The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anzellyssa, 2023-05-27 12:17:45

KAAMATAN BUNSUT 2023

KAAMATAN BUNSUT 2023

Dirasmikan oleh: PESTA PERAYAAN KAAMATAN CHAPEL ST. FRANCIS XAVIER KG. BUNSUT TAHUN 2023 Tarikh: Masa: Tempat: En. John Stephen Danasius 28 Mei 2023 9: 00 am-5:00 pm Perkarangan Chapel St. Francis Xavier Bunsut “Manampasi sandad koubasanan id suang paganakan montok do gompoton di Kristus”


Shalom dan salam damai, salam kasih dalam nama Yesus Kristus kepada semua umat. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya kita dapat bersama-sama berkumpul untuk merayakan majlis Pesta Kaamatan pada hari ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada perasmi kerana sudi merasmikan perayaan kita pada pagi ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua umat di atas kehadiran bagi memeriahkan lagi perayaan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Gereja St. Francis Xavier, Bunsut. Perayaan Pesta Kaamatan ini dianjurkan bertujuan untuk menanam dan meneruskan budaya nenek moyang kita iaitu sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih kepada semangat padi. Namun begitu, perayaan ini turut menanam nilai kesedaran akan kerendahan hati, semangat kekitaan sebagai kaum Kadazandusun serta turut sentiasa menerapkan kepercayaan yang utuh kepada Tuhan Kita, Yesus Kristus kerana Dialah Tuhan jalan kebenaran dan kehidupan. Sesungguhnya Dialah pengharapan dan setiap yang terjadi adalah sesuai menurut kehendaknya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa (AJK) dan pihak-pihak yang terlibat kerana bertungkus-lumus dalam membuat persiapan bagi menjayakan perayaan sambutan Pesta Kaamatan ini bagi tahun 2023 ini. Setinggi-tinggi penghargaan dari saya bagi pihak penganjur kepada para penyumbang atau penderma, penaja hadiah sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan. Terima kasih banyak-banyak. Tuhan memberkati. Harapan saya pada masa hadapan agar perayaan seperti ini akan tetap diteruskan penganjurannya kerana ia membantu menerapkan penghayatan yang mendalam akan penyertaan Tuhan Yesus dalam setiap langkah kehidupan seperti Pesta yang kita raihkan hari ini kerana Tuhan tidak pernah tidur atau leka sekalipun melihat dan mendengar doa kita. Akhir sekali, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas segala kekurangan yang timbul sebelum atau sepanjang perayaan ini dianjurkan. Setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi kepada perasmi perayaan dan semua yang hadir pada hari ini dan saya ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai kepada semua umat. Sekian, terima kasih.


Shalom dan salam damai kepada semua umat. Syukur dan puji Tuhan kerana kita masih diberikan kesempatan untuk bersama-sama hadir dalam memeriahkan perayaan pada hari ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya ke majlis ini dan memberikan kepercayaan sebagai perasmi perayaan ini. Hari ini, kita bersama-sama merayakan hari kemegahan kaum Kadazandusun khususnya di negeri Sabah iaitu pesta Menuai yang memperingatkan tanda kesyukuran dan semangat padi yang diturunkan daripada budaya nenek moyang kita. Namun begitu, kita bersyukur dengan cinta kasih Tuhan, kita diberi peluang, iman dan kepercyaan yang teguh untuk selalu menyertakan Tuhan dalam setiap perkara yang kita lakukan setiap hari termasuk pada hari perayaan ini. Harapan saya semoga penganjuran perayaan seperti ini akan dapat diteruskan agar kita sentiasa dapat mengikat tali persaudaraan antara sesama umat dalam cinta Kasih Tuhan dan mampu memahami nilai keimanan terhadap perayaan Pesta Kaamatan yang sebenarnya. Dengan ini, saya merasmikan sambutan Pesta Kaamatan, peringkat Gereja St. Francis Xavier, Bunsut tahun 2023. Sekian, terima kasih. Tuhan memberkati kita semua.


MASA ACARA 8:00 AM : Ketibaan AJK Pelaksana Perayaan 8:30 AM : Ketibaan Umat 9:00 AM : Upacara Ibadat Sabda 10:30 AM : Acara Perayaan Dimulakan • Penjualan Tiket Nama Bertuah • Teka Harga Hamper • Teka Bilangan Biji Jagung • Teka Pin Relod • Baling Dart • Melastik Botol Plastik • Music Chair Kategori A (12 Tahun ke Bawah) • Music Chair Kategori B (12 Tahun ke Atas) • Tiup Belon Kanak-Kanak (Acara Kanak-kanak) 11:00 AM : Pertandingan Masakan Tradisi • Pertandingan Sugandoi Kategori B • Pertandingan Sugandoi Kategori A 12:00 PM : Aktiviti Permainan Dijangka Selesai. (Kecuali Teka Hamper, Tiket Nama Bertuah, Teka Bil. Biji Jagung, Teka Pin Relod diteruskan) (Aktiviti Akan Diteruskan Pada 2 PM) 12:10 PM : Doa Perayaan Kaamatan SFX Bunsut. : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Penganjur : Ucapan Perasmi : Gimik Perasmian Majlis 1:00 PM : Jamuan Makan 2:00 PM : Penjualan Tiket Nama Bertuah Ditutup : Pertandingan Unduk Ngadau Dazanak (Final) : Cabutan Pertama Tiket Nama Bertuah : Pertandingan Bina Badan (Final)


3:00 PM : Doa Kerahiman Ilahi : Cabutan Tiket Nama Bertuah : Persembahan : Penyampaian Hadiah Pertandingan : Persembahan : Cabutan Tiket Nama Bertuah 5:00 PM : Doa Penutup : Acara Dijangka Selesai Dan RSS Diteruskan MASA ACARA


kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan


Click to View FlipBook Version