TAJUK / TITLE: CHANGE LUBRICATION OIL & OIL FILTER P O W E R P O I N T T E M P L A T E
1. FUNDAMENTAL OF JOB ORDER FUNCTION: • Job order merupakan satu senarai atau borang dimana berfungsi sebagai aturan atau arahan sesuatu tugasan dan kerja bagi seseorang mekanik. Ini membolehkan seorang mekanik mampu menjalan tugas dan kerja mengikut urusan atau kehendak pelanggan. Ia merangkumi kerja-kerja yang perlu dilaksanakan oleh seseorang mekanik berpandukan kehendak kerja atau job kenderaan dalam masa yang tertentu. Pesanan kerja disediakan untuk memastikan semua kakitangan yang terlibat didalam kerja - kerja pembaikan mempunyai maklumat yang cukup untuk membolehkan kerja pembaikan dijalankan dengan lancar dan tersusun. TYPES : • Job order terbahagi kepada dua jenis iaitu worksheet dan job card. i. Worksheet merupakan satu kertas kerja dimana mampu menentukan seseorang mekanik dengan tugas yang perlu dilakukan berpandudkan Kertas Kerja tersebut. Disamping itu, ada juga bengkel menggunakan Work sheet sebagai satu cara bagi menentukan harga bagi kerja yang akan dilaksanakan disamping tersenarai juga kerja kerja kerja bagi seorang mekanik.
Mnc_Mono HamCuuotnm V«s. No Ctemp Mar«aa V«*. No MoMa. ADiai work Often R»0O No Suta: niiimn 8m Bwgo _____opK OM/p«ra/OHMi GDtaur____ ------SfcJMna:------ lincort QVM Oaomatar ■ ■. up Q ENp Of Q —wpw> In) OMB TBI* Sani Ma m Li Total Hours REPAIR ORDER / JOB CARD Gambarajah 1 : Job Card • ii. Job card pula merupakan satu borang atau sistem pengisian komputer dimana setiap kenderaan yang mendapatkan servis atau perkhidmatan pemulihan kenderaan perlulah didaftarkan mengunakan borang ini atau Job card. Job card merupakan satu sistem yang membolehkan data kenderaan tersebut disimpan bagi tujuan keselamatan dan tujuan rekod penyimpanan tersebut bagi mengetahui segala servis yang pernah dilakukan terhadap kenderaan tersebut.
Gambarajah 1 : Job Card Gambarajah 1 : Job Card
• Terdapat jenis - jenis sistem job order yang digunakan dibengkel semasa. Antaranya iaitu : • • Manual job order di isi di atas sekeping kertas dan rekod disimpan di dalam fail. Kebaikan sistem ini adalah membolehkan job order dikeluarkan dengan cepat apabila kenderaan pelanggan tiba selepas uji pandu. Namun, kelamahan adalah syarikat perlu menyimpan rekod kenderaan kedalam fail dan risiko untuk hilang adalah sangat tinggi. Antara keburukan lain adalah sekiranya terdapat masalah pada kenderaan, bengkel perlu mengambil masa yang lama untuk membolehkan rekod kenderaan dikeluarkan . Gambarajah 2 : Contoh pesanan pembaikan manual
Computerised repair order merupakan sistem maklumat berkaitan kerja pembaikan kenderaan akan disimpan di dalam komputer dan job order tersebut akan dicetak dengan menggunakan mesin pencetak (printer machine). Diantara perisian data (sofware data) yang boleh digunakan dalam sistem ini adalah Microsoft Access, Snappii, Vikingsoft, Peoplesoft, QuickBooks, Microsoft Excel, Visio, SAP dan lainlain.Antara kelebihan sistem ini ialah pengiraan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Gambarajah 3: Contoh borang pesanan kerja yang dijana menggunakan komputer
• Pesanan job order electronic (electronic repair order) adalah pesanan pembaikan elektronik menggunakan perisian tertentu yang boleh dibeli melalui pembekal perisian swasta. Perisian ini dapat menghubungkan semua bahagian di dalam sesebuah syarikat, contoh hubungan diatara bahagian sales dan bahagian workshop. Sebaik sahaja sesuatu maklumat dimasukkan ke dalam sistem, semua bahagian yang berkaitan akan dapat melihat maklumat tersebut. Kebaikan sistem ini adalah, maklumat dapat diperolehi dengan cepat. Gambarajah 4: Contoh perisian pengurusan bengkel automotif
FORMAT Setiap bengkel mempunyai ciri atau format tersendiri mengenai Job order. Setiap bengkel akan membangunkan job order tersendiri bergantung kepada jenis sistem kenderaan dan lain lain. Sebuah job order yang baik haruslah memenuhi ciri - ciri berikut: • Tepat dan mudah difahami. • Membekalkan semua maklumat yang diperlukan di sepanjang proses pembaikan. • Pergerakan dokumen yang lancar dari satu bahagian ke bahagian yang lain. • Membekalkan maklumat yang cukup untuk membolehkan invois disediakan dengan tepat dan cepat. • Rekod pembaikan disimpan dengan baik. • Kawalan dokumen yang baik. Pesanan pembaikan perlu disediakan sebelum menjalankan kerja - kerja berikut: • Menjalankan pemeriksaan pada kenderaan S Membuat pembaikan atau pelarasan pada kenderaan • Terdapat masalah atau keperluan pelanggan yang perlu untuk rujukan pada masa hadapan. • Menjalankan kempen khas di mana pelarasan atau pembaikan diperlukan S Pelanggan ingin membuat tuntutan bayaran balik akibat daripadapembaikan kecemasan.
• INFORMATION Didalam sesebuah job order hendaklah mengandungi maklumat - maklumat berikut: a. Maklumat lengkap pelanggan - nama, alamat, no telefon, tarikh danmasa kenderaan dikehendaki dan lain - lain. b. Maklumat berkaitan kenderaan - tahun, model, jenama, VIN (vehicle indetification number), kilometer kenderaan dan lain - lain. c. Maklumat berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. d. Arahan pemeriksaan (jika perlu), biasanya borang yang berasingan digunakan. e. Keterangan lengkap mengenai kerosakan (defect) atau ketidakfungsian (malfunction) yang telah dikesan oleh juruteknik. - Contoh: pengukuran,diagnostic code, bacaan multimeter atau lain - lain perkara yang perlu. f. Keterangan lengkap mengenai pembaikan yang telah dijalankan oleh juruteknik. - Rekodkan jarak perbatuan semasa pandu uji, jika perlu. g. Catatkan masa mula dan tamat melakukan kerja - kerja pembaikan. Anggaran kos dan kelulusan pelanggan • Sales service advisor perlu menyediakan anggaran kos bertulis untuk pembaikan yang diperlukan sebelum sesuatu kerja pembaikan boleh dimulakan. Untuk keadaan dimana anggaran kos tidak boleh dibuat, sebagai contoh kenderaan perlu ditunda ke pusat servis dan punca kerosakan tidak dapat dikenal pasti, sales service advisor perlu membuat panggilan telefon atau memaklumkan kepada pelanggan sebaik sahaja keputusan analisa kerosakan diperoleh dan anggaran telah dibuat. Setiap pelanggan hendaklah dibekalkan dengan salinan job order yang mengandungi anggaran kos pembaikan yang akan dilakukan dan pelanggan perlu mendapat penjelasan mengenai kerja - kerja servis yang akan dibuat. Pesanan pembaikan juga perlu disediakan untuk kerja yang tidak melibatkan pembayaran seperti kerja service waranty. Pelanggan dikehendaki menandatangani ruang tertentu di dalam job order sebagai tanda ia telah bersetuju untuk membayar kos - kos yang terlibat dengan kerja pembaikan yang akan dilakukan. Dokumen yang telah ditandatangani oleh kedua belah pihak dinamakan sebagai kontrak perkhidmatan.
2.SCHEDULE MAINTAINENCE SERVICE BOOKLET • Buku manual kenderaan tidak kira dalam bentuk buku ataupun digital sebenarnya mengandungi maklumat yang sangat penting. Contohnya memberikan maklumat asas tentang tetapan kenderaan, cara memeriksa kandungan bendalir dan juga cecair selain tekanan angin tayar. Ia sebenarnya mempunyai arahan penting tentang cara operasi kenderaan berdasarkan model yang dimiliki lengkap dengan cara-cara penyelesaian masalah yang mungkin timbul. Gambarajah 5 : Buku servis manual
2.SCHEDULE MAINTAINENCE SERVICE BOOKLET • Buku manual pemilik ini juga menyatakan dengan jelas tentang waranti yang diberikan untuk kereta selain perkara-perkara yang boleh membatalkan waranti ataupun jaminan tersebut. Selain itu, dalam buku servis manual ini juga mempunyai rekod servis yang teratur dan lengkap dengan buku panduan pemilik. Ianya mempunyai harga pasaran yang lebih baik jika kenderaan tersebut ingin dijual kemudian hari. Gambarajah 5 : Buku servis manual
• Didalam buku servis manual tersebut, tedapat jadual penyelenggaraan dimana ianya menentukan berapa kerap anda sebagai pemilik kenderaan perlu di servis atau penyelenggaraan. Ia penting untuk kereta anda diperiksa seperti yang dijadualkan bagi mengekalkan tahap keselamatan yang tinggi, kebolehpercayaan, dan kawalan prestasi kenderaan.
• 1. Berlaku kerosakan minor atau major pada kenderaan. • 2. Peningkatan kos servis kenderaan • 3. Kehilangan waranti terhadap kenderaan. • 4. Mengundang bahaya kepada pemandu. • Ini terjadi disebabkan kelalaian pengguna dan juga pemikiran pengguna kenderaan untuk berjimat didalam melakukan servis pada kenderaan mengikut jadual. Pengguna perlu tahu bahawa setiap komponen atau alat ganti yang digunakan didalam kenderaan mempunyai had penggunaan atau perlu melakukan servis terhadap alat ganti tersebut bagi meningkatkan jangka hayat sesebuah kenderaan. • Oleh itu, sebagai seorang mekanik perlu tahu akan hal sedemikian bagi menyakinkan para pelanggan untuk menjalani servis kenderaan mengikut had masa yang telah ditetapkan oleh penegeluar kenderaan seperti yang tercatat didalam buku manual kenderaan tidak kira sama ada kenderaan baru mahupun kenderaan lama. Gambarajah 7 : Contoh Jadual Penyelengaraan Proton Suprima S
3.LUBRICATION OIL AND FILTER CHANGE TOOLS Pelincir merupakan bahan (biasanya cecair) yang diletakkan antara dua permukaan bergerak bagi mengurangkan geseran dan haus. Pelincir memberikan lapisan nipis pelindung yang membenarkan kedua permukaan berasingan dan kekal "licin", dengan itu mengurangkan geseran antara keduanya. Pelincir bertindak secara kimia dengan semua permukaan dengan itu hubungan hanya berlaku dengan pelincir yang licin dan bebas. Melalui proses ini, zarah mengkakis dilarutkan dalam pelincir, dengan itu menjadikannya pelarut dan pembersih yang baik. Pelincir berasaskan petroleum seperti Vaseline cenderung melarutkan keluaran petroleum seperti getah dan plastik, sementara pelincir berasaskan air cenderung melarutkan kimia berkutub (seperti air dan kotoran); sebab itu tambahan digunakan. Pelincir perlu digantikan apabila kadar kelikatan hilang, kerana ketidakupayaan melarutkan kotoran tambahan membenarkan zarah mengkakis bergesel dengan atau melekat pada permukaan bergerak, dengan itu mencipta ruang bagi hubungan fizikal antara keduanya. PENAPIS MINYAK PELINCIR Penapis Minyak pelincir (Oil Filter) Gambarajah 8: Penapis minyak pelincir
Untuk enjin kereta semestinya ia merujuk kepada minyak pelincir enjin. Serpihan logam hasil hakisan akibat geseran komponen enjin akan bertindak sebagai pengisar yang akan bercampur dengan minyak pelincir. Ia perlu ditapis sebelum mengakibatkan kerosakan yang lebih besar kepada enjin. Dalam masa yang tertentu, penapis ini juga akan menjadi kurang efektif akibat mendakan kotoran yang banyak didalamnya dan perlu diganti. Jika tidak, enjin anda akan dicemari dengan sampah-sampah kecil yang bercampur dengan minyak pelincir dan mengakibatkan hakisan pada enjin anda. Sebab itu juga, sewaktu jadual penukaran minyak pelincir, semua pengeluar mengesyorkan penapis pelincir ditukar bersama. Tak guna tukar pelincir tetapi penapisnya masih kotor dan pelinciran baru tidak dapat berfungsi dengan efektif. SPECIAL SET TOOLS /USAGE/FUNCTION Gambarajah 9: End cap oil filter wrench Terdapat pelbagai saiz dan ini adalah mengenai semua yang anda boleh gunakan. Malangnya dengan penapis minyak yang benar-benar tersekat atau ganjil ini hanya akan berputar. Juga dengan beberapa penapis yang mempunyai getah yang mudah dipasang salutan akhir ini tidak akan sesuai. Anda hanya menyelipkan saiz yang betul pada akhir penapis dan cuba ingat 'righty tighty - lefty loosy.'
Gambarajah 10: End cap remover la juga terdapat dalam 2 atau 3 rahang. Ini digunakan untuk mengetatkan dan menanggalkan oil filter. Tidak perlu saiz bagi jenis ini kerana jenis ini kerana jenis ini boleh digunakan dalam pelbagai saiz.
Gambarajah 11: The handled band-style oil filter wrench Slip di atas penapis dan putar. Sekiranya ia semakin besar, cuba sebaliknya. Ini akan mengetatkan dan mengeluarkan kebanyakan penapis. Jika ia mula tergelincir dan tidak dapat menggigit pada penapis, anda perlu pergi ke kaedah yang lebih baik. Gambarajah 12: Filter pliers Hanya dengan pengepit penapis dan memutar mengikut arah lawan jam, penapis telah terbuka dan boleh ditanggalkan. Tidak sesuai untuk dibahagian sempit kerana memerlukan ruang yang besar.
Gambarajah 13: Chain wrenches Ini datang dengan atau tanpa pegangan. Ini adalah sepupu perengkuh tali tetapi untuk itu sukar untuk mengeluarkan penapis. Mereka akan mengetatkan yang paling sukar untuk mengeluarkan penuras dan menghancurkan penapis secara literal sehingga ia boleh mendapat gigitan yang cukup kuat untuk menghapus atau menghancurkan penapis lama sepenuhnya. Gambarajah 14 : Alatan tangan COMMON TOOLS Alatan tangan sangat penting bagi seseorang mekanik dimana tanpa alatan seseorang mekanik tidak mampu untuk melakukan kerja yang ditetapkan tepat pada masa yang ditetapkan. Alat yang wajib ada bagi seseorang mekanik adalah seperti berikut :-
i. Tukul Besi ii. Spanar common ring set iii. Spanar flare nut wrench
iv. Rachet set v. Socket box set vi. Plier set
vii. Screw driver set viii. Tools box.
4. FUNGSI MINYAK PELINCIR • Apakah Minyak Pelincir? • Minyak pelincir adalah sebagai bahan yang meminimumkan geseran di antara permukaan bergerak. Pelinciran merupakan proses ataupun teknik yang digunakan untuk mengurangkan kesan haus dua permukaan bergerak yang bersentuhan. Pelinciran wujud apabila permukaan yang bertentangan dipisahkan secara sempurna oleh satu lapisan pelincir. Terdapat tiga kategori yang utama: • Pelinciran elastohidrodinamik • Pelinciran sempadan. • Pelinciran lapisan cecair o Pelinciran hidrostatik o Pelinciran hidrodonamik
4. FUNGSI MINYAK PELINCIR Kekalkan bahagian bergerak berasingan Mengurangkan geseran Memindahkan haba Menyingkir bahan cemar dan serpihan Melindungi dari kehausan
Tanpa kehadiran minyak pelincir Dengan kehadiran minyak pelincir • Kekalkan bahagian bergerak berasingan • Minyak pelincir akan melekat pada permukaan besi dan membentuk satu lapisan hidronamik. • Mengurangkan geseran • Lapisan hidronamik pada permukaan besi mengurangkan sentuhan antara dua permukaan besi /komponen yang bergerak seterusnya boleh mengurangakn geseran
4. FUNGSI MINYAK PELINCIR Kekalkan bahagian bergerak berasingan Mengurangkan geseran Memindahkan haba Menyingkir bahan cemar dan serpihan Melindungi dari kehausan
iii. Memindahkan haba Minyak pelincir sentiasa mengalir di dalam enjin. Semasa pengaliran minyak pelncir, haba akan dipindahkan daripada tempat panas ke tempat yang lebih sejuk melalui proses konduksi haba, konveksi haba, dan radiation.
4. FUNGSI MINYAK PELINCIR Kekalkan bahagian bergerak berasingan Mengurangkan geseran Memindahkan haba Menyingkir bahan cemar dan serpihan Melindungi dari kehausan
Menyingkir bahan cemar dan serpihan Semasa pengaliran minyak hitam, cecair pelincir akan mengalir dan membawa sekali dengan segala bahan cemar dan serpihan besi halus. Cecair pelincir ini akan melalui ‘oil filter’ dan bahan cemar ini akan ditapis oleh oil filter tersebut
Melindungi dari kehausan • Pelincir mencegah haus dengan memisahkan bahagian-bahagian yang bergerak. Pelincir juga boleh mengandungi bahan anti-haus atau tekanan tambahan yang melampau untuk meningkatkan prestasi terhadap kehausan
5. Jenis-jenis minyak pelincir Mineral oil Semisynthetic Fully synthetic
• 5.FUNDAMENTAL OF LUBRICANTS TYPE • Minyak pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya. • Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain. Lebih baik kualiti minyak pelincir,maka lebih baik perlindungan dan prestasinya. Terdiri daripada tiga jenis iaitu Fully Syntetic, Semi-syntetic dan mineral. • . MINYAK PELINCIR SINTETIK SEPENUHNYA (FULLY SYNTHETIC) • Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini lebih mahal dan biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk kepada jenama pengeluar). Antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40. • Minyak pelincir 'Fully Synthetic' diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu 'Polyalphaolefins (PAOs)' dan 'Ester'. 'PAOs' dihasilkan melalui jalinan molekul bahan kimia bersama 'Ethylene' untuk membentuk satu rangkaian yang seimbang serta berupaya mengekalkan kelicinan di dalam enjin. Sementara 'Ester' pula terhasil daripada reaksi alkohol dengan sejenis asid. Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain menggunakan kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk minyak pelincir 'Fully Synthetic ' untuk pasaran. • Minyak pelincir 'Fully Synthetic' adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap (vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari semakin berkurangan. • Sebagai contoh: 10w-40 W = Wet/Winter 10 = Kelikatan minyak semasa sejuk. 40 = Kelikatan minyak semasa panas. (Gred diatas ni dikenali sebagai multi grade.) Multi Grade = Boleh berubah dari cair ke pekat mengikut perubahan suhu. Mineral = Bahan dari asas petroleum. Sintetik = Minyak buatan daripada bahan kimia. Semi sintetik = Campuran dua bahan, mineral + sintetik. Kegunaan gred, bergantung pada kegunaan kenderaan korang, usia kenderaan korang dan suhu/iklim tempat korang duduk.
• SEMI-SINTETIK Minyak pelincir jenis semi-sintetik (juga dikenali sebagai "campuran sintetik”) adalah campuran minyak mineral dan minyak sintetik, tanpa minyak sintetik lebih daripada 30%, yang direka khas untuk mempunyai banyak manfaat minyak sintetik penuh tanpa kos. Pelincir yang mempunyai saham asas sintetik lebih rendah daripada 30% tetapi dengan bahan berprestasi tinggi yang terdiri daripada ester juga boleh dianggap pelincir sintetik. Secara umum, nisbah saham asas sintetik digunakan untuk menentukan kod komoditi. • MINERAL Mineral ataupun dikenali sebagai motor oil, boleh dikatakan sebagai 'minyak mentah' kerana ia ditapis daripada minyak petroleum dan tiada sebarang tambahan 'formula' pada minyak jenis ini. Akhir sekali, walau apapun jenis pilihan minyak untuk kegunaan kenderaan kita, pilihlah yang terbaik dan sesuai dengan enjin.
Apakah perbezaan antara minyak pelincir ‘fully sintetik, semi sintetik dan mineral’? Perbezaan utama ketigatiga jenis minyak ini ialah kaedah pembuatan Ketahanan
Kadar Kelikatan • Kelikatan ialah sukatan rintangan sesuatu cecair terhadap pengalirannya.Kelikatan merangkumi dua aspek iaitu : • Kejasadan : iaitu rintangan lapisan minyak terhadap cucukan atau penusukan.Ia diistilahkan dengan sifat kelikatan minyak. • Kebendaliran : ialah keadaan bagaimana mudahnya minyak mengalir. Ia diistilahkan dengan sifat lekatan minyak.
Kadar kelikatan • Secara ringkasnya, nombor sebelum dan selepas huruf W mewakili kelikatan Huruf "W" itu sendiri mewakili Winter, bermaksud musim sejuk. Perlu diingatkan skala yang digunakan adalah darjah Celcius (°C). • Dan kelikatan ini merujuk kepada kelikatan cecair atau minyak enjin tersebut. Dalam kes minyak enjin, kelikatan ini adalah ketebalan minyak di bawah keadaan suhu tertentu. • Sebagai contoh, minyak pelincir SAE 10W-40. Nombor di sebelah kiri W iaitu 10, merujuk kepada kelikatan minyak apabila suhu rendah. • Jika nombor pertama ini adalah rendah, ia bermakna anda mempunyai minyak yang nipis (5W adalah lebih nipis dari 10W). • Apabila terdapat suhu yang lebih sejuk di persekitaran anda, adalah lebih baik untuk enjin anda mempunyai minyak yang nipis di dalamnya,
CLASSIFICATION • Memilih minyak enjin untuk kenderaan anda tidak semudah membeli minyak masak di pasaraya. Ini kerana, pemilihan minyak enjin yang terbaik dan bersesuaian akan menjamin prestasi dan ketahanan enjin kenderaan anda. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan minyak enjin antaranya ialah, kelikatan minyak, jenis minyak dan jenis enjin kenderaan itu sendiri. • Secara amnya, minyak pelincir terdiri dari 3 kelas iaitu mineral, semi-sintetik dan sintetik sepenuhnya. Pada asasnya minyak pelincir mineral adalah minyak mentah yang diproses di kilang penapis untuk mengasingkan pecahan pelinciran dan membuang bahagian-bahagian yang tidak diingini seperti lilin.
Minyak pelincir sintetik sepenuhnya pula dihasilkan dengan menggunakan proses kimia yang lebih mahal daripada yang digunakan dalam pengeluaran minyak mineral . Oleh kerana itu , minyak sintetik sepenuhnya lebih tahan haba dan lebih mudah dilindungi oleh bahan tambahan antioksidan (pengoksidaan adalah proses degradasi alam yang berlaku dalam minyak dari masa ke masa) . Minyak pelincir jenis semi -sintetik pula adalah jenis campuran kedua -dua bahan yang ada di dalam minyak pelincir jenis mineral dan sintetik sepenuhnya . Pengredan sesuatu minyak pelincir adalah berdasarkan indeks kelikatan minyak tersebut , dan ianya mengikut standard SAE (Society of Automotive Engineers) iaitu sebuah badan khas yang ditubuhkan bagi kejuruteraan automotif. ISTILAH YANG BERKAITAN DENGAN MINYAK PELINCIR ACEA European Automobile Manufacturer Association API American Petroleum Institute ILMA Independent Lubricant Manufacturer Association JASO Japanese Automotive Standards Organizations NLGI National Lubricating Grease Institute STLE Society of Tribologists and Lubrication Engineers
Minyak pelincir juga terbahagi kepada dua gred iaitu gred tunggal (Monograde) dan gred pelbagai (Multigrade). Minyak pelincir ‘monograde’ adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan ataupun jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.
• Sementara itu, minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kebiasaannya minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan dua kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. • Jadi, apakah maksud SAE10W/40? W itu merujuk kepada winter iaitu kadar kelikatan minyak pelincir yang diuji pada suhu sejuk. Manakala angka tanpa W pula iaitu 40 ialah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu panas. Semakin besar angka yang ditunjukkan, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan operasi enjin. Di negara bermusim sejuk, minyak pelincir yang mempunyai nilai W rendah adalah penting bagi memudahkan enjin dihidupkan. Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir ‘multigrade’ ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada buku manual yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. • Jadi, sebelum anda menukar minyak enjin kenderaan anda, adalah disarankan agar anda menggunakan jenis minyak enjin yang disyorkan. Jagalah enjin kenderaan anda kerana enjin merupakan nadi bagi sesebuah kenderaan.
FUNDAMENTAL OF OIL FILTER TYPE • Untuk enjin kereta semestinya ia merujuk kepada minyak pelincir enjin. Serpihan logam hasil kakisan akibat geseran komponen enjin akan bertindak sebagai pengisar yang akan bercampur dengan minyak pelincir. Ia perlu ditapis sebelum mengakibatkan kerosakan yang lebih besar kepada enjin. Dalam masa yang tertentu, penapis ini juga akan menjadi kurang efektif akibat mendakan kotoran yang banyak didalamnya dan perlu diganti.Jika tidak, enjin anda akan dicemari dengan sampah-sampah kecil yang bercampur dengan minyak pelincir dan mengakibatkan hakisan pada enjin anda. Sebab itu juga, sewaktu jadual penukaran minyak pelincir, semua pengeluar mengesyorkan penapis pelincir ditukar bersama. Tak guna tukar pelincir tetapi penapisnya masih kotor dan pelinciran baru tidak dapat berfungsi dengan efektif.
• FUNCTION • Fungsi utama penapis minyak ialah membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Penapis minyak akan memastikan tiada jelaga, logam atau bendasing yang sangat kecil (15-40 mikron) menembus masuk yang berisiko menyebabkan komponen enjin saling bergesel. • Menyelenggarakan kenderaan tidak hanya dengan terus menghantar kenderaan ke bengkel sahaja. Pemilik perlu juga mengetahui beberapa panduan untuk mengelak masalah lain timbul terhadap kenderaan. Panduan ini memberikan beberapa pendedahan kepada pemilik kenderaan dalam memilih jenis dan kualiti penapis minyak (oil filter) yang sesuai ketika menukar minyak enjin (minyak hitam). • Penapis berfungsi menjaga kualiti minyak supaya sentiasa bersih dan ditapis menerusi bahagian didalamnya. Alat berkenaan yang tidak diganti dalam jangka waktu lama boleh mengakibatkan kerosakan enjin dan menyebabkan masaalah sistem kerja komponen enjin. • Sebelum berhadapan dengan masalah yang lebih buruk terhadap kenderaan, pemilik kenderaan disarankan menggantikan penapis minyak setiap 10,000km.
Cartridge and spin-on • Penapis minyak enjin awal adalah pembinaan kartrij (atau elemen yang boleh diganti), di mana perumahan kekal mengandungi unsur penapis atau kartrij yang boleh diganti. Perumahan dipasang sama ada secara langsung pada enjin atau dari jarak jauh dengan bekalan dan paip kembali menyambungkannya ke enjin. Pada pertengahan tahun 1950-an, reka bentuk penapis minyak spin-on telah diperkenalkan: sebuah perumahan serba lengkap dan unsur unsur yang akan dibongkar dari gunung, dibuang, dan digantikan dengan yang baru. Ini menjadikan perubahan penapis lebih mudah dan berpotensi kurang kemas, dan dengan cepat menjadi jenis penapis minyak dominan yang dipasang oleh pembuat kereta dunia. Kit penukaran telah ditawarkan untuk kenderaan yang pada asalnya dilengkapi
Cartridge and spin-on Cartridge spin-on VS • Lebih mudah dipasang • Rumit untuk dipasang • Banyak digunakan pada kenderaan model • Banyak digunakan pada kenderaan model lama • Lebih mesra alam kerana tidak menggunakan banyak besi
Oil Filter Jenis Mechanical Reka bentuk mekanikal menggunakan bahan yang terbuat dari bahan pukal (seperti sisa katun) atau kertas penapis berlipat untuk menyerap dan mengurai bahan cemar yang digantung. Oleh kerana bahan membina (atau dalam) medium penapisan, aliran minyak dibataskan secara berperingkat. Ini memerlukan penggantian periodik unsur penapis (atau keseluruhan penapis, jika elemen tidak diganti secara berasingan).
MAGNETIC TYPE OIL FILTER • Penapis magnet menggunakan magnet kekal atau elektromagnet untuk menangkap zarah feromagnetik. Satu kelebihan penapisan magnetik ialah mengekalkan penapis hanya memerlukan pembersihan zarah-zarah dari permukaan magnet. Penghantaran automatik di dalam kenderaan sering mempunyai magnet dalam kuali bendalir untuk mengukur zarah magnet dan memanjangkan hayat penapis bendalir jenis media. Sesetengah syarikat adalah pembuatan magnet yang melekat pada bahagian luar penapis minyak atau palam drainase magnetik - mulamula dicipta dan ditawarkan untuk kereta dan motosikal pada pertengahan 1930-an [8] - untuk membantu menangkap zarah metalik ini, walaupun masih ada perdebatan mengenai keberkesanan peranti sedemikian
Oil Filter Jenis Centrifugal • Pembersih minyak empar adalah peranti pemendekan berputar menggunakan daya empar dan bukannya graviti untuk memisahkan bahan cemar dari minyak, dengan cara yang sama seperti mana-mana centrifuge lain. Minyak bertekanan memasuki pusat perumahan dan masuk ke pemutar gendang bebas untuk berputar pada bearing dan meterai. Pemutar mempunyai dua muncung jet yang disusun untuk mengarahkan arus minyak di perumahan dalaman untuk memutar dram. Minyak itu kemudian meluncur ke bahagian bawah dinding perumahan, meninggalkan bahan pencemar minyak zaitun yang menempel pada dinding perumahan. Perumahan mesti dibersihkan secara berkala, atau zarah-zarah tersebut akan terkumpul dengan ketebalan sedemikian untuk menghentikan gendang berputar. Dalam keadaan ini, minyak yang tidak diilhamkan akan dikitar semula.
USAGE Sebelum berhadapan dengan masalah yang lebih buruk terhadap kenderaan, pemilik kenderaan disarankan menggantikan penapis minyak setiap 10,000km. Bagaimanapun sebelum menggantikannya anda perlu memerhati beberapa perkara berikut: 1. Gunakan penapis minyak yang asli. Jangan gunakan penapis minyak tiruan kerana dikhuatiri bahagian dalaman mengandungi benda yang boleh merosakkan komponen penapis. Selain itu penapis tiruan atau jenama murah menggunakan kertas bermutu rendah yang tidak tahan lama untuk menapis kotoran. 2. Sebelum memasang penapis minyak, pastikan semua bahagian dalamnya sentiasa bersih dari kotoran terutama permukaan penapis. Perhatikan bahagian atas penapis minyak yang terdapat kertas pelindung. Pastikan bahagian itu sudah dibuka ketika penapis hendak dipasang. Kemudian setelah enjin dihidupkan, perhatikan adakah berlaku kebocoran minyak enjin di sekitar penapis minyak atau tidak. 3. Ketika menggantikan penapis minyak biasanya ia diimbangi dengan minyak yang lebih dari biasa. Perhatikan kereta anda. Jika setiap 1,000km, kereta anda perlu menambah minyak enjin, ia mungkin menandakan ada sesuatu yang tidak normal pada enjin.
7.LUBRICATION OIL AND OIL FILTER CHANGE PROCESS Dalam melakukan kerja menukar minyak pelincir kereta, anda perlulah mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang kerja ini. Jika anda memang tiada langsung ilmu tersebut, maka di sini ada sedikit tips atau langkah kerja untuk menukar minyak pelincir kereta. KEPERLUAN: Bahan : 1) Minyak Pelincir Enjin 2) Penapis Minyak Pelincir (Oil Filter) 3) Drain Plug Washier