MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SMK BATU UNJUR
D. A. R. V. I. H
ROKOK
"Lebih Baik Cegah"
APA ITU ROKOK ?
Rokok ialah tembakau yang dibaluti dengan kertas dan apabila
seseorang menghisap rokok, individu tersebut boleh menghembuskan
asap yang dikeluarkan dari paru-paru melalui mulut dan hidung.
Terdapat lebih 7,000 bahan kimia yang digunapakai untuk
menghasilkan sebatang rokok seperti bahan cat, racun dari eksos
kereta, kadmium yang terkandung di dalam bateri, bahan pelarut
toluena, ammonia yang digunakan untuk mencuci tandas, naftalena
dari ubat gegat, tar untuk membuat jalan, asenik yang dipakai untuk
membuat racun tikus dan nikotin yang digunakan untuk membunuh
serangga. Walaupun rokok mempunyai seribu satu keburukan yang
bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan malah kewangan perokok,
ianya masih dihisap kerana ketagihan yang dialami oleh kebanyakan
perokok yang sukar untuk dibendung.
Sumber : https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-berhenti-rokok
KESAN DAN BAHAYA ROKOK
STROK DAN MASALAH JANTUNG
Strok atau nama lainnya angin ahmar merupakan sejenis penyakit yang mana saluran
darah ke otak menjadi sempit dan mengakibatkan otak kekurangan oksigen kerana
darah yang sampai ke otak menjadi sedikit. Strok juga boleh mengakibatkan
kelumpuhan pada separuh, seluruh atau sesetengah anggota badan bergantung
kepada kawasan otak yang terjejas. Pada masa yang sama, saluran darah ke jantung
juga boleh terjejas dan menjadi sempit dan hal ini boleh mengakibatkan kerosakan
kepada sel jantung kerana kekurangan bekalan oksigen. Lama kelamaan, bekalan
oksigen ke jantung terus berkurangan, sel di jantung akan mati dan mengakibatkan
kegagalan jantung. Masalah strok dan jantung ini disebabkan oleh nikotin yang
mengakibatkan saluran darah menjadi rosak dan sempit.
MASALAH PERNAFASAN & KANSER PARU-PARU
Asap rokok akan menghakis dan merosakkan lapisan saluran pernafasan dan paru-
paru. Hal ini kerana bahan yang terkandung di dalam rokok mempunyai banyak
bahan karsinogenik dan asap rokok akan menyebabkan tisu dan sel pada lapisan paru-
paru untuk mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Apabila lapisan saluran
pernafasan kerap terdedah kepada bahan karsinogenik, perubahan mendadak akan
berlaku pada tisu dan sel tersebut dan ia boleh berubah menjadi sel kanser. Pada
masa yang sama, hal ini juga akan merangsang saluran pernafasan untuk menjadi
lebih sempit, menyebabkan rembesan lendir dan cecair yang berlebihan pada paru-
paru, dan akibat daripada ini, pesakit akan mengalami masalah kesukaran bernafas,
batuk, semput dan kepenatan yang berpanjangan. Apabila pesakit didiagnos penyakit
kanser paru-paru, peluang untuk sembuh adalah sangat nipis boleh menyebabkan
kematian.
Sumber : https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-berhenti-rokok
KESAN DAN BAHAYA ROKOK
MASALAH SISTEM REPRODUKSI
Perokok lelaki pula, anda mungkin terdedah kepada risiko mati pucuk. Alangkah
malangnya jika badan sihat dan tegap tetapi kalah di medan asmara. Sudahlah
kalah awal, perokok juga berkemungkinan untuk mandul. Ya! Kajian mendapati
radikal bebas dan karsinogenik dari rokok boleh menjejaskan testis dan sistem
reproduksi secara keseluruhannya. Kiraan sperma akan berkurangan dan hal ini
akan mengurangkan kesuburan seseorang lelaki dan menyebabkan kesukaran
untuk mendapatkan zuriat.
SELALU TERTEKAN
Anda mungkin merasakan yang merokok boleh menghilangkan stress, tetapi stress
seperti apakah yang boleh diselesaikan melalui kaedah ini ? Adakah dengan
merokok masalah boleh diselesaikan? Tepuk dada, tanya selera. Merokok boleh
menyebabkan seseorang lebih tertekan kerana kebergantungan dan ketagihan
terhadap rokok sukar untuk dipisahkan. Otak seorang perokok akan sering
memikirkan tentang tabiat tersebut walaupun ianya menyakiti kesihatan dan
kewangannya. Seperti menangisi bekas kekasih lama, tabiat merokok sukar
dilepaskan walaupun diri telah berulang kali disakiti.
KESIHATAN ANAK-ANAK DAN AHLI KELUARGA TERJEJAS
Alangkah indahnya jika asap yang dihembuskan tidak memberi mudarat kepada
orang di sekeliling yang menghirup dan menghidu asap tersebut. Apakah daya
kerana udara yang kita hirup dikongsi secara bersama terutamanya insan yang
sebumbung dengan kita. Asap yang dilepaskan memberikan kesan kesihatan yang
lebih mudarat kepada penghidu terutamanya kepada si anak kecil yang tidak
berdosa. Anak-anak kecil mudah terdedah kepada penyakit seperti asma dan batuk
jika bersama dengan perokok. Isteri tersayang yang telah berjanji sehidup semati
lebih terdedah untuk mendapatkan risiko kanser paru-paru daripada si suami yang
tak henti-henti menghembuskan asap rokoknya dari siang ke malam
Sumber : https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-berhenti-rokok
Sumber : https://rootofscience.com/blog/2017/kesihatan/perubatan
Kesan MUDHARAT rokok kepada kesihatan ( Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sumber : http://www.imedik.org/remaja-cegah-rokok/
Perokok Aktif dan Perokok Pasif
Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada perokok, malah
kepada mereka yang tidak merokok. Selama ini, kita biasa mendengar tentang
perokok aktif dan perokok pasif. Mari kita imbas kembali istilah berikut :
◾ Perokok aktif : Perokok yang menghisap rokok secara langsung.
◾ Perokok pasif : Mereka yang menghidu asap rokok daripada rokok yang
sedang menyala dan juga daripada asap yang dihembuskan oleh perokok aktif.
THIRD HAND SMOKER
Bagaimana pula dengan “Third-hand smoker (THS)” atau “Perokok Ketiga” ?
Ini mungkin istilah baru bagi kebanyakkan kita.
Secara ringkas, perokok ketiga bermaksud individu yang menghisap ‘Asap
ketiga’.
‘Asap ketiga’ merujuk kepada sisa-sisa partikel daripada pembakaran rokok
seperti tar, formaldehyde, ammonia, nikotin, karbon monoksida, arsenik dan
sebagainya.
Sumber : https://rootofscience.com/blog/2017/kesihatan/perubatan
CARA BERHENTI MEROKOK
Terapi kumpulan & kaunseling
Terapi kumpulan dilakukan dengan kehadiran satu pakar terapi &
kaunseling dan beberapa individu yang memiliki masalah atau kesukaran
yang sama. Mereka akan membincangkan dan meluahkan masalah
tersebut di dalam sebuah kumpulan. Dengan ini, individu akan merasa
lebih selesa untuk meluahkan segala permasalahan atau ketagihan
merokok yang mereka alami dan akan bekerjasama menyokong dan
membantu satu sama lain untuk menghadapi kesukaran tersebut
Tampalan nikotin
Akibat daripada ketagihan nikotin, perokok tegar mungkin menghadapi
kesukaran ketika mahu berhenti merokok. Namun, terdapat tampalan
nikotin yang boleh dibeli di farmasi atau di hospital yang menyediakan
perkhidmatan berhenti merokok. Tampalan nikotin tidak memberikan
sebarang kesan sampingan yang serius dan ia berfungsi untuk
menghilangkan rasa ketagihan kepada perokok yang ingin berhenti
merokok. Satu tampalan nikotin mampu bertahan sehingga 24 jam dan
boleh dipakai buang.
Sumber : https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-berhenti-rokok
https://www.pinterest.com
Kementerian Kesihatan Malaysia
CARA BERHENTI MEROKOK
Gula-gula getah nikotin
Gula-gula getah nikotin juga berfungsi lebih kurang sama dengan tampalan
nikotin dimana ia memberikan kelegaan dari ketagihan kepada perokok yang
ingin berhenti merokok. Namun, caranya agak berbeza dimana perokok perlu
mengunyah gula-gula getah tersebut untuk mendapatkan rasa nikotin.
Dengan ini, perokok tidak perlu lagi merokok untuk melegakan ketagihan dan
hanya perlu mengunyah gula-gula getah.
Tanamkan azam & fikir tujuan utama berhenti merokok
Tanpa niat yang jujur dan tujuan yang jelas, mungkin cubaan untuk berhenti
merokok boleh menjadi gagal. Maka, perokok yang ingin berhenti perlu
memikirkan kebaikan dan tujuan asalnya untuk berhenti merokok samada
untuk kebaikan kesihatan, kewangan, ahli keluarga, isteri atau anak-anak
yang tercinta.
Sumber : https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-berhenti-rokok
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
HIDUP SIHAT
TANPA
D.A.R.V.I.H
"katakan tidak pada rokok"
TERIMA KASIH
"Lebih Baik Cegah"