MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SMK BATU UNJUR
VAPE / ROKOK
ELEKTRONIK
D. A. R. V. I. H
" Lebih Baik Cegah "
APA ITU VAPE ?
Kementerian Kesihatan Malaysia mendefinisikan
peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah
dirujuk sebagai ‘rokok elektronik’ (eCig), sementara
yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk
sebagai Vape.
Komponen utama:
1) Bateri
2) Atomiser
3) Katrij
Kandungan utama Rokok Elektronik:
1) Nikotin
2) Propylene Glycol
3) Vegetable Glycerin
4) Bahan Perisa dan pewarna
Kandungan utama Vape:
1) Propylene Glycol
2) Vegetable Glycerin
3) Bahan perisa dan pewarna
http://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/info-kesihatan/42-vape-rokok-elektronik-bukan-sekadar-wap-air
JENIS DAN BENTUK
Sumber: https://www.kompas.com/tren/read
Nikotin
Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan
ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan
berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi certa
dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan
ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan
sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada
nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja
adalah peringkat kritikål perkembangan otak lalu menjadi
pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al,
2015). Selain itu, nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah
(Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta
ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses
perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009).
Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara
rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat
kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin
sehingga 4mg dalan 1ml cecair. Ini bermakna setiap botol yang
mengandungi 25ml cecair rökok elektronik akan mengandungi
sehingga 100mg nikotin.
Nikotin serendah 2 mg Sudan boleh menyebabkan gangguan pada
perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan
yang lebih teruk, antaranya sawan dan kegagalan pernafasan.
Nikotin pada paras sekurang-kurangnya 40mg boleh
menyebabkan kematian.
http://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/info-kesihatan/42-vape-rokok-elektronik-bukan-sekadar-wap-air
Propylene Glycol (PG)
PG boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka
aanjaag. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek
meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan
(Wielander et al 2001, Vardavas et al 2012) manakala kesan
jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma (Choi et al
2010). Kajan ini menyokong bahawa menyedut PG boleh
menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang.
PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang
membebaskan formaldehid (formaldehyde). Formaldehid ialah
sejenis bahanyang boleh menyebabkan kanser. Kajian
menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung
kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG
(Jensen et al, 2015)
Glycerin
Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia
digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun
begitu menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh
memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan.
Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-
sayuran (Vegetable Glicerin). Menurut MSDS, Vegetable Glycerin
(VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan
kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan
berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ
dalaman.
http://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/info-kesihatan/42-vape-rokok-elektronik-bukan-sekadar-wap-air
Bahan Perisa
Berjenis-jenis bahan perish digunakan di pasaran. Kebanyakan
pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak
memudaratkan. kajian in-vitro yang dijalankan oleh Bahl et al,
2012 mendapati cecair rokok elektronik ini mampu membunuh sel
iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan kulit. Kajan ini mengira
paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang di kenali sebagai
sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang
mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras
sitotoksisiti yang tinggi.
Kehadiran Logam Berat
Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika
menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan tindakbalas
cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai
di dalam bahagian atomiser (W.E Stephens, 2015).
http://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/info-kesihatan/42-vape-rokok-elektronik-bukan-sekadar-wap-air
Partikel Ultra Halus
Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang
dikeluarkan oleh rokok elektronik adalah serupa
dengan rokok konvensional di mana kebanyakan
partikel bersaiz antara 20-300 nanometer (Otmar G et
al, 2015). Penyebaran partikel bergantung kepada paras
nikotin di dalan cecair rokok elektronik. Seperti mana
rokok konvensional, partikel daripada rokok elektronik
adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-
paru dan seterusnya memasuki peredaran darah (Zhang
et al, 2013).
“Gateway” memulakan tabiat merokok
Kajian telah menunjukkan rook elektronik dan vape
merupakan satu “Gateway” untuk golongan kanak-
kanak memulakan tabiat merokok. (Brian A et al, 2015).
http://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/info-kesihatan/42-vape-rokok-elektronik-bukan-sekadar-wap-air
Sumber : https://www.infosihat.gov.my/multimedia/poster.html
Tuliskan alasan yang
mendorong Anda untuk
berhenti merokok untuk
meningkatkan motivasi
Identifikasi punca agar
anda menghindarinya
kemudian hari
Sampaikan keinginan
anda kepada keluarga
dan sahabat.
Sampaikan keinginan
anda kepada doktor
Tentukan apakah cara
rokok elektrik akan
dihentikan
https://id.wikihow.com/Berhenti-Menggunakan-Rokok-Elektrik-(Vape)
" Lebih Baik Cegah "
It's time
to quit
It's now or never
Join hundreds of others
who are hoping to kick the habit
Thank you / Terima kasih