MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 46
BAGI TAHUN 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 13
Tarikh : 29 Januari 2020
Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Usaha Jaya SK Parit 13
Kehadiran : 42 orang
Perasmian oleh : YB Tuan Muslimin bin Yahaya
( Ahli Parlimen Sungai Besar )
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI ( YANG DIPERTUA PIBG )
– TUAN HAJI MUHAMAD SABRI BIN AWANG
1.1 Ucapan kata-kata aluan dan terima kasih di ucapkan
kepada semua ibubapa dan tahniah kerana kehadiran
melebihi yang dijangkakan.
1.2 Mengucapkan taniah atas perlantikan AJK PIBG bagi
sesi 2020/2021 dan ucapan tahniah juga kepada
semua guru atas kecemerlangan dan menjayakan
semua program anjuran PIBG.
1.3 Berharap ibubapa dapat mengambil tahu perihal
anak-anak di sekolah, sentiasa redho dengan dengan
semua guru yang mendidik anak-anak.
2.0 PERUTUSAN PENASIHAT ( GURU BESAR) – DIWAKILI OLEH
TUAN HAJI AHMAD NAZRI BIN ZAINUL ABIDIN ( GPK HAL
EHWAL MURID )
2.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada ibu bapa
yang hadir.
2.2 Ucapan terima kasih kepada wakil YB Tuan Muslimin
bin Yahaya (En Shahrizal bin Sungip ) dan wakil PPD
En Mohd Zamri bin Abd Latif kerana sudi hadir ke
Mesyuarat Agung pada kali ini.
2.3 Menyampaikan salam Tuan Guru Besar Haji Azman
bin Juahir dengan lafaz “Assalamualaikum”
2.4 Ucapan tahniah kepada YDP PIBG dan jawatankuasa
kerana berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung pada
hari ini.
2.5 Mohon kehadiran awal anak-anak ke sekolah iaitu
sebelum 7.20 pagi terutama yang mendapat bantuan
RMT.
2.6 Mohon supaya ibubapa pastikan kesihatan anak-anak
dari semasa kesemasa. Anak yang kurang sihat
terutama yang mudah berjangkit sila bawa ke klinik
untuk mendapatkan rawatan dan berehat di rumah.
2.7 Mohon ibubapa ambil peduli perkembangan anak-
anak. Wujudkan hubungan yang baik antara
ibubapa dengan guru. Lagi tinggi peratus kehadiran
lagi bagus.
2.8 Semoga Mesyuarat Agung pada hari ini dapat
berjalan dengan lancar dan satu permulaan yang
baik untuk menjayakan program-program yang akan
datang.
3.0 PERUTUSAN PERASMIAN : WAKIL YB TUAN MUSLIMIN
BIN YAHAYA - ( ENCIK SHAHRIZAL BIN SUNGIP )
3.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada ibu bapa
yang hadir.
3.2 Alhamdulillah dengan izin Allah dapat hadir
mewakili YB Tuan Muslimin bin Yahaya.
Meyampaikan salam dari Tuan Muslimin kepada
semua warga SK Parit 13 dan ibubapa yang hadir.
3.3 Ucapan tahniah kepada warga SK Parit 13 dan AJK
PIBG atas kejayaan mengadakan mesyuarat agung
PIBG pada hari ini.
3.4 PIBG adalah jambatan yang menjadi penghubung
antara guru dan ibubapa. Sekiranya ada masalah
silalah datang berbincang dan selesaikan secara
harmoni dan damai.
3.5 Kemenjadian seseorang anak bergantung kepada
cara ibubapa mendidik dirumah bukannya di
sekolah.
3.6 Telefon bimbit adalah musuh utama dalam
pembelajaran anak-anak. Ibubapa silalah ambil
berat tentang penggunaan telefon bimbit di
kalangan anak-anak.
3.7 Mengumumkan sumbangan RM1500.00 untuk
membantu pihak PIBG menjalankan program untuk
anak-anak SK Parit 13.
3.7 Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim, beliau
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Parit 13 kali
ke 46.
4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-
45 TAHUN 2019 / 2020 SK PARIT 13
4.1 Encik Mohamad Nazri bin Sabu selaku Setiausaha
PIBG SK Parit 13 membentangkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-45 Tahun 2019/ 2020 dari muka
surat 9 hingga muka surat 11.
4.2 Dicadang terima oleh : Puan Maisarah binti Mat
Yatim
4.3 Disokong terima oleh : Puan Masitah binti Yassin
5.0 PERKARA - PERKARA BERBANGKIT
5.1 Perkara 2.4 : Isu telefon bimbit
Bagi murid sekolah ini tiada murid yang membawa
telefon. Jika terdapat sebarang keperluan menelefon
, murid boleh mendapat bantuan guru-guru.
6.0 PERBINCANGAN
6.1 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata
Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
6.1.1 Hajjah Siti Junainah binti Kimin selaku
Bendahari PIBG SK Parit 13 membentangkan
Penyata Kewangan PIBG SK Parit 13 ( 1
Januari hingga 31 Disember 2020 ) pada
muka surat 12.
6.1.2 Diterima dan disahkan oleh :
- Encik Khairul Nizam bin Mustafa
6.1.3 Disokong oleh :
- Puan Jamilah binti Mijan
6.2 MEMBAHASKAN USUL
6.2.1 Nama : Puan Napizah binti M.Yusof
No. KP : 771128-10-5852
Usul : seperti berikut:-
1. Menwujudkan tabung sumbangan
jamuan dikalangan ibubapa terutama
untuk anak-anak UPSR
2. Adakan jadual jamuan sepanjang
peperiksaan UPSR di jalankan.
Tidak dibahaskan kerana pembawa usul
tidak hadir.
6.2.1 Nama : Encik Nasharuddin bin Amil
No. KP : 710918-10-6017
Usul : seperti berikut:-
1. Memohon kelulusan ahli mesyuarat
untuk kutipan sumbngan PIBG dan
sumbangan murid tahun 6 bagi tahun
2020/2021.
Di bahaskan dan sokongan oleh Encik
Karim Muhamad bin Kasser.
Di luluskan dengan pertambahan untuk
diterima oleh ahli mesyuarat
6.3 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SK PARIT 13
TAHUN 2020/2021
6.3.1 Setelah menerima cadangan dan sokongan
dari ahli mesyuarat, senarai jawatankuasa
PIBG bagi Tahun 2020 / 2021 adalah seperti
berikut:-
YDP PIBG : Encik Azhari bin Mohd
Nazir
NAIB YDP PIBG : Puan Intan Hazira binti
Harun Anwar
SETIAUSAHA : Encik Mohamad Nazri
bin Sabu
BENDAHARI : Puan Siti Junainah
binti Kimin
AJK BAPA :-
i. Encik Karim Muhamad bin Kasser
ii. Encik Shaharuddin bin Salleh
iii. Encik Khairul Nizam bin Mustafa
iv. Encik Mohd Wazir bin Sangidin
v. Encik Che Lani bin Parmin
AJK IBU :-
i. Hajjah Norlaili binti Selamat
ii. Puan Norizan binti Ahmad
iii. Puan Jamaliah binti Ibrahim
AJK GURU :-
i. Encik Nasharuddin bin Amil
ii. Encik Muhammad Sulaiman bin Ishak
iii. Puan Siti Azlinda binti Daiman
PEMERIKSA KIRA-KIRA :-
i. Puan Safiah binti Zaini
ii. Puan Sri Ramdzani binti Abdullah
7.0 HAL – HAL LAIN
7.1 Tuan Haji Ahmad Nazri bin Zainul Abidin memaklumkan
gotong royong perdana akan diadakan selepas hari
raya. Mohon ibubapa dapat meluangkan masa untuk
hadir.
8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang
Disediakan oleh, Disemak oleh,
Nazri………………………………………… ………………………………………..……
( MOHAMAD NAZRI BIN SABU ) ( ENCIK AZHARI BIN MOHD NAZRI )
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Parit 13, Sekolah Kebangsaan Parit 13,
45400 Sekinchan, Selangor. 45400 Sekinchan, Selangor.
Disahkan oleh,
………………………………...
( AZMAN BIN JUAHIR )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Parit 13,
45400 Sekinchan, Selangor.