The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL SK DATUK KELANA, 2021-02-21 10:20:46

13 Haiwan Paling Setia

Sumber Rujukan:

https://iluminasi.com/bm/5-haiwan-yang-setia-dengan-pasangannya-
sepanjang-hayat.html
https://www.idntimes.com/science/discovery/viktor-yudha/hewan-paling-setia-
di-dunia

HAZA_ADAWIA

Angsa merupakan haiwan yang paling setia
dan juga boleh dikira cantik. Kebiasaannya
angsa akan mengamalkan kehidupan secara
monogami. Tiada yang dua, hanya satu
pasangan seumur hidup. Angsa juga menjadi
agresif sekiranya angsa lain menghampiri
pasangannya.

Semasa musim sejuk, haiwan akan
mendekati pasangan mereka dan melakukan
pergerakan leher yang unik. Selepas bertelur
pula, angsa betina akan menjaga telur sambil
dibantu angsa jantan. Apa yang menariknya
adalah angsa ini tidak akan mencari ganti jika
pasangannya telah mati. Memang betul-betul
setia!

Ketika musim panas, penguin akan kembali
ke tempat mereka dilahirkan untuk mencari
pasangan mereka yang akan dijadikan
sebagai pasangan seumur hidup. Jadi
seperti angsa, penguin juga sejenis haiwan
monogami.

Jika penguin jantan lain kacau pasangannya,
penguin jantan itu akan bersikap sangat
agresif untuk mempertahankan kekasih
hatinya. Yang bagusnya penguin ini, tugas
menjaga telur adalah tugas penguin jantan.

Ikan Angler merupakan ikan yang hidup di
dalam lautan dalam. Tahap kesetiaan ikan ni
boleh tahan dahsyat. Bila sampai musim
mengawan, ikan jantan akan menangkap
dan menggigit ikan betina dengan giginya.

Kemudian aliran darah bagi kedua-duanya
bercampur dan akan memindahkan sperma
ikan jantan ke ikan betina. Selepas proses
ini selesai, ikan jantan akan menjadi lemah
dan mereka pun menghabiskan sisa hidup
bersama-sama dengan gembira. Cinta yang
agak unik dan pelik!

Serigala mempunyai ikatan yang kuat
sesama mereka. Boleh juga dikira sebagai
spesies yang luar biasa. Serigala akan
tinggal bersama pasangan mereka seumur
hidup tanpa sebarang rungutan dan
permintaan. Maksudnya memang tidak ada
konflik yang berlaku antara mereka.

Semasa dalam perjalanan yang jauh, setiap
serigala diberikan tugas masing-masing
untuk menjamin semuanya terlindung dari
bahaya. Sebab itu serigala dikenali dengan
kekuatannya berjalan di dalam kumpulan.

Burung hantu juga merupakan haiwan
yang bersifat monogami. Setiap pasangan
akan saling membantu ketika menjaga dan
memberi makan anak mereka. Selain itu,
burung hantu juga terkenal dengan sifat
proaktif dan sanggup menggadaikan
nyawa untuk melindungi anaknya.

Gibbon, satu spesies monyet yang hanya
berkahwin dengan satu pasangan sahaja
seumur hidup. Bagi mereka ia merupakan
satu kelebihan yang membolehkan mereka
mengoptimumkan sumber makanan dan
juga tenaga ketika melindungi kawasan
mereka. Kehidupan Gibbon mudah sahaja.

Habiskan masa bersama, berkongsi sumber
makanan dan menjaga keturunan mereka.
Gibbon juga merupakan haiwan yang
mempunyai ritual memikat pasangan yang
paling pelik di dunia.

Keluarga memerang Eropah adalah
keluarga yang paling mirip dengan keluarga
manusia yang bahagia. Selepas mempunyai
keluarga, memerang ini akan mula
membina kehidupaan dengan membuat
empangan dan sarang mereka bersama-
sama. Kkedua-dua memerang akan
bersama-sama menjaga anak-anak mereka
sehingalah salah satunya meninggal dunia.
Semasa hayat pula, mereka tidak pernah
berlaku curang.

Jika memerang Eropah adalah contoh
keluarga bahagia, burung albatross pula
adalah contoh haiwan paling romantic.
Setiap kali bertemu, pasanagan burung
albatross akan menari bersama-sama. 95%
hidup mereka dihabiskan di udara atau di
atas permukaan laut sebelum kembali ke
tanah untuk mengawan. Selepas bertelur
(albatross hanya bertelur sebiji sekali dalam
18 bulan) kedua-dua ibu bapanya akan
menjaga telur tersebut sehinggalah
menetas dan anak mereka mempunyai bulu
pelepah sendiri.

Burung parkit (Melopsittacus undulatus),akan
bersedih jika pasangannya mati.

Itu sebabnya, burung parkit adalah salah satu
haiwan paling setia dengan pasangannya.
Mereka memerlukan pasangan dalam
sangkar untuk merasa bahagia.
Bahkan, setelah berkenalan, mereka tidak
akan meninggalkan pasangannya.

Penguin jambul kuning (Eudyptes), setiap
musim panas mereka akan pulang ke
tempat mereka dilahirkan dan menemukan
pasangan seumur hidup mereka.

Setelah menemukan pasangan, mereka
akan pulang ke tempat terakhir mereka
membuat sarang. Faktanya, penguin
jambul kuning akan sangat agresif apabila
melihat penguin lain cuba merayu
pasangan mereka.

Ikan Bidadari Prancis (Pomacanthus
paru), ikan laut yang terkenal setia dengan
pasangannya.

Meskipun mereka tidak peduli dengan telur
mereka setelah menetas, pasangan ikan ini
akan hidup bersama selamanya. Mereka
pun saling melindungi dari serangan ikan
lain. Bahkan di dalam tangki ikan
sekalipun, mereka tetap akan
mempertahankan kawasan dan pasangan
mereka.

Helang Botak (Haliaeetus leucocephalus).
Helang akan hidup seumur hidup dengan
pasangannya.

Helang botak memilih untuk setia sampai
mati atau sampai ada yang impotensi.
Mereka membangun sarang bersama dan
merawat anak-anak mereka bergiliran.

Anai-anai (Isoptera), juga termasuk haiwan
yang setia.

Setelah mencari pasangan, anai-anai akan
mencari tempat untuk mengawan dan
berkembang biak.

1. Nyatakan haiwan yang bukan sahaja setia tetapi juga cantik. ___________________

2. Apakah nama saintifik untuk anai-anai. ______________________.

3. Apakah sikap penguin jantan jika pasangannya dikacau. __________________.

4. Haiwan apakah yang akan merawat anak mereka secara bergilir? _______________.
5. “ Si jantan akan menangkap dan menggigit si betina dengan giginya”. Namakan haiwan ini. ___________
6. “mereka tidak peduli dengan telur mereka setelah menetas”. Namakah haiwan ini. ___________

7. Pada pandangan anda, Apakah haiwan yang paling setia? _________________.

Disediakan oleh:
Puan Hazatuladawia bt Habu Hassan
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda Merlimau 77300 Melaka.

Sumber: https://iluminasi.com/bm/5-haiwan-yang-setia-dengan-pasangannya-sepanjang-hayat.html
https://www.idntimes.com/science/discovery/viktor-yudha/hewan-paling-setia-di-dunia


Click to View FlipBook Version