أولها الرجال صفوف خت، آخرها و رشها، آخرها النساء صفوف وخت، “ (مسلم )أولها و رشهاSebaik-baik barisan solat
adalah barisan (saf) pertama dari barisan lelaki dan seburuk-buruknya adalah saf terakhir, dan sebaik-
baik saf perempuan adalah saf yang terakhir, dan seburuk-buruk saf perempuan adalah saf yang
pertama ( Hadis sahih riwayat Muslim ).
Sahabat Nabi Anas bin Malik berkata :
َص َلْيت َأ َنا َو َيْتيم ف َبيت َنا َخ ْل َف ال َن يب صلى الله عليه وسلم َو ُأم ُ س َليم َخ ْل َف َنا .)(البخاري
أم
“ Saya solat dan seorang anak yatim lelaki di belakang Rasulullah dan ibuku Ummu Sulaim berada di
belakang barisan kami “ ( Hadis sahih riwayat Bukhari ).
Rasulullah saw bersabda :
(ومسلم البخاري ) رد فهو أمرنا عليه ليس عم ال عمل من
“ Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada contohnya pada amalan kami, maka amalan itu
tertolak “ ( Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ).
Dalam sejarah sahabat, tabiin (pengikut sahabat) dan tabi’ at-tabiin (pengikut tabiin) tidak ada suatu
riwayat pun yang menyatakan seorang perempuan menjadi imam solat bagi makmum lelaki. Oleh sebab
itu menurut Ibnu Rusyd :
الأول الصدر عن ذلك لنقل جائزا كان لو
“ Seandainya hal itu dibolehkan maka sudah mesti akan sampai berita itu kepada kita yang bersumber
daripada amalan generasi sahabat yang pertama “ 16( Ibnu Rusyd, Kitab Bidayatul Mujtahid, jilid 2 : 21 )
Kedudukan Hadis Ummu Waraqah
Ulama berpendapat bahwa hadis Ummu Waraqah yang membolehkan Ummu Waraqah menjadi imam
solat tersebut adalah lemah. Kedudukan hadis lemah tersebut tidak dapat membatalkan ayat al-Quran
(surah) hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang menjadi dalil larangan perempuan
menjadi imam.
:65/2 "الموطأ رشح المنت رق ف الباج قال: عليه يعول أن ينبغ لا مما الحديث هذا."إسناده ف" الحبت التلخيص ف حجر ابن وقال
خلاد بن الرحمن عبد، "جهالة وفيه.
Berkata al- Baji dalam kitab al-Muntaqa dalam Syarh Muwatta : “ Hadis ini (maksudnya hadis ummu
Waraqah ) adalah hadis yang tidak layak dipakai “. Dan berkata Ibnu hajar, Ibnu Rusyd, Bidayatul
Mujtahid, jilid 2, hal.21. dalam kitab al-Talkhis al-Habiir menyatakan bahawa : “ Dalam silsilah hadis
(isnad) Abdul Rahman bin Khalad ada jahalah ( orang yang bodoh )”. Daripada keterangan di atas dapat
disimpulkan bahawa larangan seorang perempuan menjadi imam bagi makmum lelaki bukanlah
berdasarkan pendapat (ijtihad) ulama fekah yang mempunyai pemikiran patriarki (pemikiran yang
mengutamakan lelaki daripada perempuan) sebagaimana yang didakwa oleh penulis-penulis feminisme
seperti Amina Wadud, Nawal Sa’dawi, Rifaat Hassan, Fetima Mernissi, Musdah Mulia, kelompok Sisters
in Islam, dan sebagainya. Pendapat ulama melarang wanita menjadi imam merupakan hasil ijtihad yang
berlandaskan kepada nas al-Quran, hadis-hadis nabi yang sahih, dan amalan para sahabat dan generasi
pertama Islam.
KESIMPULAN
Demikianlah gerakan feminisme dan persamaan gender Barat yang berasaskan kepada pemikiran liberal
dan sekular yang merosakkan ajaran Islam, dan akan melakukan perubahan-perubahan hukum syariat
yang berkaitan dengan perkahwinan, keluarga, dan pewarisan pusaka sebagaimana yang pernah
diajukan dalam Draft Kompilasi Hukum Islam yang disusun oleh kumpulan penyusun di bawah pimpinan
Musdah Mulia yang mengajukan perubahan hukum Islam seperti18 : mengharamkan poligami,
menghalalkan perkahwinan berbeza agama antara muslimah dengan lelaki kafir, melakukan pernikahan
tanpa wali, atau menjadikan perempuan sebagai wali, masa iddah bukan hanya bagi perempuan tetapi
juga bagi lelaki, talak dapat jatuh dengan lafaz bukan hanya daripada suami tetapi juga daripada seorang
isteri, dan bahagian pusaka anak lelaki sama dengan bahagian pusaka anak perempuan, dan sebagainya.
Dengan demikian, gerakan feminisme Barat, dan persamaan gender merupakan ancaman terhadap
ajaran agama khususnya hukum Fekah, dan dapat menghancurkan sistem kehidupan beragama
sebagaimana dinyatakan oleh Ellen Willis bahawa : “feminism is the cutting edge of a revolution in
cultural and moral values..the objective of every feminist reform, from legal abortion to child-care
program, is to undermine traditional family values “19
Feminisme
Feminisme
Subjenis
Ekofeminisme
Feminisme agama
Feminisme-anarki
Feminisme Cyborg
Feminisme faham pemisahan
Feminisme individualis
Feminisme Islam
Feminisme kebudayaan
Feminisme Kristian
Feminisme kulit hitam
Feminisme lesbian
Feminisme liberal
Feminisme Marxisme
Feminisme orang gemuk
Feminisem psikolanalisis
Feminisme radikal
Feminisme sosialis
Feminisme zaman pasca moden
Kawanitaan
Topik-topik
Antifeminisme
Profeminisme
Ekonomi feminisme
Feminisme seks-positif
Gerakan feminisme
Hak kewanitaan
Seksologi feminisme
Feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya
didorong oleh atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh kaum lelaki.
Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan
ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan
keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau
hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang. Sebahagian besar ahli-ahli gerakan kewanitaan khususnya
bimbang akan apa yang dianggapnya sebagai ketaksamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-
dua jantina yang memihak kepada kaum lelaki sehingga menjejaskan kepentingan kaum perempuan;
sesetengah mereka memperdebatkan bahawa identiti-identiti berdasarkan jantina, seperti "lelaki" dan
"perempuan", merupakan ciptaan masyarakat. Di bawah tekanan berterusan untuk mengikut norma-
norma kelelakian, ahli-ahli gerakan kewanitaan tidak bersetuju antara satu sama lain tentang persoalan-
persoalan punca ketaksamaan, bagaimana kesamaan harus dicapai, serta takat jantina dan identiti
berdasarkan jantina yang harus dipersoalkan dan dikritik.
Para aktivis politik feminisme moden biasanya berkempen memperjuangkan hak asasi manusia untuk
kaum wanita yang merangkumi keutuhan badan serta kebebasan hak pembiakan, termasuk hak
pengguguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang, pencegahan hamil, mutu jagaan pranatal,
perlindungan daripada keganasan dalam perkongsian rumah tangga, penganiayaan seks, penganiayaan
di jalan raya, diskriminasi dan rogol, serta juga hak tempat kerja untuk cuti bersalin dan gaji yang sama.
Banyak ahli gerakan feminisme pada hari ini menganggap feminisme sebagai suatu gerakan akar umbi
yang bertujuan untuk merentasi sempadan yang berasaskan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan
agama. Mereka juga mendebatkan bahawa sebuah gerakan feminisme yang berkesan harus
menumpukan perhatian kepada kedua-dua aspek persoalan sejagat seperti rogol, inses, dan pelacuran,
serta persoalan kebudayaan yang khusus yang berkait dengan wanita di dalam masyarakat yang
berkenaan, seperti pemotongan genital perempuan di sebilangan bahagian Afrika dan Timur Tengah dan
amalan "siling kaca" yang menghalang kenaikan pangkat wanita di ekonomi-ekonomi yang maju. Tema-
tema yang diperiksa dengan teliti dalam feminisme termasuk kebapaan, penstereotaipan, pengobjekan
seks, serta penindasan.
Isi kandungan
1 Aliran
1.1 Feminisme liberal
1.2 Feminisme radikal
1.3 Feminisme pascamoden
1.4 Feminisme anarkis
1.5 Feminisme Marxis
1.6 Feminisme sosialis
1.7 Feminisme pascakolonial
1.8 Feminisme Nordik
2 Rujukan
3 Buku
3.1 Himpunan
4 Pautan luar
4.1 Pertubuhan feminisme
4.2 Yang menyokong feminisme
4.3 Yang kritis kepada feminisme atau jenis feminisme yang tertentu
4.4 Feminisme dan agama
Aliran
Feminisme liberal
Feminisme Liberal ialah pandangan untuk menempatkan perempuan yang memiliki kebebasan secara
penuh dan individual. Aliran ini menyatakan bahawa kebebasan dan kesamaan berakar pada rasionalitas
dan pemisahan antara dunia privat dan publik. Setiap manusia -demikian menurut mereka- punya
kapasitas untuk berpikir dan bertindak secara rasional, begitu pula pada perempuan. Akar ketertindasan
dan keterbelakangan pada perempuan ialah kerana kesalahan perempuan itu sendiri. Perempuan harus
mempersiapkan diri agar mereka bisa bersaing di dunia dalam kerangka "persaingan bebas" dan punya
kedudukan setara dengan lelaki.
Feminis Liberal memilki pandangan mengenai negara sebagai penguasa yang tidak memihak antara
kepentingan kelompok yang berbeda yang berasal dari teori pluralisme negara. Mereka menyadari
bahawa negara itu didominasi oleh kaum lelaki, yang terefleksikan menjadi kepentingan yang bersifat
“maskulin”, tetapi mereka juga menganggap bahawa negara dapat didominasi kuat oleh kepentiangan
dan pengaruh kaum lelaki tadi. Singkatnya, negara adalah cerminan dari kelompok kepentingan yang
memiliki kendali atas negara tersebut. Untuk kebanyakan kaum Feminis Liberal, perempuan cendrung
berada “di dalam” negara hanya sebatas warga negara bukannya sebagai pembuat kebijakan. kerana itu,
ada ketidaksetaraan perempuan dalam hal politik atau bernegara. Pun dalam perkembangan
berikutnya, pandangan dari kaum Feminis Liberal mengenai “kesetaraan” setidaknya memiliki
pengaruhnya tersendiri terhadap perkembangan “pengaruh dan kesetaraan perempuan untuk
melakukan kegiatan politik seperti membuat kebijakan di sebuah negara”.[1]
Tokoh aliran ini adalah Naomi Wolf, sebagai "Feminisme Kekuatan" yang merupakan solusi. Kini
perempuan telah mempunyai kekuatan dari segi pendidikan dan pendapatan, dan perempuan harus
terus menuntut persamaan haknya serta saatnya kini perempuan bebas berkehendak tanpa bergantung
pada lelaki.
Feminisme liberal mengusahakan untuk menyadarkan wanita bahawa mereka adalah golongan
tertindas. Pekerjaan yang dilakukan wanita di sektor domestik dikampanyekan sebagai hal yang tidak
produktif dan menempatkan wanita pada posisi subordinat. Budaya masyarakat Amerika yang
materialistis, mengukur segala sesuatu dari materi, dan individualis sangat mendukung keberhasilan
feminisme. Wanita-wanita tergiring keluar rumah, berkarier dengan bebas dan tidak bergantung lagi
pada lelaki.
Akar teori ini bertumpu pada kebebasan dan kesetaraaan rasionalitas. Perempuan adalah makhluk
rasional, kemampuannya sama dengan lelaki, sehingga harus diberi hak yang sama juga dengan lelaki.
Permasalahannya terletak pada produk kebijakan negara yang bias gender. Oleh kerana itu, pada abad
18 sering muncul tuntutan agar perempuan mendapat pendidikan yang sama. Pada abad 19 banyak
upaya memperjuangkan kesempatan hak sipil dan ekonomi bagi perempuan, dan pada abad 20
organisasi-organisasi perempuan mulai dibentuk untuk menentang diskriminasi seksual di bidang politik,
sosial, ekonomi, maupun personal. Dalam konteks Indonesia, reformasi hukum yang berperspektif
keadilan melalui desakan 30% kuota bagi perempuan dalam parlemen adalah kontribusi dari
pengalaman feminis liberal.
Feminisme radikal
Seberapa aktivis feminisme radikal menconteng grafiti slogan mereka.
Trend ini muncul sejak pertengahan tahun 1970-an. Aliran ini menawarkan ideologi "perjuangan
separatisme perempuan". Pada sejarahnya, aliran ini muncul sebagai reaksi atas kultur seksisme atau
dominasi sosial berdasar jenis kelamin di Barat pada tahun 1960-an, utamanya melawan kekerasan
seksual dan industri pornografi. Pemahaman penindasan lelaki terhadap perempuan adalah satu fakta
dalam sistem masyarakat yang sekarang ada. Gerakan ini adalah sesuai namanya yang "radikal".
Aliran ini bertumpu pada pandangan bahawa penindasan terhadap perempuan terjadi akibat sistem
patriarki. Tubuh perempuan merupakan objek utama penindasan oleh kekuasaan lelaki. Oleh kerana itu,
feminisme radikal mempermasalahkan antara lain tubuh serta hak-hak pelahiran, kecenderungan
seksual (termasuk lesbianisme), seksisme, relasi kuasa perempuan dan lelaki, dan dikotomi privat-publik.
"The personal is political" menjadi gagasan anyar yang mampu menjangkau permasalahan perempuan
sampai ranah privat, masalah yang dianggap paling tabu untuk diangkat ke permukaan. Informasi atau
pandangan buruk (black propaganda) banyak ditujukan kepada feminis radikal. Padahal, kerana
pengalamannya membongkar persoalan-persoalan privat inilah Indonesia saat ini memiliki Undang
Undang RI no. 23 tentang Penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga
Feminisme pascamoden
Ide Posmo - menurut anggapan mereka - ialah ide yang anti absolut dan anti otoritas, gagalnya
komendana dan pemilahan secara berbeda-beda tiap fenomena sosial kerana penentangannya pada
penguniversalan pengetahuan ilmiah dan sejarah. Mereka berpendapat bahawa gender tidak bermakna
identitas atau struktur sosial.
Feminisme anarkis
Feminisme anarkisme lebih bersifat sebagai suatu fahaman politik yang mencita-citakan masyarakat
sosialis dan menganggap negara dan sistem patriaki-dominasi lelaki adalah sumber permasalahan yang
sesegera mungkin harus dihancurkan.
Feminisme Marxis
Aliran ini memandang masalah perempuan dalam kerangka kritikan terhadap kapitalisme dengan
tanggapan bahwaa sumber penindasan perempuan berasal dari eksploitasi kelas dan cara produksi.
Teori Friedrich Engels dikembangkan menjadi landasan aliran ini—status perempuan jatuh kerana
adanya konsep kekayaaan pribadi (private property). Kegiatan produksi yang semula bertujuan untuk
memenuhi kebutuhan sendiri berubah menjadi keperluan pertukaran (exchange). Laki-laki mengontrol
produksi untuk pertukaran dan sebagai konsekuensinya mereka mendominasi hubungan sosial.
Sedangkan perempuan direduksi menjadi bagian dari properti. Sistem produksi yang berorientasi pada
keuntungan mengakibatkan terbentuknya kelas dalam masyarakat—borjuis dan proletar. Jika
kapitalisme tumbang maka struktur masyarakat dapat diperbaiki dan penindasan terhadap perempuan
juga dihapus.
Kaum Feminis Marxis, menganggap bahawa negara bersifat kapitalis, yakni bahawa negara bukan hanya
sekadar institusi melainkan juga perwujudan dari interaksi atau hubungan sosial. Kaum Marxis
berpendapat bahawa negara memiliki kemampuan untuk memelihara kesejahteraan, namun di sisi lain,
negara bersifat kapitalisme yang menggunakan sistem perbudakan kaum wanita sebagai pekerja.
Feminisme sosialis
Sebuah fahaman yang berpendapat bahawa kaum perempuan dilihat tidak akan betul-betul
dilaksanakan melainkan dengan peneerapan fahaman sosialisme. Feminisme sosialis berjuang untuk
menghapuskan sistem pemilikan. Lembaga perkawinan yang melegalisir pemilikan lelaki atas harta dan
pemilikan suami atas isteri dihapuskan seperti ide Marx yang menginginkan suatu masyarakat tanpa
kelas, tanpa pembedaan gender.
Feminisme sosialis muncul sebagai kritik terhadap feminisme Marxis. Aliran ini hendakmengatakan
bahawa patriarki sudah muncul sebelum kapitalisme dan tetap tidak akan berubah jika kapitalisme
runtuh. Kritik kapitalisme harus disertai dengan kritik dominasi atas perempuan. Feminisme sosialis
menggunakan analisis kelas dan gender untuk memahami penindasan perempuan. Ia sepaham dengan
feminisme marxis bahawa kapitalisme merupakan sumber penindasan perempuan. Akan tetapi, aliran
feminis sosialis ini juga setuju dengan feminisme radikal yang menganggap patriarkilah sumber
penindasan itu. Kapitalisme dan patriarki adalah dua kekuatan yang saling mendukung. Seperti
dicontohkan oleh Nancy Fraser di Amerika Serikat keluarga inti dikepalai oleh lelaki dan ekonomi resmi
dikepalai oleh negara kerana peranan warganegara dan pekerja adalah peranan maskulin, sedangkan
peranan sebagai konsumen dan pengasuh anak adalah peranan feminin. Agenda perjuangan untuk
memeranginya adalah menghapuskan kapitalisme dan sistem patriarki. Dalam konteks Indonesia,
analisis ini bermanfaat untuk melihat problem-problem kemiskinan yang menjadi beban perempuan.
Feminisme pascakolonial
Dasar pandangan ini berakar pada penolakan universalitas pengalaman perempuan. Pengalaman
perempuan yang hidup di negara dunia ketiga (koloni/bekas koloni) berbeda dengan prempuan berlatar
belakang dunia pertama. Perempuan dunia ketiga menanggung beban penindasan lebih berat kerana
selain mengalami pendindasan berbasis gender, mereka juga mengalami penindasan antarbangsa, suku,
ras, dan agama. Dimensi kolonialisme menjadi fokus utama feminisme poskolonial yang pada intinya
menggugat penjajahan, baik fisik, pengetahuan, nilai-nilai, cara pandang, maupun mentalitas
masyarakat. Beverley Lindsay dalam bukunya Comparative Perspectives on Third World Women: The
Impact of Race, Sex, and Class menyatakan, “hubungan ketergantungan yang didasarkan atas ras, jenis
kelamin, dan kelas sedang dikekalkan oleh institusi-institusi ekonomi, sosial, dan pendidikan.”
Feminisme Nordik
Kaum aliran ini menonjol dalam cara menganalisis ketatanegaraan sangat berbeda dengan pandangan
Feminis Marxis mahupun Radikal. Aliran ini lebih menganalisis Feminisme bernegara atau politik dari
praktik-praktik yeng bersifat mikro. Kaum ini menganggap bahawa kaum perempuan “harus berteman
dengan negara” kerana kekuatan atau hak politik dan sosial perempuan terjadi melalui negara yang
didukung oleh kebijakan sosial negara.[2]
Rujukan
Rosemarie Tong. 1997. Feminist Thought: A Comprehensive Introduction. USA: Westview Press
Hay, Colin et all (eds). The State: Theories and Issues (Palgrave, 2006)
Buku
Antrobus, Peggy. "The global women's movement - Origins, issues and strategies", London, Zed Books
2004
Butler, Judith (1994). "Feminism in Any Other Name", differences 6:2-3: 44-45.
Chopin, Kate. "The Awakening". 1899.
Code, Lorraine, ed., "Encyclopedia of feminist theories", Routledge 2000
Patricia Hill Collins, "Black Feminist Thought. Knowledge, Consciousness and the Politics of
Empowerment", Edisi kedua, Routledge 2000
Echols, Alice. "Daring to Be Bad: Radical Feminism in America, 1967-1975", Percetakan Universiti
Minnesota 1990
Faludi, Susan. "Backlash: The Undeclared War Against American Women". 1992 (ISBN 0-385-42507-4)
Friedan, Betty. "The Feminine Mystique," Penguin Books, 1963.
French, Marilyn. "Beyond Power"; "War Against Women"; "From Eve to Dawn", sejarah wanita 3-jilid
J.F. del Giorgio. The Oldest Europeans:Who are we? Where do we come from? What made European
women different? A.J.Place 2006 (ISBN 980-6898-00-1)
Gossett, Hattie. "Presenting sister noblues" 1989
Gossett, Hattie. "This bridge called my back: writings by radical women of color", 1981
Jaggar, Alison M., "Feminist Politics and Human Nature," Penerbitan Rowman dan Littlefield 1989, 416
m.s.
Hochschild, Arlie Russell. "The Second Shift" 1990 (ISBN 0-380-71157-5)
Hochschild, Arlie Russell. "The Time Bind: When Work Becomes Home and Home Becomes Work" 1997
(ISBN 0-8050-4470-1)
hooks, bell. (1984). "Feminist Theory: From Margin to Center". ISBN 0-89608-614-3
Jacobson, Joyce P. "The Economics of Gender" 1998. (ISBN 0-631-20726-0)
Kaminer, Wendy. "A Fearful Freedom: Women's Flight from Equality", Addison Wesley 1990 (ISBN 0-
201-09234-4)
Kipnes, Laura, "The Female Thing: Dirt, Sex, Envy, Vulnerability", ISBN 0-375-42417-2
Lerner, Gerda. "The Creation of Feminist Consciousness: From the Middle Ages to Eighteen-Seventy",
Percetakan Universiti Oxford 1994
Luker, Kristin. "Dubious Conceptions: The Politics of the Teenage Pregnancy Crisis". (Percetakan
Universiti Harvard, 1996) (ISBN 0-674-21703-9)
Schneir, Miriam. "Feminism : The Essential Historical Writings", New York: Vintage 1994
Sommers, Christina Hoff. "Who Stole Feminism? - How women have betrayed women" (1996) (ISBN 0-
684-80156-6)
Tavris, Carol. "The Mismeasure of Woman: Why Women Are Not the Better Sex, the Opposite Sex, or
the Inferior Sex". Simon dan Schuster, 1992. ISBN 0-671-66274-0
Walters, Margaret. "Feminism: A very short introduction". Oxford 2005 (ISBN 0-19-280510-X)
Wertheim, Margaret. "Pythagoras' Trousers - God, Physics, and the Gender Wars", W.W. Norton & Co.
(1995, 1997)
Himpunan
Berk, Sarah Fenstermaker, ed. Women and Household Labor, Sage 1980.
Mitchell, Julie and Ann Oakley, ed. Who's Afraid of Feminism?: Seeing Through the Backlash, New Press,
1997. ISBN 1-56584-385-1
Morgan, Robin, ed. Sisterhood Is Powerful: An Anthology of Writings from the Women's Liberation
Movement, 1970.
Spender, Dale (ed.) Feminist theorists: Three centuries of key women thinkers, Pantheon 1983, ISBN 0-
394-53438-7