The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diana lunti, 2023-04-11 23:04:52

Dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara

Penghayatan Etika dan Peradaban

DASAR-DASAR 2023 KERAJAAN DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN DEVBRAS (20DSK22F2019) | SYED KHAIRIL (20DSK22F2037) | CHRISTIANO ( 20DSK22F2059) | STEFFANY (20DSK22F2063) | DIANA (20DSK22F2041) PN. FAYZATOL JAMIYAAH


Prakata Alhamdulilah, segala puji Tuhan dengan Nikmatnya sempurnalah segala kebaikan serta lafaz selawat dan salam ke atas Baginda Nabi SAW. Syukur ke hadrat ilahi kerana kami dapat menyelesaikan penulisan eBook pada kali ini. Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fayzatol Jamiyaah selaku Penasihat Akademik di atas sokongan dan peluang yang diberikan dan juga bertindak sebagai Penyemak Bahasa eBook yang kami hasilkan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta keluarga tersayang. Kejayaan dalam menyempurnakan eBook ini adalah hasil usaha padu, semangat dan komitmen daripada kerja secara berkumpulan. Sebagai satu pasukan yang terdiri daripada Devbras Dacosta Herry, Syed Khairil Hakimi bin Wan Hairulbasar, Christiano Radeen anak Andrew, Steffany Hulo binti Jaidi dan Diana Lunti anak Adaman, berharap hasil kerja ini dapat menjadi titik tolak dan perintis kepada penghasilan penulisan akademik berkonsepkan eBook yang lebih bermutu dan bersifat dinamik. Akhir kata, sejuta harapan untuk penghasilan eBook ini dapat memberi manfaat dan sumbangan ke arah membangunkan sebuah negara yang bersatupadu. Semoga pembaca dapat beroleh mutiara ilmu justeru membentuk minda dan jiwa patriotisme dalam diri. Selamat membaca.


Kandungan Prakata 1 Dasar Ekonomi Baru Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Sosial Negara Dasar Pembangunan Nasional Isu-isu dalam mengekalkan perpaduan negara 2 3 4 5 6 Kesimpulan Aktiviti Pengukuhan Rujukan 23 22 21 16 12 9 6 4 1


OBJEKTIF Memahami konsep dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara di Malaysia Menghuraikan langkahlangkah kerajaan mengekalkan dasardasar kerajaan Menjelaskan kesan dasar-dasar kerajaan kepada negara di Malaysia


Dasar-dasar kerajaan ini diperkenalkan ke arah perpaduan negara. Dasar Perpaduan Negara bertindak sebagai mekanisme penyatuan kaum yang inklusif di bawah bumbung Persekutuan, kita perlu sentiasa mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat, perpaduan dimantapkan serta sifat hormat-menghormati dan menghargai antara satu sama lain menjadi pegangan setiap individu di negara di Malaysia ini. PENGENALAN DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA


DASAR EKONOMI BARU 1


DASAR EKONOMI BARU(DEB) Merupakan satu program sos ioekonomi di Malays ia yang diperkenalkan dalam rancangan malays ia kedua ( 1971-1990) oleh Perdana Menter i Tun Adbul Razak. M e m p e r k e n a l k a n D a s a r E k o n o m i B a r u u n t u k m e w u j u d k a n p e r p a d u a n n e g a r a d a n m e n y u s u n s e m u l a k e t i d a k s e i m b a n g a n s o s i o - e k o n o m i y a n g w u j u d d i n e g a r a i n i . s e l a i n i t u D E B j u g a d i t u b u h k a n u n t u k m e w u j u d k a n s e b u a h n e g a r a y a n g b e r s a t u p a d u s e r t a m e n g a m b i l k i r a k e m i s k i n a n d a n k e t i d a k u p a y a a n s e s e t e n g a h k a u m u n t u k b e r s a i n g d e n g a n k a u m l a i n . TUN ABDUL RAZAK 2


Dasar Ekonomi Baru Pelaksanaan DEB memberikan impak yang positif terhadap perpaduan sesebuah negara iaitu kemunculan golongan pertengahan telah meningkatkan penyertaan bumiputera dan bukan bumiputera dalam pekerjaan di bandar dengan kewujudan masyarakat baharu seperti golongan profesional, pemodal, teknikal, pentadbiran dan pengurusan. Penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Melalui pendidikan yang diterapkan, telah memberikan impak yang positif sehingga hari ini dimana bilangan profesional Bumiputera telah bertambah. 3


DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 4


Dasar Kebudayaan Kebangsaan berperanan penting dalam proses membangunkan negara Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan dalam meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Hal ini sudah semestinya memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Namun begitu, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang rapi dan teliti supaya dapat membentuk cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 5


PELAKSANAAN OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangssan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia Meninggikan taraf dan mutu kesenian 5


DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 6


Diperkenalkan atas kesedaran melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar Pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan mengembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 7


MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu 8


DASAR SOSIAL NEGARA 9


DASAR SOSIAL NEGARA Satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. 10


Dasar Sosial Negara ini dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri Bersatupadu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020. MATLAMAT Dasar kerajaan ini sememangnya dapat menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, dan fahaman politik serta wilayah dapat memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan. KESAN 11


DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL 12


Telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato ' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Strategi asas DEB diteruskan dalam pelaksanaan DPN, iaitu membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. Pelaksanaan DPN juga dilakukan melalui pemilikan modal saham dan pembangunan wilayah. NASIONAL DASAR PEMBANGUNAN 13


MATLAMAT UTAMA DPN Dasar Pembangunan Nasional adalah untuk mancapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan. Matlamat ini dapat dicapai melalui pembangunan seimbang antara negeri dan antara bandar dengan luar bandar melalui beberapa aspek. Matlamat DPN dilaksanakan Rancangan Malaysia Keenam dan Rancangan Malaysia Ketujuh. STRATEGI DPN Kerajaan meneruskan usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan pelbagai kaum khususnya golongan bumiputera. Penyusunan semula masyarakat dilakukan dengan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat terus dilakukan di bawah DPN. Langkah ini dilakukan supaya bahagian saham kaum bumiputera dapat dipertimbangkan selaras dengan matlamat asal DEB bagi mencapai sekurangkurangnya 30 peratus dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden. 14


KESAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL Pelaksanaan DPN telah meningkatkan taraf hidup rakyat. Penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan pengeluaran dalam pelbagai bidang ekonomi. Sehubungan dengan itu, berlaku kemajuan dalam pembinaan kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat. Jelaslah bahawa, DPN dapat membentuk masyrakat yang bersatupadu. Kerjasama sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat serta pembangunan ekonomi negara. 15


Pendapatan isi rumah di Malaysia pada tahun 2014 bertambah baik berbanding 2012 apabila purata pendapatan meningkat kepada RM6141 berbanding RM5000. Jurang purata pendapatan mengikut kaum dan kawasan juga dilihat melebar dengan kaum Cina paling tinggi iaitu sebanyak RM7666, diikuti India (RM6246) dan Bumiputera sebanyak RM5548 pada tahun 2014 16 Sumber : Berita Harian , 30 Ogos 2016


menyediakan peruntukan bagi menyelesaikan isu keciciran pembelajan peruntukan pendidikan diperlukan bagi menyediakan persekitaran sekolah inklusif, adil, selamat dan sihat untuk kesejahteraan semua murid Bagi mencapai sasaran bajet 2023, kerajaan telah disarankan meletakkan fokus utama bajet untuk pendidikan negara iaitu; Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2022/09/1005674/bajet-2023- perlu-fokus-murid-tercicir-pendidikan-masa-depan 17


menyediakan sejumlah peruntukan untuk tujuan mempertingkatkan profesionalisme, kecekapan dan kemahiran pengajaran guru melalui skim latihan pedagogi dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjayakan pembangunan perdigitalan pendidikan secara inklusiff, seterusnya mentransformasikan amalan pembelajaran murid Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2022/09/1005674/bajet-2023- perlu-fokus-murid-tercicir-pendidikan-masa-depan 18


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ada segelintir rakyat Malaysia yang masih lagi memandang remeh tentang tradiosional dan budaya sesuatu kaum. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, ia termasuklah dalam soal mempersendakan pakaian tradisional dan budaya setiap kaum yang ada di Malaysia. Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/usah-persenda-budayakaum-dalam-malaysia/ 19


Jelaslah bahawa, kerjasama penjawat awam menjayakan Dasar Perpaduan Negara dapat membantu negara dalam kearah kemajuan. Tanggungjawab ini bukan sahaja dipikul oleh warga Kementerian Perpaduan Negara, malah semua warga kementerian lain. Selain itu, pelaksanaan DPN juga meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerajaan juga peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat serta pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, Malaysia berganding bahu membangunkan negara untuk kesejahteraan dan kemajuan negara pada masa akan datang.. Sumber: https://news.uthm.edu.my/ms/2021/02/keratan-akhbar-kerjasamapenjawat-awam-jayakan-dasar-perpaduan-negara/ 20


KESIMPULAN Menerusi dasar-dasar ini, semua pihak harus memberi kerjasama bagi memastikan strategi yang dilaksanakan dengan jayanya bagi mencapai matlamat iaitu mengukuh, memupuk dan memelihara perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa negara kita memiliki pelbagai kaum dan bangsa. Pelaksanaan dasar-dasar ini telah mewujudkan perpaduan di negara kita. 21


22 Imbas dan Selamat Menjawab! A K T I V I T I P E N G U K U H A N


RUJUKAN https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Das ar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/file s/Dokumen/Dasar/DASAR_SOSIAL_NEGARA.pdf https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Das ar/09DASAR_PENDIDIKAN_KEBANGSAAN.pdf https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasa r/08DASAR_PEMBANGUNAN_NASIONAL.pdf https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/ Dokumen/Dasar/DASAR_SOSIAL_NEGARA.pdf Buku Penghayatan Etika dan Peradaban https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasa r/04Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan.pdf https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkat an-5/sejarah-t5-bab-8/sejarah-t5-bab-8-2 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 23


E-Book ini dihasilkan khusus untuk para pelajar politeknik seluruh Malaysia. E-Book ini mengandungi 5 bab utama yang membincangkan setiap topik secara komprehensif. EBook ini bertujuan bagi mengenal pasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan dan kebudayaan merentas bangsa dalam mengukuhkan kesepaduan sosial. Selain itu, perbincangan dan perbahasan ini berkaitan dengan usaha kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dalam negara di Malaysia.


Click to View FlipBook Version