drastik haruslah dilaksanakan oleh semua pihak. Diharapkan agar negara kita dapat
duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

< Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec >

THANK YOU


Click to View FlipBook Version