REHLAH BAKAL ULAMA DI TAMAN PERBUKUAN
Oleh Aku Dalam Chermin1
‘Permulaan perjalanan dinamakan fitrah. Akhir perjalanan dinamai Islam. Fitrah,
mereka senantiasa mencari hubungan dengan Yang Menjadikannya; sampai dia
berjumpa, sampai dia menyerah [Islam]’ – Buya Hamka, Falsafah Ketuhanan.
Manusia tidak puas mencari identiti diri melalui pengembaraan spritual dan
pengalaman hidup mereka. Mereka mengembara mengeliling dunia untuk
mencari ‘apa’, ‘bila’, ‘bagaimana’, ‘kenapa-mengapa’ dan ‘siapa’. Mereka belajar
sampai ke peringkat tertinggi-PhD untuk mencari ‘apa’ dan ‘mengapa-kenapa’.
Pencarian memerlukan titik akhir untuk berhenti membuat keputusan iaitu
tunduk dan menyerah kepada Allah, Tuhan Yang Hak melalui Islam yang
bersumberkan al Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
Manusia memerlukan Tuhan. Jika mereka tidak bertuhan, mereka akan
mempertuhankan diri mereka sendiri yakni mengikuti kehendak akal-nafsu
mereka sendiri. Fitrahnya manusia tidak boleh menjadi Tuhan kerana diri mereka
penuh keraguan, kelemahan-sakit dan mati, pertimbangan tidak selaras-
pragmatik, mengikut sesuka hati dan berdasarkan kefahaman sendiri. Manusia
menjadi Tuhan diibarat cerita mitos Yunani-Greek, cerita para Dewa mereka yang
hidup sebagaimana manusia di bumi –ada konflik, percintaan dan lain-lain. Oleh
itu mereka perlu mencari tuhan sama ada mencari Tuhan yang baru atau Tuhan
yang dibakai dan dipusakai oleh ibubapa mereka kepada mereka. Mencari Tuhan
sewajarnya dengan ilmu dan berdasarkan sumber ilmu yang benar dan jelas.
Pencarian Tuhan melalui ilmu mengambil masa yang panjang, maka bersabarlah.
Penulis mencadangkan pengkajian al Quran yang mempunyai rahsia ketuhanan
perlu dilakukan. TIADA TUHAN SELAIN ALLAH adalah kunci utama untuk
seseorang manusia bertemu Tuhan Yang Hak dengan secepat mungkin. [Surah al
Hashr: 22. Surah al Baqarah: 255. Surah al An’am: 59. Surah al Mulk: 2-3. Surah al
Fatihah: 1-7. Surah al Ikhlas: 1-4. Surah Luqman: 29-30].
1 Seorang penuntut ilmu. Tulisan ini hanya nota-nota untuk pembacaan awal sahaja.
Menzalimi Diri Sendiri
Manusia gagal memahami faham keadilan yang sebenar sehingga menyebabkan
mereka menzalimi diri mereka sendiri. Mereka terlalu sombong, buruk sangka,
dengki, angkuh dan ego untuk menerima ilmu yang diperintahkan oleh Allah SWT
sebagaimana sombong, angkuh dan egonya Iblis untuk tunduk kepada Adam. Iblis
tahu kebenaran tetapi sifat mazmumah menguasi dirinya sehingga menolak
printah Allah.
Kebudayaan Barat melihat keadilan menjadi dasar akhlak dan budipekerti
berpunca daripada negara dan masyarakat. Syed Muhammad Naquib al Attas
menyatakan, bagi Islam keadilan yang pertama sekali berpunca pada diri sendiri:
seseorang melakukan keadilan atau kezaliman terhadap diri mereka sendiri.
Faham keadilan dalam diri seseorang berpunca daripada ayat Surah al A’raf: ayat
172 dimana berlakunya Perjanjian Fitrah [Sayyid Qutb] atau Perjanjian Asali [al
Attas] atau seringkali diperbincangkan dalam Tauhid Rububiyyah. Seorang
manusia telah mengangkat saksi sebelum dizahirkan2 sebagai insan agar terikat
dan akur dengan Perjanjian Fitrah di alam ghaib tersebut. Jika seseorang manusia
mungkir janji perjanjian di Alam Roh tersebut, ini bermakna manusia tersebut
menzalimi diri sendiri.
Manusia pertama mengunakan perkataan ‘zalim’ ialah Nabi Adam AS dan Siti
Hawa. Mereka telah menzalimi diri mereka sendiri [Surah al A’raf: 23]. Pengikut-
pengikut Nabi-Rasul terdahulu juga ramai menzalimi diri [Surah al Baqarah: 54]
apabila ingkar arahan Allah SWT.
Al Quran menyifatkan orang jahat, kafir dan salah sebagai orang yang zalim
terhadap diri sendiri. Manakala orang yang benar dan baik yang beriman ialah
orang yang adil terhadap dirinya.
Manusia Memerlukan Keyakinan
Manusia mempunyai sifat keraguan, kesangsian dan suka mencipta persepsi
terutamanya dalam persoalan ketuhanan. Walaupun mereka percaya adanya
Tuhan tetapi hati mereka masih tidak tenang sebagaimana diucapkan oleh Nabi
2 Allah SWT mencipta manusia dengan fitrah mengiktiraf Rububiyyah Allah SWT. Fitrah manusia sudah
mentauhidkan Allah.
Ibrahim AS, ‘Ya (aku percaya) akan tetapi agar hatiku menjadi tenang’[Surah al
Baqarah: 260].
Kalimah Syahadat dan Solat
Kita mesti kembali menyakini Islam melalui kalimah syahadat TIADA TUHAN
SELAIN ALLAH, NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.
Ilmu tauhid dan solat merupakan dua perkara yang paling adipenting dalam
kehidupan. Dua perkara ini adalah tunjang pengabdian kepada Allah SWT.
Sehebat atau seagung mana kita tetapi tidak mengenali dan mendekati Allah serta
tidak solat menyebabkan amalan kita menjadi sia-sia dan tidak berguna. Dua
perkara ini adalah hakikat tauhid yang perlu kita ada dalam mendepani dunia
pada hari ini.
Menurut Sayyid Qutb, hakikat tauhid terbahagi dua iaitu dalam diri [iman] dan
luaran iaitu perundangan Islam yang membentuk suasana tauhidik dalam
masyarakat dan negara. Tauhid membersih jiwa daripada sifat keraguan dengan
menambahkan darjah keyakinan bertuhan dan memperelokkan akhlak. Manakala
negara dan pemerintah Islam perlu yakin sepenuhnya bahawa fungsi negara ialah
mencipta suasana tauhid melalui pelbagai pendekatan termasuk kewujudan
perundangan Islam.
Niat Yang Lurus dan Benar
Segala amalan itu berdasarkan kepada niat, setiap orang memperolehi sesuatu
perkara atau kehendak mereka mengikut apa yang ia niatkan.
Ulama menyatakan niat sebahagian daripada ibadat yang kita lakukan.
Niat perlu menghasilkan tujuan yang baik bukannya batil. Luruskan niat kita dalam
setiap perkara.
Niat yang baik tidak menjamin kesempurnaan sesuatu amalan jika dilakukan
dalam kejahilan atau tanpa ilmu yang benar daripada Allah dan Rasul-Nya.
Justeru, penambahan dan pencarian ilmu yang benar itu adalah tugas hakiki
seseorang manusia selain beramal dengan ilmu tersebut.
Kejernihan Pandangan Alam Dan Lampu Tanzil
‘Telah aku tinggalkan untuk kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat
(buat selama-lamanya) selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya
iaitu al Quran dan Sunnah Rasul-Nya’ [Riwayat Muwatta’ Imam Malik]
Tanpa Lampu Tanzil para Rasul, kita akan gagal mengenal Allah, kita hilang
keyakinan dan menambah keraguan dan kekeliruan. Wan Mohd Nor Wan Daud
menyatakan, ‘tanzil menyinari Sifat dan kaitan-Nya dengan ciptaan’ dalam
mengenal Allah.
Sebagamana solat, setiap aspek kehidupan manusia mesti dimulai dengan
kalimah Allah dan diakhiri dengan kalimah Allah. Dengan Allah, caranya ialah
mengikut al Quran dan Rasul-Nya.
Al Quran ditanzilkan untuk menyinari kehidupan manusia yang penuh keraguan
dalam bertuhan. Dengan al Quran dan Rasul-Nya, barulah kita dapat mengenal
Allah.
Pemahaman terhadap al Quran dilakukan secara holistik bukannya selektif
berdasarkan kepentingan dan pandangan yang menyokong hujah kita sahaja. Al
Quran perlu diterima tanpa sedikitpun penolakkan terhadapnya.
Bertegas Bab Aqidah
Aqidah-tauhid-usuludin merupakan ilmu yang wajib dilumati oleh setiap penganut
agama Islam yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Maaf, tiada kompromi bab
aqidah.
Tokku Paloh mentakrifkan tauhid,
‘makna tauhid itu, kita mengi’tiqadkan ke-Esa-an Allah SWT pada zat-Nya dan
pada sifat-Nya dan pada af’al-Nya akan sebagai i’tiqad yang jazam (teguh) sekira
kira tiada diihtimalkan(dikandungi) syak dan waham dan zhan’3
Tauhid sangat berkaitan dengan darjah keimanan atau keyakinan seseorang
muslim. Keyakinan kita tidak cukup dengan lafaz tetapi wajib ditusuk kemas ke
dalam hati dan diamalkan melalui perlakuan serta penolakkan segala buah
pemikiran manusia yang bertentangan dengan Islam.
Memahami Islam
Semua orang Islam perlu memahami4:
1. Bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap merangkumi seluruh kehidupan
manusia, aqidah dan syariah, agama dan negara. Justeru, kita perlu bersedia
membetulkan aqidah, ibadah dan semua perkara agar selaras dengan kehendak al
Quran dan al Sunnah.
2. Umat Islam hendaklah memahami al Quran, al Sunnah, al-ijma’ dan al Qias yang
merupakan sumber rujukan Islam. Setiap pendapat dan pandangan yang
bertentangan dengan sumber-sumber perlu dibatalkan dan tidak perlu dipatuhi.
3.Pendapat seseorang pemimpin yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber
ini perlu dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak sama dengan pendapat sendiri.
4. Perselisihan pendapat dan pandangan dalam masalah cabang atau furu’ adalah
boleh dan tidak dapat dielakkan. Sesiapa yang tidak mampu dan tidak mencapai
martabat membuat ijtihad, boleh mengikut pandangan ulama-ulama muktabar.
Jangan sesekali menjadikan perselisihan pendapat dan pandangan ini sumber
atau punca perbalahan.
5. Tidak boleh mengkafirkan orang yang mengucapkan kalimah syahadah.
3 Tokku Paloh, Ma’arif al Lahfan ila Haqa’iq al-Irfan dlm. Zaidi Abdullah, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4 Harun Taib, Fiqhul Amal Islam, dlm. Manhaj Daurah Tadribiyyah, KT: LTP PAS Terengganu, 2010.
Peranan Ibubapa
Anak umpama kain putih, ibubapa berperanan mencorakkannya. Ibubapa perlu
merapati anak-anak secara kebersamaan dalam aktiviti keluarga termasuk solat
berjemaah, majlis bacaan hadith sebelum tidur, solat witir berjemaah sebelum
tidur, mengikuti aktiviti dakwah seperti Jemaah Tabligh, menasihat atau
memberitahu peta pendidikan atau harapan ibubapa kepada anak-anak.
Kita perlu mendidik anak-anak menjadi insan soleh. Tanda aras paling besar
seorang anak soleh ialah mendoakan ibubapanya semasa hidup dan mati.
Menyedekah atas nama ibubapanya dan menjaga ibubapa ketika tua.
Tanggungjawab yang sukar dan berat.
Ibubapa perlu merancang pelan pendidikan masa depan anak-anak supaya kita
melahirkan anak-anak yang hidup berjasa kepada Allah, Rasul-Nya, agama Islam
dan umat Islam.
Orang Beriman Sebagai Mukallaf.
Orang baligh serta cukup syaratnya dikenali sebagai mukallaf. Mukallaf
bermaksud orang yang telah dipikulkan tanggungjawab keagamaan Islam ke atas
dirinya.
Seorang mukallaf, dosa atau pahala di atas tanggungjawab mereka sendiri. Begitu
juga matlamat ke syurga atau neraka bergantung amalan yang dilakukan.
Seorang mukallaf, akalnya adalah sedar. Tidak diselimuti oleh kegilaan,
ketidaktahuan dan kelemahan seperti mengantuk. Apabila akal itu sedar, manusia
akan berfikir secara tenang.
Seorang mukallaf yang baik wajib berusaha menjadi orang beriman dan berakhlak
mulia. Amalan baik perlu dilakukan secara istiqamah dan mengikut kemampuan
diri.
Ketertanggungjawaban seseorang pada dirinya bukanlah pada organisasi/institusi
yang diwakili kecuali seseorang itu berpakat atau sudah menjadi dasar sesebuah
organisasi, kumpulan dan institusi dalam menangani sesuatu isu.
Jika seorang ulama bermulut celupar, kita tidak perlu segera menyalahkan orang
lain dan institusi yang diwakilinya. Ulama tersebut perlu dipersalahkan dengan
tidak mengikuti akhlak mereka (bukan tidak mengikuti ilmu mereka) dan tidak
perlu menghina atau menghentam mereka.
Ulama Semakin Pupus
‘Nak cari 10 orang kaya dalam sebuah kampung sangat ramai, nak cari seorang
ulama dalam 10 buah kampung belum tentu ada’ – Tuan Guru Ahmad Awang
Kampung Nibong.
‘Islam belum tentu Islamik, lulusan agama belum tentu beragama. Begitulah
sebaliknya. Paling penting kedua-duanya perlu seiring dan saling memerlukan
sebagaimana fungsi kedua-dua belah kaki’.
Anak yang cerdik dihantar ke Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasarama
Penuh dan sekolah elit nan hebat tetapi anak yang kurang cerdik dan bermasalah
dihantar ke sekolah agama, madrasah dan pondok. Begitulah nasib agama pada
akhirnya zaman apabila ulama yang dihasilkan hilang hikmah (terutamanya dalam
pendekatan dakwah dan akhlak) walaupun tinggi ilmunya.
Lulusan agama yang tidak bijak, malas, tidak bersemangat, cetek pemikiran, buruk
akhlak, tidak dapat menyelesaikan permasalahan masyarakat, malas membaca
terhasil akibat daripada kesalahan ibubapa dan sistem pendidikan yang melambak
anak-anak kurang genius dan bermasalah di sekolah aliran agama.
Pada hemat saya, ulama yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Ahmad Awang
Kampung Nibong, Terengganu ialah ulama rabbani, mujtahid dan murabbi bukan
setakat lulusan agama sahaja. Ramai lulusan agama (bahkan ada yang hafiz al
Quran) zaman ini hilang adab-akhlak, menyalah-gunakan Islam [untuk
kepentingan diri, ekonomi dan politik], terjerumus dalam kecelaruan ilmu
[liberalis-sekularis-pluralis] dan menentang Islam.
Agama Islam sudah menjadi satu bidang kerjaya, menjual agama untuk
keuntungan diri dan dunia selebriti oleh para lulusan agama bukan lagi
menghidupkan Islam dalam masyarakat setempat. Lulusan agama bukan lagi
pemimpin masyarakat tetapi peludah agama yang mengotorkan Islam dengan
keburukan adab-akhlak dan pendekatan tidak berhikmah. Islam sudah menjadi
barang jualan untuk melakukan produk dan ‘lidah’ mereka.
Islam menjadi bahan fitnah disebabkan kejalangan para lulusan agama yang
bertebaran dalam bidang politik, perniagaan dan bidang agama itu sendiri seperti
perundingan motivasi. Hujah-hujah Islam dipergunakan untuk menghalalkan
matlamat keuntungan duniawi mereka.
Ada kalangan lulusan agama hidup menjual agama melalui ilmu dan ketersohoran
guru mereka. Kadangkala ‘guru kami berkata’ melebihi sabdaan Nabi Muhammad
SAW.
Kita mesti sayang ulama. Sayang kita jangan sampai mereka menyekeh akal kita
daripada sinar kebenaran. Para ulama adalah penyampai dan petunjuk ajar.
Mereka tidak maksum. Justeru, kita sebagai umat Islam WAJIB menjadi penuntut
ilmu sepanjang zaman/hidup WAJIB mengiringi pandangan para ulama dengan
pengkajian sendiri terhadap al Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Belajar daripada
ramai guru dan pelbagai aliran pandangan serta belajar adab dengan hormat
menghormati perbezaan pandangan antara ulama.
Imam Malik berkata, ‘belajarlah adab sebelum ilmu’. Ibnu Saad berkata, ‘belajar
kamu sifat lembut/sopan santun sebelum ilmu’. Adab menyelamat diri kita
daripada ketinggian ilmu yang mengkhayalkan kita sehingga jauh daripada adab
dengan Allah, manusia dan alam sekitar. Beradablah sebelum berilmu
sebagaimana Rasulullah SAW beradab/akhlak sebelum menerima wahyu daripada
Allah SWT.
Kekuatan Seorang Penuntut Ilmu
‘Ilmu pengetahuan tidak tercapai selain dengan merendahkan diri dan penuh
perhatian’- Imam al Ghazali.
Sistem pengajian, sifat rajin dan suka membaca, suka belajar termasuk bertalaqi,
budaya ilmu di tempat belajar dan guru berwibawa adalah pembentuk utama diri
seorang penuntut ilmu. Walau bagaimanapun, asas penting sebenarnya ada
dalam diri penuntut ilmu itu sendiri iaitu [1] budaya cintakan ilmu, [2]gemar-gila
membaca, [3]sering muzakarah dengan ulama, [4] mempunyai sahabat dan
kumpulan diskusi ilmu, [5]mengembara-berorganisasi dan [6]pengetahuan-
kemahiran bahasa lebih daripada dua bahasa dikala Bahasa Melayu, Bahasa Arab
dan Bahasa Inggeris adalah WAJIB menguasai.
Di bawah, kita melihat kekuatan dan tauladan yang ada pada beberapa orang
tokoh terpilih.
Tokoh Kekuatan Dan Tauladan
Buya Hamka 1. Berbahasa Arab dan Bahasa Belanda
2. Gemar membaca dan menulis
3. Mengembara
4. Mendapat pendidikan di Mekah
Tuan Guru Harun Taib 1. Suka membaca dan membeli buku
2. Membaca buku pelajaran dan talaqi di luar waktu
pembelajaran dan membaca buku haraki dalam dewan
kuliah.
3. Pendidikan di Sekolah Menengah Agama (Atas)
Sultan Zainal Abidin, Universiti Islam Madinah dan
Universiti al Azhar (MA dan hampir mendapat PhD
tetapi tesis tak sempat hantar ekoran bertanding dalam
pilihanraya)
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik 1.Mendapat pendidikan dalam tradisi pengajian pondok
Mat (Tok Kenali) dan tradisi pengajian Islam deobandi (Tuan
Guru Haji Abbas Bin Ahmad dan Ustaz Abdullah
Dr Sheikh Muhammad Afifi Alkiti Ahmad).
2. Lebih 10 tahun menuntut ilmu
3. Suka membaca
4. Selepas Darul Ulom Deoband, pengajian tafsir di
Pakistan kemudian sarjana muda bahasa Arab dan
sarjana perundangan di Universiti al Azhar.
5. Beliau hasil gabungan tradisi keilmuan, pondok,
madrasah dan al azhar.
1. Mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di
Selangor.
2.Menyambung di beberapa pondok sekitar
Indonesia,Maghibi dan Syria. Melanjutkan pendidikan
di Universiti Queen Belfast (Dianugerahkan penuntut
terbaik 2001 di Universiti Queen). Meneruskan
perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor
falsafah di Universiti Oxford.
3.Dr Afifi merupakan hasil acuan daripada pelbagai
Dr Wahbah Zuhaily ulama,sehingga beliau berjaya memberi sumbangan
yang besar dalam dunia pada hari ini.Beliau telah
menerima ijazah kelas pertama dalam bidang Falsafah
Skolastik dan Sejarah Sains.Bermula dari situ,beliau
mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk
melanjutan pengajian beliau ke tahap yang lebih tinggi.
4.Ketika mana menuntut di Universiti Oxford, beliau
telah mendapat ijazah kedoktoran falsafah dalam
bidang falsafah Arab Pertengahan (Medieval) sebagai
seorang cendekiawan Clarendo pada tahun 2008.
Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang Teologi
Islam, Sejarah dan Sains.
5.Hasil tesis yang begitu mengkagumkan telah
diletakkan dalam kumpulan pertama yang digelar
sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada
teologis islam termasyur, Imam Ghazali(d,505,1111).
Ianya memerlukan usaha yang begitu gigih dalam
membuat kajian kira-kira 50 manuskrip arab zaman
pertengahan(Medieval).Terdapat juga tiga hasil kajian
beliau diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis
dan hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus,
manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut
Mayor Madnun.
6.Beliau telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan
ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan
khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi
barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia
Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian
dari sekolah pondok lagi.
7.Kepetahannya berbahasa dalam pelbagai bahasa
menjadikan satu kelebihan buat beliau untuk
berkomunikasi dengan pelbagai manusia.Antara bahasa
yang dikuasai beliau ialah bahasa Latin, Arab, Inggeris,
Jerman, Yunani dan Perancis.
1. Mendapat thanawi.
2. Beliau menyambung pengajian ke Mesir. Beliau
belajar di beberapa kuliah (fakulti) dan di beberapa
universiti pada waktu yang sama. Namun secara
khususnya, beliau mempelajari di Universiti al Azhar
dalam dua Kuliah iaitu Syari’ah dan Lughah Arabiah.
3. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang
di Universiti ‘Ain Syams.
4. Beliau mendapat sijil seperti berikut :
i. Sijil Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada
Kuliah Syariah, Universiti al Azhar tahun 1956.
Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan
pelajar.
ii. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan
daripada Kuliah Lughah Arabiah, Universiti al Azhar
tahun 1957.
iii. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada
peringkat Master dan pada tahun 1959 beliau
memperoleh Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah
Huquq (Undang undang)
iv. Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya
untuk mencapai Ph.D pada tahun 1963
5. Akhirnya Syeikh telah dianugerahkan martabat Syaraf
Ula.
Prof Dr Syed Muhammad 1. Suka membaca pada zaman remaja terutamanya
Naquib al Attas semasa tinggal bersama bapa saudaranya di Johor.
membaca maktutat persuratan dan sejarah Melayu.
Prof Diraja Ungku Aziz 2. Belajar di Barat, di markaz orientalis, didanai oleh
Barat dan di bawah seliaan orientalis.
Prod Dr Syed Husein Alatas 3. Minat pengkajian falsafah, sejarah, manuskrip lama,
Maulana Muhammad Asri sains, pendidikan, kesenian-khat dan senibina.
4. Memahami pemikiran dan kebudayaan Barat
5. Gemar menulis buku.
6. Menimba pengalaman ketenteraan di Akademi
Tentera Diraja Sandhurst. Sarjana Muda UM, kemudian
MA di Universiti McGill, Kanada. Dan SOAS di Universiti
London dalam PhD dengan pengkhususan falsafah
Islam, ilmu kalam dan tasawuf.
1. Gemar membaca
2. Menguasai beberapa bahasa. Antaranya bahasa
Inggeris, Jepun dan Sepanyol.
3. Menyukai belajar bahasa asing.
4. Belajar di Universiti Waseda Jepun peringkat Ma dan
PhD.
5. Meminati bidang ekonomi dan kebudayaan
6. Fokus kepada pentadbiran organisasi seperti DBP,
Universiti Malaya, ANGKASA dan Tabung Haji.
1. Suka membaca
2. Pengkajian dan perjuangan melawan rasuah dan
masyarakat negara membangun.
3. Belajar sarjana muda, MA dan PhD dalam bidang
sosiologi di Universiti Amsterdam, Belanda selama 10
tahun.
1. Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3. 2.
Kemudian ke India menghafal al-quran di Darul Ulum
Deoband kemudian pulang ke Kelantan dan belajar di
Madrasah Al-Diniah al-Bakriah atau Pondok Pasir
Tumboh.
Pendeta Za’ba 3. Beliau kembali ke india pula menuntut di Nadwatul
Ulama, Lucknow kemudian ke Pakistan belajar daurah
hadith di Jamiah al-Ulum al-Islamiah, Karachi.
1. Menguasai Bahasa Arab Klasik dan Sastera Bahasa
Inggeris serta Bahasa Belanda.
Dr Yusuf al Qaradhawi 2. Gemar membaca dan mengembara
3. Mementing ilmu bahasa, perubahan pemikiran orang
Melayu dan kemiskinan luar bandar.
4. Gemar menulis.
1.Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang
10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada
peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian,
beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil
'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada
sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah
Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun
1954.
Dr Mohamad Said Ramadhan al 2.Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan
bouti Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada
Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi.
Dr Sayyed Hosein Nasr Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD
dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat
al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam
Penyelesaian Masalah Sosial).
1. Mendapat pendidikan awal daripada para ulama
seperti Hassan Habannakah
2. Belajar Sarjana Muda Syariah di Universiti al Azhar.
Diploma Pendidikan di Fakulti Bahasa Universiti al
Azhar. Ma dan Phd di Universiti al Azhar dalam bidang
syariah.
1. Sebelum pindah ke Amerika untuk belajar formal
ilmu moden pada umur 13 tahun, Nasr memperoleh
pendidikan tradisional di Iran. Pendidikan tradisional ini
diperoleh secara informal dan formal. Pendidikan
informalnya dia dapat dari keluarganya, terutama dari
ayahnya. Sedangkan pendidikan tradisional formalnya
diperoleh di madrasah Teheran. Selain itu oleh ayahnya
dia juga dikirim untuk belajar di lembaga atau
madrasah pendidikan di Qum yang diasuh Allamah
Thabathaba‟i untuk belajar filsafat, teologi dan
tasawuf. Ia juga diberi pelajaran tentang hafalan al-
Quran dan pendidikan tentang seni Parsi klasik.
2. Obsesi Valiullah Nasr agar Hossein Nasr menjadi
orang yang memperjuangkan kaum tradisional dan
nilai-nilai ketimuran dimulai dengan memasukkkan
Hossein Nasr ke Peddie School di Hightstown, New
Jersey lulus pada tahun 1950. Kemudian melanjutkan
ke Massacheusetts Institute of Technology (MIT).
3. Di MIT, beliau memperoleh pendidikan tentang ilmu-
ilmu fizik dan teori matematik di bawah bimbingan
Bertrand Russel yang dikenal sebagai seorang filosof
moden. Nasr banyak memperoleh pengetahuan
tentang filsafat moden.
4. Selain bertemu dengan Bertrand Russel, Nasr juga
bertemu dengan seorang ahli metafisika bernama
Geogio De Santillana. Dari kedua ini Nasr banyak
mendapat informasi dan pengetahuan tentang filsafat
Timur, Khususnya yang berhubungan dengan
metafizika. Dia diperkenalkan dengan tradisi
keberagamaan di Timur, misalnya tentang Hinduisme.
5.Selain itu Nasr juga diperkenalkan dengan pemikiran-
pemikiran para peneliti Timur, diantaranya yang sangat
berpengaruh adalah pemikiran Frithjof Schuon tentang
perenialisme. Selain itu juga berkenalan dengan
pemikiran Rene Guenon, A. K. Coomaraswamy, Titus
Burchardt, Luis Massignon dan Martin Lings
Maulana Abul Hassan Ali an 5.Pada tahun 1956 Nasr berhasil meraih gelar Master di
Nadwi MIT dalam bidang geologi yang fokus pada geofizik.
Belum puas dengan hasil karyanya, beliau
Dr Wan Mohd Nor Wan Daud merencanakan untuk menulis desertasi tentang sejarah
ilmu pengetahuan dengan melanjutkan studinya di
Harvard University. Dalam menyusun disertasinya Nasr
dibimbing oleh George Sarton. Akan tetapi sebelum
disertasi ini selesai ditulisnya, George Sarton meninggal
dunia, sehingga Nasr mendapatkan bimbingan
berikutnya oleh tiga orang professor, yaitu Bernard
Cohen, Hammilton Gibb dan Harry Wolfson. Disertasi
ini selesai dengan judul “Conceptions of Nature in
Islamic Thought” yang kemudian dipublikasikan oleh
Harvard University Press pada tahun 1964 dengan judul
“An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines”.
Dengan selesainya disertasi ini Nasr mendapat gelar
Philosophy of Doctor (Ph.D) dalam usia yang cukup
muda yaitu 25 tahun tepatnya pada tahun 1958.
1. Gemar membaca dan mengumpul buku. Dan
mempunyai sudut bacaan sendiri dikenali Maktabah
Abu al Hassan Ali.
2. Belajar Bahasa Arab dan pengajian hadith di
Nadhwah Ulama.
3. Memasuki Universiti Lucknow dalam Sastera Urdu.
4. Beliau belajar secara mengembara dan berguru.
Tinggal beberapa bulan di Darul Ulum untuk belajar
kitab Sunan al Tirmizi dan Sahih Bukhari dengan
Maulana Husain Ahmad Madani. Belajar dengan Syeikh
Aizaz Ali dalam tafsir.
1. Gemar membaca
2. Bergiat dalam aktiviti berpersatuan dan mendapat
sentuhan gerakan Islam haraki
3. Sarjana Muda Sains (Kajihayat), MA (kurikulu dan
Pengajaran) dari Universiti Northern Illinios dan PhD
dari Universiti Chicago dalam pengajian Islam.
Dr Fazlur Rahman 1. BA dan MA dalam Pengajian Arab di Universiti
Punjab. PhD dalam bidang pengkajian Ibnu Sina di
Dr Ismail al Faruqi Universiti Oxford.
Dr Syamsudin Arif 2. Mahir dalam bahasa Arab, Yunani dan Latin
1. BA di Universiti Amerika, Beirut, Lebanon. Phd di
Universiti Indiana, Amerika. Pengajian lepasan ijazah di
Universiti al Azhar dan Universiti McGill, Kanada.
2. Pakar dalam bidang Islam, Kristian dan judaisme.
1. BA dalam Komunikasi UIA, MA dan Phd di ISTAC
dalam pengkajian ibnu Sina. Phd kedua di
Orientalisches Seminar, Universiti Frankfurt, Jerman.
Pentingnya pelajar pintar dan rajin dihantar ke luar negara untuk dilatih menjadi
ulama. Pengkaderan ulama pelapis dalam kalangan pelajar pintar perlu menjadi
keutamaan apabila kalangan lulusan agama sejak akhir-akhir ini kurang berkualiti
dan tidak mahu menjadi ulama. Hanya bangga seronok dan senang sebagai
kakitangan kerajaan.
Pelajar pintar tadi perlu ditaja dan didana kehidupan mereka agar diri bersedia
hanya untuk belajar bukannya menghadapi masalah kewangan. Kita mempunyai
ramai pelajar pintar dalam pengajian Islam tetapi kekurangan dana kerajaan,
pihak swasta dan ibubapa menghalang pelajar pintar tadi meneruskan pengajian
ke peringkat lebih tinggi. Kesannya mereka mencari kerja dan pengajian sarjana
dan PhD hanya ditekuni oleh pelajar yang mampu, ada dana dan rajin sahaja
tetapi kurang pintar.
Tokoh-tokoh terdahulu mempelbagaikan tradisi keilmuan mereka berdasarkan
sistem pengajian, guru dan tempat belajar. Ada mempunyai tradisi pengajian
pondok, tradisi pengajian deobandi dan tradisi pengajian al Azhar. Kepelbagaian
tradisi keilmuan ini bukan sahaja memantapkan ilmu tetapi mendidik sikap
keterbukaan dalam mendepani khilaf sesama ulama.
Tokoh-tokoh terdahulu juga paling kurang berada 10 tahun di luar negara atau
lebih di sesebuah tempat belajar. Perkara ini menunjukkan keazaman dan
kerajinan mereka menuntut ilmu untuk menjadi orang yang alim dan pakar.
Seorang penuntut ilmu perlu matang dari usia [20 tahun], ilmu dan pengalaman.
Belajar ketika usia muda yang tidak matang merupakan belajar yang diselimuti
dengan kehendak akal-nafsu yang bersifat main-main. Usia dan pengalaman yang
matang membolehkan seseorang itu lebih bersemangat dan serius untuk
menuntut ilmu. Matang dari segi ilmu dan usia serta pengalaman penting jika kita
hendak belajar ke luar negara agar tidak mengalami kejutan budaya. Kebanyakan
ulama dulu sudah alim sebelum ke luar negara selepas selesai pengajian di
pondok. Jika hendak belajar di Barat, iman kena kuat dan diri kena matang agar
tidak terpengaruhi dengan pemikiran orientalis yang tak beriman dan tak
bersunat.
Ulama perlu menguasai ilmu dunia. Manusia terbaik ialah orang paling bertaqwa
dan ingat mati. Mereka mengimbangi antara kehendak dunia dan akhirat. Dalam
setiap perkara, akhirat didahulukan. Selepas berada dalam sistem pengajian
Islam, bakal ulama boleh menyambung pelajaran dalam pendidikan moden
seperti dalam bidang antropologi dan sosiologi, psikologi, sejarah dan sains.
Seorang ulama perlu memahami pemikiran dan kebudayaan Barat dengan
terperinci bagi membalas hujah-hujah pemikir Barat. Bacaan seorang ulama
daripada sumber rujukan asal para pemikir tersebut.
Ulama wajib menulis selain mengajar. Menulis buku syarah dan menterjemahkan
kitab-kitab lama dari bahasa asing sangat penting dalam memandaikan umat
Islam.
Tempat Belajar
Pondok/Madrasah Sekolah Thanawi Universiti Madrasah
Luar Negara
Pondok Lubok Tapah Kolej Islam Klang Kuliyyah Sultan Abu Universiti al Azhar
(KISAS) Bakar Pahang Pondok Modern
Pondok Pasir Tumboh Universiti Kaherah Darus Salam
SMAP Kajang SMA(A) Sultan Zainal Gontor
Pondok Haji Salleh Abidin, Batu Burok Universiti Darus
Musa, Sik SM IMTIAZ Terengganu. Salam (UNIDA), Madrasah Afrika
Gontor Selatan
Maahad Tarbiyyah Maktab Mahmud Maahad Darul
Islamiyyah, Derang Maahad Muhammadi Quran Rusila Universiti Ibnu Madrasah
Khaldun, Indonesia Hayrat, Turki
Madrasah Darul Kolej Darul Ulum
Kautsar (KIDU) Universiti Madrasah
Nadwatul Ulama, Sulamaniyyah,
Lucknow Turki
Madrasah Sri Petaling
Universiti Islam
Madrasah Kubang Antarabangsa
Bujok Islamabad
Universiti Islam
Aligarh, India
Selepas Tahfiz di Madrasah Kubang Bujuk, Terengganu. Sambung aliran Thanawi
di Maahad Darul Quran, Rusila atau Maahad Tarbiah Darul Iman, Batu Enam atau
Kolej Darul Ulum (KIDU), Kuala Nerang atau mana-mana institusi yang
menyediakan aliran Thanawi..
Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama, Lucknow, India penting dalam Sarjana
Muda pengkhususan Bahasa dan ilmu-ilmu Syariah [4 Tahun]. Di sini, pelajar
dapat belajar sastera Arab, talaqi hadith, bahasa Urdu dan Parsi dan kepelbagaian
budaya masyarakat di India.
Kemudian menyambung MA di Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad dalam
bidang Tafsir dan Hadith [ 3 Tahun]. Penguasaan Bahasa Perancis, Jerman, Rusia
dan Belanda serta Parsi perlu dipelajari semasa berada di Pakistan dan India.
Kemudian menyambung MA di Universiti al Azhar dalam bidang Syariah, Fiqh
Muqaran diserta Sijil Kemahiran Fatwa dari Darul Ifta [3 tahun]. Kemudian, boleh
sambung Phd [3 tahun]di Universiti al Azhar atau Universiti Amerika, Kaherah
atau Universiti Kaherah dalam bidang Pengajian Syariah.
Selama 13 tahun menuntut ilmu adalah pengorbanan seorang anak kepada Allah,
ibubapa dan umat Islam. Menuntut ilmu kerana Allah, memenuhi impian dan doa
ibubapa serta membantu umat Islam.
Pelan Pendidikan
Bidang pengajian ialah Usuludin atau Syariah disertakan dengan kemahiran
bahasa selain bahasa Inggeris dan Arab yang terbahagi dua iaitu bahasa ilmu dan
bahasa dakwah. Diwajib 2 bahasa ilmu dan dua bahasa dakwah yang perlu
dikuasai. Antara bahasa ilmu ialah Bahasa Jerman, Rusia, Perancis, Belanda dan
Jepun manakala bahasa dakwah ialah Bahasa Mandarin, Sepanyol, Portugal dan
Tamil.
Pelan Pendidikan Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman [UZAR] yang mahu
melahirkan ulama hasil gabungan pengajian5 seperti di bawah
Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan Belajar di mana-mana Di Universiti al Azhar Di Universiti Islam di Darul Ulum,
cemerlang dalam SPM universiti di Jordan. atau Universiti Madinah atau Pakistan
Kaherah Ummul Qura mendalami
pengajian hadith
seterusnya ke jangka masa 4 tahun selama 6 bulan
Diploma Tahfiz di Kelebihan Pada masa yang Tidak dibenarkan Pengajian
Darul Quran atau 1.Pensyarah pelbagai sama membuat pelajar balik ke sarjana
Pusat Tahfiz. latarbelakang dari sarjana di Darul Ifta Malaysia atau bertempoh
Universiti al Azhar, bekerja. setahun di UK
(seeloknya Ummul Qura, Iraq, Jangka masa 5 tahun seperti Markfield
mempunyai asas Madinah dan lain-lain. Cuti semester Institute
hafazan al Quran di Kelebihan belajar atau
peringkat menengah) 2. Bahasa Arab Fushah 1. Mesir terkenal menuntut ilmu di Kelebihan
dengan pusat Yaman 1. Belajar
pendidikan Islam pemikiran dan
Maahad Tahfiz 3.Sistem pengajian terkenal di dunia metodelogi ilmu
Kerajaan Negeri lebih tersusun 2. Ramai ulama Barat
3. Banyak pengajian 2. Mengasah
a. IMTIAZ 4.Berfikiran terbuka talaqi Bahasa Inggeris
4. Pusat penerbitan 3. keterbukaan
b. Maahad Tahfiz dan toleransi kitab agama yang
terkenal
Negeri-negeri 5. Pesta buku kedua
terbesar di dunia
5. Pengajian talaqi di
luar waktu belajar dan
semasa cuti semester.
* Tulisan Italic adalah pendapat penulis
5 UZAR, Jangan Berhenti Berlari, KL:GI, 2012
Model Pengajian Madrasah
Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan usia Universiti Darul Ulom, Sarjana 1 Di Universiti al
12-13 tahun Lucknow, India. Azhar Pengajian
Universiti Islam atau sarjana
seterusnya ke jangka masa 4 tahun Antarabangsa Universiti Kaherah bertempoh
Islamabad, Pakistan. atau setahun di UK
1. Pusat Tahfiz swasta Kelebihan Universiti Terbuka seperti Markfield
1.Mengutamakan Kemahiran Bahasa Amerika. Institute
a. Sri Petaling sastera Bahasa Arab. Parsi dan Sastera
b. Kubang Bujuk Parsi Tidak dibenarkan Kelebihan
c. Darul Kautsar 2. mengutamakan pelajar balik ke 1. Belajar
penulisan Kemahiran Bahasa Malaysia atau pemikiran dan
Seterusnya masuk ke Urdu/Hindi dan bekerja. metodelogi ilmu
3.Sistem pengajian Sastera Urdu. Barat
1. Pengajian Kitab lebih tersusun Kemahiran Bahasa 2. Mengasah
sistem deobandi (6-8 dan Sarjana 2 Jerman. Bahasa Inggeris
tahun) di institusi 4.Berfikiran terbuka 3. keterbukaan
tersebut dan toleransi Universiti al Azhar Cuti semester
belajar atau
2. Ke Afrika Selatan 5. Pengajian talaqi di Kemahiran Bahasa menuntut ilmu di
(Sistem Deobandi) luar waktu belajar dan Rusia dan Bahasa Yaman atau Sudan
semasa cuti semester di Perancis
madrasah seperti Darul
Ulom Deoband. Jangka masa 5 tahun
Sistem Pendidikan Moden
Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan Belajar di mana-mana Universiti ternama Universiti ternama di Darul Ulum,
cemerlang dalam SPM universiti ternama dunia dunia Pakistan
dunia di negara seperti mendalami
seterusnya ke 1. Amerika Syarikat atau atau pengajian hadith
2. Britain selama 6 bulan
Diploma Tahfiz di 3. Kanada Universiti Darus UNIDA
Darul Quran atau 4. Jerman Salam, UNIDA Pengajian
Pusat Tahfiz. 5. Perancis Gontor. diploma lanjutan
6. Rusia di insitusi
(seeloknya 7. Belanda pengajian Islam
mempunyai asas di Timur Tengah
hafazan al Quran di Antara contoh seperti Universiti
peringkat menengah) universiti tersebut al Azhar.
Maahad Tahfiz 1. Universiti Wisconsin
Kerajaan Negeri Madison, Amerika
a. IMTIAZ 2. Universiti Chicago
b. Maahad Tahfiz
Negeri-negeri 3. SOAS, Universiti
London
Atau
4. Universiti McGill,
SBP, MRSM dan Montreal, Kanada
sekolah
ternama/tersohor. jangka masa 4 tahun
Kelebihan
1.Pensyarah yang pakar
2. Penguasaan pelbagai
bahasa termasuk
bahasa latin, parsi,
ibrani.
3.Sistem pengajian
lebih tersusun
4.Berfikiran terbuka
dan toleransi
5. Kemudahan bertaraf
dunia seperti
perpustakan.
Model Pengajian Pondok
Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan usia Belajar di mana-mana Belajar di mana- Di Universiti al di Darul Ulum,
12-13 tahun universiti di Maghribi mana universiti di Azhar + Darul Ifta Pakistan
Tunisia atau Algeria mendalami
Pusat Tahfiz jangka masa 4 tahun Tidak dibenarkan pengajian hadith
Jangka masa 2-3 pelajar balik ke selama 6 bulan
(3 tahun) Kelebihan tahun Malaysia atau
1. Pengajian talaqi di bekerja. Pengajian
seterusnya ke luar waktu belajar dan sarjana
semasa cuti semester. Cuti semester bertempoh
Pondok belajar atau setahun di UK
2. Kuasai Bahasa menuntut ilmu di seperti Markfield
1.Pondok Pasir Perancis, Sepanyol dan Yaman, Mekah dan Institute
Tumboh Itali. Sudan
2. Pondok Lubok Kelebihan
Tapah 1. Belajar
3. Pondok Pesantren di pemikiran dan
Indonesia metodelogi ilmu
4. Pondok di Patani Barat
2. Mengasah
(3-5 Tahun) Bahasa Inggeris
3. keterbukaan
Seterusnya
Thanawi V
(1 tahun)
Model Pengajian Sekolah Arab
Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan usia Belajar di mana-mana Di Universiti al Azhar Di Universiti di Darul Ulum,
12-13 tahun universiti di Maghribi atau mana-mana Kaherah atau Pakistan
atau Universiti Islam universiti di Jordan Universiti al Azhar mendalami
Sekolah agama aliran Madinah. atau Universiti pengajian hadith
Thanawi/Arab sama Jangka masa 2-3 Terbuka Amerika selama 6 bulan
ada kerajaan atau jangka masa 4 tahun tahun
swasta. Tidak dibenarkan Pengajian
Kelebihan Disamping belajar di pelajar balik ke sarjana
atau 1. Pengajian talaqi di Darul Ifta Malaysia atau bertempoh
luar waktu belajar dan bekerja. setahun di UK
Pondok semasa cuti semester. seperti Markfield
Cuti semester Institute
(5 tahun) 2. Kuasai Bahasa belajar atau
Seterusnya Perancis dan Jerman menuntut ilmu di Kelebihan
Yaman, Mekah dan 1. Belajar
Sudan pemikiran dan
metodelogi ilmu
Thanawi V Barat
2. Mengasah
(1 tahun) Bahasa Inggeris
3. keterbukaan
Model Pengajian Turki
Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Pelajar Pintar dan usia Belajar di mana-mana Di Universiti al Azhar Di Universiti di Darul Ulum,
12-13 tahun universiti di Turki atau mana-mana Kaherah atau Pakistan
universiti di Jordan Universiti al Azhar mendalami
Tahfiz di Madrasah jangka masa 4 tahun pengajian hadith
Hayrat Vakfi Jangka masa 2-3 Tidak dibenarkan selama 6 bulan
atau Kelebihan tahun pelajar balik ke
Maahad 1. Pengajian talaqi di Malaysia atau Pengajian
Sulaimaniyyah luar waktu belajar dan Disamping belajar di bekerja. sarjana
semasa cuti semester. Darul Ifta jika di bertempoh
Mesir Cuti semester setahun di UK
belajar atau seperti Markfield
2. Kuasai Bahasa Turki menuntut ilmu di Institute
Klasik, Jerman dan Yaman, Mekah dan
Rusia. Sudan Kelebihan
1. Belajar
pemikiran dan
metodelogi ilmu
Barat
2. Mengasah
Bahasa Inggeris
3. keterbukaan
Bidang Pengajian Usuludin Syariah Sejarah Pengajian
(Aqidah+al Quran) (perbandingan (Uthmaniyyah+ Kawasan
Pengajian Bahasa mazhab + Andalusia+ Islam Pengajian Melayu
(Arab+Parsi+Turki) atau Ekonomi) di Asia Tengah +
Falsafah atau
atau Afrika Barat) Pengajian Arab
Sastera
atau
atau Pengajian Asia
Linguistik
Tenggara
Sistem Pengajian Tradisional Islam
Islam adalah tamadun yang mewujudkan pelbagai tamadun. Teras tamadun Islam
ialah tauhidik. Antara tamadun Islam yang tersohor ialah Daulah Abbasiyyah,
Daulah Moghul, Daulah Uthmaniyyah dan Daulah Umaiyyah di Andalusia. Dalam
tradisi keilmuan, muncul sistem pengajian Islam seperti sistem pengajian
deobandi, sistem pengajian al Azhar dan Sistem Pengajian Pondok.
Setiap struktur organisasi perlu mempunyai kepimpinan. Dalam sistem pengajian,
pemimpinnya ialah guru. Kekuatan sistem pengajian Islam terletak kepada [1]
guru, [2] sistem pengajian, [3] metodelogi, [4] institusi termasuk prasarana
keilmuannya dan [5] bahan yang diajar/silibus.
Kaedah talaqqi dengan guru merupakan kaedah paling penting dalam sistem
pengajian Islam. Kaedah talaqqi adalah kaedah berguru melibatkan antara murid
dengan guru berwibawa dan berautoriti dalam ilmu-ilmu Islam. Kaedah berguru
yang berkesinambungan atau talaqqi muttasil sangat penting untuk pengabsahan
ilmu dan menjamin keterpeliharaan ilmu daripada pegangan yang menyesatkan.6
Ilmu-ilmu Islam terpelihara dengan pengajian bersanad7.
6 Zaidi Abdullah, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah, SA: KI, 2014.
7 susur galur atau sandaran atau rantai ilmu diperolehi daripada sumber asal.
Guru berwibawa dan berautoriti dalam keilmuan sangat penting dalam sistem
pengajian Islam. Antara metode pengajaran seorang guru ialah al sama’ (dengar),
al Qira’ah (membaca), ijazah (kebenaran), munawalah (pemberian), kitabah
(surat menyurat), I’lam (pemberitahuan), wasiyyah (wasiat) dan wijadah
(mendapat).8 Guru berwibawa dan berautoriti ini juga belajar dengan guru
berwibawa dan berautoriti. Ia berterusan kepada sumber asal ilmu. Jika al Quran,
sanad bersambung kepada Allah, jika sunnah Rasulullah SAW sanad
bersambungan kepada diri baginda dan jika kitab sanad bersambungan kepada
penulis kitab.
Baca dan belajar tanpa berguru menyebabkan kefahaman seseorang boleh
terpesong daripada apa yang hendak disampaikan oleh sumber asal.
Tanpa berguru, murid yang dihasilkan berkebarangkalian berakhlak tetapi tidak
beradab. Guru yang mendorong adab kepada diri seseorang murid.
Metode-motode dalam pengajian ilmu hadith sangat berkesan memelihara ilmu
dan pengajian ilmu secara sistematik. Asasnya ialah Riwayah dan Dirayah.
Pengajian ilmu hadith menerbitkan kaedah-kaedah ilmu yang teliti dalam mencari
dan memeliharakan ketulenan ilmu dan sumbernya.
Pengajian tradisional dan pengajian Islam moden perlu digabung-jalin bagi
memperkuatkan dan membaiki kelemahan dalam kedua-dua sistem pengajian
tersebut.
Kematangan Seorang Ulama
Kematangan seseorang ulama berlaku apabila seseorang ulama itu bersikap
terbuka dan saling hormat menghormati pandangan yang berbeza dengan
mereka. Antara sebab kematangan seorang ulama ialah
1. Keluasan bahan bacaan dan ‘gila’ membaca. Membaca buku pelbagai aliran
pemikiran
2. Mempelbagaikan guru daripada pelbagai aliran pemikiran dan pandangan.
3. Peningkatan usia dan pengalaman hidup
8 Zaidi Abdullah, kertas kerja Kejayaan Sistem Pengajian Ulama Silam
4. Pengembaraan dan pengaulan dengan pelbagai pihak serta muzakarah-
ziarah para ulama.
5. Terbuka dan menghormati pelbagai pandangan dan bukan pandangan kita
yang paling betul walaupun pandangan kita adalah benar disisi hujah dan
sumber ilmu (dalam konteks ilmu-ilmu Islam).
6. Mempelbagaikan sistem pengajian dan tempat pengajian dalam membuka
ufuk pemikiran agar lebih terbuka.
7. Turun ke lapangan masyarakat
Ulama dan Kerjaya
“Sesiapa yang belajar memahami agama Allah pasti Allah mencukupkan hemah
dan rezekinya dari mana-mana (sumber) yang dia tidak diketahui’9
Seorang penuntut ilmu dan ulama mesti mempunyai kerjaya agar tidak berlaku
fitnah kepada agama. Jangan sampai mempergunakan agama untuk mencari
makan anak isteri atau menambah pendapatan.
Persoalan tentang kerjaya ialah kelalaian seseorang disebabkan oleh kerjayanya
sehingga lupa akan tugas agamanya. Justeru, ulama dahulu mempunyai kerjaya
yang bersifat ‘merdeka’ masanya dan arahannya yakni bekerja sendiri seperti
tukang jahit, tukang baiki jam, peniaga buku dan penulis. Kerjaya yang paling
sesuai bersifat mengajar seperti pensyarah atau guru madrasah.
Bagi ulama yang berkerja dengan kerajaan, wujudkan tempoh akhir perkhidmatan
agar tidak selesa bekerja dan berkhidmat dengan kerajaan. Tempoh sebaiknya
berkhidmat ialah 10 tahun. Bekerja dengan kerajaan menyebabkan seorang
ulama diikat oleh masa dan arahan orang atasan. Ia bukan suatu yang baik untuk
dakwah.
Ulama mesti mengajar dan menulis. Tanpa mengajar dan menulis, sifat
keulamakan masih tidak lengkap.
Seorang ulama juga perlu memahami dan memahiri kitab-kitab lama. Mereka juga
mesti mengkaji kitab-kitab lama sebagaimana usaha Tuan Guru Wan Shaghir
9 Hadith ini dari Kitab al-‘Ilm dalam Musnad Abu Hanifah.
pemilik Khazanah Fathaniyyah. Pengkajian kitab lama dan manuskrip lama
mengembalikan kita kepada asali kita iaitu Islam bertunjangkan al Quran dan al
Sunnah yang dikenali Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Krisis Aqidah dan Kehilangan Adab
Dua permasalahan besar umat Islam pada hari ini ialah Krisis Aqidah dan
Kehilangan Adab-Akhlak. Kedua-dua permasalahan ini berpunca daripada pokok
pangkal masalah ialah krisis ilmu. Krisis ilmu secara tepatnya ialah masalah
terhadap kefahaman ilmu sehingga mengelirukan seseorang.
Islam adalah agama yang berasaskan ilmu pengetahuan. Komponen penting asas
dalam ilmu pengetahuan ialah [1] keyakinan-iman-aqidah, [2] perubahan-
pembebasan dan [3] bahasa.
Perkara [1] disebabkan definisi ilmu dalam Islam ialah tanda; petunjuk. Istilah ‘ilm
berasal daripada perkataan ‘alamah iaitu ‘tanda, penunjuk atau petunjuk yang
dengannya sesuatu atau seseorang dikenali’.10 Seseorang muslim dikenali
disebabkan ilmu mereka yang membolehkan mereka beramal dan berakhlak
dengan Islam.
Perkara [2] membawa kepada perubahan-pembebasan seseorang daripada
kejahilan ditunjuki oleh cahaya kebenaran iaitu al Quran. Seorang muslim yang
ditunjuki oleh al Quran akan berubah kepada lebih Islamik dan membebaskan diri
mereka daripada perkara yang syirik terutamanya syirik dalam hati.
Perkara [3] menyatakan dalam bahasa mengandungi pandangan sarwajagat dan
kerangka pemikiran yang tersendiri sehingga mengubah-mempengaruhi kelakuan
dan tindakan seseorang.
Menurut Syed Muhamad Naquib al Attas, ilmu ialah ‘merujuk kepada Allah
sebagai punca/pemberi segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke
dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah
10 Wan Mohd Nor Wan Daud, Masyarakat Islam Hadhari, KL: DBP, 2006.
ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu’. Dalam pentakrifan al
Attas, kita boleh mengambil ibrah:
1. Allah adalah sumber ilmu. Allah memimpin ilmu, kemudian barulah ilmu
memimpin manusia. Kebenaran mutlak itu ada pada ilmu yang Allah SWT
nyatakan kebenarannya iaitu sumber ilmu daripada al Quran..
2. Ketibaan diri kepada makna dan ketibaan makna kepada diri adalah darjah
kefahaman seseorang terhadap makna iaitu pada BAHASA yang digunakan
sehingga mewujudkan peningkatan terhadap keyakinan-keimanan.
Ilmu yang betul dan benar mempengaruhi sifat keadilan yang ada dalam diri
untuk membuat pilihan dalam mengatur dan meletakkan pemikiran dan tindakan
mereka pada landasan yang betul dan benar. Kegagalan mengatur-meletakkan
pemikiran dan tindakan pada landasan yang betul-benar menjerumuskan kita ke
dalam kehilangan adab dengan menzalimi diri sendiri.
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, kehilangan adab berlaku kerana
1. Ilmu tidak dapat diajar atau disampaikan kepada murid kecuali mereka
telah mempunyai adab yang tepat dengan ilmu pengetahuan, pelbagai
disiplin dan autoritinya yang sah.
2. Sikap dan proses penyamaan. Seperti al Quran sama sahaja dengan buku.
Islam sama sahaja dengan agama lain.
3. Perjuangan berdasarkan tujuan dan maksud yang salah.
4. Kebingungan dalam bidang ilmu pengetahuan akan merosakkan susunan
akhlak dan pendidikan suatu masyarakat.
Ciri-ciri Ulama
1. Tidak terpengaruh dengan pemikiran ciptaan manusia, tidak mencampur aduk
antara pemikiran Islam dengan pemikiran ciptaan manusia dan tidak terjebak
dalam aktiviti yang boleh membawa fitnah.
2. Ulama mesti menghadkan pengaulan dengan orang ramai. Pengaulan mesti
berlandaskan aktiviti yang dirancang atau diprogram.
3. Menziarahi pemimpin dan alim ulama yang lain.
4. Mengelak diri daripada terlibat dalam politik kepartian dan tidak menolak
politik.
5. Mendokong kesyumulan Islam termasuk perundangan Islam.
6. Bersikap pendamai sebagaimana sifat Saidina Usman, Saidina Ali dan Saidina
Hassan Bin Ali yang mengorbankan jawatan dan diri mereka untuk pendamaian
umat Islam. Mengelak daripada fitnah dan konflik. Bersifat pemaaf dan jauhi
dengki mendengki.
7. Memahami pemikiran, kebudayaan dan tamadun Barat.
8. Mengetahui hak ehwal semasa. Setiap kuliah dirakam untuk sebaran dakwah.
9. Jangan mencari populariti, pangkat, kuasa dan perempuan.
10. Jangan mempergunakan agama Islam untuk kepentingan diri, syarikat,
kumpulan dan keluarga. Jauhi perniagaan bermodalkan agama.
Akhir Kalam
Manusia bergantung kepada [1] niat/tujuan dan [2] kadar ilmu yang mereka
miliki. Setiap penilaian yang seseorang manusia lakukan mesti dilihat dari segi [1]
sumber ilmu yang benar, [2] kaedah-kaedah ilmu yang betul dan benar dan [3]
niat yang lurus dan benar.
Segala pandangan manusia belum tentu benar, hanya pandangan Allah dan Nabi
Muhammad SAW sahaja yang benar. Oleh kerana Nabi Muhammad SAW sudah
wafat, pentafsiran agama Islam mula dan mudah diputar belit oleh pihak yang
berkepentingan dan mengikut kehendak akal-nafsu mereka sahaja termasuk
kalangan mereka lulusan agama atau ulama sendiri. Justeru, carilah guru yang
berwibawa ilmunya, belajar dan fahami isi kandungan al Quran dan hadith,
berakhlak-beradab dalam setiap urusan terutamanya ketika berlaku khilaf, jaga
hati daripada sifat mazmumah dan masukkan sifat mahmudah, jaga pancaidera
dan lidah, berhati-hati dengan imiginasi seks dan wanita, dan berwaspada dengan
kekayaan dunia.
Sesiapa kita, ikutlah hujah dan pandangan Islam yang benar. Biar kita mati dengan
tenang dalam pandangan Islam yang benar. Kita mati, orang yang menilai
pandangan kita dan menfitnah juga akan mati. Dalam Alam Kubur dan Alam
Akhirat, biarlah Allah menentukan amalan baik-buruk kita semasa hidup kita di
dunia. Hiduplah bertaqwa.
20/6/2016
1.17 pagi