4.2 PAKAIAN SERAGAM Pegawai Latihan Guru penasihat KRS dan TKRS samaada yang bertauliah (mengikuti Kursus Asas Tahap 1) atau belum bertauliah. pangkat yang disandang ialah antara Leftenan Muda ke Leftenan Kolonel bergantung kepada proses kenaikan kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan pangkat). •Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard single dan lencana kolar tanpa pelapik merah. Pegawai Pegawai Pengurusan Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai Pengurusan KRS di sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. •Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidang. Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut. •Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard anyam dan lencana kolar berlapik merah.
4.2 PAKAIAN SERAGAM PAKAIAN LENGKAP (RASMI) PEGAWAI LELAKI - PEGAWAI ATASAN KRS (PENGARAH KRS NEGERI KE ATAS)
4.2 PAKAIAN SERAGAM PAKAIAN ISTIADAT KRS - NO. 1
4.2 PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO.2 - BUSHJACKET (LELAKI)
4.2 PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO.2 - BUSHJACKET (WANITA)
4.2 PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO.2 - BUSHJACKET (WANITA)
4.2 PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO.3 - (LELAKI)
4.2 PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO.3 - (WANITA)
4.2 PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO.4 - (LELAKI)
4.2 PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO.4 - (WANITA)
4.2 PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO.4B - (LELAKI)
4.2 PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO.4B - (WANITA)
4.2 PAKAIAN SERAGAM PANGKAT DAN LENCANA KEMAHIRAN BIL. PENYANDANG PANGKAT TANDA PANGKAT 1 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong FIELD MARSHALL 2 Menteri Pendidikan Malaysia 1. Ketua Menteri (menggungkanJat a Negeri) 2. Menteri Besar (menggunakanJat a Negeri) 3. PENAUNG KRS MALAYSIA 3 Timbalan Menteri Pendidikan PENASIHAT KEHORMAT KRS MALAYSIA
4.2 PAKAIAN SERAGAM BIL. PENYANDANG PANGKAT TANDA PANGKAT 4 i.Exco Kerajaan Negeri ii.KetuaSetiausaha KPM iii.TimbalanKetuaSetiaus aha KPM Penasihat Kehormat KRS 5 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah KRS Malaysia 6 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Pengarah KRS Malaysia 7 i. Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM ii. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) i. Pengarah KRS Malaysia ii. Rektor KRS IPGM PANGKAT DAN LENCANA KEMAHIRAN
4.2 PAKAIAN SERAGAM BIL. PENYANDANG PANGKAT TANDA PANGKAT 8 i. Pengarah Bahagian di KPM ii. Pengarah JPN iii. Pengarah IPG Kampus iv. Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM v. Timbalan Rektor IPGM i. Pengarah KRS Bahagian ii. Pengarah KRS JPN iii. Pengarah KRS IPG Kampus iv. Timbalan Pengarah KRS Malaysia v. Timbalan Rektor KRS IPGM 9 i. Timbalan Pengarah Bahagian di KPM ii. Timbalan Pengarah JPN iii. Timbalan Pengarah IPG Kampus iv. Ketua Penolong Pengarah (Pasukan Badan Beruniform) Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM v. Ketua Penolong Pengarah IPGm vi. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah i. Timbalan Pengarah KRS Bahagian ii. Timbalan Pengarah KRS JPN iii. Timbalan Pengarah KRS IPG Kampus iv. Ketua Penolong Pengarah KRS Malaysia v. Ketua Penolong Pengarah KRS IPGM vi. Ketua Pegawai Pendidikan KRS Daerah PANGKAT DAN LENCANA KEMAHIRAN
4.2 PAKAIAN SERAGAM BIL. PENYANDANG PANGKAT TANDA PANGKAT 10 i. Ketua Penolong Pengarah Bahagian di KPM ii. Ketua Penolong Pengarah di JPN Ketua Penolong Pengarah di IPG Kampus iv. Pen. Pengarah (Pasukan UB BSKK, KPM) v. Penolong Pengarah di IPGM vi. Tim. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah i. Ketua Pen. Pengarah KRS Bahagian ii. Ketua Penolong Pengarah KRS JPN iii. Ketua Penolong Pengarah KRS IPG Kampus iv. Penolong Pengarah KRS Malaysia v. Penolong Pengarah KRS IPGM vi. Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan KRS Daerah 11 i. Penolong Pengarah Bahagian di KPM ii. Penolong Pengarah di JPN iii. Penolong Pengarah IPGK iii. Pen. Pegawai Pendidikan Daerah v. Pengetua/Guru Besar (Sekolah) vi. Panel KRS Kebangsaan, Sekreteriat KRS Kebangsaan (Pegawai Tadbir KRS Negeri), Sekreteriat KRS IPG. Ditauliahkan oleh KPM setelah memenuhi syarat kelayakan/ setelah hadir seta lulus kursus i. Pen. Pengarah KRS Bahagian. ii. Pen. Pengarah KRS JPN iii. Pen. Pengarah KRS IPG Kampus iv. Pen. Pegawai Pendidikan KRS Daerah v. Komandan KRS/TKRS Sekolah vi. Leftenen Kolonel KRS PANGKAT DAN LENCANA KEMAHIRAN
4.2 PAKAIAN SERAGAM PANGKAT DAN LENCANA KEMAHIRAN BIL. PENYANDANG PANGKAT TANDA PANGKAT 12 i. Pen. Kanan (GPK) Tadbir dan Kurikulum/HEM/Kokurikulu m/GPK Petang ii. Pensyarah di IPGK iii. Pegawai Tadbir KRS dan TKRS Daerah, Pegawai Latihan KRS di IPG (ditauliahkan oleh KPM setelah memnuhi syarat dan hadir serta lulus kursus dan temuduga) i. TImbalan Komandan KRS Sekolah ii. Pensyarah KRS IPG Kampus iii. Mejar KRS 13 i. Guru Kanan Mata Pelajaran ii. Pegawai Latihan KRS di IPGK/ sekolah (ditauliahkan oleh JPN/IPG setelah memenuhi syarat dan hadir serta lulus kursus) i. Pen. Komandan KRS Sekolah ii. Kapten KRS 14 i. Pegawai Latihan KRS di IPGK dan sekolah Leftenan KRS 15 Guru Penasihat KRS & TKRS di Sekolah/Pelatih di IPG Leftenan Muda KRS 16 Guru Penasihat KRS & TKRS di sekolah Guru pelatih di IPG yang belum mengikuti kursus/belum ditauliah Pegawai Kadet
5.0 Laporan Aktiviti MINGGUAN
PERANCANGAN PROGRAM Takwim Semester
Takwim Semester PERANCANGAN PROGRAM
Takwim Semester PERANCANGAN PROGRAM
Takwim Semester PERANCANGAN PROGRAM
Takwim Semester PERANCANGAN PROGRAM
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN
Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 1 Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar/Dewan Badminton IPGM Kampus Kent Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: TOPIK 1 1. Pengurusan dan Pentadbiran • Pendaftaran ahli dan kumpulan • Kuasa penganjur • Struktur unit • Pengurusan buku log/folio/laporan aktiviti • Tanggungjawab pegawai • Pakaian seragam ahli dan pegawai • Takwim dan rancangan aktiviti • Pengurusan badan unit beruniform secara sistematik dan terancang LAPORAN AKTIVITI MINGGU 1
Perkara/Akitiviti: Secara ringkas, aktiviti yang diadakan pada masa interaksi pertama adalah seperti melaksanakan perhimpunan pagi bersama semua Unit beruniform, istiadat perhimpunan pagi KRS, pemeriksaan tatacara pemakaian baju Unit beruniform KRS oleh beberapa jurulatih seperti Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah, Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani dan Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. Ahli KRS juga telah mempelajari bahasa hukuman yang betul untuk lakuan masuk baris dalam kawad kaki oleh Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani serta mengikuti kuliah teori mengenai topik 1 bersama dengan Mejar Shelen Aderina Kok Lampiran: Rajah 1: Ahli KRS mendapat taklimat ringkas sebelum menjalankan aktiviti minggu pertama Rajah 2: Mejar Shelen memberi pendedahan dan penerangan tentang istiadat kawad KRS Rajah 3: Ahli Kadet Remaja Sekolah bergambar bersama Mejar Shelen setelah selesai latihan
REFLEKSI MINGGU 1 Pada 10 Januari 2024 iaitu minggu pertama perjumpaan Kursus Unit Beruniform, kami daripada Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah melaksanakan istiadat perhimpunan pagi KRS yang pertama. Dalam istiadat perhimpunan pagi KRS yang pertama ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan baharu terutamanya bagi aspek protokol, bahasa hukuman, kawad statik, dinamik dan banyak lagi. Saya mendapati bahawa Unit Beruniform KRS amat teliti akan keseragaman, kesepaduan, disiplin dan nilai semangat yang tinggi. Seterusnya, jurulatih juga telah membuat pemeriksaan terhadap pakaian bagi setiap skuad KRS dengan teliti. Antara perkara yang menjadi teguran dalam kalangan skuad adalah menyeragamkan warna pakaian iaitu baju dan seluar kepada satu pola warna hijau yang sama, melengkapkan aksesori lencana, pemasangan beret dan cara mengikat tali kasut boot agar kelihatan kemas. Bukan itu sahaja, jurulatih juga telah menerangkan cara pemakaian baju KRS mengikut pangkat dan pencapaian. Selepas istiadat perhimpunan selesai, kami telah bergerak ke dewan badminton bagi meneruskan sesi kuliah teori bersama dengan Mejar Shelen Aderina Kok yang mana kami telah memperlajari tentang tajuk “Pengurusan dan Pentadbiran” dalam KRS. Bukan itu sajaha, di akhir sesi kuliah, kami juga diberikan taklimat tentang tatacara pemakaian, pendaftaran ahli atau pembinaan platun, cara melapor masuk dewan dan keluar dewan , serta tanggungjawab setiap skuad KRS. Berdasarkan aktiviti UB bagi minggu yang pertama ini, saya telah melakukan analisis dengan menggunakan kaedah SWOT Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats, di mana bagi aspek Strengths atau kekuatan, dapat dilihat pada sudut ketepatan masa yang mana semua ahli skuad berjaya mendahului waktu iaitu sampai ke gelanggang bola tampar bagi menjalankan perhimpunan Unit Beruniform kali pertama. Hal ini memberi peluang kepada kami untuk membuat latihan kawad bersama-sama lebih awal dan membina keserasian sebagai suatu unit beruniform KRS. Bukan itu sahaja, kekuatan juga dapat dilihat dalam sikap semua skuad KRS yang saling membantu dan mengajar antara satu sama lain tentang tatacara pemakaian pakaian dengan betul dan kemas. Hal ini adalah penting bagi membina satu semangat kesepaduan yang tinggi sebagai satu unit yang sama. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan misalnya, pada diri saya sendiri yang tidak mengambil sarapan di waktu pagi membuatkan saya berasa lemas dan tidak bertenaga. Hal ini menyebabkan saya terpaksa meminta kebenaran daripada jurulatih untuk keluar baris dan berehat di tempat yang teduh. Hal ini sememangnya menjadi pengajaran yang amat bermakna untuk saya agar sentiasa mengambil sarapan setiap pagi terutamanya apabila melakukan aktiviti berat. Selain itu, kelamahan yang dapat dikenal pasti adalah terdapat segelintir skuad yang belum dapat melengkapi aksesori pemakaian unit beruniform KRS atas sebab tertentu. Walaubagaimanapun, Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah telah memberi tempoh dua minggu untuk melengkapinya. Bagi aspek peluang adalah dapat dilihat dari segi kerjasama dan disiplin dalam kalangan guru pelatih. Hal ini dilihat sebagai peluang untuk membawa unit beruniform KRS sebagai UB yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun begitu, tiada aspek ancaman yang dapat saya lihat kerana pelaksanaan minggu satu ini adalah lancar dan berpotensi untuk ditambah baik pada masa akan datang.
Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 2 Tarikh: 17 Januari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 2 2. Sejarah, Perlembagaan, Struktur dan Organisasi Pertubuhan • Sejarah - Sejarah pengasas - Sejarah penubuhan - Sejarah penubuhan di Malaysia • Perlembagaan - Tujuan penubuhan - Prinsip-prinsip asas pertubuhan - Perlembagaan pertubuhan - Lambang dan cogan kata - Bendera dan lagu pertubuhan • Struktur dan organisasi - Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPGM/IPGK - Struktur dan organisasi peringkat sekolah - Fungsi majlis tadbir LAPORAN AKTIVITI MINGGU 2
Perkara/Akitiviti: Interaksi kali kedua dimulakan dengan perhimpunan pagi dengan semua unit beruniform dan seterusnya istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh platun Bravo. Seterusnya, Mejar Shelen Aderina Kok telah melakukan pemeriksaan pakaian diiringi oleh komandan iaitu skuad Aidzam Bin Sahidin. Pada hari kedua, latihan kawad statik dan kawad istiadat dilaksanakan untuk Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dengan menjadikan Skuad Shafil Afique Bin Shaharuddin (ahli KRS) sebagai komandan. Manakala, ahli KRS yang lain pula diajar mengenai kawad dinamik oleh Mejar Ahmad Fauzi bin Mohd Satnih dan juga Kapten Dorothea Marakau@Nuratiqah. penyediaan tarian perang serta menyanyikan lagu Dindaku Sayang. Tambahan itu, ahli juga mempersembahkan tarian perang, tepukan KRS dan juga nyanyian lagu Dindaku Sayang. Kami juga telah memperlajari tentang Sejarah, Perlembagaan, Struktur dan Organisasi dan Pertubuhan KRS. Lampiran: Rajah 1: Ahli KRS menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS Rajah 2: Persembahan tarian perang KRS dan lagu Dindaku Sayang Rajah 3: Ahli KRS menjalankan latihan kawad statik
REFLEKSI MINGGU 2 Pada 17 Januari 2024 bersamaan dengan interkasi minggu kedua, bagi aspek kekuatan kami telah mengikuti istiadat perhimpunan pagi KRS dan kami telah dipuji oleh Mejar Shelen Aderina Kok kerana adanya peningkatan yang baik terutamanya dari segi ketepatan masa, pengendalian istiadat perhimpunan pagi serta lakuan kawad kaki yang semakin baik. Bukan itu sahaja, ramai daripada skuad yang telah berjaya melengkapi aksesori lencana dan logo serta tatacara pemakaian yang sepetutnya sesuai dengan teguran yang diberikan oleh Mejar Shelen Aderina Kok pada minggu lalu. Semua ahli skuad juga telah mempamerkan kerjasama yang sangat baik dalam usaha mempersembahkan tarian perang serta nyanyian Dindaku Sayang di mana skuad KRS bagi lelaki dan perempuan telah membuat persediaan dan latihan awal sebelum mempamerkannya kepada jurulatih. Meskipun masih ada kesilapan seperti tidak ingat lirik lagu dan kadet perempuan tidak sempat untuk belajar tarian perang tersebut sehingga hanya ahli kadet lelaki sahaja yang melakukan persembahan, tetapi kami tetap berjaya menyelesaikan setiap persembahan hasil daripada kerjasama dan sifat tanggubgjawab para ahli. Selain itu, memperbaiki kesilapan saya minggu lalu, saya kini belajar untuk mengambil sarapan sebelum melakukan aktiviti berat. Hal ini merupakan suatu pengajaran untuk diri saya sendiri agar lebih peka dan bersedia pada masa kelak. Melihat dari aspek kelemahan, saya telah ditegur oleh jurulatih kerana pemasangan tanda nama yang agak senget dan tidak kemas. Saya belajar bahawa sedikit kelalaian mampu memberi kesan kepada kesempurnaan pelaksanaan apa-apa sahaja aktiviti. Melalui teguran tersebut, saya menjadi lebih peka akan tatacara pemakaian saya di hari berikutnya. Selain itu, aspek kelemahan yang dapat saya kesan adalah ketidakeseragaman dalam menyenyikan lagu NegaraKu, Sabah Tanah AirKu dan lagu Kadet Remaja Sekolah. Hal ini disebabkan kurangnya latihan menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dalam kalangan skuad perempuan dan lelaki sehinggakan terjadinya perbezaan nada yang mengurangkan keseragaman dalam aspek kelantangan suara dan tempoh. Bagi aspek peluang pula, kami menggunakan platform Google Classroom sebagai tapak pembelajaran maya di mana kami mampu berkongsi maklumat dan bersoal jawan dengan jurulatih tentang persoalan dan tugasan. Misalnya, dalam pembelajaran bagi tajuk Sejarah, Perlembagaan, Struktur dan Organisasi dan Pertubuhan, kami telah diberikan awal di Google Classroom sebelum dibincangkan kembali semasa waktu kuliah. Manakalah bagi aspek ancaman pula belum dapat dikesan kerana pelaksanaan dilihat berjalan lancar dan baik.
Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 3 Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 3: -Orientasi Kurikulum - Kurikulum TKRS - Perancangan program -Skim latihan LAPORAN AKTIVITI MINGGU 3
Perkara/Akitiviti: Ringkasnya, pada minggu ketiga seperti biasa perhimpunan pagi diadakan dan semuaahli KRS menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh PlatunCharlie. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Seterusnya, Mejar Shelen juga memberi taklimat mengenai tugasan pada minggu itu, iaitu memilihdan merancang satu program tahunan untuk unit beruniform KRS dan membaca notamengenai orientasi kurikulum yang telah dimuat naik dalam Google Classroom. Selepas itu, ahli-ahli KRS telah melakukan tarian perang, tepukan KRS dan menyanyikanlagu Dindaku Sayang. Setelah itu, Kapten Zainuddin telah memberi tunjuk ajar mengenai kawad masuk baris dan latihan dijalankan dalam kumpulan platun masing-masing. Kapten Zainudin mengarahkan kami untuk mencipta satu yell dalam platun masing- masing dan kemudian kami mempersembahkan yell tersebut. Lampiran: Rajah 1: Ahli KRS menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS Rajah 3: Perbincangan persembahan yell dalam platun masing-masing Rajah 2: Latihan kawad masuk baris dalam platun masing-masing
REFLEKSI MINGGU 3 Pada minggu ketiga kami telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti istiadat perhimpunan pagi KRS, latihan kawad masuk barisan dalam setiap kumpulan platun, persembahan sekali lagi untuk tarian perang, tepukan KRS dan juga lagu Dindaku Sayang. Tambahan itu, Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani telah meminta kami untuk menyediakan yell bagi setiap kumpulan platun. Seterusnya, kami juga telah memperlajari tentang orientasi kurikulum, kurikulum TKRS, perancangan program dan juga skim latihan yang telah disampaikan oleh Mejar Shelen Aderina Kok dan Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih. Aspek kekuatan yang terdapat pada minggu ketiga ini adalah kerjasama yang kukuh bagi setiap anggota platun. Buktinya dalam menjalankan tugas bagi istiadat perhimpunan KRS, skuad saling bekerjasama dan mambantu membetulkan kesilapan skuad anggotanya dengan baik dan ikhlas. Selain daripada itu, anggota skuad dari setiap platun bekerjasama dalam aktiviti sumbang saran bagi membina yell yang terbaik untuk dipersembahkan kepada jurulatih. Semangat kesepaduan juga dapat dilihat apabila platun mempersembahkan yell, anggota platun yang lain juga sentiasa menyokong dengan memberikan teriakan penyemangat. Melihat aspek kelemahan, saya menyedari bahawa penguasaan saya dalam menghafal bahasa hukuman masih pada tahap rendah di mana saya tidak dapat melafazkan hukuman dengan lancar atas faktor lupa dan gementar. Oleh itu, saya telah bertekad untuk berlatih lebih kerap agar saya mampu menguasai bahasa hukuman dengan lebih baik.
Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 4 Tarikh: 31 Januari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar dan Dewan Serbaguna IPGKampus Kent Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 4: 4. Kawad • Asas kawad kaki - Bahasa hukuman Aktiviti Tambahan: Aktiviti tambahan dilaksanakan sebagai persiapan Karnival Unit Beruniformyang berlansung pada 1 dan 2 Mac 2024 dan juga Perkhemahan Unit BeruniformAktiviti gabungan bersama PPIM mengenai Simpulan & Ikatan. LAPORAN AKTIVITI MINGGU 4
Perkara/Akitiviti: Semua ahli KRS telah berkumpul untuk menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh Platun Delta. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan LaguKRS telah dinyanyikan. Setelah itu, Mejar Shelen Aderina Kok telah membuat pemeriksaan dari aspek pakaian diiringi oleh Skuad Shafil Afique. Kemudian, Mejar Shelen telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan, iaitu latihan kawad istiadat, kawad statik dan dinamik, serta aktiviti gabungansimpulan dan ikatan. Sekitar 8.30 pagi, kami berkumpul di dewan serbaguna untuk melaksanakan aktiviti gabungan simpulan dan ikatan bersama-sama dengan unit beruniform PergerakanPuteri Islam Malaysia (PPIM). Kapten Suhairullah bin Omar Ramih dan Mejar Hermanbin Tajing telah mengetuai dan memberi tunjuk ajar semasa aktiviti simpulan danikatan tersebut. Sementara itu, aktiviti kawad statik dan dinamik yang telahdirancang terpaksa dibatalkan akibat kekangan masa. Lampiran: Rajah 1: Unit KRS menjalankan Istiadat perhimpunan pagi Rajah 2: Demonstrasi simpulan dan ikatan oleh Kapten Suhairullah dan Tuan Herman Rajah 3: Ahli KRS dan juga PPIM menjalankan aktiviti simpulan dan ikatan
REFLEKSI MINGGU 4 Pada minggu ini, unit beruniform KRS telah mempelajari tentang bahasa hukuman yang akan digunakan semasa kawad kaki. Bahasa hukuman ini wajib untuk dihafal dan difahami oleh setiap anggota skuad kerana akan diuji secara perseorangan. Selain itu, kami juga telah mempelajari tentang simpulan dan ikatan yang dibimbing oleh Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih. KRS bersama dengan unit beruniform Puteri Islam Malysia (PPIM) di dalam dewan serbaguna IPGM Kampus Kent. Antara kekuatan yang dapat dilihat dalam aktiviti tersebut adalah ahli anggota KRS sentiasa memberikan kerjasama dan pertolongan yang padu kepada anggota unit beruniform lain khasnya kepada Puteri Islam Malaysia (PPIM) semasa melakukan aktiviti ikatan dan simpulan. Hal ini memperlihatkan wujudnya nilai sikap bantu membantu dan prihatin dalam kalangan anggota KRS kepada orang lain. Selain daripada itu, bagi menjalankan aktiviti ini, anggota skuad telah bekerjasama dan sebulat suara untuk mengutip duit RM 6 seorang bagi memudahkan pembelian barang-barang seperti tali bagi ikatan dan kain anduh. Hal ini memperlihatkan sekali lagi adanya nilai kesepaduan dalam kalangan anggota KRS yang menjadi punca kekuatan unit beruniform ini. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan yang dikesan di mana tali yang dibeli adalah kurang sesuai untuk aktiviti ikatan di mana tali tersebut bersifat licin dan mudah terurai ikatannya. Walaubagaimanapun, hal ini dijadikan sebagai suatu pengajaran agar kami tidak mengulangi kesalahan yang sama. Selain itu, terdapat sedikit kekangan dari segi pengurusan masa di mana terdapat beberapa pelajar yang terlibat dalam aktiviti menyambut pelajar dari IPGM Kampus Ilmu yang mengadakan lawatan ke IPGM Kampus Kent. Hal ini menyebabkan beberapa orang anggota KRS termasuk saya harus keluar kelas awal daripada sepatutnya. Bagi aspek peluang adalah dapat dilihat bahawa ramai daripada anggota KRS yang fasih dan berpengalaman dalam kemahiran ikatan dan simpulan. Hal ini menjadikan lebih banyak tenaga pengajar dan memudahkan pembelajaran tentang ikatan dan simpulan untuk dikongsikan kepada ahli skuad yang lain. Manakala, bagi aspek ancaman dapat dikesan dalam aspek cuaca di mana cuaca pada hari tersebut amat panas terik dan semua anggota skuad diminta untuk mempunyai bekalan air secukupnya.
Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 5 Tarikh: 7 Februari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 4: 4. Kawad • Asas kawad kaki - Kawad statik Aktiviti Tambahan: Aktiviti tambahan dilaksanakan sebagai persiapan Karnival Unit Beruniformyang berlansung pada 1 dan 2 Mac 2024 dan juga Perkhemahan Unit Beruniform. Aktiviti Pembinaan Mini Gajet Kraftangan. LAPORAN AKTIVITI MINGGU 5
Perkara/Akitiviti: Pada minggu kelima, perhimpunan pagi yang melibatkan semua unit beruniform telahdibatalkan kerana semua pensyarah Unit Kokurikulum terlibat dengan Bina Insan Guru. Istiadat perhimpunan pagi KRS dimulakan pada pukul 7:30 pagi dan dikendalikan olehPlatun Echo. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Kapten Dohimbang telah membuat pemeriksaan dari aspek pakaian diiringi olehkomandan Aidzam. Setelah itu, Kapten Dohimbang telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan, iaitu aktiviti pembinaan mini gajet kraftanganyang diperbuat daripada bahan buangan secara berkumpulan seramai tiga orang. Setelah itu, semua kumpulan diminta untuk mempersembahkan kraf tangan yangtelah dihasilkan serta menyatakan kegunaannya. Lampiran: Rajah 1: Unit KRS menjalankan Istiadat perhimpunan pagi Rajah 2: Ahli KRS mencari bahan buangan dan menghasilkan kraf tangan Rajah 3: Persembahan kraf tangan yang dihasilkan
REFLEKSI MINGGU 5 Pada minggu kelima, kami telah mempelajari tentang kawad statik dan juga bahasa hukuman yang mana telah diketua oleh Saudara Aidzam iaitu sebagai komander. Seterusnya Kami telah dibimbing oleh Kapten Dohimbang dalam melakukan aktiviti tambahan iaitu aktiviti pembinaan mini gajet kraftangan. Antara kekuatan yang dapat dilihat dalam pelaksanaan aktiviti minggu ini adalah anggota KRS saling bekerjasama dan aktif dalam melakukan sumbang saran bagi menghasilkan kraf tangan yang menarik dan berguna. Bukan itu sahaja, dengan menerapkan konsep alam sekitar, anggota KRS hanya membina kraf tangan dengan bersumberkan tumbuhan tanpa merosakkan dan mencemarkannya. Anggota skuad saling bantu membantu dalam mencari bahan seterusnya membina produk tersebut dalam satu kumpulan. Bukan itu sahaja, adanya anggota skuad yang berpengalaman dalam bidang anyaman daun kelapa membawa kepada penghasilan kraf tangan yang amat menarik. Bagi aspek kelemahan dapat dilihat di mana anggota KRS lupa untuk membawa bahan sendiri seperti gunting, tali dan sebagainya. Namun begitu, hal ini tidak menjadi sebagai penghalang kerana anggota KRS mampu untuk memanfaatkan bahan yang terdapat pada alam sekitar. Peluang yang dapat dikesan adalah, ramai anggota yang mampu menghasilkan kraf tangan terutamanya berasaskan daun kelapa. Hal ini dapat diaplikasikan dalam karnival Unit Beruniform. Manakala bagi aspek ancaman dapat dilihat dari aspek cuaca di mana keadaan yang panas terik memerlukan setiap anggota perlu untuk mempunyai bekalan air yang secukupnya.
Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 7 Tarikh: 21 Februari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar Kehadiran Ahli: 19 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 4 4. Kawad • Asas kawad kaki - Kawad dinamik Aktiviti Tambahan: Kawad Kaki dinamik bersama PPIM LAPORAN AKTIVITI MINGGU 7
Perkara/Akitiviti: Pada minggu ketujuh, semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi bagi minggu ketujuh. Selepas perhimpunan tersebut, semua ahli KRS telah berkumpul semula untuk menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh Platun Alpha. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Kehadiran pada minggu tersebut kurang memberangsangkan kerana seramai 13 orang ahli tidak dapat hadir pada minggu ini atas urusan rasmi. Seterusnya, Mejar Shelen juga memberi taklimat tentang persediaan pertandingan yang akan dijalankan sewaktu Karnival Unit Beruniformberlangsung, dimana peserta-peserta yang terlibat hendaklah memastikan latihan bersama ahli pasukan sudah mula dijalankan. Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah telah mengetuai dan memberi tunjuk ajar semasa aktiviti kawad kaki dinamik dijalankan. Antara hukuman yang telah dipelajari ialah Hormat ke Kanan Hormat dan Hormat Selaku Terima Sijil . Tepat pada pukul 9:30 pagi, semua aktiviti telah selesai dijalankan. Aktiviti kawad statik dan dinamik yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
REFLEKSI MINGGU 7 Pada minggu ke 7, unit beruniform KRS telah melaksanakan aktiviti kawad kaki statik yang mana dipimpin oleh Mejar Shelen Aderina Kok. Kehadiran ahli KRS adalah seramai 19 orang sahaja manakala seramai 13 orang ahli KRS yang terdiri daripada guru pelatih daripada unit Bahasa Kadazandusun terlibat dengan program rasmi anjuran Jabatan Bahasa Kadazandusun. Walaupun saya tidak dapat menghadiri perjumpaan unit beruniform pada minggu ini, rakan anggota KRS telah berkongsi maklumat dan isi pengajaran yang telah dilaksanakan melalui aplikasi Whatsapp dan Google Drive. Hal ini dapat dilihat sebagai satu kekuatan yang memaparkan nilai kerjasama dan semangat sebagai satu organisasi yang utuh. Bukan itu sahaja, walaupun terdapat ahli KRS yang tidak dapat menyertai perjumpaan unit beruniform, kami juga sentiasa membantu anggota plantun masing-masing agar dapat menjalankan tugas pada minggu ini. Melihat dalam aspek kekurangan, berdasarkan pemerhatian saya, kelemahan berlaku disebabkan kekurungan ahli anggota yang menyebabkan sesetengah ahli yang tidak dapat mempelajari kawad kaki statik dan dinamik bersama-sama yang mampu membawa kepada ketidakeseragaman pada latihan masa akan datang. Walaubagaimanapun, masalah ini telah ditangani dengan adanya platform Google Drive yang menjadi tapak perkongsian maklumat pembelajaran. Seterusnya melihatkan kepada analisis peluang pula, hal ini dapat dilihat berdasarkan sesi latihan kerap dilakukan serta wujudnya cadangan untuk melakukan latihan pada waktu petang pada masa yang akan ditetapkan. Tindakan ini adalah suatu alternatif bagi memantapkan lagi kualiti kawad statik dan dinamik dalam kalangan anggota KRS. Akhir sekali, ancaman yang dapat dilihat adalah masih tertumpuh kepada keadaan cuaca yang tidak menentu di mana berlakunya peningkatan suhu yang tinggi. Hal ini memberi penekanan kepada ahli anggota KRS dan unit beruniform lain agar sentiasa berwaspada dan menyediakan bekalan seperti air yang secukupnya.
Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 8 Tarikh: 28 Februari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar dan Dewan Serbaguna IPGKampus Kent Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 4: 4. Kawad • Kawad Istiadat -Istiadat perhimpunan Aktiviti Tambahan: Aktiviti gabungan UB Pertolongan Cemas = Pengakap + KRS + BSMM LAPORAN AKTIVITI MINGGU 8
Perkara/Akitiviti: Semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi bagi minggu keempat. Selepas perhimpunan tersebut, semua ahli KRS telah berkumpul semula untuk menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh Platun Bravo. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Setelah itu, Mejar Shelen telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan, iaitu bengkel pertolongan cemas yang dikendalikan oleh jurulatih jemputan BSMM. Aktiviti bengkel tersebut telah dijalankan dengan gabungan unit beruniformyang lain iaitu Pengakap dan Bsmm. Taklimat bengkel pertolongan cemas tersebut telah disampaikan oleh ahli BSMMTuaran. Antara teknik yang telah dipelajari ialah penggunaan kain anduh yang tepat, bantuan pernafasan (CPR) terhadap golongan bayi dan juga dewasa. Tepat pada pukul 9:30 pagi, semua aktiviti telah selesai dijalankan. Lampiran: Rajah 1: Unit Krs mendengar taklimat Bengkel Pertolongan Cemas Rajah 2: Demonstrasi teknik penggunaan kain anduh dan bantuan pernafasan
REFLEKSI MINGGU 8 Pada minggu ke 8, unit beruniform Kadet Remaja Sekolah telah melaksanakan istiadat perhimpunan seawal jam 7:30 pagi di gelanggang bola tampar IPGM Kampus Kent. Kumpulan Bravo yang dianggotai oleh saya sendiri bersama 5 rakan ahli KRS telah menjalankan tugas iaitu menaikan bendera, bacaan doa dan menerima fail laporan untuk dilaporkan pada minggu akan datang. Setelah itu, Mejar Shelen Aderina Kok telah melakukan pemeriksaan pakaian lalu diteruskan dengan taklimat dan refleksi tentang pelaksanaan Karnival Unit Beruniform yang telah dilaksanakan pada 1 dan 2 Mac 2024 yang lalu. Setiap ketua acara diminta untuk melakukan refleksi dan maklum balas sepanjang perjalanan karnival tersebut. Selepas selesai istiadat perhimpunan, kami telah beralih ke dewan perhimpunan untuk menghadiri taklimat bengkel pertolongan cemas yang telah disampaikan oleh ahli BSMM Tuaran. Antara kekuatan yang dapat dilihat adalah aspek kerjasama di mana ahli KRS telah sebulat suara untuk mengutip wang dari setiap ahli atas kegunaan pembelian kain anduh dan tali untuk ikatan dua minggu sebelum taklimat bengkel pertolongan cemas ini diadakan. Hal ini menjadikan segala urusan dan pelaksanaan aktiviti semasa taklimat berjalan dengan lancar serta pembelajaran berlaku dengan lebih mudah tanpa sebarang kekangan seperti kekurangan bahan. Perkara ini adalah satu kekuatan yang ada pada unit beruniform KRS yang memaparkan tahap kesepaduan yang tinggi. Bagi kelemahan pula dapat dikesan apabila berlakunya kesuntukan masa untuk setiap unit beruniform bergerak satu stesen ke satu stesen. Hal ini menyebabkan hanya segelintir ahli yang berpeluang membuat simulasi seperti langkah CPR kepada bayi dan orang dewasa manakala ahli yang lain dapat dapat menyaksikan perlakuan yang dibuat oleh rakan ahli yang lain. Walaupun berlakunya kekangan masa, namun hal ini dilihat sebagai peluang di mana pihak penganjur mampu memperbaiki susun atur acara program akan datang yang mampu memberi peluang lebih ramai orang untuk mempelajari dan melakukan simulasi tersebut sebagai pengalaman dan pembelajaran. Melalui aktiviti tambahan tersebut, tiada dikesan sebarang ancaman atau hal yang mampu memudaratkan. Pada pandangan saya, pelaksanaan taklimat bengkel pertolongan cemas amat sesuai diadakan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada para guru pelatih terutamanya kepada ahli unit beruniform agar mampu menguasai ilmu pertolongan cemas seterusnya dapat diaplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran apabila menjadi guru kelak.
5.2 Perancangan program
KARNIVAL UNIT BERUNIFORM KARNIVAL UNIT BERUNIFORM Karnival Unit Beruniform telah berjaya dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus KENT Tuaran Sabah pada 1 hingga 2 Mac. Karnival in menawarkan pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Masakan Rimba, Pameran, Gajet, Kawad Kaki, Pertolongan Cemas, Malam Kebudayaan dan Orienteering.
KAWAD KAKI Pertandingan kawad kaki telah diadakan pada 2 Mac 2024 pada pukul 3:30 petang di kawasan Dewan Perhimpunan. Antara aspek yang dinilai adalah kekemasan pakaian, ketua platun dan kawad kaki. Seramai 22 ahli KRS telah berjaya menyertai pertandingan ini. Unit beruniform Kadet Remaja Sekolah telah memenangi tempat ketiga. Kekuatan Kerjasama yang mantap dalam kalangan ahli KRS Bimbingan daripada jurulatih dan senior yang berpengalaman dalam kawad kaki. Kelemahan Terdapat ketidakeseragaman pakaian seperti kasut boot yang berbeza-beza. Tidak menjawab soalan yang dilontarkan oleh penilai.
PERTOLONGAN CEMAS Pertandingan pertolongan cemas telah disertai oleh 5 orang anggota KRS. Pertandingan dilaksanakan di dewan perhimpunan. Unit beruniform KRS telah mendapat tempat ketiga. Kekuatan Kerjasama yang mantap dalam kalangan ahli KRS. Bimbingan daripada jurulatih yang pakar dalam pertolongan cemas. Komunikasi dan persediaan yang rapi daripada pasukan. Kelemahan Pemilihan bahan dan kayu yang kurang sesuai bagi melakukan pertolongan cemas. Kekemasan ikatan.
ORIENTEERING Pertandingan orienteering telah disertai oleh 5 orang anggota KRS. Pertandingan dilaksanakan di kawasan IPGM Kampus Kent Tuaran. Unit beruniform KRS telah mendapat tempat kelima. Kekuatan Kerjasama yang mantap dalam kalangan ahli KRS. Persediaan dalam menggunakan kompas. Kelemahan Kesalahan dalam membaca bearing kompas, Terdapat ahli yang tidak bersedia dari aspek stamina. Tidak mengikut prosuder pertandingan dengan melengkapi Check point.