Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 1
15 - 17 DISEMBER 2020
PROSIDING SEMINAR AMALAN BAIK
SEKOLAH DTP AMAN, SEKOLAH DTP & SEKOLAH TS 25
Anjuran Bersama:
Sektor Pembelajaran dan Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan.
Dengan Kerjasama:
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Pengerusi:
Encik Mukhtar bin Mansor, B,C.K, P.K
(Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan)
Timbalan Pengerusi:
Puan Najah binti Abdul Wahab
Timbalan PPD Kuala Muda/Yan (Sektor Perancangan)
Penyelaras:
Tn. Hj. Mansor bin Shahabudin
Timbalan PPD Kuala Muda/Yan (Sektor Pengurusan Sekolah)
Timbalan Penyelaras 1:
Encik Azizan bin Ahamad
Timbalan PPD Kuala Muda/Yan (Sektor Pembelajaran)
Timbalan Penyelaras 2:
Encik Yusof bin Ismail
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
(Sektor Pembangunan Murid)
Penyelaras Prosiding:
Dr. Azahari bin Abdullah (Pegawai SIPartners+)
Tn. Hj. Mohd Nizar bin Yusoff (Pegawai SISC+)
Sidang Editor:
Encik Ahmad Akibi bin Abdullah @ Hussain (Pegawai SIPartners+)
Puan Nor Zalina binti Ramli (Pegawai SISC+)
Puan Nor Azura binti Mat Isa (Pegawai SISC+)
Cik Azila binti Mohd Saad (Pegawai SISC+)
Cik Norjah binti Ismail (Pegawai SISC+)
Puan Norma binti Awang (Pegawai SISC+)
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 2
15 - 17 DISEMBER 2020
KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
Cemerlang buat semua warga PPD.
Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas
limpah kurnia-Nya, akhirnya seminar ini menjadi kenyataan. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada jawatankuasa penganjur Seminar Amalan Baik ini yang telah
bertungkus-lumus berusaha menganjurkan Seminar Amalan Baik yang julung-julung
kalinya dianjurkan secara menyeluruh bagi semua sekolah di PPD KMY.
Tema Seminar ini “KMY Di Persada Impian” ialah suatu konotasi yang
melambangkan kebangkitan “The Big Giant” untuk berada di kemuncak dalam persaingan
menjengah kegemilangan. Memandangkan Dunia Pendidikan Abad ke-21 telah berada di
persada dunia pendidikan kita, PPD KMY mengambil peluang ini untuk bersaing dengan
mengembleng kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga membina
warga guru yang berketrampilan dalam bidang pengkajian, amalan terbaik dan penulisan
ilmiah.
Objektif Seminar ini adalah bagi memantapkan pengurusan instruksional dan
pengurusan orgasnisasi dalam kalangan pemimpin sekolah dan juga membentuk kualiti
dalam kalangan guru-guru. Hasil pembentangan amalan baik ini boleh dijadikan sebagai
medium pembangunan organisasi dalam aspek pengurusan dan pentadbiran, pedagogi
dan penglibatan komuniti.
Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada jawatan kuasa
penganjur seminar ini yang telah berjaya menjadikannya realiti dan berjaya menerbitkan
prosiding seminar yang bermaklumat ini untuk kegunaan warga pendidik di KMY khasnya.
Selamat Berseminar.
MUKHTAR BIN MANSOR, B.C.K, P.K Page 3
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY
15 - 17 DISEMBER 2020
Prosiding Seminar Amalan Baik
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Muda/Yan
Isi Kandungan
Bil. Tajuk Muka Surat
1 3D HOTs 8 – 12
Wan Rozita binti Wan Osman
Guru Besar
SK. Haji Omar Tahir, Pengkalan Bujang
PEMBUDAYAAN PLC : SATU REFLEKSI 13 – 20
2 TERHADAP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD 21 21 – 25
26 – 33
Zarinah Binti Sarban 34 – 39
[email protected].
Pengetua, SMK Tunku Sulong 40 – 44
45 – 49
3 GABUNGAN KAEDAH PMBELAJARAN DALAM
MENJAYAKAN PdPR
Syukriyah Binti Wahid
SK Dataran Muda
4 PENGGUNAAN MODUL BAHASA MELAYU SECARA
TERANCANG DALAM PROSES PDP DAN PDPR
Shahiza Binti Ismail
Sk Bandar Laguna Merbok
PROJECT BASED LEARNING MERUNGKAI KEMENJADIAN
5 MURID
Nurkhairi Bin Mohd Shukri
Noor’Ain Binti Salam
SK Singkir
PEMBUDAYAAN SIKAP MEMBACA MELALUI e- LIBRARY DAN
e- NILAM BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
6 Ravee Sengalray
GB SJK (T) Kalaivani
PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI WHOLE BRAIN
7 TEACHING BAGI MENARIK DAN MENGEKALKAN
PERHATIAN MURID DALAM
Roslina Mohd Radzi dan Kiliyarasi Muruthi
SK Haji Omar Tahir
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 4
15 - 17 DISEMBER 2020
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 5
15 - 17 DISEMBER 2020
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 6
15 - 17 DISEMBER 2020
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 7
15 - 17 DISEMBER 2020
3D HOTs
Wan Rozita binti Wan Osman
[email protected]
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir, Pengkalan Bujang
Abstrak
Bimbingan dan pencerapan guru di sekolah merupakan salah satu daripada elemen
terpenting dalam pemberian markah SKPMG2. Namun begitu, sering digembar-gemburkan
bahawa proses tersebut sebagai menyusahkan dan menimbulkan tekanan kepada guru.
Amalan Terbaik ini dijalankan adalah bertujuan untuk menjadikan bimbingan pengajaran
oleh pentadbir tidak menyusahkan guru. 3D HOTs merupakan singkatan daripada Deep,
Dive and Driver Haji Omar Tahir School. Ia merupakan program yang dijalankan di bawah
bimbingan DTP Aman untuk memantapkan pengurusan kurikulum sekolah. SLT
seharusnya bersimpati (Deep) dan memainkan peranan utama untuk mendalami isu ini
secara mendalam (Dive) Objektif amalan terbaik ini adalah untuk memperkasakan SISC
sekolah sebagai ‘Driver’ dan memupuk keyakinan diri para guru untuk dicerap dengan
dibimbing oleh SISC dan MLT di samping berkongsi kaedah dan pengajaran dengan rakan
guru yang lain serta memberi peluang kepada semua guru untuk berkolaborasi semasa
PdPc berlangsung. Seramai 5 orang SISC, 5 orang MLT dan 28 orang guru akademik telah
terlibat dengan amalan terbaik ini. Mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan dan dibimbing
oleh SISC dan MLT masing-masing. Set borang pencerapan dan instrumen penilaian
SKPMG2 (borang refleksi PdPc) telah digunakan untuk memberikan maklum balas
pengajaran rakan guru. Secara keseluruhannya, dapatan daripada amalan terbaik yang
telah dijalankan ini menunjukkan keyakinan semua guru telah dapat dipertingkatkan. Hal
ini dapat dibuktikan melalui soal selidik yang telah dibuat melaui google form apabila 84.3%
peratus guru menyatakan mereka lebih bersemangat dan berkeyakinan apabila dibimbing
oleh SISC dan MLT, selebihnya menyatakan mereka masih memerlukan bimbingan
intensif. Di samping itu Penguasaan Tahap Minimum murid dalam pentaksiran akhir tahun
telah meningkat berbanding pencapaian dalam pentaksiran Bulan Mac (Carta 1). Melalui
amalan terbaik ini adalah diharapkan agar perkongsian berkaitan pedagogi pengajaran
guru dapat dipertingkatkan di samping dapat memupuk sifat yakin diri para guru dan
pemimpin pertengahan di sekolah. Daripada tinjauan yang telah dibuat melalui google form
81.3% guru telah bersetuju bahawa SISC sekolah memberikan impak kepada bimbingan
pengajaran guru di sekolah. 84.4% guru bersetuju bahawa Pelaksanaan 3D HOTs di
sekolah ini telah memberikan ruang kepada semua guru untuk berkongsi PdP dengan
rakan guru yang lain di samping guru dapat membuat persediaan pdp dengan bimbingan
daripada SLT/SISC/MLT sebelum pencerapan di adakan.
Kata kunci: 3D HOTs, Bimbingan, pencerapan, keyakinan diri, DTP AMAN, SISC sekolah
PENGENALAN
Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan sekolahnya
berada di landasan yang betul untuk mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dan menjadi
sebuah sekolah berkesan. Kepimpinan instruksional melaksanakan pelbagai tugas seperti
pencerapan di dalam bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan kurikulum. (Smith dan
Andrews, 1989). SKPMg2 yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini
merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan
mencakupi beberapa bidang kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum,
kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan serta kemenjadian murid.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 8
15 - 17 DISEMBER 2020
Kesediaan guru untuk melaksanakan PdPc berkesan amatlah penting. Guru juga perlu
lebih terbuka untuk berkongsi pengalaman pembelajaran mereka dengan rakan guru yang lain.
Pemimpin pertengahan di sekolah seharusnya diberi peluang untuk membimbing dan mencerap
guru di bawah bimbingan masing-masing. Objektif pembentangan ini adalah untuk menerangkan
kaedah dan pendekatan yang telah dijalankan di sekolah untuk memperkasakan PdPc guru
berpandukan kepada insrumen-instrumen berkaitan di samping memperkasakan pemimpin
pertengahan di sekolah sebagai mentor dan pemudahcara. Menerusi Program 3D HOTs, SISC
sekolah sebagai pemimpin pertengahan menjadi fokus utama sebagai pembimbing atau mentor
kepada Guru Dalam Bimbingan (GDB)
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir merupakan sekolah sekolah Gred A kategori luar bandar
dan di bawah Program DTP Aman kluster 2. Bilangan murid keseluruhannya adalah seramai 428
orang, 32 orang guru dan 5 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Jarak dari sekolah ke
Pejabat Pendidikan Daerah di Bandar Sungai Petani adalah 26 km. Taraf Sosial para ibu bapa
di sini adalah terdiri daripada petani, nelayan, pekerja swasta dan selebihnya adalah sektor
kerajaan. Pelaksanaan Program Transformasi Daerah DTP Aman, yang memfokuskan kepada
20 standard SKPMG2 di mana 10 daripadanya adalah merujuk kepada Standard 4 iaitu
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru telah menjadi penggerak utama ke arah
pemerkasaan PdPc guru. Profesional Learning Community (PLC) ialah rutin harian yang telah
dimuktamadkan di dalam buku pengurusan sekolah. Pelbagai program jalinan dan jaringan
perhubungan luar telah dijalankan. Semuanya adalah berfokus kepada pemerkasaan PdPc guru
dan kemenjadian murid. SISC sekolah telah diwujudkan di peringkat sekolah dengan peranan
sebagai pembimbing PdPc rakan guru di bawah bimbingannya.
INOVASI / AMALAN TERBAIK
Motivasi dan keyakinan diri guru dalam melaksanakan pengajaran di dalam kelas adalah
pada tahap yang kurang memberangsangkan. Pencerapan yang dijalankan bagi mereka
menyusahkan dan memberikan tekanan. Bertitik tolak kepada isu ini, pihak sekolah merasakan
perlu diambil satu langkah yang proaktif untuk membentuk keyakinan guru dan mewujudkan
perkongsian pembelajaran antara guru dengan dibimbing oleh guru pakar di peringkat sekolah.
Sehubungan dengan itu, kolaboratif dan pengetahuan mendalam adalah diperlukan bagi
memandu para guru ke arah merealisasikan idea yang telah digarapkan. Maka tercetuslah
Program 3D HOTs ( ‘Deep,Dive,Driver’ Haji Omar Tahir School).
3D HOTs merupakan gabungan amalan terbaik yang telah diperkasakan iaitu yang
pertama ialah mewujudkan School Improvement Specialist Coach (SISC) sebagai ‘Driver’ di
peringkat sekolah (sebelum ini adalah Middle Leader Team (MLT) sekolah) di samping melantik
MLT baharu yang terdiri daripada Ketua Panitia mata pelajaran teras. SISC HOTs memainkan
peranan sebagai pembimbing ataupun mentor kepada ahli kumpulan. Kekerapan bimbingan
adalah merujuk kepada jadual yang di lampirkan di Jadual 1. SISC dan MLT pula dibimbing oleh
SLT dan Pegawai PPD secara bersemuka atau melaui bimbingan di dalam Grup Whatsapp ‘DTP
Aman HOTs - SLT, SISC MLT’. Tumpuan diberikan kepada bimbingan ‘Profesional Learning
Comunity’ (PLC) dan pengajaran Abad ke-21
SISC memainkan peranan utama dalam pelaksanaan ‘Open Classroom’ (OC) Pengajaran
Abad ke-21 di sekolah. Langkah awal bermula dengan bimbingan Penyediaan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) melalui PLC ‘Lesson Study’ agar memenuhi kriteria instrumen
SKPMg2 Standard 4. Borang pencerapan SKPMG2 Standard 4 digunakan sebagai panduan
semasa sesi OC berlangsung. SISC membimbing guru untuk membuat refleksi menggunakan
borang maklumbalas OC. Proses bimbingan pengajaran guru oleh pentadbir menjadi lebih
mudah kerana di bantu oleh SISC dan MLT sekolah.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 9
15 - 17 DISEMBER 2020
RASIONAL
1. Membentuk satu team pentadbiran yang padu terdiri daripada pentadbir sekolah (SLT)
dan pemimpin pertengahan (SISC dan MLT)
2. Memudahkan proses bimbingan PdP guru oleh pentadbir dengan dibantu oleh SISC dan
MLT
3. Perancangan dan pelaksanaan pdp guru lebih terarah dengan bimbingan daripada SISC.
4. Menambah baik sesi pembelajaran dan pemudahcaraan bersama-sama murid.
STRATEGI PELAKSANAAN
i. Perbincangan di peringkat pentadbiran berkaitan pelantikan SISC sekolah dengan
panduan daripada Rakan Elit Sekolah dan pegawai DTP Aman.
ii. Penyediaan Pelan Tindakan dan analisis SWOT serta pelan kontigensi.
iii. Pelantikan SISC HOTs (MLT tahun 2019) pada penghujung tahun 2019.
iv. Penyediaan Jadual PLC (Jadual 1) dan OC (merujuk kepada jadual pencerapan guru oleh
pentadbir)
v. Membentuk Lima kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai seorang Senior
Leadership Team (SLT), seorang SISC HOTS, seorang MLT dan maksimum 5 orang
GDB (Guru Dalam Bimbingan)
vi. Edaran Fail yang mempunyai senarai borang semasa mesyuarat awal tahun 2020.
vii. PLC mengikut kumpulan setiap bulan berdasarkan tajuk yang diberi
viii.PLC ‘Lesson Study’ dan ‘Micro Teaching’ dijalankan dalam kumpulan mata pelajaran.
ix. Pelaksanaan OC (bermula bulan Mac sehingga November)
x. Soal selidik keberkesanan program telah dijalankan melalui google form
xi. Refleksi program
Jadual 1 - Jadual PLC
BIL HARI MASA M/PELAJARAN PENGLIBATAN
BM
1 AHAD PAI SISC , MLT
KETUA PANITIA
1.30 – 2.30 ptg BI SEMUA GURU BM
2 MATEMATIK
SISC, MLT
3 ISNIN 1.30 – 2.30 ptg SAINS KETUA PANITIA
SEMUA GURU PAI
4 SELASA 1.30 – 2.30 ptg
SISC, MLT
5 RABU 1.30 – 2.30 ptg KETUA PANITIA
SEMUA GURU BI
SISC, MLT
KETUA PANITIA
SEMUA GURU MATE
SISC, MLT
KETUA PANITIA
SEMUA GURU SAINS
TEMPOH / MASA PELAKSANAAN
Projek ini berjalan selama 11 bulan bermula Januari sehingga November 2020. Mengikut
jadual PLC dan OC terdapat di dalam Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2020.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 10
15 - 17 DISEMBER 2020
CABARAN PELAKSANAAN
Cabaran yang paling utama ialah kekangan masa bimbingan. Untuk mengatasi masalah
ini, bimbingan terpaksa diadakan selepas daripada waktu persekolahan atau secara atas talian
melalui grup Whatsapp sekolah ataupun individu. Audien Open classroom juga melibatkan
semua guru bukan sahaja untuk mata pelajaran berkenaan sahaja.
Cabaran yang kedua ialah sikap segelintir guru yang fobia dan masih sukar untuk
berkongsi kaedah dan cara pengajaran dengan rakan guru walaupun telah dibimbing oleh
SISC/MLT. Untuk mengatasi masalah ini, pair teaching telah diaplikasikan di dalam kelas. Guru
berkenaan diberi kebebasan untuk memilih rakan sendiri untuk berkolaborasi.
IMPAK
Impak amalan terbaik ini dapat dilihat kepada peningkatan kepada beberapa perkara antaranya
ialah peningkatan kepada pencapaian tahap minimum (TP) (Carta 1).
ANALISA PERATUS PENCAPAIAN TP MINIMUM MURID SKHOT 2020
100 75 70 70 75 80
80 70 50 40 55 60 60
60 45 T2 T3 T4 T5 T6
40 Mac November
20
0
T1
Carta 1: Pencapaian Tahap Minimum Gambar Rajah 1: Analisa Pencapaian TP
Susulan daripada program ini, sekolah telah dipilih untuk berkolaborasi bersama Institut
Perguruan Guru Kampus Sultan Abdul Halim untuk Program Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
Bermakna. Jalinan juga telah termetri bersama dengan pihak RCE Penang USM dan Japan
Malaysia Association (JMA) untuk bimbingan kelestarian bakau di sekolah untuk pengajaran
SAINS. Guru-guru telah dilantik sebagai fasilitator untuk membimbing murid sebagai jurucakap
untuk program ini. Secara tidak langsung ia memberi impak yang besar dalam memperkenalkan
sekolah di persada.
Impak seterusnya ialah keyakinan guru untuk meneruskan pelaksanaan program ini ialah
tinggi. Hal ini dapat dilihat daripada analisis kesediaan guru dalam carta 2 di mana 84.4% guru
bersetuju 3D diteruskan.
15.6 0 0
84.4 SETUJU
TIDAK SETUJU
ANALISA PELAKSANAAN 3D HOTs SISC DAN OC DI
SKHOT
Carta 2: Analisa Pelaksanaan 3D
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 11
15 - 17 DISEMBER 2020
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan statistik yang telah diperoleh daripada data pelaksanaan program 3D HOTs ini telah
memberikan impak yang positif terhadap SISC, MLT, GDB dan juga kemenjadian murid di
sekolah. Justeru, pihak sekolah berpendapat bahawa projek ini perlu diteruskan di sekolah dan
dibuat penambahbaikan dalam aspek pengisian nilai dan aktiviti untuk melahirkan warga sekolah
yang mempunyai dan wawasan yang jelas dalam menelusuri tanggungjawab pekerjaan dan
kesedaran peri pentingnya menuntut ilmu
Penambahbaikan yang paling penting ialah memberi ganjaran kepada SISC/MLT dan
semua guru yang telah memberi komitmen secara maksimum dan menjalankan PdP terbaik demi
kemenjadian murid. Selain daripada itu, sekolah akan mengadakan jalinan bersama organisasi
lain secara maksimum untuk membimbing SISC dan MLT melalui bengkel pedagogi, PLC, PAK
21 dan lain-lain lagi.
PENUTUP / KESIMPULAN
Sudah sampai masanya PGB dan pemimpin pertengahan sekolah seperti SISC dan MLT
mengubah cara bekerja daripada Business As Usual (BAU) kepada cara bekerja yang berimpak
tinggi, menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi, meningkatkan keberhasilan dan akauntabiliti
serta menambah baik kaedah pengurusan sekolah. Justeru, amalan terbaik yang 3D HOTs ini
dilihat telah memberi impak yang besar dalam membentuk sikap dan jati guru ke arah
pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini juga mendorong guru untuk
lebih bersedia berkongsi pengalaman pengajaran Bersama-sama rakan guru yang lain. Semua
ini dapat diteruskan dengan menjadi budaya supaya anggapan baik masyarakat terhadap guru
berada di puncaknya. Sokongan padu daripada Rakan Elit Sekolah dan Pegawai DTP Aman
sememangnya tidak boleh dipandang sepi, merekalah yang menjadi pendorong utama untuk
sekolah mencari alternatif menjadikan sekolah ini lebih gemilang pada masa hadapan.
RUJUKAN
Rahimah Haji Ahmad. (2005). Kepengetuaan dan kepemimpinan sekolah: Pembangunan dan
penambahbaikan pengajaran. Jurnal Pemimpin, 5,1-10
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, JNJK, KPM. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2. Pro Dinasti Sdn Bhd
https://www.edutopia.org/article/how-choose-co-teaching-model
https://en.wikipedia.org/wiki/Co-teaching
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 12
15 - 17 DISEMBER 2020
PEMBUDAYAAN PLC : SATU REFLEKSI TERHADAP PELAKSANAAN
PEMBELAJARAN ABAD 21
Zarinah binti Sarban
Zarinahsarban [email protected].
Pengetua, SMK Tunku Sulong
ABSTRAK
Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) adalah untuk melahirkan para
pendidik yang komited supaya dapat bekerja secara kolaboratif dan berterusan serta
berusaha membuat inkuiri dan kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang yang lebih baik
untuk murid-murid. Sementara itu, Pembelajaran Abad 21 (PAK21) merupakan satu proses
pembelajaran berpusatkan murid yang menekankan elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) bagi memenuhi keperluan pendidikan masa kini. Sehubungan dengan itu,
guru-guru perlu mahir melaksanakan dan menerapkan elemen-elemen asas dalam PAK21
seperti elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai-nilai
murni dan etika. Pogram Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di SMK
Tungku Sulong merupakan inisiatif meningkatkan kualiti amalan PdPc guru serta
mengupayakan potensi guru melaksanakan PAK21 dan meningkatkan pencapaian pelajar.
Program Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional PLC di SMKTS dilaksanakan
secara menyeluruh dengan melibatkan semua panitia. Program Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC) berteraskan strategi Reflective Dialogue melalui Video Critiques
seterusnya Deprivatization of Practice melalui Peer Coaching, Lesson Study, Learning
Walks and Teaching Sharing Session dan Collective Focus On Student Learning melalui
Data Analysis Strategy. Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) adalah
untuk menyokong dan memperbaik pencapaian murid dan sekolah selain meningkatkan
profesionalisma guru melalui amalan kolaboratif. Kejayaan amalan ini dapat diukur melalui
bilangan panitia yang menyertai program ini seterusnya berlaku peningkatkan pencapaian
murid dan ketrampilan guru.
Katakunci : Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
PENGENALAN
Amalan baik yang dipraktikkan di sekolah adalah berdasarkan kepada aktiviti PLC. Aktiviti ini
adalah suatu aktiviti yang diambil oleh pihak sekolah bagi mengesan prestasi pelajar didokong
oleh dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan kualiti guru. Guru dan pemimpin sekolah
perlu diberikan latihan peningkatan profesionalisme. Justeru, antara inisiatif yang dilaksanakan
untuk memastikan kelestarian kualiti guru ialah pembudayaan Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC).
Pemilihan PLC sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru di SMK Tunku
Sulong adalah berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju apabila
pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru di SMK Tunku Sulong
dlihat sebagai usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti
pembelajaran profesional di SMK Tunku Sulong merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif antara
pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah telah membawa masuk pihak
berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan
penyampaian kurikulum, serta aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan seperti PPD
dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan
pencapaian pelajar.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 13
15 - 17 DISEMBER 2020
LATAR BELAKANG SEKOLAH
SMK Tunku Sulong diasaskan pada 1 Januari 2001 dan dinamakan Sekolah Menengah Jeniang
(SMJ). Bermula hanya dengan 5 orang guru dan hanya mempunyai 3 kelas, SMJ kemudiannya
menerima seramai 150 orang pelajar (2 aliran Melayu 1 aliran Inggeris) sekolah ini berkembang
pesat menjadi sekolah harian yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Jeniang. Pembukaan
Sekolah Menengah Jeniang telah berjaya menampung lebihan pelajar dari Sekolah Menengah
Sik dan Sekolah Menengah Gurun serta menyelesaikan masalah pengangkutan dengan pelajar
yang tinggai di kawasan pendalaman seperti Mukim Jeneri Sik. Pada peringkat awal penubuhan
SMJ terpaksa menumpang di SK Jeniang, SRJKC dan dewan MPSP Jeniang. Pada tahun 1975
bangunan SMJ siap dibina di Pekan Jeniang. SMK Jeniang mendapat bekalan pelajar dari
beberapa buah sekolah feeder di sekitar Jeniang dan juga dari daerah Sik. Sekolah Feeder
tersebut ialah Sek. Keb. Jeniang (Pusat), Sek. Ren. Jenis Keb. Cina Jeniang, Sek. Keb.
Chemara, Sek. Keb. Kalai, Sek. Keb. Kota Bukit dan Sek. Keb. Padang Cicak.
Pada tahun 1975 SMJ telah ditukar nama kepada SMK Tunku Sulong sempena
mengambil nama salah seorang kerabat diraja Kedah iaitu Tunku Ibrahim atau nama
timangannya Tunku Sulong. Kini SMK Tunku Sulong mempunyai 39 kelas iaitu kelas-kelas
tingkatan 1 hingga 6 yang terdiri daripada sesi pagi dan petang. Pada tahun 2008 satu blok
bangunan 3 tingkat yang mengandungi dewan dan 10 bilik darjah dibina untuk menampung
jumlah pelajar yang semakin bertambah dan mula digunakan pada tahun 2010. Pada tahun 2006
jumlah pekajar di SMK Tunku Sulong ialah 1142 orang pelajar manakala jumlah guru ialah 92
orang serta 14 orang staf sokongan.
Keluasan sekolah adalah 13 ekar (5.26 hektar). Lokasi semasa adalah luar bandar dan
tarikh tubuh pada 1 Januari 1971. Sehingga 2020 SMK Tunku Sulong mempunyai sebanyak 39
kelas. Jumlah pelajar lelaki seramai 508 manakala jumlah pelajar perempuan seramai 550.
Bilangan pelajar beragama Islam seramai 882 orang dan bukan Islam seramai 176. Jumlah
keseluruhan murid 1058.
INOVASI / AMALAN TERBAIK
Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merupakan amalan terbaik di
SMK Tunku Sulong. Pemilihan Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) adalah
sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru di SMK Tunku Sulong. Hal ini kerana
pemantapan Komuniti Pembelajaran Profesional dalam kalangan guru di SMK Tunku Sulong
dlihat sebagai usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Pembudayaan Komuniti
Pembelajaran Profesional di SMK Tunku Sulong merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif antara
pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah telah membawa masuk pihak
berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan
penyampaian kurikulum, serta aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan seperti PPD
dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan
pencapaian pelajar. Hal ini telah dilaksanakan melalui program Open Classroom Peringkat
Daerah pada 9 September 2020 di SMK Tunku Sulong.
Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan
oleh guru di SMK Tunku Sulong, antaranya ialah pengajaran Bersama dengan rakan guru (team
teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja
(buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar
sekolah seperti sekolah feeder dan sekolah TS25 daerah KMY, dan pengajaran secara
kolaboratif (collaborative teaching). Strategi dalam PLC memberi fokus kepada Video Critic
merupakan keutamaan pengajaran secara kolaboratif dalam PdPc guru di SMK Tunku Sulong.
Diharapkan pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dalam kalangan guru SMK
Tunku menjadikan mereka terus komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk
membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid
(DuFour, Eaker, & Many, 2006). Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Professional atau
Professional Learning Community (PLC) disedari perlu berlaku secara kolektif dan bukan secara
individu, supaya berlaku peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran Little & McLaughlin
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 14
15 - 17 DISEMBER 2020
(1993) Bukti menunjukkan pengurusan panitia yang paling berkesan ialah panitia yang
melaksanakan komuniti pembelajaran yang mantap.
Bagi melaksanakan hasrat ini, panitia mata pelajaran di SMK Tunku Sulong telah
melaksanakan PLC melalui strategi Reflective Dialogue bermula dengan strategi “Lesson
Study‟. Pembudayaan PLC terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara
kolaboratif dalam kalangan guru telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam usaha
meningkatkan profesionalisme guru . Selain “Lesson Study‟, strategi-strategi PLC yang lain
seperti Pembimbing Rakan Sebaya (Peer Coaching), Jejak Pembelajaran (Learning Walk) dan
Sesi Perkongsian (Sharing Sessions) juga dilaksanakan.
RASIONAL
Kajian dalam bidang keberkesanan sekolah (school effectiveness) mendapati bahawa
prestasi pelajar dipengaruhi oleh sistem sekolah yang berprestasi tinggi yang didokong oleh dua
komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan kualiti guru. Guru dan pemimpin sekolah perlu
diberikan latihan peningkatan profesionalisme. Justeru, antara inisiatif yang dilaksanakan untuk
memastikan kelestarian kualiti guru ialah pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional
(PLC). Antara rasional pelaksanaan Pembudayaan Professional Learning Community (PLC)
ialah:
1. Melahirkan guru yang berkualiti;
2. Menjadikan PdPc lebih bermakna;
3. Melahirkan murid yang kreatif dan aktif; dan
4. Menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan.
STRATEGI PELAKSANAAN
Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) berteraskan strategi Reflective
Dialogue melalui Video Critiques seterusnya Deprivatization of Practice melalui Peer Coaching,
Lesson Study, Learning Walks and Teaching Sharing Session dan Collective Focus On Student
Learning melalui Data Analysis Strategy. Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional
(PLC) adalah untuk menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah selain
meningkatkan profesionalisma guru melalui amalan kolaboratif. Kejayaan amalan ini dapat diukur
melalui bilangan panitia yang menyertai program ini seterusnya berlaku peningkatan pencapaian
murid dan ketrampilan guru.
TEMPOH / MASA PELAKSANAAN
Pelaksanaan program secara berfasa iaitu fasa pertama (Jan-Mac) Fasa 2 (April-Ogos) Fasa
ketiga (September-November) walaupun terkesan dengan pandemik Covid-19. Gerakan
meneruskan program dibuat setelah penjadualan semula (Program PLC Norma Baharu ).
CABARAN / KAEDAH PELAKSANAAN
A) Pandemik Covid 19
Pematuhan SOP sempena Norma baru membataskan pergerakan pelajar serta
pelaksanaan aktiviti berpaksikan PAK 21.
B) Sikap guru
Pemerhatian pihak pentadbir melalui Learning Walk mendapati guru-guru masih
mengamalkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) cara konvensional iaitu
berpusatkan guru. Guru masih mengemari amalan tradisi chalk and talk. Sewaktu PdPc
berlangsung, pelajar-pelajar tidak menunjukkan minat terhadap pembelajaran dan
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 15
15 - 17 DISEMBER 2020
pemudahcaraan (PdPc) guru malahan ada pelajar tidur dan bermain-main sementara
guru hanya mampu menegur pelajar. Maklum balas daripada guru pula menyatakan guru
tiada idea dan kurang mahir melaksanakan aktiviti PAK21 yang berpusatkan murid. Murid
sebagai pembelajar aktif tidak berlaku di bilik darjah. Murid bosan kerana pembelajaran
tidak menarik menyebabkan mereka mengantuk. Murid bosan apabila guru bercakap di
depan kelas dan meminta murid menyalin nota.
KEJAYAAN PROGRAM PLC PELAKSANAAN PLC
DI SMKTS
120
(% PENYERTAAN PANITIA)
100
Axis Title 80
60
40
20
0 2016 2017 2018 2019 2020
40 60 75 90 100
PERATUS PENYERTAAN
PANITIA Axis Title
Column1
Column2
Gambar Rajah 1: Penyertaan Ahli Dalam Panitia dalam aktiviti PLC
Berdasarkan Jadual1, didapati jumlah penglibatan panitia dalam aktiviti PLC bertambah iaitu
pada tahun 2016 jumlah penglibatan panitia hanya 40 0rang sahaja. Pada tahun 2020, berlaku
peningkatan penglibatan aktiviti PLC dalam panitia dengan jumlah penyertaan seramai 100
orang.
PELAKSANAAN PLC
DI SMKTS
(BIL PENYERTAAN PANITIA)
2016 2017 2018 6
14
8
12 9
Gambar Rajah 2: Penglibatan Panitia Mata Pelajaran dan Aktiviti PLC
Merujuk kepada gambar rajah 2, penglibatan panitia mata pelajaran dalam aktiviti PLC dari tahun
2016 hingga tahun 2020 menunjukkan perubahan positif iaitu daripada enam panitia kepada 14
panitia.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 16
15 - 17 DISEMBER 2020
IMPAK
i. KEPUTUSAN PERCUBAAN SPM 2020
Jadual 1
Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2020
Jadual 1 menunjukkan prestasi pencapaian percubaan SPM 2020 bagi sekolah Tunku Sulong.
Pencapaian layak sijil ialah 90.64 peratus. Tiada murid yang gagal semua mata pelajaran.
ii. PRESTASI PBD
Gambar Rajah 1: Pencapaian PBD
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 17
15 - 17 DISEMBER 2020
I. PAJSK
PERBEZAAN GRED PAJSK 2019 2020
TAHUN 2019 DAN 2020 A 25 45
B 176 281
800 736280 C 732 680
600 D 70 2
E2 0
400 281 2019
176 2020
200 2545 70 2 2 0
0
ABCDE
Gambar Rajah 2: Gred Pencapaian PAJSK
ii. KOKURIKULUM
GPS 2019 2020
KOKURIKULUM 2.85 2.63
Gambar Rajah 3, Kejayaan Kokurikulum Page 18
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY
15 - 17 DISEMBER 2020
SEGAK
2019 2020
4.95
SUSUT BERAT BADAN 6.56 45.47
9.68
BERAT BADAN NORMAL 66.39 8.11
BERLEBIHAN BERAT BADAN 13.84
OBES 10.09
Gambar Rajah 4: Prestasi segak
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Memantapkan lagi jaringan dan kolaborasi dengan sekolah berhampiran, sekolah feeder
dan sekolah TS25 agar pembudayaan PLC dikongsi Bersama-sama.
2. Membina dan memantapkan hebahan maklumat secara maya agar pembudayaan PLC
lebih meluas dan menarik.
3. Memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada panitia mata pelajaran yang berjaya
mengekalkan pembudayaan Profesional Learning Comunity (PLC).
4. Memantapkan pengurusan PBD sebagai elemen pembudayaan PLC.
PENUTUP
Pembudayaan PLC menjadikan amalan kolaboratif dalam kalangan guru untuk
bekerjasama meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dan murid serta penambahbaikan
kemahiran dan pengetahuan berkenaan pembelajaran dan pengajaran. Guru-guru di SMK Tunku
Sulong lebih memberikan tumpuan kepada pembelajaran murid dengan komitmen diberikan oleh
guru-guru dalam proses peningkatan kualiti hasil pembelajaran dan pengajaran murid. Guru-guru
di SMK Tunku Sulong juga memahami peranan sebagai guru untuk memberi perkhidmatan
terbaik kepada murid-murid. Budaya kolaboratif berdasarkan usaha secara kolaboratif
khususnya guru berkongsi tanggung jawab dan bekerja dalam satu pasukan untuk meningkatkan
pembelajaran murid adalah bukti pembudayaan PLC (Reichsetter (2006), Stoll et al (2005).
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 19
15 - 17 DISEMBER 2020
RUJUKAN
DuFour, Richard &Eaker, Robert (1998). Professional learning communities at work: Best
practices for enhancing student achievement.1st ed. Solution Tree.
Fullan, Michael (2008). What‟s Worth Fighting For in the Principalship.2ndedition.New York:
Teachers College Press
DuFour, R., Eaker, R., & Many (2006). Learning by doing: A handbook for professional learning
communities at work.New York: Teachers College Press
Kruse, S., Louis, K., &Bryk, A. (1994). Building professional community in schools. Madison,
WI: Center on Organization and Restructuring Schools.
Little, Judith Warren & McLaughlin, Milbrey (1993). Teachers‟ work: Individuals,
colleagues, and contexts. New York: Teachers College Press
Newmann, Fred &Wehlage, Gary (1995). Successful school restructuring. Madison: Center on
Organization and Restructuring of Schools, University of Wisconsin
Paideia Consulting Group, Inc. (1990). Canada
Rosenholtz, Susan (1989). Teachers‟ workplace: The social organization of schools. New
York: Longman
Darling-Hammond, L., & McLaughlin, M.W. (1995). Policies that support professional
development in an era of reform. Phi Delta Kappan, 76(8), 597-604.
Fernandez, C., & Yoshida, M. (2004). Lesson Study: A Japanese Approach to Improving
Mathematics Teaching and Learning. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Guskey, T.R. (1997). Research needs to link professional development and student learning.
Journal of Staff Development, 18(2), 36-40.
Hawley, W.D., & Valli, L. (1999). The essentials of effective professional development: A new
consensus. In L. Darling-Hammond & G. Sykes (Eds.), Teaching as the learning
profession: Handbook of policy and practice. San Francisco: Jossey-Bass Publishers,
127-150.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 20
15 - 17 DISEMBER 2020
GABUNGAN KAEDAH PEBELAJARAN DALAM MENJAYAKAN PdPR
Syukriyah binti Wahid
[email protected]
SK Dataran Muda
Abstrak
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan operasi pelbagai sektor terjejas dan
diarah tutup, termasuk sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT). Berikutan itu, proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah dikendalikan secara maya melalui sistem
e-pembelajaran. Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) adalah alternatif norma
baharu. PdPR ialah PdPc yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-
mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian atau luar talian off-
site dengan berstruktur dan terancang. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir
ke sekolah dalam tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab
lain dengan kelulusan pendaftar negeri. PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau
luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan dengan
menggunakan satu daripada kaedah tersebut atau gabungan kaedah mengikut
kesesuaian. PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian internet dan
penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara “real time”. PdPR secara luar
talian berlaku apabila murid, menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet
atau telefon pintar tanpa capaian internet. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid
belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain, manakala pembelajaran
secara “off-site” ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti,
atau di mana-mana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat
bencana atau wabak.
Kata kunci : alternatif norma baharu, lokasi bersesuaian, gabungan kaedah mengikut
kesesuaian,
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) menggariskan setiap murid
mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan
masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan meskipun
mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di rumah
dibangunkan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah
(PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Manual yang disediakan juga sebagai
rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai pendidikan daerah, (PPD), dan Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
PdPR perlu dirancang mengikut keupayaan murid dan kesediaan sumber yang ada. Guru
berperanan melaksanakan aktiviti seperti menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan
(RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim
persekolahan yang berkuat kuasa, merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan
jadual waktu PdPR supaya
Kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum, menentukan kaedah
penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada
pada murid, menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah
PdPR yang digunakan, memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh guru,
menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk
menentukan pencapaian murid, mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk
menyokong pembelajaran murid di rumah, dan merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan
kaedah yang bersesuaian.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 21
15 - 17 DISEMBER 2020
OBJEKTIF GABUNGAN KAEDAH PEMBELAJARAN
a) membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum;
b) murid dapat mengikuti pembelajaran walaupun tidak hadir ke sekolah; dan
c) mengaplikasi penggunaan Google Classroom (DELIMa) dan lain-lain platform alam
maya.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah adalah nama asal Sekolah Kebangsaan Dataran
Muda yang telah ditubuhkan pada tahun 1950. Setelah pihak Kementerian Pelajaran mengambil
alih, pihak pentadbiran sekolah telah menukar nama sekolah tersebut. Pemilihan nama baru
sekolah bertujuan memotivasikan semua warga sekolah agar sentiasa bersemangat muda dan
ceria sepanjang berbakti di sekolah tersebut.
Bermula dengan bangunan yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan rumbia kerana
ketiadaan peruntukan wang. Bangunan tersebut dibina di dalam kawasan ladang getah oleh
pihak ladang Lubuk Kawah khusus untuk anak-anak pekerja ladang getah Lubuk Kawah.
Keluasan asal sekolah ini ialah 30 kaki x 17 kaki sahaja dengan dikelilingi pokok getah. Pada
awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat seorang guru iaitu Encik Rejab bin Othman dan dua
buah kelas iaitu darjah 1 dan 2 dengan jumlah murid seramai 42 orang. Peralatan sekolah terdiri
daripada 20 buah meja dan 20 buah kerusi murid, sebuah meja dan kerusi guru dan sebuah
almari untuk menyimpan buku dan keperluan guru dan murid.
Pada tahun 1952, sebuah bangunan baharu dibina untuk empat bilik darjah yang
diperbuat daripada kayu, dan beratapkan daun rumbia. Dalam tahun 1969 sebuah bangunan
baharu dibina di atas tapak baharu yang lebih luas lengkap dengan padang permainan ekoran
daripada pertambahan bilangan murid. Bangunan baru ini diperbuat dari batu dan separuh papan
serta berbumbung asbestos. Bangunan baharu ini lebih kukuh dan selesa untuk kegunaan para
murid dan guru. Bagaimanapun, hanya pada tahun 1993 suka ini mula mendapat bekalan air
paip, elektrik dan tandas pam. Sebelum itu warga sekolah menggunakan sumber air perigi,
tandas curah dan bekalan elektrik dari ladang getah. Pada tahun 2004 Sekolah Kebangsaan
Dataran Muda telah menerima sebuah bangunan makmal komputer untuk kemudahan guru dan
pelajar dalam mendedahkan Information And Communication Technology (ICT). Sehingga kini,
terdapat 16 orang guru dan 170 murid termasuk 20 orang murid prasekolah.
Gambar 1: Sekolah Kebangsaan Dataran Muda Page 22
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY
15 - 17 DISEMBER 2020
INOVASI / AMALAN TERBAIK
Inovasi dan Amalan Terbaik yang ingin dikongsikan bersama adalah gabungan kaedah
pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian, luar talian dan off-site dalam menjayakan
Pengajaran dan Pembelajaran di rumah sepanjang PKP.
1. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah dalam talian, guru-guru telah
menggunakan aplikasi Google Classroom apabila semua guru dan murid telah diedarkan
dengan ID dan kata laluan DELIMa. Selain itu aplikasi dalam talian yang paling popluar
ialah penggunaan aplikasi Whatsapp, Video Call dan Voice Note.
2. Kaedah kedua ialah luar talian iaitu penggunaan modul yang dbina oleh semua guru mata
pelajaran, buku teks, lembaran kerja dan buku aktiviti.
3. Kaedah atau pendekatan pembelajaran yang ketiga ialah off-site. Off-Site ini adalah inisiatif
komuniti, ibu bapa dan murid sendiri di mana murid belajar bersama-sama dalam bilangan
yang kecil di pusat komuniti atau di rumah rakan sekelas mereka bagi mendapatkan
capaian internet yang lebih baik.
RASIONAL
i. Pelaksanaan gabungan kaedah pembelajaran ini bagi memastikan sesi pembelajaran
diteruskan sepanjang tempoh PKP kerana arahan penutupan akibat penularan pandemik
covid 19.
ii. Mengelak murid daripada keciciran dalam pembelajaran dan melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah. Kaedah ini sangat bagus, apatah lagi dalam keadaan murid tidak boleh hadir ke
sekolah. Murid dan guru hanya perlu berinteraksi dari rumah dan pengajaran serta
pemudahcaraan (PdPc) tetap berjalan mengikut silibus ditetapkan KPM.
STRATEGI PELAKSANAAN
Kaedah yang digunakan merangkumi gabungan beberapa kaedah pembelajaran yang
disarankan dalam Manual Pengajaran dan Pembelajaran di rumah iaitu :
I. PdPc Dalam Talian
Para guru menyediakan perancangan pengajaran secara maya. Lokasi pengajaran
adalah secara jarak jauh kerana para guru dan murid-murid beraktiviti dalam
pengajaran secara maya. Situasi pengajarannya hampir sama seperti di bilik darjah,
tetapi para guru menggunakan kreativiti melalui talian dengan menggunakan
pelbagai tools yang interaktif bagi menarik minat murid-murid untuk belajar. Hasil
daripada pengamatan para guru didapati murid-murid aktif semasa sesi pengajaran
kefana mereka lebih mudah berinteraksi berbanding secara bersemuka.
ii. Pengajaran Luar Talian
Pengajaran secara luar talian lebih berfokus kepada penggunaan modul pengajaran
secara berfokus dan memenuhi keperluan murid-murid. Modul yang disediakan oleh
para guru berbentuk topical dan disediakan mengikut tahap kebolehan murid-murid.
Oleh yang demikian, prestasi pelajar dapat dipantau dengan lebih mudah bagi tujuan
pengayaan atau pemulihan
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 23
15 - 17 DISEMBER 2020
iii. Pengajaran secara OFF Site
Pengajaran secara off site merupakan pengajaran kendiri pelajar melibatkan peranan
komuniti setempat. Para guru akan menyediakan bahan pengajaran untuk diagihkan
kepada para pelajar untuk mereka melakukan pembelajaran kendiri secara
berkelompok mengikut lokasi masing-masing. Peranan komuniti adalah untuk
menyediakan tempat dan membuat pengawasan sepanjang pembelajaran berlaku.
Hasil kerja pelajar akan dihantar kepada guru untuk semakan.
CABARAN
Terdapat bebapa cabaran sepanjang proses pengjaran ini dilaksanakan iaitu:
i. Murid lewat masuk kelas online secara menyeluruh semasa PdPR ini dilaksanakan
ii. Kehadiran kelas yang tidak memuaskan dan sukar di kesan
iii. Perkongsian gajet/telefon pintar dan capaian internet yang terhad
iv. serta tiada liputan internet.
KAEDAH PENYELESAIAN
i. pihak sekolah telah mengubah suai jadual waktu PdPR dari bermula jam 8.00 pagi
kepada 9.00 pagi
ii. Guru memberi kelonggaran kepada waris untuk mengisi kehadiran anak sehingga jam
6.00 petang memandangkan ada ibu bapa yang bekerja
iii. Guru ICT dan guru kelas membantu mencalonkan murid B40 untuk mendapatkan telefon
dan data percuma daripada YTL Foundation.
iv. Guru juga telah meminimumkan saiz bahan yang diberikan. Melebihkan banyak bahan
berbentuk gambar. Jika ada keperluan berkongsikan video, guru hanya memasukkan
bahagian video yang penting dan relevan sahaja.
v. Guru-guru telah diminta oleh guru besar untuk melaksanakan kelas segerak (kelas
secara langsung) pada waktu antara 8.00 pagi hingga 6.00 petang apabila semua
perkhidmatan telco diberikan data internet 1GB secara percuma.
vi. Bagi murid yang ada gajet tetapi penerimaan liputan internet adalah rendah, guru akan
menghantar maklumat dan rumusan isi pengajaran dalam bentuk teks
vii. Guru mata pelajaran turut memberikan bahan dalam bentuk lembaran kerja, gambar,
penggunaan modul, buku teks dan buku aktiviti dalam kumpulan kelas masing-masing.
IMPAK
Hasil daripada gabungan kaedah pembelajaran yang dipraktikkan:
i. Murid-murid dapat mengikuti pembelajaran sacara lebih efektif
ii. Guru-guru berjaya menghabiskan sukatan pelajaran mengikut DSKP Penjajaran yang
telah ditetapkan.
iii. Murid celik IT dan mahir dalam penggunaan beberapa media alam maya, mampu
menghasilkan video sendiri untuk tujuan pembentangan dan projek, berani menonjolkan
diri dalam pembentangan dan memberi pandangan. Daftar masuk Google Classroom
juga meningkat disebabkan murid mempunyai gajet sendiri dan data percuma.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 24
15 - 17 DISEMBER 2020
PENUTUP
Pada awalnya ramai ibu bapa dan murid tidak bersedia atas pelbagai sebab dan kekangan untuk
mengikuti kelas PdPR. Silibus terkini sangat banyak, padat dan banyak juga merupakan
keriasauan. Ketinggalan PdPc pada tahun ini bermaksud tahun hadapan akan lebih banyak
tertinggal. Pengajaran dan Pembelajaran tidak boleh ditangguhkan kerana ia akan menyebabkan
murid keciciran dalam pembelajaran. Ibu bapa juga tidak terkecuali memainkan peranan penting
dalam menyokong pembelajaran anak dengan menyediakan kemudahan asas untuk mereka
belajar di rumah seperti talian internet, komputer atau telefon pintar dan ruang pembelajaran
selesa. Di samping kemudahan fizikal, ibu bapa juga memainkan peranan sebagai pemudahcara
dan membantu anak mengurus aktiviti pembelajaran mereka, sama ada secara dalam talian atau
kendiri. PdPR ini dapat dilakukan dengan jayanya hasil kerjasama ibu bapa yang sangat prihatin
dengan pendidikan anak-anak mereka. Terdapat pelbagai inisiatif yang disediakan oleh pihak
Kmenerian Pendidikan iaitu Google Classroom yang diaplikasikan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian. Pendekatan ini telah diguna pakai oleh guru di Malaysia dalam e-
pembelajaran ketika PKP. Justeru, seperti yang tertulis dalam lirik lagu ‘Kami Guru Malaysia’,
amanah yang diberi kami tak persiakan, apa yang kami janji tunai tetap kami tunaikan dapat
direalisasikan dengan sempurna.
RUJUKAN
PdP KPM. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.
https://www.moe.gov.my
Amirul Asraf. (2020, April 5). “Perkasakan Pembelajaran Secara Online & Atas Talian –
Cadangan Guru Buat KPM. https://ohbulan.com/perkasakan-pembelajaran-secara-online-atas-
talian-cadangan-guru-buat-kpm
Prof Madya Dr Mahizer Hamzah dan Anuar Ahmad. (2020). “Sedia hadapi kelas maya sesuai
normal baharu”.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/679003/sedia-hadapi-kelas-maya-sesuai-
normal-baharu
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 25
15 - 17 DISEMBER 2020
PENGGUNAAN MODUL BAHASA MELAYU SECARA TERANCANG DALAM
PROSES PDP DAN PDPR
Shahiza bt Ismail
SK Bandar Laguna Merbok
Abstrak
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek teras dalam mata pelajaran
KSSR sekolah rendah. Subjek ini sering dikatakan mudah kerana bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi negara kita. Namun begitu, ramai murid masih keliru dalam
penggunaan kata yang tepat mengikut hukum bahasa dalam morfologi dan sintaksis.
Objektif saya menggunakan modul dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
mengukuhkan penguasaan dan kemahiran murid dalam mencapai objektif mengikut
standard kandungan dan standard pembelajaran serta membantu guru menjalankan aktiviti
PdPc secara terancang dan sistematik serta menyelaraskan isi kandungan yang
disampaikan terutama bagi sekolah yang melibatkan ramai murid dan guru. Murid-murid
yang menjadi sasaran saya ialah murid tahap dua, iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 kerana
pada tahap ini murid telah memahami tentang proses penilaian dan pengukuran dijalankan
berdasarkan hasil kerja yang dibuat oleh mereka. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu
dan berkumpulan. Penyelidik seperti Heinich et al.(2002) telah menyediakan satu model
panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan
media. Menurut Karsono (1993), penghasilan modul yang terancang, sistematik dan cara
digunakan oleh guru masih menjadi perkara yang terpenting dalam menjadikan sesuatu
program PdPc atau pembelajaran jarak jauh (pdPR) sebagai satu program yang efektif.
Fokus utama pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul adalah bagi
memudahkan pemahaman murid dalam penguasaan menjawab kertas satu dan kertas dua
dengan teknik dan kaedah yang tepat dan mudah. Pengggunaan modul ini telah
dipraktikkan sejak 2014 bermula di SK St. Theresa. Pada tahun 2015 seramai 23 daripada
24 murid mendapat A dalam penulisan, dan dalam jumlah itu murid India seramai 23 orang,
murid Melayu seorang sahaja. Sejak itu saya terus membina modul setiap tahun hingga
kini. Untuk kertas satu saya fokus tentang aspek tatabahasa dan pemahaman manakala
kertas dua saya fokus kepada pembinaan ayat yang lengkap dengan keterangan dan
menguasai format mengikut jenis karangan. Impak daripada penggunaan modul ini juga,
banyak sekolah di negeri Kedah dan beberapa negeri lain telah menggunakan modul saya.
Guru-guru serta murid-murid telah mendapat penerangan penggunaan modul yang jelas
melalui teknik menjawab yang saya buat secara bersemuka atau dalam talian.
Kata Kunci : Murid dapat dibiasakan dengan penggunaan kata yang betul, membezakan subjek
dan predikat, penulisan karangan yang berisi mantap dan berformat lengkap serta pencapaian
cemerlang dalam bahasa Melayu.
PENGENALAN
Dua jenis Modul Bahasa Melayu ini disusun dengan jelas dan teratur untuk membolehkan murid-
murid memahami tentang kaedah mudah faham dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Modul
ini memberikan pendedahan tentang teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada
guru dan murid dalam aspek kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Kemahiran bahasa Melayu turut dilengkapi dengan pengaplikasian
pendekatan pembelajaran bahasa yang merangkumi pemusatan murid dan bahan. Tajuk
pembelajaran seperti yang berikut :
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 26
15 - 17 DISEMBER 2020
1. Mengenal Sistem Bahasa (Morfologi)
2. Mengenal Sintaksis (Ayat)
3. Pemahaman lengkap (melihat rubrik)
4. Apa itu subjek? Apa itu predikat ? (bezakan)
5. Ini Tersurat, Itu Tersirat (penanda wacana dan kata hubung)
6. Formatku tetap, 5 Wives 1 Husband.(isi teratur dan lengkap)
OBJEKTIF
Dalam pemerhatian guru serta hasil dapatan markah murid didapati:
II. Terdapat murid yang menghadapi masalah untuk menulis kerana kekurangan idea,
murid kurang berminat untuk mengarang dan murid salah tafsir maksud soalan.
Setelah menggunakan modul, murid dapat menggunakan kaedah yang mudah dan
memantapkan pemahaman mereka.
III. Dalam aspek tatabahasa pulak, membolehkan murid menerangkan hukum
tatabahasa mengikut jenis, bukan menyatakan ayat tersebut betul kerana sedap
apabila dibaca.
RASIONAL PENGGUNAAN MODUL DALAM PDP DAN PDPR
I. Mengikut tema buku teks.
II. Modul ini sangat mudah digunakan, pengasingan mengikut jenis kertas.
III. Modul boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar kerana mempunyai nota dan grafik
serta bahan lanjutan sebagai kerja rumah.
IV. Modul boleh dijadikan bahan rujukan kepada guru dan ibu bapa kerana nota
penerangan yang lengkap dalam soalan UPSR
V. Modul boleh dijadikan bahan bantu dalam kelas tambahan dan tuisyen.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok mula dibuka pada Januari 2014. Bangunan ini
didirikan oleh Tajar Construction di atas lot 3229, dengan keluasan tanah seluas 6 ekar ini siap
sepenuhnya pada tanggal 16 Oktober 2012 dengan kos perbelanjaan sebanyak
RM20,226,666.00. Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh Encik Abdul Aziz Bin Haji
Ashaari, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Pelajaran,
Kementerian Pendidikan Malaysia pada 12 September 2013.
Nama Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok adalah bersempena dengan lokasinya di
dalam Kawasan perumahan Bandar Laguna Merbok. Sekolah ini dibuka untuk sesi persekolahan
2014, dan menerima murid sulungnya seramai 411 orang murid, 50 orang murid prasekolah dan
31 orang guru. Encik Ghazali Bin Said, selaku “caretaker” telah dilantik sebagai guru besar.
Sekolah ini mempunyai 13 buah kelas dari tahun 1 hingga 5 dan dua kelas pra sekolah, sesi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini telah berjalan dengan lancar di samping
pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan juga koakademik. Murid-murid yang berpindah ke sekolah
ini terdiri dari sekolah sekitar seperti Sekolah Kebangsaan Tasek Apong, Sekolah Kebangsaan
Sungai Layar, Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al-Jafri, Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sekolah
Kebangsaan Taman Ria, Sekolah Kebangsaan Convent dan Sekolah Kebangsaan Saint
Theresa. Pada 22 April 2018, nama Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok telah ditukar kepada
Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok dan telah mendapat kelulusan daripada Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 27
15 - 17 DISEMBER 2020
STRATEGI PELAKSANAAN
Modul ini digunakan oleh murid tahap dua iaitu tahun empat, tahun lima dan tahun enam
mengikut standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan dalam DSKP Bahasa
Melayu sekolah rendah. Penggunaan modul ini telah dilaksanakan sejak tahun 2014 bermula di
SK St. Theresa, SK Ibrahim dan SK Bandar Laguna Merbok dengan tujuan untuk memantapkan
pemahaman murid dan mereka dapat menjawab dengan teknik yang betul.
I. KEMAHIRAN BERTUTUR
Murid–murid perlu menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakan konteks
penggunaan bahasa yang sebenarnya. Murid didedahkan dengan pelbagai situasi fomal
dan tidak formal dalam PdPc. Murid dapat menggunakan pelbagai strategi komunikasi
yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan begini dapat melatih murid
berfikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa bagi menyampaikan mesej
mereka dengan lebih berkesan. Contohnya, apabila mereka menyebut sesuatu dialog
atau karangan lisan seperti di bawah:
Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter mana?
Kakitangan Pos : Cik, umur saya baru 30 tahun, kenapa panggil saya pak cik?
Dialog di atas menunjukkan salah pemilihan kata ganti nama diri, atau kata panggilan
yang sesuai. Dalam modul ini, terdapat beberapa contoh dialog yang membabitkan
bahasa istana dan bahasa klasik. Tanpa latihan daripada guru-guru, murid tidak akan
menguasai kemahiran berbahasa.
II. KEMAHIRAN MEMBACA.
Kemahiran Membaca dan memahami saling-melengkapi. Semua harus bermula daripada
yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya, murid-murid dapat menguasai kemahiran
membaca senyap dan memahami apa-apa yang dibaca serta dapat menjawab soalan
pemahaman dengan betul dan memberikan pendapat berdasarkan pengalaman sendiri
(KBAT)
III. KEMAHIRAN MENULIS
Murid-murid dapat dilatih untuk melahirkan idea dan mengembangkan idea mereka
sendiri. Selain dapat melatih murid membentuk pemerengganan yang betul, murid juga
dilatih menggunakan format karangan yang tepat berdasarkan sesuatu jenis karangan
tertentu.
IV. KAEDAH PENGAJARAN TATABAHASA
Murid-murid didedahkan kepada jenis sistem bahasa. Murid diperkenalkan dengan
hukum-hukum tatabahasa. Guru memberikan penerangan kepada murid tentang hukum
tatabahasa diikuti contoh. Murid juga dibekalkan nota lengkap dan contoh soalan yang
untuk dijawab. Murid dibekalkan dua bentuk soalan , iaitu soalan aneka pilihan dan soalan
subjektif. Contoh, dalam tajuk Kata Penguat, murid dibekalkan nota lengkap tentang kata
penguat, diikuti soalan aneka pilihan dan soalan subjektif. Setelah mendengar
penerangan daripada guru dan faham tentang hukum-hukum tersebut, murid pasti dapat
menjawab sendiri secara individu atau semasa belajar berkumpulan. Oleh itu, tiada
masalah untuk murid menjawab semasa PKP yang berlangsung pada bulan Mac hingga
bulan Mei yang lalu, sehingga berlanjutan hingga kini.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 28
15 - 17 DISEMBER 2020
V. PENULISAN
Aspek memindahkan maklumat atau membina ayat amat berkesan dalam aspek
penulisan. Perkara pertama yang ditekankan adalah untuk memahami arahan. Selain itu,
murid-murid dapat menjelaskan bahagian subjek dan bahagian predikat dengan jelas
serta keperluan huraian untuk mendapat markah yang baik. Semasa pemerhatian di
dalam kelas terdapat murid menjelaskan markah untuk kawan mereka, setelah faham
penskoran analitik dan holistik. Untuk bahagian melengkapkan ulasan ini, murid dapat
menyambung isi tersurat dengan isi tersirat yang diberi menggunakan kata hubung.
Kesimpulannya pada bahagian ini, seseorang murid yang dapat menulis ulasan yang
lengkap akan faham penanda wacana, kata bantu dan kata hubung yang sesuai. Dalam
modul tersebut juga diterangkan petua dan teknik menjawab berdasarkan arahan dan
bentuk bahan rangsangan. Perkara ini juga menjadi aspek utama diperjelaskan kepada
murid agar tidak tersilap menulis ulasan.
Dalam penulisan karangan pula, saya masukkan kata kunci dan contoh karangan untuk
diteliti oleh murid. Aspek ini sangat penting untuk memudahkan murid supaya dapat
menulis dan berasa mudah untuk menulis. Pada bahagian ini juga, saya pentingkan murid
memahami arahan atau soalan. Setelah memahami soalan, murid dapat menerangkan
langkah-langkah yang perlu dibuat. Saya gunakan konsep 5 WIVES 1 HUSBAND. APA,
SIAPA, BILA , DI MANA, MENGAPA DAN BAGAIMANA. Untuk memahami format
sesuatu karangan pula, saya juga sediakan kata kunci untuk mengingati format dengan
mudah. Saya buatkan kata kunci format karangan dalam bentuk Akronim, contohnya
Laporan – ingat 3T, Berita – ingat TKTS, Surat – ingat MATS. Banyak maklum balas
daripada pemerhatian dan jawaban murid yang amat membanggakan setelah murid
faham.
VI. MENETAPKAN TEMPOH MASA
Target penggunaan modul sehingga selesai adalah dari bulan Januari hingga bulan April,
selepas itu saya akan membuat latih tubi latihan menggunakan lembaran daripada buku
latihan untuk menguji kefahaman mereka. Selalunya mereka telah menguasai 100%
setiap petua dan hukum-hukum yang telah dipelajari sebelum ini.
CONTOH - CONTOH BERGAMBAR AKTIVITI PDPR
Link you tube , yang dibuat bagi membantu murid dan guru untuk belajar semasa dpd
atau pdPR
https://www.youtube.com/watch?v=260yb9fH6So
https://www.youtube.com/watch?v=Fid7fuOZY6A&t=4s
https://www.youtube.com/watch?v=y-NSN3fyRtg
Gambar 1, Link yang digunakan oleh murid-murid
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 29
15 - 17 DISEMBER 2020
GRAFIK MODUL BAHASA MELAYU DALAM PDP dan PDPR
A. BAHAGIAN TATABAHASA
Contoh :
Nota
tatabahasa
dalam
bentuk ringkas
dan mudah
difahami.
Gambar Rajah 1: Modul Bahasa Melayu
B. MEMBINA LIMA AYAT
Contoh :
Bahagian bina lima ayat.
Murid-murid dapat membezakan
antara subjek dan predikat.
Gambar Rajah 2: Modul Membina Ayat Page 30
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY
15 - 17 DISEMBER 2020
C. MEMBINA ULASAN Contoh :
Penggunaan peta
Gambar Rajah 3: Peta Pelbagai Alir
D. MENULIS KARANGAN i-Think
dalam rangka
ulasan. Daripada
rangka murid boleh
menulis satu
ulasan lengkap.
Gambar Rajah 4: Format Laporan Contoh :
Rangka
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY karangan
15 - 17 DISEMBER 2020 dengan
kata kunci
yang
lengkap.
Page 31
CABARAN
Dalam melaksanakan penggunaan modul ini, terdapat juga cabaran yang dilalui, antaranya
beberapa orang murid yang terlupa. Oleh itu, mereka diminta merujuk modul untuk membaca
nota dan melihat hukum-hukum bahasa. Pada saya, tiada cabaran besar yang perlu saya hadapi
ketika menggunakan modul ini, semua murid lebih suka kerana mereka nampak jelas langkah-
langkah untuk pemahaman mereka.
IMPAK
Berdasarkan penggunaan modul ini selama beberapa tahun, saya bersemangat untuk terus
membantu murid dan guru dalam PdPc. Saya terus menyediakan modul lengkap pada setiap
awal tahun. Bagi rakan-rakan guru yang menggunakan modul saya semasa di dalam kelas
mereka, saya akan cuba membantu dengan memberi penerangan tentang penggunaan secara
berkesan. Mereka telah memberi maklum balas pencapaian positif anak-anak didik mereka.
Syukur, banyak sekolah terus memesan modul saya setiap tahun. Pada tahun ini pula, keadaan
Covid-19 yang melanda negara, dan menyebabkan murid-murid tidak dapat ke sekolah kerana
PKP, PKPB, begitu jelas akan menjawab latihan di dalam modul di rumah, dan saya akan
berbincang menggunakan medium Google meet Bersama-sama murid sambil merujuk modul
mereka. Keadaan ini amat jelas daripada data yang dihasilkan oleh Guru Besar sekolah saya
iaitu Encik Mohamad Fadzieli bin Samat, tentang pilihan ibu bapa yang lebih suka penggunaan
modul dalam PdPR berbanding medium yang lain.
RUMUSAN
Gambar Rajah 5: Dapatan Kaedah Pengajaran Yang Sesuai
Berdasarkan kepada penyoalan yang dikemukakan kepada para waris dan murid-murid,
dapatannya seperti jadual berikut:
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 32
15 - 17 DISEMBER 2020
Jadual 1: Dapatan
Dapatan dan Analisis 18.6 %
18.9 %
Medium PIlihan 39.0 %
PdPc dalam talian
PdPc dalam talian dan luar talian
penggunaan modul / buku kerja / buku teks
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kesan daripada penggunaan modul ini, murid telah menunjukkan minat terhadap penggunaan
modul. Oleh itu, saya akan cuba mencari idea untuk menghasilkan modul yang lebih banyak
grafik menarik untuk lebih menarik perhatian murid dan mudah difahami. Saya akan cuba
lengkapkan nota-nota secara lebih ringkas dan mudah difahami. Sebelum ini, daya penarik saya
tumpukan kepada kulit modul, memang ramai yang memberi maklum balas - suka. Penggunaan
You Tube, Google Meet, Google Classroom secara terancang dengan menggunakan modul akan
dikemas kini dari semasa ke semasa.
KESIMPULAN
Kejayaan murid-murid tahun enam merupakan satu yang kesan yang positif kepada guru-guru
dan murid di sekolah. Saya juga amat berterima kasih kepada guru besar, para penolong kanan,
guru Bahasa Melayu yang banyak memberi sokongan dan semangat tidak berbelah bahagi
kepada saya.
RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu; Prinsip , Kaedah dan Teknik.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 33
15 - 17 DISEMBER 2020
PROJECT BASED LEARNING MERUNGKAI KEMENJADIAN MURID SECARA OPTIMUM
Nurkhairi bin Mohd Shukri
[email protected]
Noor’Ain binti Salam
[email protected]
SK Singkir
Abstrak
Project Based Learning ( PBL ) merupakan satu pendekatan pembelajaran berpusatkan
murid dan dilaksanakan secara merentas kurikulum serta bersifat modular dalam
pelaksanaan kurikulum. Berdasarkan revolusi pendidikan masa kini, saya mengambil
pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan melalui project based learning bagi mencapai
kemenjadian murid secara optimum. Fokus program ini sejajar dengan visi sekolah yang
telah ditetapkan dengan slogan “Serlahkan Kecemerlangan Singkir”.Objektif utama
program ini adalah untuk melihat keberkesanan project based learning dalam pengajaran
dan pemudahcaraan yang berpusatkan murid, keberkesanan project based learning dalam
pembelajaran kolaboratif dan keberkesanan project based learning dalam pembelajaran
kendiri.Justeru, program ini dijalankan bagi melihat keberkesanan project based learning
(PBL) dalam pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan yang meliputi pedagogi PAK21.
Maklum balas ini meliputi aspek perancangan, semasa proses pelaksanaan dan penilaian
atau refleksi hasil projek. Kumpulan sasaran utama program ini dijalankan ke atas murid
tahun 2&5 dengan menggunakan borang soal selidik student voice. Dapatan data
menunjukkan keseluruhan item, secara holistik mendapat maklum balas yang amat positif.
Aspek perancangan PBL menunjukkan 70.4% responden gembira kerana kemudahan
semasa perancangan PBL mudah didapati. Semasa proses pelaksanaan PBL mendapati
75.3% responden gembira melaksanakan projek kerana bebas memilih cara
pembentangan yang kreatif dari idea mereka sendiri. Manakala bagi aspek penilaian dan
refleksi PBL, 77.8% responden merasa puas dan rasa dihargai apabila mendapat komen
yang positif dari guru, rakan pelajar, ibu bapa dan pentadbir sekolah. Implikasi atau impak
amalan terbaik ini terhadap pelaksanaan aktiviti project based learning dapat memacu
kemenjadian murid dengan lebih optimum, membentuk keperibadian yang tinggi dan daya
saing yang tinggi sejajar dengan revolusi pendidikan masa kini. Pendedahan pendekatan
ini perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah lain bagi mencapai matlamat pembelajaran abad
ke-21 yang berpusatkan murid secara aktif, bermakna dan menyeronokkan.
Kata Kunci : Project Based Learning, , Pedagogi PAK21, Program (TS25) / Stemec
PENGENALAN
Project Based Learning (PBL) merupakan satu proses pembelajaran yang melibatkan cetusan
idea dari murid berdasarkan soalan-soalan penting dan idea utama bagi menghasilkan hasil
projek akhir. Soalan-soalan penting yang mendalam bagi setiap mata pelajaran yang
disepadukan perlu menjurus kepada mencapai tahap penguasaan yang tertinggi dalam standard
pembelajaran murid. Ia juga boleh menggalakkan murid meneroka maklumat atau meningkatkan
pemikiran yang lebih kritis serta analitikal. Kesepaduan beberapa mata pelajaran dengan
merungkai standard pembelajaran dalam DSKP dapat mempromosi konsep pembelajaran kendiri
dan blended learning. Penggunaan teknologi terkini atau sokongan alatan digital dalam PBL akan
membantu mempercepatkan proses penghasilan hasil proses dan produk akhir.
Sehubungan dengan itu, perubahan pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam sistem
pelaksanaan kurikulum sekolah terutamanya bagi mencapai aspirasi kemenjadiaan murid
menjelang tahun 2025 menekankan pendekatan PBL secara bersepadu.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 34
15 - 17 DISEMBER 2020
Kemenjadian murid ditaksir secara lebih holistic, iaitu pencapaian kompetensi
pembelajaran 6C ( communication, critical thinking, collaborative, creativity, character dan
citizenship) bermula dari prasekolah sehingga ke sekolah menengah. Justeru, pendekatan PBL
dilaksanakan secara modular dalam pelaksanaan kurikulum KSSR bagi merealisasikan hasrat
PPPM. Pada tahun 2025, melalui program transformasi sekolah (TS25) diharap setiap murid
boleh bersaing pada peringkat global dengan adanya ilmu pengetahuan yang tinggi, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beridentiti nasional. Hal ini
sejajar dengan hasrat dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan yang memerlukan anjakan
paradigma bagi mentransformasikan sistem yang lebih berkualiti menurut (Kementerian
Pendidikan malaysia, 2013).
Jika dilihat dari segi budaya setempat atau lokasi SK Singkir, sekolah ini terletak di
kawasan luar bandar dengan persekitaran budaya dipengaruhi dengan budaya setempat. Bagi
mengimbangi situasi ini,satu inisiatif diambil untuk mengoptimumkan kebolehan murid agar
kemenjadian murid dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi selain melahirkan insan
yang seimbang dan berkeperibadian tinggi. Pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan secara
project based learning amat menepati dalam merungkai kemenjadian murid ke arah revolusi
pendidikan.
OBJEKTIF PROJECT BASED LEARNING ( PBL)
Antara objektif utama program ini di laksanakan adalah seperti berikut:
1. Keberkesanan Project Based Learning dalam pengajaran dan pemudahcaraan yang
berpusatkan murid;
2. Keberkesanan Project Based Learning dalam pembelajaran kolaboratif; dan
3. Keberkesanan Project Based Learning dalam pembelajaran kendiri.
INOVASI / AMALAN TERBAIK
Program “Project Based Learning Merungkai Kemenjadian Murid Secara Optimum” di SK
Singkir melibatkan MLT,guru tahap 1 dan 2, pihak pentadbir dan waris. Matlamat program ini di
uar-uarkan kepada warga sekolah dan juga ibu bapa melalui media massa seperti Facebook
Sekolah,Blog Sekolah dan Group-group whatsapp bagi tujuan pendedahan awal tentang konsep
baru pengajaran dan pemudahcaraan dan persediaan awal bagi setiap unit memainkan peranan
masing-masing untuk bergerak ke arah kemenjadian murid.
Pelaksanaan program ini dijalankan dalam tempoh masa satu tahun iaitu bermula
daripada Januari 2019 hingga November 2019 dan diteruskan pada tahun 2020 tetapi akibat
pandemik Covid 19 , Project Based Learning ini dirangka mengikut situasi semasa. Bagi
memastikan program ini dilaksanakan dengan lebih sistematik dan boleh menunjukkan impak
yang optimum, agihan tugas direalisasikan melalui mesyuarat dan taklimat serta berpandukan
satu garis panduan pelaksanaan mengikut program tranformasi sekolah (TS25 ) dan program
Stemec.
Sehubungan dengan itu, strategi pendekatan modular dalam PdPc merupakan salah satu
pendekatan yang membolehkan guru menyusun atur tajuk-tajuk dan standard (SK/SP) mengikut
kesesuaian. Pendekatan ini membolehkan pelbagai teknik dan kaedah dilaksanakan mengikut
keupayaan murid dan situasi semasa.Melalui PBL murid memahami matlamat pembelajaran
mereka bermula semasa merancang, melaksana dan menilai hasil akhir mereka. Proses PBL
bermula dengan soalan-soalan penting atau berpandu, memahami konsep dan prinsip teras
mata pelajaran serta beberapa mata pelajaran lain. PBL berjalan seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat. Kesepaduan beberapa mata pelajaran yang diterajui oleh satu mata
pelajaran utama memberi peluang kepada murid-murid untuk lebih bijak menggunakan sumber
pendidikan supaya proses PdPc menjadi lebih menarik dan berkesan. PBL yang dijalankan
secara berkumpulan dapat menggalakkan mereka mencambah idea dan sentiasa bekerjasama
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 35
15 - 17 DISEMBER 2020
dalam menghasilkan hasil proses dan produk akhir. Setiap hasil proses dan produk akhir
dibentangkan dan dinilai bagi memantapkan konsep-konsep yang telah dipelajari.
Semasa proses pelaksanaan, guru-guru perlu memikirkan kaedah PBL yang boleh
memberikan impak yang besar terhadap pembelajaran murid. Antaranya PBL ialah suatu model
instruksional yang menggunakan kemahiran spesifik supaya sesuatu produk akhir atau artifak
yang dihasilkan adalah lebih autentik. Rasional atau kelebihan PBL adalah ia dapat menyasarkan
strategi pendekatan pembelajaran yang lain seperti pembelajaran berasaskan masalah,
penemuan inkuiri, kes di lapangan, pembelajaran berasakan kecerdasan otak, dan bersifat lebih
konstektual. Proses dalam penghasilan hasil projek akhir memerlukan murid menyelidik,
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mereka cipta. Elemen-elemen ini seterusnya
akan melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Menurut Mioduser
dan Betzer (2003) menyatakan murid lebih bermotivasi dan sentiasa terdorong dengan sifat ingin
tahu apabila menggunakan PBL untuk mempelajari sesuatu perkara. Selain itu, persoalan-
persoalan yang berkaitan dengan sesuatu prinsip atau teori akan dijawab oleh murid secara
bersunguh-sunguh menerusi PBL.
Walau bagaimanapun, penilaian dan refleksi terhadap PdPc terutama perubahan tingkah
laku murid sangat memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Selain daripada meningkatkan
pengetahuan murid, PBL dapat membantu memperbaiki sikap dan tingkah laku mereka terhadap
sesuatu perkara Melalui produk yang dihasilkan, murid berupaya bertindak menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, mereka cipta dan menyelidik. PBL juga meningkatkan motivasi
murid yang didorong sifat ingin tahu. Oleh yang demikian, dalam program ini diharap dapat
mengenal pasti maklum balas yang diterima daripada murid yang terlibat dengan aktiviti PBL
semasa mereka merancang, melaksana dan seterusnya menilai dan membuat refleksi. Hasil
daripada maklum balas ini dapat dijadikan panduan dan rujukan penambahbaikan cara
penyampaian kurikulum yang berkesan dalam menghasilkan kemenjadian murid abad ke-21.
Secara holistik, program Project based Learning ( PBL ) di SK Singkir mencapai
perubahan yang drastik berdasarkan pencapaian-pencapaian yang diperoleh dalam tempoh dua
tahun sama ada dalam bidang kurikulum, kokurilulum dan kemenjadian murid. Hal ini dikukuhkan
dengan penyertaan-penyertaan pada peringkat negeri mahupun pada peringkat kebangsaan.
IMPAK PROGRAM PROJECT BASED LEARNING (PBL)
Keseluruhan hasil dapatan dari aspek perancangan PBL menunjukkan perkara ini pada tahap
persetujuan yang tinggi. Hal ini dibuktikan melalui paparan nilai peratusan dan nilai min yang
tinggi dalam Jadual 1 di bawah:
Jadual 1
Maklum Balas Murid Terhadap Perancangan PBL
Pernyataan STS TS S SS Min Taha
p
Saya dan rakan kumpulan seronok apabila diberi 2.5 1.2 44.4 49.4 3.4 Ting
peluang memilih tajuk projek berdasarkan big (2) (1) (36) (40) gi
idea yang berasaskan masalah.
Saya dan rakan kumpulan boleh merancang tajuk 1.2 9.9 48.1 38.3 3.3 Ting
projek yang sesuai bagi mencapai objektif (1) (8) (39) (31) gi
pembelajaran.
Soalan-soalan pencetus idea yang diberikan oleh
guru dapat mendorong saya dan rakan kumpulan 9.9 34.6 53.1 3.4 Ting
merancang hasil projek yang menjadi (8) (28) (43) gi
kecenderungan minat kami.
Saya dan rakan kumpulan dapat merancang 3.7 13.6 35.8 43.2 3.2 Ting
untuk mendapatkan sumber bahan yang (3) (11) (29) (35) gi
diperlukan dengan cara kami sendiri.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 36
15 - 17 DISEMBER 2020
Saya dan rakan kumpulan boleh merancang hasil 3.7 6.2 32.1 51.9 3.4 Ting
proses mengikut kreativiti kami sendiri. (3) (5) (26) (42) gi
Masa yang diberikan untuk kami merancang PBP 3.7
adalah sesuai. (3) 7.4 51.9 33.3 3.2 Ting
Saya dan rakan kumpulan gembira apabila kami 2.5 (6) (42) (27) gi
diberi kebebasan untuk merancang showcase (2)
PBP kami. 7.4 27.2 59.3 3.5 Ting
Saya dan rakan kumpulan gembira guru 1.2 (6) (22) (48) gi
berperanan sebagai pemudah cara dalam (1)
masa kami merancang PBP. 9.9 32.1 51.9 3.4 Ting
Saya dan rakan kumpulan gembira kerana 2.5 (8) (26) (42) gi
kemudahan semasa perancangan PBP mudah (2)
didapati. Cth, kemudahan wifi internet, buku 1.2 25.9 70.4 3.7 Ting
rujukan dan sumber bahan lain. (1) (21) (57) gi
Saya seronok merancang PBP kerana semua
yang terlibat memberikan kerjasama yang baik 1.2 37.0 55.6 3.5 Ting
(1) (30) (45) gi
Dari aspek proses pelaksanaan PBL juga, keseluruhan hasil dapatan menunjukkan pada tahap
persetujuan yang tinggi. Hal ini dibuktikan melalui paparan nilai peratusan dan nilai min yang
tinggi dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2
Maklum Balas Murid Terhadap Proses Pelaksanaan PBL
Pernyataan STS TS S SS Min Tahap
Saya dan rakan kumpulan seronok apabila diberi peluang memilih tajuk projek 2.5 1.2 44.4 49.4 3.4 Tinggi
berdasarkan big idea yang berasaskan masalah. (2) (1) (36) (40)
Saya dan rakan kumpulan boleh merancang tajuk projek yang sesuai bagi 1.2 9.9 48.1 38.3 3.3 Tinggi
mencapai objektif pembelajaran. (1) (8) (39) (31)
Soalan-soalan pencetus idea yang diberikan oleh guru dapat mendorong saya dan 9.9 34.6 53.1 3.4 Tinggi
rakan kumpulan merancang hasil projek yang menjadi kecenderungan minat kami. (8) (28) (43)
Saya dan rakan kumpulan dapat merancang untuk mendapatkan sumber bahan 3.7 13.6 35.8 43.2 3.2 Tinggi
yang diperlukan dengan cara kami sendiri. (3) (11) (29) (35)
Saya dan rakan kumpulan boleh merancang hasil proses mengikut kreativiti kami 3.7 6.2 32.1 51.9 3.4 Tinggi
sendiri. (3) (5) (26) (42)
Masa yang diberikan untuk kami merancang PBP adalah sesuai. 3.7 7.4 51.9 33.3 3.2 Tinggi
(3) (6) (42) (27)
Saya dan rakan kumpulan gembira apabila kami diberi kebebasan untuk 2.5 7.4 27.2 59.3 3.5 Tinggi
merancang showcase PBP kami. (2) (6) (22) (48)
Saya dan rakan kumpulan gembira guru berperanan sebagai pemudah cara dalam 1.2 9.9 32.1 51.9 3.4 Tinggi
masa kami merancang PBP. (1) (8) (26) (42)
2.5
Saya dan rakan kumpulan gembira kerana kemudahan semasa perancangan PBP (2) 1.2 25.9 70.4 3.7 Tinggi
mudah didapati. Contoh, kemudahan wifi internet, buku rujukan dan sumber bahan (1) (21) (57)
lain.
1.2 37.0 55.6 3.5 Tinggi
Saya seronok merancang PBP kerana semua yang terlibat memberikan kerjasama (1) (30) (45)
yang baik
Dari aspek proses pelaksanaan PBL juga,keseluruhan hasil dapatan menunjukkan pada tahap
persetujuan yang tinggi. Hal ini dibuktikan melalui paparan nilai peratusan dan nilai min yang
tinggi dalam Jadual 3 di bawah:
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 37
15 - 17 DISEMBER 2020
Jadual 3
Maklum Balas Murid Terhadap Proses Pelaksanaan PBL
Pernyataan STS TS S SS Min Tahap
3.6 Tinggi
Saya suka melaksanakan PBP kerana saya tidak merasa bosan di dalam 1.1 3.7 30.9 60.5 3.6 Tinggi
(49) 3.3 Tinggi
kelas. (1) (3) (25) 59.3
(48) 3.7 Tinggi
Saya suka berbincang dengan rakan kumpulan saya dalam menghasilkan 1.2 2.5 32.1 44.4
(36) 3.5 Tinggi
hasil proses dan hasil akhir yang terbaik. (1) (2) (26) 3.6 Tinggi
71.6 3.2 Tinggi
Saya suka melaksanakan projek kerana ada kolaboratif dengan pihak luar 4.9 6.2 39.5 (58) 3.6 Ting
seperti masyarakat dan agensi luar. (4) (5) (32) 3.5 Tinggi
54.3 3.7 Tinggi
Saya suka melaksanakan projek kerana adanya aplikasi alatan digital. 1.2 6.2 16.0 (44)
Contohnya semasa pencarian maklumat menggunakan you tube atau google (1) (5) (13) 61.7
search. (50)
33.3
Saya suka melaksanakan projek kerana banyak aktivitinya menggalakkan 3.7 37.0 (27)
60.5
kami berfikir cara penyelesaian masalah. (3) (30) (49)
56.8
Saya suka melaksanakan projek kerana membuatkan saya aktif belajar. 1.2 4.9 28.4 (46)
(1) (4) (23) 75.3
(61)
Saya suka apabila guru memberikan banyak soalan semasa melaksanakan 2.5 11.1 48.1
projek kerana saya lebih kreatif dan kritis. (2) (9) (39)
Saya suka melaksanakan projek dengan sokongan ibu bapa dan komuniti 6.2 28.4
setempat terutama bagi mendapatkan sumber bahan. (5) (23)
Saya suka melaksanakan projek kerana setiap kumpulan cuba bersaing untuk 2.5 7.4 29.6
menghasilkan hasil projek yang terbaik. (2) (6) (24)
Saya dan rakan kumpulan gembira melaksanakan projek kerana kami bebas 1.2 1.2 18.5
memilih cara pembentangan yang kreatif dari idea kami sendiri. (1) (1) (15)
Hasil dapatan melalui maklum balas murid terhadap penilaian dan refleksi PBL menunjukkan
tahap persetujuan yang tinggi. Jadual 4 dapat menjelaskan peratus dan nilai min yang diterima
bagi setiap item yang dikaji.
Jadual 4
Maklum Balas Murid Terhadap Penilaian dan Refleksi PBL
Pernyataan SS TS S SS Min Tahap
Saya seronok apabila terlibat dalam pembentangan atau persembahan 6.2 32.1 56.8 3.5 Tinggi
hasil akhir kami. (5) (26) (46)
Saya suka apabila hasil proses dan hasil akhir dinilai secara persetujuan 2.5 30.9 63.0 3.6 Ting gi
bersama dengan guru dan rakan kumpulan lain. (2) (25) (51)
Saya positif dengan hasil maklum balas yang diterima semasa 3.7 1.2 42.0 49.4 3.4 Tinggi
pembentangan kerana ia dapat meningkatkan keupayaan saya untuk (3) (1) (34) (40)
projek seterusnya.
Saya merasa puas dan rasa dihargai apabila mendapat komen yang 1.2 1.2 16.0 77.8 3.8 Tinggi
positif dari guru, rakan pelajar, ibu bapa dan pentadbir sekolah. (1) (1) (13) (63)
Saya merasa seronok mendapat ganjaran atau token apabila hasil projek 1.2 3.7 18.5 72.8 3.7 Tinggi
mencapai kemenangan. (1) (3) (15) (59)
Saya suka maklum balas yang diberikan kerana membuatkan saya 1.2 7.4 33.3 54.3 3.5 Tinggi
lebih berinisiatif untuk belajar dengan lebih baik lagi. (1) (6) (27) (44)
Saya suka belajar secara PBP kerana saya dapat mengaitkan 2.5 6.2 37.0 49.4
(2) (5) (30) (40)
semua konsep dalam beberapa subjek dengan kehidupan sebenar 3.4 Tinggi
saya.
Saya suka belajar cara PBP bersepadu kerana saya lebih mudah 1.2 4.9 37.0 51.9 3.5 Tinggi
memahami dan mengingat konsep yang sukar. Contoh konsep Matematik (1) (4) (30) (42)
dan Sains.
Saya seronok apabila ibu bapa saya melibatkan diri dalam pembelajaran 9.9 21.0 65.4 3.6 Tinggi
saya semasa proses menghasilkan hasil projek atau semasa showcase. (8) (17) (53)
Saya suka jika PBP secara bersepadu dapat diadakan selalu. 1.2 4.9 30.9 59.3 3.6 Tinggi
(1) (4) (25) (48)
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 38
15 - 17 DISEMBER 2020
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Secara holistik, berdasarkan daripada data yang diperoleh, program Project Based
Learning ini mendatangkan kesan yang amat positif terhadap murid tahun 2 & 5. Mereka
menunjukkan perubahan dari segi cara berfikir,cara bersosial dan peningkatan yang cemerlang
dalam kurikulum dan kokurikulum. Oleh itu, Project Based Learning ini harus dijadikan
pembudayaan dalam kalangan guru serta warga SK Singkir dalam memastikan kemenjadian
murid yang optimum.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa penambaikan yang boleh dilakukan pada
masa akan datang. Antaranya adalah dengan menyediakan peralatan yang kondusif kepada
murid dan media perbentangan yang lebih efektif. Semoga hasil program ini akan dapat
dimanfaatkan dan menjadikan proses pdpc lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan dalam
melahirkan murid yang berkeperibadian tinggi.
RUMUSAN
Program ini menunjukkan kemenjadian murid dapat dilonjakkan dalam proses mereka
melaksanakan projek secara bersepadu. Pembelajaran mereka menjadi lebih bermakna jika hasil
projek adalah lebih konstektual dan bermakna dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti PBL
juga dapat meningkatkan inisiatif pembelajaran secara kendiri dengan penghasilan projek yang
inovatif. Dapatan maklum balas murid terhadap pelaksanaan aktiviti PBL ini menunjukkan
mereka bersetuju jika corak pembelajaran mereka lebih aktif dan bermakna dengan pendekatan
ini. Implikasi dari program ini terhadap pelaksanaan PBL di sekolah ialah supaya ia dapat
diperluaskan ke sekolah-sekolah yang lain. Kaedah pelaksanaan kurikulum secara modular
melalui aktiviti PBL sangat sesuai dilaksanakan kerana ia selari dengan keperluan PAK21 dan
perubahan peranan guru sebagai pemudah cara dalam pembelajaran murid.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 39
15 - 17 DISEMBER 2020
PEMBUDAYAAN SIKAP MEMBACA MELALUI e-LIBRARY DAN e-NILAM BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH RENDAH
Ravee Sengalrayan,
Guru Besar, SJKT Kalaivaani
Abstrak
Tabiat membaca merupakan punca utama pembinaan budaya ilmu dalam sesebuah
masyarakat. Masyarakat yang mengamalkan budaya membaca dapat membina satu
tamadun yang berjaya. Tabiat membaca perlu dipupuk dan diamalkan dari bangku sekolah.
Program Nilam merupakan salah satu usaha yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah
rendah dan menengah. Dapatan kajian Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
adalah satu program galakan membaca yang sistematik dan berterusan sepanjang tahun
bagi mencapai objektif melahirkan golongan 'avid reader' iaitu pembaca tegar yang
menjadikan tabiat membaca sebagai satu tabiat yang berkekalan dalam diri mereka (Ali et
al., 2005). Kementerian Pendidikan melaksanakan pelbagai program galakan membaca
seperti Anugerah Nilam Kebangsaan, Kem Membaca 1 Malaysia, Kem Penulis Muda,
Khemah Membaca dan Kem Literasi Maklumat di sekolah. Namun begitu, semenjak
perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerana pandemik Covid 19 menyebabkan
pelaksanaan program Nilam terjejas. Menyedari hakikat ini pihak sekolah merancang untuk
membina e-Nilam dan e-Library bagi mengatasi masalah ini. Usaha ini mendapat sambutan
baik daripada murid-murid dan ibu bapa murid-murid supaya mereka dapat memilih dan
membaca buku daripada e-Library, dan menulis ringkasan bahan bacaan dalam e-Nilam.
Inisiatif pihak sekolah ini dapat membudayakan tabiat membaca dalam kalangan murid
walaupun mereka berada di mana-mana jua dan memberi impak positif bagi kemenjadian
murid sekolah SJKT Kalaivaani.
Kata kunci – Nilam, e-Library, e-Nilam
PENGENALAN
Pada bulan Mac 2020 Kawalan Perintah Pergerakan dilaksanakan di seluruh Negara
kerana penularan pandemik Covid-19. Sesi persekolahan juga tergendala dan pengajaran dan
pembelajaran dijalankan secara maya. Hal ini juga menyebabkan murid-murid tidak dapat akses
perpustakaan dan mereka kurang mendapat bahan bacaan. Menurut Jamian (2016) murid-murid
yang tidak menguasai kemahiran membaca akan menghadapi masalah dalam kemahiran lisan.
Oleh itu, pihak sekolah mengenal pasti dan melaksanakan satu kaedah pembelajaran maya bagi
membudayakan sikap membaca dalam kalangan murid.
e-Library (eL) salah satu perpustakan maya yang diwujudkan dengan bantuan Guru ICT
dan Guru Penyelaras Perpustakan. Media sosial Telegram digunakan bagi mewujudkan eL.
Pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, majalah dan surat khabar terkandung dalam
eL. Perisian Flip digunakan bagi mengubah bahan bacaan dalam bentuk flip agar murid mudah
dan senang membaca bahan bacaan. Murid-murid yang menghadapi masalah kelajuan internet
juga dapat membaca bahan bacaan dengan senang.
e-Nilam (eN) pula diwujudkan bagi memudahkan murid-murid menulis ringkasan bahan
bacaan yang mereka membaca di rumah. eN diwujudkan berdasarkan Program Nilam Sekolah
yang diamalkan oleh Kementerian Pendidikan Sekolah di semua sekolah rendah dan menengah.
eN dibangunkan dengan perisian Google Sheet dan Link Google Sheet diberi kepada semua
murid. Murid-murid perlu menulis tajuk buku, sumber bahan bacaan, alamat URL, tarikh bacaan,
masa bacaan ringkasan bahan bacaan, nilai pengetahuan daripada bahan bacaan dan pendapat
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 40
15 - 17 DISEMBER 2020
murid tentang bahan bacaan dalam google sheet eN. Guru perpustakaan pula sentiasa menguar-
uarkan program eL dan eN dalam group Whatsapp semua kelas. Setiap minggu guru
perpustakaan memuat naik laporan bacaan buku dalam Group whatsapp semua kelas bagi
meningkatkan motivasi murid dan pendedahan kepada ibubapa tentang pelaksanaan eL dan eN.
Setiap bulan guru perpustakaan juga menyediakan sijil sebagai penghargaan kepada murid yang
banyak membaca buku. Objektif program eL dan eN adalah membudayakan sikap membaca
buku dalam kalangan murid SJKT Kalaivaani di mana-mana jua mereka berada. Kemahiran
membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid.Program ini juga
membantu murid mengisi masa lapang dengan berfaedah dan menghindari diri dari bertindak
luar batas.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaivaani, Gurun, Kedah merupakan sebuah sekolah Gred B
yang terletak di kawasan luar bandar. Sekolah satu sesi ini mempunyai seramai 15 orang guru,
2 orang staf AKP dengan bilangan murid seramai 127 orang. Majoriti murid-murid sekolah ini dari
Kampung Padang Lembu dan ramai ibu bapa sekolah ini bekerja sebagai buruh.
INOVASI / AMALAN TERBAIK
Inovasi/amalan terbaik yang dibuat dan rasional di sebalik inovasi/amalan terbaik tersebut adalah
Program e-Library dan e-Nilam dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi
membudayakan sikap membaca buku dalam kalangan murid yangmeneruskan pengajaran dan
pembelajaran di rumah. Rasional pihak sekolah membangunkan e-Library adalah bagi
mewujudkan kemudahan bagi murid mendapat pelbagai bahan bacaan dan e-Nilam bagi
memupuk motivasi murid untuk membaca. Langkah pelaksanaan program bacaan ditunjukkan
dalam Rajah 1:
• Memuat naik bahan bacaan dalam e-Library
1
• Murid memilih dan membaca bahan bacaan
2
• Murid menulis ringkasan dalam e-Nilam
3
• Guru Perpustakan menilai ringkasan bacaan murid
4
• Murid diberi sijil
5
Rajah 1: Langkah pelaksanaan Program e-Library dan e-Nilam
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 41
15 - 17 DISEMBER 2020
STRATEGI PELAKSANAAN DAN TEMPOH PELAKSANAAN
Setelah pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat, peratus bilangan murid
membaca buku dan menulis ringkasan dalam buku nilam kurang memuaskan. Pihak pentadbir
sekolah mengadakan mesyuarat Bersama-sam guru perpustakaan untuk mengatasi masalah
tersebut. Pihak sekolah membuat analisis jurang bagi membandingkan data semasa dan
jangkaan. Kemudian, sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan guru besar menjelaskan perincian
tugas setiap guru. Ahli jawatankuasa menjana dan memilih satu strategi dengan menggunakan
kaedah tows matriks. Guru besar menerangkan rasional strategi kepada semua guru dan
menggerakkan Middle Leader Team menjalankan program tersebut dengan lancar. Pada
mulanya ketua panitia memilih bahan bacaan yang sesuai untuk dimuat naik dalam e-Library.
Guru ICT membangunkan tapak perisian e-Library dan e-Nilam bersama-sama guru
perpustakaan. Guru-guru kelas menyebarkan maklumat pelaksaan program tersebut kepada
semua murid. Pada mulanya program ini dijalankan semasa perintah kawalan pergerakan tetapi
kemudian program ini dijalankan sepanjang tahun. Setiap bulan pihak pentadbir bercadang
memberikan sijil kepada murid yang banyak membaca buku bagi memastikan kejayaan jangka
pendek program. Terdapat aktiviti publisi secara maya dibuat oleh guru pusat sumber seperti
gambar berikut.
Gambar 1: Publisiiti berkaitan pertandingan E-Nilam yang telah dilaksanakan. Page 42
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY
15 - 17 DISEMBER 2020
CABARAN DAN KAEDAH PENYELESAIAN
Pihak sekolah menghadapi beberapa masalah seperti ramai ibu bapa tidak menggunakan
media sosial telegram. Guru ICT membuat sebuah video cara memasang dan mengunakan
Telegram. Kemudian murid-murid menghadapi masalah memuat turun bahan bacaan dalam
bentuk pdf. Oleh itu, semua bahan bacaan diubah ke bentuk flip. Selepas tindakan diambil,
pemerhatian telah dicatatkan dan seterusnya refleksi telah dibuat untuk penambahbaikan pada
masa hadapan.
IMPAK
Program Nilam sekolah berjalan dengan lancar. Peratus bilangan murid membaca buku
meningkat walaupun murid-murid berada pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (Rujuk
Jadual 1). Minat murid membaca juga meningkat kerana pelbagai bahan bacaan yang menarik
dimuat naik ke dalam e-Library sekolah.
Jadual 1
Jumlah bacaan buku dan bahan bukan buku
BULAN BILANGAN BACAAN
Feb 78
Mac 58
April 25
Mei 94
Jun 115
Juai 120
Ogos 138
Oktober 150
November 181
961
Jumlah
Merujuk kepada Jadual 1, hasil daripada program enilam dan eLibrary, berlaku peningkatan
pembabitan murid-murid dalam aktiviti pembacaan buku. Data yang dipaparkan telah
menunjukkan berlaku peningkatan dari bulan Januari hanya melibatkan 78 orang murid sahaja
tetapi pada bulan november jumlahnya meningkat kepada 181 orang.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pihak sekolah merancang untuk mewujudkan bookcase dengan menggunakan fliphtml5
supaya murid-murid senang memilih bahan bacaan yang disediakan dalam e-Library sekolah.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 43
15 - 17 DISEMBER 2020
KESIMPULAN
Program ini dapat memupuk sikap membaca dalam kalangan murid-murid di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Kalaivaani. Murid-murid juga dapat akses pelbagai bahan bacaan yang
menarik dan terkini.
RUJUKAN
Ali, W. Z. W., Hashim, F., Ahmad, I. S., Meerah, T. S. M., Mustapha, S. Z., Mokhtar,F., &
Hashim, M. S. (2005). Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Menurut
Pandangan Murid dan Guru. Jurnal Pendidikan, 25, 39-55.
Jamian, A. R. (2016). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-
murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 44
15 - 17 DISEMBER 2020
PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI WHOLE BRAIN TEACHING BAGI MENARIK DAN
MENGEKALKAN PERHATIAN MURID DALAM PDPC
Roslina Mohd Radzi dan Kiliyarasi Muruthi
[email protected] dan [email protected]
SK Haji Omar Tahir
Abstrak
Kaedah pembelajaran yang digunakan ini adalah bertujuan untuk menarik dan
mengekalkan perhatian murid serta melibatkan murid secara aktif dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdPc). Whole Brain Teaching telah menggunakan enam elemen yang
penting untuk mengurus bilik darjah, antaranya ialah 5 peraturan dalam kelas, scoreboard,
Teach-Okay, hands-eyes, Class-Yes dan Switch. Pemerhatian terhadap murid dalam bilik
darjah menunjukkan bahawa perhatian mereka dapat ditarik dengan lebih cepat dan
berkesan. Seterusnya, perhatian mereka terhadap PdPc juga dapat dikekalkan dengan
lebih lama. Melalui pemerhatian juga, tiada murid yang termenung dan mengantuk
sepanjang PdPc dijalankan kerana mereka terlibat secara aktif dalam murid. Hal ini
merupakan satu kaedah yang berkesan untuk menguruskan bilik darjah terutamanya yang
mempunyai bilangan murid yang ramai. Walau bagaimanapun, oleh kerana pendedahan
kaedah ini masih dalam peringkat awal, pelaksanaannya masih boleh ditingkatkan lagi
seperti penggunaan carta tahap suara untuk mengawal suara murid dalam bilik darjah.
Kata kunci – whole brain teaching
PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang membosankan selalunya menyebabkan
murid kurang berminat untuk terus belajar subjek tersebut. Selain itu, rungutan yang sering
diterima daripada guru-guru ialah murid-murid kurang memberikan tumpuan semasa berada di
dalam kelas dan kurang berdisiplin. Hal ini menyebabkan sesi PdPc terganggu dan tidak dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, satu kaedah pembelajaran telah dikenal pasti dan
digunakan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.
Whole Brain Teaching (WBT) merupakan suatu pendekatan pengajaran yang diperoleh
daripada penerangan neurolinguistik tentang fungsi hemisfera kiri dan kanan otak manusia.
Dapatan kajian neurolinguistik tentang fungsi bahasa otak menunjukkan dalam otak, fungsi satu
hemisfera tersedia untuk satu hemisfera yang lain untuk menghasilkan penggunaan bahasa yang
lebih seimbang. Oleh itu, WBT menekankan pembelajaran secara aktif iaitu murid mampu
membuat perhubungan di antara dua hemisfera otak.
Selain itu, aspek WBT yang dititikberatkan adalah mengurus iklim emosi untuk
mengurangkan downshifting atau fikiran yang negatif semasa menghadapi halangan. Dalam
WBT, imej dilihat sebagai asas untuk kefahaman. Atas sebab ini, murid digalakkan untuk
menggambarkan, melukis, dan menggunakan drama untuk membangunkan idea baru dan
mengekalkan idea tersebut. Misalnya, seorang guru membaca dengan membentangkan
perkataan perbendaharaan kata baru dengan membina cerita, gurauan atau latar muzik.
Menurut Briffle (2008), iaitu orang yang memperkenalkan kaedah WBT ini telah
menggunakan satu teknik untuk menjayakan lagi kaedah ini. Teknik tersebut dinamakan Power
Teaching. Otak manusia berfungsi secara serentak dalam Power Teaching (Rujuk Lampiran A).
Terdapat enam elemen yang penting dan setiap elemen yang disenaraikan mempengaruhi
bahagian otak yang berlainan untuk berfungsi secara keseluruhan (Rujuk Lampiran B).
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 45
15 - 17 DISEMBER 2020
Oleh itu, objektif penggunaan kaedah pembelajaran ini di SK Haji Omar Tahir adalah
untuk membantu guru menguruskan bilik darjah terutamanya yang mempunyai bilangan murid
yang ramai. Selain itu, WBT juga diharapkan dapat menarik dan mengekalkan perhatian murid
kerana mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdPc.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir, Bedong, Kedah merupakan sebuah sekolah Gred
A yang terletak di kawasan luar bandar. Sekolah satu sesi ini mempunyai seramai 32 orang guru,
5 orang staf AKP dengan bilangan murid seramai 429 orang. Majoriti murid di sekolah ini datang
daripada kampung-kampung tradisional yang berhampiran. Latar belakang murid terdiri daripada
60% waris atau ibu bapa yang bekerja sebagai petani/nelayan, 20% bekerja di sektor swasta
manakala 20% lagi bekerja di sektor kerajaan.
INOVASI / AMALAN TERBAIK
Penggunaan kaedah pembelajaran aktif Whole Brain Teaching semasa pdpc telah dipilih
kerana dapat menarik perhatian dan mengekalkan perhatian murid dalam kelas serta
membolehkan murid melibatkan diri secara aktif dalam PdPc. Teknik yang digunakan dalam
kajian ini adalah pembelajaran berpasangan. Teknik ini digunakan semasa PdPc dan melibatkan
semua murid dalam kelas. Urutan PDP ditunjukkan dalam Rajah 1:
1 • Class-Yes
2 • Hands and eyes
3 • Class, Follow Teacher
4 • Class-Teach-OK and claps 3 times
5 • Class, switch
6 • Class! – Yes!
7 • Class, teach back teacher – OK and clap
8 • Oh yes / Clap / Woo
Rajah 1: Urutan PdPc dengan menggunakan elemen Power Teaching
Melaksanakan Tindakan
Dalam bahagian ini, guru menerangkan peringkat pelaksanaan tindakan yang melibatkan enam
langkah Power Teaching.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 46
15 - 17 DISEMBER 2020
a. Sebelum
i. Penilaian Tingkah Laku Kelas melalui 5 Peraturan Kelas
Sebelum guru memulakan Power Teaching, guru telah menetapkan 5 peraturan kelas
seperti yang diperkenalkan oleh Chris Briffle dalam kajiannya (Rujuk Lampiran C). Setiap
peraturan ini disampaikan dengan sebutan dan bahasa isyarat (gestures). Murid mengikut
isyarat guru dan menyebut peraturan tersebut dengan suara yang lantang. Selepas murid
mengikut isyarat guru, dan mereka akan mengajar rakan di sebelah mereka.
ii. Menetapkan Syarat Di Scoreboard
Scoreboard merupakan satu permainan di antara guru dan murid. Apabila murid
mematuhi peraturan dalam kelas dan belajar dengan bersungguh-sungguh dalam kelas, mereka
akan mendapat ganjaran atau hukuman yang setimpalnya. Dalam kajian ini, scoreboard yang
digunakan ialah scoreboard guru dan murid. Guru telah menetapkan kerja rumah untuk hari
tersebut, contohnya dua muka surat dalam buku aktiviti Sains. Sekiranya murid melakukan
sesuatu yang melanggar peraturan, kerja rumah mereka akan bertambah menjadi tiga muka
surat dan sebaliknya sekiranya mematuhi peraturan dengan baik setiap kali aktiviti, guru akan
mengurangkan kerja rumah. Selain itu, sekiranya murid memberikan respons dengan lambat
atau tidak memberi respons, guru akan menolak markah dalam scoreboard dan kerja rumah
mereka bertambah dan sebaliknya.
b. Semasa
i. Mendapatkan Perhatian Murid melalui Class-Yes
Guru memulakan kelas dengan mendapatkan perhatian murid dengan menyebut “Class”,
dan mereka akan menjawab “Yes”. Hal ini merupakan perkara yang perlu diberitahu kepada
murid sebelum kelas bermula dan akan digunakan sepanjang PdPc. Untuk kepelbagaian, guru
akan menyebut dengan nada yang berlainan seperti suara robot, suara bisikan, suara marah dan
sebagainya untuk menarik perhatian murid. Selain itu, guru turut akan mengulangi perkataan
kelas beberapa kali dan murid perlu menyahut mengikut bilangan guru. Contohnya, “Class,
Class, Class”, “Yes, Yes, Yes.”.
ii. Mengekalkan Perhatian Murid melalui Hands and Eyes dan Follow Teacher
Bagi mengekalkan perhatian murid, guru telah menggunakan Hands and Eyes. Apabila
guru menyebut “Hands and Eyes”, murid perlu meletakkan tangan atas meja, tanpa memegang
apa-apa di tangan dan mata memandang guru.
iii. Penglibatan secara aktif melalui Teach! Okay!, Switch dan Teach back Teacher
Teach!-Okay! Merupakan satu teknik yang asas dan penting dalam Power Teaching. Hal
ini merupakan satu cara yang baik untuk membangunkan kemahiran bahasa murid dan
meningkatkan penguasaan kandungan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila guru
menyebut “Teach!”, murid akan menjawab “Okay” dan diteruskan dengan tiga kali tepukan.
Selepas itu, mereka akan duduk dalam pasangan dan murid 1 mengajar murid 2 di sebelahnya
dengan mengulang pengajaran guru. Apabila guru menyebut “Switch”, murid 2 akan mengajar
murid 1. Apabila murid saling mengajar, guru perlu memantau dan mendengar pengajaran
mereka, sekiranya terdapat murid yang tidak dapat menerangkan semula apa yang diajar oleh
guru, guru perlu sentiasa membantu dan mengulangi pengajaran tersebut. Masa yang diambil
untuk pengajaran antara murid adalah singkat, antara 1-2 minit sahaja bagi murid 1 mengajar
murid 2.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 47
15 - 17 DISEMBER 2020
Hal ini untuk mengelakkan murid menyeleweng daripada kandungan pengajaran yang
ingin disampaikan. Oleh itu, kandungan yang diajar dalam satu masa hendaklah singkat, padat
dan teratur. Perhatian murid ditarik semula dengan menyebut “Class!” dan murid menjawab
“Yes!”.
iv. Pengekalan kandungan pengajaran dalam ingatan melalui Teach back Teacher
Apabila guru menyebut “Teach back Teacher”, murid mengulangi kandungan pengajaran
kepada guru. Hal ini dapat mengekalkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dalam memori
dengan lebih kukuh. Dengan mengulangi aksi kepada guru, guru dapat mengenal pasti murid
yang tertinggal dalam PdPc dan perlu bimbingan dalam kelas.
c. Selepas
Selepas pengajaran selesai, guru menyemak semula markah yang ada pada scoreboard.
Sekiranya murid bekerjasama dalam kelas dan mematuhi peraturan, guru menyebut, “Class, you
done very well today. You are trying your best to keep your teacher happy. So, now give yourselve
a clap.” Dengan itu, murid akan menjawab, “Oh Yes!” dan bertepuk tangan mengikut cara guru.
Sekiranya murid kurang memberi kerjasama dan tidak mematuhi peraturan, guru menyebut,
“Class, today you are not really do a good job. You failed to keep your teacher happy, so now
give yourselve a groan, so that you can try again in next lesson to keep your teacher happy.
Groan!”. Murid akan menjawab “Woo! It Cools!” dan bertepuk tangan mengikut cara guru.
IMPAK
Selepas tindakan diambil, pemerhatian telah dicatatkan dan seterusnya refleksi telah dibuat
untuk penambahbaikan pada masa hadapan.
i. Mendapatkan Perhatian Murid melalui Class-Yes
Murid kelihatan lebih bersedia dan memberi perhatian kepada guru melalui cara ini. Murid
yang tertidur, termenung dan membuat kerja lain dalam kelas sebelum guru mula mengajar dapat
menghentikan segala aktiviti mereka dan menumpukan perhatian kepada guru. Sebelum ini guru
perlu meninggikan nada suara untuk mendapatkan perhatian setiap murid dalam kelas sebelum
pdpc. Kadangkala, hukuman perlu diberikan kepada murid yang selalu mencabar guru dan
membuat bising dalam kelas untuk mententeramkan semula suasana kelas. Selepas
memperkenalkan Class-Yes, guru boleh mendapat perhatian murid dalam masa yang singkat.
Dengan itu, masa pengawalan kelas dapat dipendekkan dan PdPc dapat diteruskan dengan lebih
lancar
ii. Mengekalkan Perhatian Murid melalui Hands and Eyes dan Follow Teacher
Selalunya guru sukar untuk mengekalkan perhatian murid dalam masa yang panjang. Pada
pertengahan PDP selalunya murid mula bercakap, mengantuk dan termenung dan membuat
kerja-kerja lain. Ada kalanya, terdapat murid yang mula berbisik atau bercakap sehingga
mengganggu kelancaran PdPc. Melalui kaedah ini, guru mampu memanggil semula murid
dengan serta merta. Dengan memberi arahan Hands and Eyes, murid meletakkan tangan atas
meja dan mata tertumpu kepada guru. Selain itu, guru telah menggunakan gerakan tubuh badan
untuk mengajar. Dengan menggunakan aksi, murid akan lebih tertarik. Di samping itu, murid
melakukan gerakan tersebut bersama-sama dengan guru. Pada masa yang sama, mereka telah
memberi perhatian untuk mengingati gerakan. Oleh sebab setiap murid perlu melakukan gerakan
tersebut pada masa yang sama, maka masalah murid bercakap, membuat kerja lain, termenung
dan tertidur tidak wujud dalam kelas tersebut.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 48
15 - 17 DISEMBER 2020
iii. Penglibatan secara aktif melalui Teach! Okay!, Switch dan Teach back Teacher
Sebelum ini, murid kurang terlibat dalam aktiviti dalam kelas. Cuma segelintir murid yang
selalunya aktif dan mendapat perhatian guru. Terdapat murid yang suka menyembunyikan diri,
pendiam dan tidak ingin bergaul dengan rakan lain dalam kelas. Melalui kaedah ini, murid
duduk dalam pasangan. Selepas mengikut gerakan guru melalui Follow Teacher!, mereka
perlu saling mengajar rakan dalam pasangan. Hal ini telah meningkatkan penglibatan murid
dalam aktiviti. Murid yang pemalu dan pendiam mula mengikut rakan mereka melakukan
gerakan. Murid yang selalunya mengganggu rakan serta membuat bising turut melibatkan diri
dalam melakukan gerakan. Walaupun keadaan kelas menjadi bising dalam masa 2 minit, tetapi
guru mendapati ke semua murid melakukan gerakan yang sama, iaitu menuju ke objektif
pengajaran. Selepas aktiviti tersebut, ke semua murid melakukan gerakan semula bersama-
sama selepas arahan teach back teacher diberikan. Pemerhatian daripada guru menunjukkan
murid lebih yakin dan boleh mengingati gerakan serta fakta dalam masa yang begitu singkat
sahaja.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Walaupun Whole Brain Teaching membantu guru dalam pengawalan kelas, namun
kaedah ini tidak dapat diteruskan kepada topik-topik yang lain kerana persediaan yang belum
cukup rapi. Selain itu, scoreboard murid tidak digunakan dengan baik oleh guru dan terdapat
segelintir murid yang berasa bosan apabila kaedah ini digunakan pada kali kedua.
KESIMPULAN
Whole Brain Teaching merupakan satu stategi yang baik untuk membantu guru dalam
pengawalan kelas. Perhatian murid dapat dikekalkan dan murid terlibat dengan lebih aktif dalam
aktiviti PdPc. Tambahan pula, interaksi antara rakan dapat ditingkatkan. Hal ini bukan sahaja
membolehkan guru melibatkan murid yang pemalu serta pendiam dalam kelas, tetapi juga
berjaya mengawal murid yang terlalu aktif sehingga mengganggu aktiviti dalam kelas.
RUJUKAN
Briffle, C (2008). Power Teachers Training Manual. Retrived from
http://homepage.mac.com/chrisbiffle/Menu3_8.html.
Briffle, C (2008). Case Studies: Go Power Teaching. Yucaipa, CA: Chairperson, Philosophy and
Religious Studies Crafton Hills College.
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 49
15 - 17 DISEMBER 2020
Seminar Amalan Baik SIP+SISC+ PPDKMY Page 50
15 - 17 DISEMBER 2020