The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMINAR AMALAN BAIK 2020 : SEKOLAH DTP AMAN, SEKOLAH DTP & SEKOLAH TS 25`BIMBINGAN OLEH SIP+, SISC+ PPDKMY

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NormaGC, 2020-12-15 21:57:11

Prosiding Seminar Amalan Baik PPDKMY 15Dis2020

PROSIDING SEMINAR AMALAN BAIK 2020 : SEKOLAH DTP AMAN, SEKOLAH DTP & SEKOLAH TS 25`BIMBINGAN OLEH SIP+, SISC+ PPDKMY

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 1
15 - 17 DISEMBER 2020

PROSIDING SEMINAR AMALAN BAIK
SEKOLAH DTP AMAN, SEKOLAH DTP & SEKOLAH TS 25

Anjuran Bersama:
Sektor Pembelajaran dan Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan.

Dengan Kerjasama:
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Pengerusi:
Encik Mukhtar bin Mansor, B,C.K, P.K
(Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan)

Timbalan Pengerusi:
Puan Najah binti Abdul Wahab
Timbalan PPD Kuala Muda/Yan (Sektor Perancangan)

Penyelaras:
Tn. Hj. Mansor bi Shahabudin
Timbalan PPD Kuala Muda/Yan (Sektor Pengurusan Sekolah)

Timbalan Penyelaras 1:
Encik Azizan bin Ahamad
Timbalan PPD Kuala Muda/Yan (Sektor Pembelajaran)

Timbalan Penyelaras 2:
Encik Yusof bin Ismail
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
(Sektor Pembangunan Murid)

Penyelaras Prosiding:
Dr. Azahari bin Abdullah (Pegawai SIPartners+)
Tn. Hj. Mohd Nizar binYusoff (Pegawai SISC+)

Sidang Editor:
Encik Ahmad Akibi bin Abdullah @ Hussain (Pegawai SIPartners+)
Puan Nor Zalina binti Ramli (Pegawai SISC+)
Puan Nor Azura binti Mat Isa (Pegawai SISC+)
Cik Azila binti Mohd Saad (Pegawai SISC+)
Cik Norjah binti Ismail (Pegawai SISC+)
Puan Norma binti Awang (Pegawai SISC+)

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 2
15 - 17 DISEMBER 2020

KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
Cemerlang buat semua warga PPD.

Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas
limpah kurnia-Nya, akhirnya seminar ini menjadi kenyataan. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada jawatankuasa penganjur Seminar Amalan Baik ini yang telah
bertungkus-lumus berusaha menganjurkan Seminar Amalan Baik yang julung-julung
kalinya dianjurkan secara menyeluruh bagi semua sekolah di PPD KMY.

Tema Seminar ini “KMY Di Persada Impian” ialah suatu konotasi yang
melambangkan kebangkitan “The Big Giant” untuk berada di kemuncak dalam persaingan
menjengah kegemilangan. Memandangkan Dunia Pendidikan Abad ke-21 telah berada di
persada dunia pendidikan kita, PPD KMY mengambil peluang ini untuk bersaing dengan
mengembleng kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga membina
warga guru yang berketrampilan dalam bidang pengkajian, amalan terbaik dan penulisan
ilmiah.

Objektif Seminar ini adalah bagi memantapkan pengurusan instruksional dan
pengurusan orgasnisasi dalam kalangan pemimpin sekolah dan juga membentuk kualiti
dalam kalangan guru-guru. Hasil pembentangan amalan baik ini boleh dijadikan sebagai
medium pembangunan organisasi dalam aspek pengurusan dan pentadbiran, pedagogi
dan penglibatan komuniti.

Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada jawatan kuasa
penganjur seminar ini yang telah berjaya menjadikannya realiti dan berjaya menerbitkan
prosiding seminar yang bermaklumat ini untuk kegunaan warga pendidik di KMY khasnya.

Selamat Berseminar.

MUKHTAR BIN MANSOR, B.C.K, P.K
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 3
15 - 17 DISEMBER 2020

Prosiding Seminar Amalan Baik
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Muda/Yan

Isi Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat
8 - 11
1 PELAKSANAAN 1 GURU 1 PBL STEM DI SEKOLAH 12 - 15
Normila Binti Hj Khalid 16 – 19
Norazliza Binti Abdul Aziz
SMK Seri Badong 20 - 24
25 - 31
2 PEMBELAJARAN DAN PENGURUSAN KOPERATIF DI DALAM KELAS 32 – 35
PELBAGAI ARAS
Noor Suryani Binti Ahmad 36 – 40
SK Sungai Daun Tengah

3 BUTANG CINTA JAWI
Nurul Haizah Binti Yusof
Ahlam Binti Othman
Sholehah Binti Osman
Latifah Binti Dahari @ Zahari Zulkifli Bin Wahab
SK Padang Lumat

4 SHOW! DON’T TELL”
Ku Nor Suriati Binti Ku Ishak
SMK Batu 17

5 “REHLAH MINDA SKSL”
Zainab Binti Ayob
Sk Sg Lalang

6 “TRANSISI PERMATA SAHARA KE KERJAYA”
Mariaton Kaftiah Binti Ramli
Atiyah binti Abdullah
Nasarudin bin Muhamad Radzy
Muhamad Nor Zaidi bin Abu Yaziz
SMK Gurun

7 AGROPRENEUR CILIK (APC) PERTANIAN MODEN
DINAMIK SEBAGAI KERJAYA MBK
Fauziah Binti Yusoff
Guru Besar, SK Berapit

8 “APPS D SETI ” 41 – 47
Mohd Tahar Bin Jusoh
Nor Dishah Binti Abu Bakar

SK Tunku Ismail

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 4
15 - 17 DISEMBER 2020

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 5
15 - 17 DISEMBER 2020

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 6
15 - 17 DISEMBER 2020

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 7
15 - 17 DISEMBER 2020

PELAKSANAAN 1 GURU 1 PBL STEM DI SEKOLAH

Normila Hj Khalid &Norazliza Abdul Aziz
[email protected]
SMK Seri Badong.

Abstrak
1 Guru 1 PBL dilaksanakan kepada 52 orang guru bagi mencapai matlamat pendidikan
STEM di sekolah. Oleh itu, guru seharusnya mempunyai kredibiliti dan tanggungjawab
terhadap amalan STEM di sekolah agar dapat membimbing seterusnya membawa murid
untuk menghayati dan membudayakan STEM di sekolah. 1 Guru 1 PBL STEM dipilih
sebagai amalan terbaik bagi melahirkan guru-guru yang berfungsi sebagai ikon STEM
dalam mempromosikan PBL sebagai pedagogi terpilih untuk PdP STEM. Dalam 1 Guru 1
PBL, guru berupaya untuk melibatkan pengintegrasian kurikulum antara subjek STEM dan
bukan STEM bagi mendorong murid untuk menyelesaikan sesuatu isu berkaitan dengan
pengalaman pembelajaran yang kontekstual dan relevan dalam kehidupan harian mereka.
1 Guru 1 PBL dijalankan oleh semua guru yang terlibat dengan mengadakan PLC , bengkel
dan perbincangan berkumpulan bagi memastikan pendekatan interdisiplin dapat
dilaksanakan. Kejayaan amalan ini dapat diukur dengan bilangan guru yang terlibat ketika
fasa pertama pembentukan kumpulan dan perbincangan menggunakan interdiciplinary
approch adalah seramai 52 orang daripada 59 orang guru. Seramai 52 orang guru telah
berjaya menemukan idea utama dan mengenal pasti tajuk PBL masing-masing. 1 Guru 1
PBL telah berjaya membentuk PBL STEM kerana dalam setiap kumpulan yang dibentuk
terdapat sekurang-kurangnya dua subjek STEM dan selebihnya adalah subjek bukan
STEM.

Kata kunci: PBL Stem, Pendekatan Interdisiplin, , kontekstual, pedagogi terpilih

PENGENALAN

Konsep pendidikan STEM di Malaysia adalah merujuk kepada pembelajaran bersepadu
disiplin STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan melahirkan murid yang
kreatif, imaginatif, inventif dan mempunyai nilai estetik dalam mencari penyelesaian
kepada sesuatu masalah @ isu. Oleh itu, pada bulan Mac 2019, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah memilih 32 buah sekolah sebagai sekolah model rintis STEM
(STEMEC) di bawah bimbingan Bahagian Pendidikan Kurikulum (BPK) dan Institut
Aminuddin Baki (IAB) untuk menjalankan Project Based Learning (PBL) STEM yang
menggabungkan subjek STEM seperti Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan
dengan subjek-subjek lain seperti Pendidikan Islam, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan lain-lain subjek dengan pendekatan interdisiplin untuk menyelesaikan
sesuatu isu yang telah dikenalpasti.

Pada tahun 2019, semua sekolah model rintis STEMEC telah menjalankan 4 PBL STEM
iaitu yang melibatkan murid tingkatan 2 dan tingkatan 4. Pada tahun 2020 SMK Seri Badong
telah melaksanakan satu inisiatif iaitu 1 Guru 1 PBL STEM bagi memantapkan PBL STEM .
Sehubungan dengan itu setiap guru perlu melaksanakan PBL STEM yang melibatkan
pengintegrasian kurikulum berdasarkan DSKP subjek masing-masing. Seramai 52 orang guru
telah terlibat pada hari pertama bengkel dijalankan dan hasil dapatannya sebanyak 10 tajuk PBL
telah dikenal pasti beserta Big Idea dan senarionya dengan melibatkan 13 kelas daripada 25
kelas yang terdapat di sekolah ini. Hal ini, adalah petanda baik untuk sekolah ini mengupayakan
semua guru dan murid terlibat dalam PBL di fasa yang seterusnya.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 8
15 - 17 DISEMBER 2020

AMALAN TERBAIK

Amalan baik yang dipraktikkan di SMK SERI BADONG adalah 1 Guru 1 PBL STEM. Hal
ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) menetapkan
sasaran untuk menarik minat pelajar terhadap STEM dan mengurangkan pertindihan isi
kandungan antara mata pelajaran STEM (Kementerian Pendidikan Malaysia 2013). Phang et al.
(2014) menyarankan supaya Malaysia menggunakan pendekatan interdisiplin dalam pendidikan
STEM untuk mengurangkan pertindihan isi kandungan mata pelajaran STEM. Pendekatan
interdisiplin dikatakan adalah berpadanan dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) yang menggalakkan penyepaduan merentasi pelbagai mata pelajaran. Amalan ini
dilaksanakan bermula pada Januari 2020 atas satu inisiatif pengetua ketika itu adalah untuk
mengukuhkan pendidikan STEM di sekolah .Walau bagaimanapun , PBL telah dilaksanakan di
sekolah bermula pada tahun 2016 ketika bermulanya TS25. 1 Guru 1 PBL STEM ini menjadi
modus operandi kepada guru-guru untuk memaksimumkan penerokaan murid terhadap subjek
yang dipelajari bagi menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan dan pembelajaran dan
pengajaran berkesan.

1 Guru 1 PBL STEM dipilih kerana ia merupakan pendekatan PdP secara bersepadu dan
bukan berasingan seperti perkara yang biasa berlaku di sekolah apabila, ia akan membenarkan
murid-murid mengaplikasikan pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar
yang bersifat kompleks dan interrelated. Oleh itu ,PBL merupakan pendekatan pedagogi yang
terpilih oleh guru dalam merealisasikan pendekatan bersepadu ini. Dengan merujuk kepada
DSKP mata pelajaran, Big Idea akan dikenal pasti oleh mata pelajaran utama (host) yang
ditentukan oleh kumpulan guru yang dibentuk. Setelah menentukan standard pembelajaran yang
bersesuaian dengan isu, maka kemungkinan hasil projek atau produk disenaraikan oleh guru
guru. Kemudian jadual pelaksanaan dibentuk bagi memudahkan guru-guru melaksanakan PBL
tersebut. Setiap matapelajaran mesti mempunyai kesinambungan agar murid-murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjadi kelaziman dalam penyelesaian
masalah. Kejayaan PBL diukur apabila guru Berjaya mendorong murid untuk mencapai
kemungkinan hasil produk atau projek yang telah dikenal pasti. PBL ini akan berlangsung
sepanjang tahun kepada semua guru sehingga guru-guru mempunyai sekurang-kurangnya 1
PBL STEM. Hal ini kerana terdapat cabaran dalam melaksanakan PBL STEM ini , yang paling
utama adalah masa untuk melaksanakan PBL memandangkan murid-murid suka menghasilkan
model sebagai hasil projek mereka. Selain itu, akses untuk mendapatkan maklumat adalah
terhad kerana bilangan komputer yang boleh digunakan adalah terhad. Namun, sebagainya
penyelesaiannya, guru akan memberikan kebebasan kepada murid untuk menjalankan aktiviti
ketika di luar kelas dengan pemantauan guru. Berkenaan dengan bilangan komputer yang
digunakan terhad, juruteknik telah membaiki peranti yang rosak tersebut namun masih belum
mencukupi. Kejayaan amalan 1 Guru 1 PBL ini dapat diukur dengan bilangan guru yang terlibat
ketika fasa pertama pembentukan kumpulan dan perbincangan menggunakan interdiciplinary
approch adalah seramai 52 orang daripada 59 orang guru. Seramai 52 orang guru telah berjaya
menemukan Big Idea ( idea Utama) dan mengenal pasti tajuk PBL masing-masing .Namun yang
menariknya 1 Guru 1 PBL telah berupaya membentuk PBL STEM kerana dalam setiap kumpulan
yang dibentuk terdapat sekurang-kurangnya dua subjek STEM dan selebihnya adalah subjek
bukan STEM.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 9
15 - 17 DISEMBER 2020

Jadual 1
Pelaksanaan PBL STEM di sekolah.

Bilangan Bilangan guru telah Bilangan guru yang telah Bilangan PBL STEM Bilangan
Guru SMKSB menyediakan PBL melaksanakan PBL STEM 13 Kelas
terlibat
59 STEM 26 13
52

Jadual 1 menunjukkan bilangan guru yang telah melaksanakan PBL STEM di sekolah adalah
seramai 26 orang daripada 52 orang yang telah menyediakan PBL STEM pada fasa permulaan.
Bilangan kelas yang terlibat adalah sebanyak 13 kelas daripada 25 kelas dan jumlah PBL yang
dihasilkan adalah sebanyak13. Berikut adalah gambar daripada hasil 1 Guru 1 PBL yang telah
dilaksanakan.

PLC 1 Guru 1 PBL PBL STEM Tingkatan 2 (Model KediamanHijau)
Gambar 1: Aktiviti 1Guru 1 PBL
IMPAK

Keberkesanan 1 Guru 1 PBL STEM yang telah dilaksanakan ini dapat dilihat apabila sebanyak
26 orang guru telah melaksanakan PBL STEM yang melibatkan 13 buah kelas walaupun
berdepan dengan pandemik dunia ketika ini. Antara impak amalan ini ialah guru-guru menjadi
sangat peka terhadap kandungan yang terdapat dalam DSKP mata pelajaran, lebih kreatif,
mengamalkan pengajaran terbeza dan seterusnya menghasilkan guru yang kompeten dan
berkualiti yang member kesan lebih baik kepada sesebuah organisasi. Malah, murid dapat
mencapai tingkat pemahaman yang lebih tinggi melalui STEM apabila disokong dengan guru-
guru yang berkualiti (Aldemir & Kermani, 2016) .Menurut Corlu dan Capraro (2014) dan J Radloff
((2017), penyepaduan STEM dalam pembelajaran di sekolah menengah dapat meningkatkan
minat murid semasa menjalankan PdP di kelas.Apabila pembelajaran menyeronokkan, murid
berminat untuk belajar, dan mudah mengingati fakta berbanding pengajaran konvensional dan
berani menyuarakan pendapat sendiri. Hasilnya, 13 PBL dihasilkan oleh murid-murid dengan
jayanya .Ketika pertandingan KEDAH STEM ONLINE yang telah diadakan, murid telah berjaya
mencapai kejayaan tempat pertama dalam video digital, tempat kedua dalam Science Craft dan
tempat ketiga dalam Science Show.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 10
15 - 17 DISEMBER 2020

Rajah 1: Bilangan Guru ,Kelas ,PBL STEM yang telah dilaksanakan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1 Guru 1 PBL STEM dipilih kerana ia merupakan pendekatan PdP secara bersepadu dan
bukan berasingan seperti apa yang biasa berlaku di sekolah di mana, ia akan membenarkan
murid-murid mengaplikasikan pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar
yang bersifat kompleks dan interrelated. Oleh itu, PBL merupakan pendekatan pedagogi yang
terpilih oleh guru dalam merealisasikan pendekatan bersepadu ini. 1 Guru 1 PBL STEM ini
menjadi modus operandi kepada guru-guru untuk memaksimumkan penerokaan murid terhadap
subjek yang dipelajari bagi menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan dan pembelajaran
dan pengajaran berkesan seterusnya meningkat potensi dan kemenjadian murid dalam pelbagai
bidang.

RUJUKAN

Bunyamim,M. A. H. ( 2015). Pendidikan STEM Bersepadu :Perspektif Global, Perkembangan
Semasa di Malaysia danLangkah KeHadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan
Matematik Johor, 25 (1), 1-6

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengenalan Sekolah Stemec (2019). Dimuatturun daripada
https://www.scribd.com/document/420424837/Pengenalan-STEMEC

Dasar SainsdanTeknologi Negara (1986), Dimuat turun daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat- kenegaraan/247-dasarsains-dan-

teknologi-negara .html

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 11
15 - 17 DISEMBER 2020

PEMBELAJARAN DAN PENGURUSAN KOPERATIF
DI DALAM KELAS PELBAGAI ARAS

Noor Suryani Binti Ahmad
[email protected]

Sekolah Kebangsaan Sungai Daun Tengah

Abstrak

Pembelajaran dan Pengurusan Koperatif merupakan dua kaedah yang telah
digabung jalin menjadi satu inovasi baru dalam sesi PdPc, seterusnya mendokong kepada
Persekitaran Pembelajaran Positif. Guru berperanan menyediakan ruang pembelajaran
kondusif, manakala murid didorong memenuhinya dengan efektif. Pembelajaran Koperatif
sesuai diaplikasikan ketika sesi penilaian. Hal ini merupakan platform untuk murid
menguasai ilmu secara optimum sekali gus tiada murid yang tercicir daripada diuji
kefahamannya secara adil bersesuaian dengan aras pelbagai. Ia juga satu inisiatif guru
untuk menggalakkan murid berkolaborasi sesama rakan sebaya, sekali gus menerapkan
elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Secara praktikal, hal ini memperlihatkan
kreativiti murid dalam menerangkan konsep kepada rakan lain dari sudut yang lebih mudah.
Murid lemah berterusan dibimbing manakala kemahiran murid sederhana dan tinggi terus
diperkukuhkan. Hasilnya, sesi penilaian dipenuhi aura positif daripada semua murid yang
pelbagai aras seterusnya mewujudkan persaingan sihat. Selain itu, pengurusan kelas turut
memainkan peranan membantu guru melaksanakan PdP dengan lancar sekali gus
mencapai objektif pembelajaran. Kaedah Pengurusan Koperatif dilaksanakan dengan guru
sebagai fasilitator serta PdPc berpusatkan murid. Antaranya ialah Teacher’s Attention
Signal, Traffic Signal Method, Teamwork’s Role dan lain-lain. Inovasi ini menghasilkan
kejayaan membanggakan apabila keputusan UPSR Matematik Mencapai Tahap Minimum
(MTM) 100% selama 3 tahun berturut-turut sejak PPSR diperkenalkan.

Kata Kunci: pembelajaran, pengurusan, koperatif, kelas, pelbagai aras

PENGENALAN

Pelaksanaan amalan terbaik dalam PdP menjadi keutamaan selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Oleh hal yang
demikian, Pembelajaran dan Pengurusan Koperatif diaplikasikan bagi memaksimumkan potensi
guru sekali gus membangunkan kemenjadian murid. Hal imi sangat penting dalam mendokong
persekitaran pembelajaran positif terutamanya murid yang terdiri daripada pelbagai aras
pemikiran.

Antara objektif utama inovasi ialah menyediakan satu platform dimana semua murid dapat
menerima ilmu secara optimum dan pada masa yang sama tiada murid yang akan tercicir
daripada ditaksir secara adil bersesuaian dengan aras mereka. Fokus di akhir PdP, semua murid
mampu mencapai objektif pembelajaran yang disampaikan guru.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SK Sungai Daun Tengah merupakan sekolah luar bandar Kategori B. Secara umumnya, murid–
murid yang mempunyai pelbagai aras pemikiran berada di dalam kelas yang sama. Ia menjadi
satu cabaran bagi guru untuk memastikan ilmu yang disampaikan di dalam kelas mampu
difahami oleh semua murid dan bagaimana bentuk penilaian yang sesuai diberikan kepada
mereka. Fokus utama guru adalah berfokuskan kepada mewujudkan kemenjadian murid dalam
mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. .

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 12
15 - 17 DISEMBER 2020

INOVASI AMALAN TERBAIK

Kaedah Pembelajaran Koperatif dilaksanakan ketika fasa penilaian. Kaedah ini bersesuaian
kerana ia mewujudkan aktiviti berpusatkan murid serta menjadikan murid lebih aktif dan

berkolaboratif. Semasa sesi ini, secara amnya peranan warna digunakan untuk membezakan
tahap keupayaan murid dan berfungsi untuk menyesuaikan soalan dengan aras mereka. Soalan–
soalan yang disediakan berpadanan dengan sasaran murid selagi masih dalam lingkungan
objektif pembelajaran. Fokus utamanya agar semua murid berjaya mencapai objektif

pembelajaran di dalam PdPc.
Sebagai contoh dalam situasi bilik darjah, murid dibentuk kepada kumpulan bertiga-tiga.

Setiap ahli dilabelkan dengan warna yang berbeza iaitu ‘Biru’, ‘Hijau’ dan ‘Merah’. Perbezaan
warna ini merujuk kepada perbezaan aras pemikiran mereka. Contohnya, murid ‘Biru’ adalah
murid cemerlang, murid ‘Hijau’ adalah murid sederhana manakala murid ‘Merah’ pula adalah
murid lemah. Guru bijak mengatur dan menyusun aras soalan yang bakal diajukan dengan
sasaran murid yang akan menjawabnya nanti. Secara praktikalnya, murid–murid ini diberi
peluang untuk menulis jawapan secara bergilir–gilir sambal dibantu oleh ahli kumpulannya yang
lain. Murid yang cemerlang dan sederhana akan berusaha bersungguh–sungguh membantu
rakan mereka yang lemah agar markah kumpulan sentiasa ditambah setiap kali soalan pusingan
diberikan. Signifikannya, jawapan yang betul mampu memberi pengukuhan kendiri yang positif
kepada murid – murid yang pelbagai aras pemikiran khususnya.

Terdapat pelbagai kaedah Pengurusan Koperatif yang dilaksanakan bagi membantu
kelancaran proses PdPc. Perancangan yang teliti akan menghasilkan sesi PdP yang lebih
berkesan. Antaranya ialah Teacher’s Attention Signal, Traffic Signal Method dan Teamwork’s
Role. Semua kaedah yang dinyatakan bersesuaian dan mampu memelihara keperibadian murid

seiring dengan tuntutan pencapaian mereka.
Teacher’s Attention Signal ialah satu kaedah yang menggunakan bahasa tubuh

bagi menarik perhatian murid sepanjang sesi PdP serta membantu meningkatkan fokus mereka
kepada isi – isi pengajaran. Kaedah ini menggabungjalinkan koordinasi tangan, mata dan mulut.
Murid – murid akan menjadi lebih peka dan cerdas sepanjang proses PdPc, di samping
membantu kawalan suara guru di dalam kelas. Bahasa tubuh ini diperkenalkan dari awal tahun
kepada murid supaya ia dapat difahami serta dipraktikkan dalam jangka masa yang panjang.
Penggunaan bahasa tubuh yang mudah dan interpretasinya difahami oleh murid–murid.

Hasilnya, sesi PdP menjadi lebih lancar dan terkawal.
Traffic Signal Method adalah satu kaedah unik untuk membantu guru membuat

pemantauan secara rawak penguasaan isi pengajaran setiap murid dan kumpulan dalam
menyelesaikan soalan yang diberi. Pelaksanaan kaedah ini sangat mudah dan berkesan kerana

hanya memerlukan dua alatan yang berbeza warna. Sebagai contoh, cawan merah dan hijau
digunakan. Apabila murid sedang menjawab soalan, cawan merah perlu berada di atas. Sebaik
sahaja murid berjaya menjawab soalan, cawan tersebut perlu ditukar ganti dengan cawan hijau.
Secara tidak langsung, ia menggambarkan murid atau kumpulan berkenaan telah siap sekaligus

tiada masalah dalam menyelesaikan soalan tersebut. Signifikannya ialah murid atau kumpulan
yang masih kekal cawan merahnya di atas, ia membawa maksud mereka mengalami masalah
dalam menyelesaikan soalan dan guru boleh bertindak dengan terus turun membantu. Kaedah
ini sangat praktikal untuk kelas yang berkapasiti besar sekaligus menjimatkan masa dan ruang

untuk bergerak memantau keseluruhan kelas.
Pengurusan Koperatif Teamwork’s Role’ memperkenalkan tiga peranan utama iaitu

Mentor, Runner dan Controller. Mentor diamanahkan sebagai Ketua Kumpulan, Runner
ditugaskan untuk mengambil alatan kumpulan dan Controller bertindak sebagai penjaga sahsiah
ahli kumpulan. Setiap murid memainkan peranan masing – masing sejajar ciri–ciri persekitaran
pembelajaran positif. Murid–murid akan rasa lebih dihargai apabila diberi kepercayaan dan guru
bertindak sebagai fasilitator seperti mana gambar di bawah.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 13
15 - 17 DISEMBER 2020

Gambar1: Guru melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan mengapliksikan aspek diri
guru sebagai fasilitator

IMPAK

Pelaksanaan kaedah Pembelajaran dan Pengurusan Koperatif memberi hasil jangka masa
panjang yang membanggakan apabila keputusan Matematik UPSR membuahkan kejayaan
100%. Mencapai Tahap Minimum (MTM) selama 3 tahun berturut–turut sejak PPSR
diperkenalkan juga amat dibanggakan. Ini merupakan sebuah kejayaan yang gemilang kepada
prestasi akademik sekolah di mana ia membuktikan semua murid walaupun pelbagai aras
pemikiran juga mampu untuk lulus. Selain itu, ia juga berjaya merapatkan jurang pendidikan
antara sekolah bandar dan luar bandar sekaligus membuktikan sekolah luar bandar mampu
menyaingi prestasi akademik sekolah–sekolah bandar. Hal ini dibuktikan dengan gambar rajah
prestasi berdasarkan graf seperti di bawah:

Rajah 1: Perbandingan pencapaian MTM subjek Matematik diantara UPTL dan UPSR sebenar
mengikut tahun

Inovasi ini berpotensi untuk disebar luas serta dijadikan contoh amalan terbaik di sekolah sekitar
melalui beberapa cara. Antaranya menerusi Proficiency Learning Community (PLC) antara
sekolah. Keberkesanan kaedah Pembelajaran dan Pengurusan Koperatif telah berjaya menarik
perhatian sekolah sekitar untuk datang mendapatkan ilmu menerusi aktiviti PLC. Pihak panitia

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 14
15 - 17 DISEMBER 2020

menerima kunjungan penanda aras dari sekolah luar sekaligus membantu meningkatkan ilmu
profesionalime serta medium untuk berkongsi pengalaman ke arah pembelajaran persekitaran
positif. Inovasi ini diterima baik untuk dijadikan amalan kerana ia melibatkan kos yang rendah
dan mudah untuk dilaksanakan. Selain itu, pelaksanaan inovasi ini juga tidak terhad kepada mata
pelajaran Matematik semata, malah ia sesuai diaplikasikan untuk semua mata pelajaran.

Seterusnya menerusi perkongsian amalan terbaik di dalam seminar peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Keberkesanan inovasi ini berjaya menarik minat pegawai SISC+ yang
hadir ke sekolah. Hasilnya, kaedah Pembelajaran dan Pengurusan Koperatif ini direkod dan
divideokan untuk perkongsian ilmiah kepada warga pendidik.

Selain itu, penulisan inovasi ini juga telah dipilih untuk dikompilasikan di dalam Kajian
Tindakan Peringkat Negeri Kedah. Ia boleh menjadi rujukan bacaan warga pendidik sekitar dalam
negeri. Penerimaan baik serta respon yang positif telah membuatkan kaedah Pembelajaran dan
Pengurusan Koperatif ini dipilih mewakili negeri Kedah untuk dipertandingkan di peringkat
kebangsaan. Pencapaian yang membanggakan apabila ia bejaya membawa pulang Anugerah
Khas Juri serta pingat Perak atas keberkesanan kaedah tersebut kepada persekitaran
pembelajran positif.

PENUTUP

Penerapan amalan terbaik akan menjanjikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
lancar dan bermakna kepada kedua–dua pihak iaitu guru dan murid. Guru mengenal pasti
kesukaran dalam mengendalikan murid yang pelbagai aras pemikiran namun berjaya diatasi
dengan pelaksanaan inovasi ini. Semua murid mampu menamatkan sesi PdPc dengan mencapai
objektif pembelajaran serta memperolehi keberhasilan yang sama. Kaedah Pembelajaran dan
Pengurusan Koperatif ini adalah satu intervensi yang baik, iaitu penguasaan murid yang
cemerlang dan sederhana terus diperkukuhkan manakala murid yang lemah terus dibimbing.

RUJUKAN

Hilmi, C. (2015). 10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad Ke-21. Retrieved June 21, 2019, from
http://www.cikguhailmi.com/2015/01/10-ciri-pembelajaran-kelas-abad-ke-21.html

Narzuki, C. (2014). Pembelajaran Abad Ke-21. Retrieved July 3, 2019,
from http://cgnarzuki.com/?page_id=3577

Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan dan Pelaksanaan di Sekolah. (2015). Retrieved June 23,
2019, from http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Bil_4_(2015)_Final.pdf

Azian, A. B. (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Retrieved July 11, 2019, from
http://www.slideshare.net/carrothy21/pengajaran-dan-pembelajaran-abad-ke-21

Arrifin, A. L. (2014). Pembelajaran Abad Ke-21. Retrieved June 27, 2018, from
http://www.academia.edu/20058948/KELAS_ABAD_KE_21

Nazri, A. (2014). Pendidikan Abad Ke-21: Isu dan Cabaran. Retrieved July 3, 2018, from
https://www.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

Raheela, A. (2015). Guru dan Cabaran Semasa: Pembelajaran Abad Ke-21. Retrieved July 5,
2018 from ellazlan.blogspot.my/2015/02/pembelajaran-abad-ke-21.html?m=1

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 15
15 - 17 DISEMBER 2020

“BUTANG CINTA JAWI”

Nurul Haizah Binti Yusof
[email protected]

Ahlam Binti Othman
[email protected]

Sholehah Binti Osman
[email protected]
Latifah Binti Dahari @ Zahari

[email protected]
Zulkifli Bin Wahab

[email protected]

Abstrak

Penguasaan Jawi yang ampuh dalam kalangan generasi muda bukan sahaja bertujuan
untuk mengangkat kembali martabat tulisan Jawi sebagai satu khazanah warisan bangsa,
malah untuk menghasilkan pelajar yang mampu menguasai kandungan ilmu dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dengan baik. Kelemahan penguasaan Jawi dalam kalangan
pelajar bukan lagi perkara baharu, malah banyak kajian telah dijalankan bagi mengenal
pasti punca berlakunya keadaan tersebut. Justeru, “Butang Cinta Jawi” telah dicipta untuk
diaplikasi oleh Guru Pendidikan Islam semasa mengajar Pelajaran Jawi. “Butang Cinta
Jawi” merupakan salah satu inovasi dalam bentuk permainan teka silang kata
menggunakan butang huruf jawi bermagnet untuk membina perkataan. Kaedah permainan
dipilih kerana dapat mengembangkan daya kreativiti, menarik dan dapat menghidupkan
suasana pembelajaran murid di dalam kelas. Inovasi ini memberikan suntikan semangat
untuk pelajar mempelajari jawi dengan lebih intensif dan berkesan. “Butang Cinta Jawi”
dilhamkan oleh guru-guru Pendidikan Islam SK Padang Lumat untuk membantu murid celik
Jawi. Alat inovasi ini direka cipta dengan beberapa konsep seperti, mudah digunakan, kos
yang rendah, dan menggunakan butang magnet yang berwarna-warni. Produk ini sesuai
digunakan oleh semua pelajar dari peringkat kelas prasekolah, pelajar berkeperluan khas
kelas Program Pendidikan Khas Integrasi dan pelajar arus perdana (tahun 1 hingga tahun
6) sewaktu proses pengayaan dan juga pemulihan. Selain itu, melalui permainan “Butang
Cinta Jawi” ini dapat memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, kasih-sayang, dan
bertolak ansur . Permainan ini juga dapat merealisasikan pengajaran dan pembelajaran
PAK 21 selaras dengan Transformasi Sistem Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013 – 2025) untuk melahirkan murid yang mampu menghubungkan pelbagai disiplin ilmu.
“Butang Cinta Jawi” berpotensi untuk dikomersialkan kerana kos yang rendah berbanding
manfaat yang diperoleh.

Kata kunci : jawi, butang, silang kata, pendidikan khas, PAK 21

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 16
15 - 17 DISEMBER 2020

PENGENALAN

Belajar melalui bermain ialah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada
mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.

Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran
fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut
Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu
teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara
berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak.

Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain
adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid
belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Permainan
merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang
optimum. Oleh sebab permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman kepada kanak-
kanak, hal ini menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

Berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan oleh para penyelidik, penguasaan
pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah. Mereka juga mendapati,
rata-rata pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi seperti susah dipelajari, tidak
penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan. Hal ini memberikan kesan terhadap pencapaian dan
minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai
kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dengan
menggunakan tulisan Jawi. Oleh itu, mereka berpendapat, kelemahan pelajar-pelajar sekolah
menengah dalam menguasai kemahiran Jawi mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan
mereka pada peringkat sekolah rendah. Oleh sebab itulah “Butang Cinta Jawi “ dihasilkan dengan
mengambil kira kecenderungan murid untuk belajar sambil bermain.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Padang Lumat terletak di km 25 Padang Lumat Jalan Alor Setar-Sungai
Petani. Kedudukan sekolah kira-kira 100 meter dengan jalan raya tersebut.Sejarah asal sekolah
ini adalah berdasarkan kepada catatan Tuan Hj. Ibrahim bin Shafie, bekas Guru Besar.

Berdasarkan catatan tersebut sekolah ini diasaskan sebelum perang dunia ke-2 lagi, iaitu
pada tahun 1934 oleh beberapa orang pemimpin tempatan dan dengan sokongan ibu bapa.
Sekolah ini dinamakan Sekolah Rakyat Padang Lumat dengan murid seramai 34 orang dan diajar
oleh seorang guru iaitu En. Ahmad bin Endut.

Pada tahun 1939, murid sekolah ini bertambah kepada 100 orang dan bilangan guru
bertambah kepada 3 orang.Bangunan sekolah pada masa itu hanya berukuran 60 X 16 kaki.
Dinding diperbuat daripada buluh, atap nipah dan berlantaikan tanah sahaja. Pada masa
berlakunya perang dunia akhir tahun 1941, sekolah ini telah dibakar oleh tentera Jepun semasa
mereka singgah di sini.

Pada tahun 1949, Jawatankuasa Pengasas telah ditubuhkan untuk membina semula
sekolah ini dengan bangunan seluas 60 X 30 kaki. Strukturnya berbentuk tiang bulat, atap zink,
dinding papan dan lantai simen. Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 70 orang dan 4
orang guru.

Pada tahun 1952, sebuah bangunan 150 X 25 kaki didirikan oleh Jabatan Pelajaran yang
dirasmikan pada 11 Mei 1952 oleh Pegawai Daerah Yan. Sekolah ini menerima bantuan penuh
kerajaan pada 15 April 1961. Guru kerajaan yang berkelayakan juga dihantar. Guru Besar yang
pertama ialah Encik Ibrahim bin Shafie dan Encik Omar bin Ismail sebagai penolongnya.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 17
15 - 17 DISEMBER 2020

Pada tahun 1977 satu bangunan 2 tingkat didirikan untuk menampung peningkatan
pertambahan murid. Pada tahun 1981 satu bangunan 2 tingkat telah didirikan dan telah
dirasmikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Dr Mahathir bin Mohamad.

INOVASI /AMALAN TERBAIK

“ Butang Cinta Jawi “ ialah satu inovasi yang diilhamkan oleh Guru Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Padang Lumat. Objektif utama dihasilkan “ Butang Cinta Jawi” adalah
untuk membantu guru untuk menarik minat murid dalam menguasai pelajaran Jawi, khasnya
dalam menguasai kemahiran huruf tunggal jawi dan dua suku kata terbuka.

Penghasilan “Butang Cinta Jawi” telah dihasilkan bermula apabila Sekolah Kebangsaan
Padang Lumat menganjurkan Program Inovasi dan Reka Cipta peringkat sekolah pada
November 2019. Guru-guru diwajibkan mengambil bahagian dalam program tersebut.
Sehubungan dengan itu, guru-guru Pendidikan Islam tahun 1 telah mengenal pasti kelemahan
murid-murid dalam menguasai kemahiran mengenal huruf tunggal jawi dan dua suku kata
terbuka. Melalui pemerhatian guru didapati murid-murid akan lebih menguasai sesuatu jika
menggunakan kaedah permainan, maka terhasillah “Butang Cinta Jawi”.

Dalam melaksanakan program ini, terdapat beberapa cabaran yang telah dilalui oleh
guru-guru Pendidikan Islam. Cabaran pertama adalah ketika proses menyusun suku kata-suku
kata supaya bertepatan dengan kedudukan menegak dan melintang. Seterusnya, memilih
bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan inovasi ini juga merupakan salah satu
cabaran yang kami hadapi. Berkat kesabaran, usaha gigih dan cuba jayanya kami dapat
mengatasi cabaran tersebut.

HASIL

Hasil daripada penyertaan Program Inovasi dan Reka Cipta yang diadakan pada
peringkat sekolah, “Butang Cinta Jawi” telah memenangi pingat perak. Pada 31 Ogos 2020 kami
telah menyertai International Invention, Innovation & Design Competition 2020 dan kumpulan
“Butang Cinta Jawi” telah memenangi pingat emas.

Gambar 1: Aktiviti Pembelajaran menggunakan inovasi dalam jawi

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 18
15 - 17 DISEMBER 2020

IMPAK
Berdasarkan dapatan daripada inovasi “Butang Cinta Jawi” , analisisnya adalah seperti di bawah:

Jadual 1
Prestasi Pelajar hasil daripada pembelajaran berbantukan Inovasi “Butang Cinta”

BIL TAHUN SARINGAN 1 SARINGAN 2

1. TAHUN 1 BESTARI 16/21 18/21

2. TAHUN 1 BIJAK 14/21 15/21

Merujuk kepada hasil daripada saringan pertama dan kedua, didapati prestasi murid telah
berubah menjadi bertambah baik. Saringan pertama menunjukkan nilai pencapaian 16/21 yang
membawa maksud jumlah murid yang melepasi saringan seramai 16 orang. Prestasi murid yang
sama bagi saringan yang kedua pula menunjukkan peningkatan prestasi lebih baik iaitu 18 orang
murid telah melepasi sarangan ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan data yang diperoleh, hasil daripada penggunaan “Butang Cinta Jawi” dalam

pembelajaran projek ini telah memberikan impak yang sangat berkesan kepada murid-murid
dalam menguasai kemahiran mengenal huruf tunggal jawi dan dua suku kata terbuka.

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah menempah butang
huruf jawi bermagnet supaya lebih jelas hurufnya dan butangnya kelihatan lebih menarik.
Selain itu, “Butang Cinta Jawi” ini berpotensi untuk dikomersialkan. Kami juga bercadang untuk
menambah baik “Butang Cinta Jawi” dengan menukarkan “Butang Cinta Jawi” daripada bentuk
kanvas kepada bentuk papan bermagnet.

PENUTUP
Secara keseluruhannya projek inovasi “Butang Cinta Jawi” ini sangat berkesan dalam

mengatasi masalah mengenal huruf tunggal jawi dan dua suku kata terbuka yang dihadapi murid.
Dengan menggunakan projek “Butang Cinta Jawi” ini semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdPC) murid dapat meningkatkan penguasaan dalam mengenal huruf jawi dan
suku kata terbuka. Penguasaan murid yang lemah dalam jawi juga dapat ditingkatkan lagi dengan
bimbingan rakan sebaya melalui aktiviti berkumpulan.

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Padang_Lumat

https://skpl19.blogspot.com/2018/12/profil-sekolah.html

https://books.google.com.my/books/about/Pedagogi.html?id=gD5AKc5OzAsC&redir_esc=y

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 19
15 - 17 DISEMBER 2020

“SHOW! DON’T TELL”

Ku Nor Suriati binti Ku Ishak
SMK Batu 17, Padang Lumat

Abstrak

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid
dalam mata pelajaran. Amalan pentaksiran yang dilaksanakan secara berterusan ini dapat
memberikan input kepada guru tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
pencapaian murid secara formatif atau sumatif. Dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdPc), pelbagai kaedah, pendekatan dan aktiviti yang digunakan oleh guru bagi
memastikan pentaksiran dapat dilaksanakan secara optimum. Salah satu kaedah yang
diamalkan oleh warga SMK Batu 17 dalam melaksanakan PBD adalah melalui
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)
mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada
amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.
Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang
teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui “Handbook - Project Based Learning” menekankan kaedah ini sebagai
strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik
darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan
penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.
Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu pendekatan pedagogi yang merangsang
kemahiran abad ke 21 murid. Ia adalah pendekatan jangka masa panjang yang meraikan
kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid. Dalam PBL, murid diberikan ruang dan
peluang untuk mengkaji secara mendalam tentang sesuatu isu atau topik bagi menghasil
sesuatu produk. Melalui proses yang dilalui oleh murid sepanjang melaksanakan PBL,
mereka dapat berkolaborasi, berkomunikasi dan menjana pemikiran kritis dan kreatif dalam
situasi yang sebenar. Penggunaan pelbagai teknik dan aktiviti PdPc dapat memastikan
perkara yang diukur mempunyai kesahan konstruk yang tinggi. Murid turut berpeluang
meningkatkan kemahiran 4C melalui penilaian kendiri dan refleksi yang dilaksanakan pada
fasa akhir PBL. Pendekatan ‘Show! Don’t Tell yang dipraktikkan oleh guru dalam
perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek memberikan impak positif dari segi
kreativiti dan komunikasi murid dalam bilik darjah.

Kata kunci: Pentaksiran Bilik Darjah, Pembelajaran Berasaskan Projek, kreativiti, komunikasi

PENGENALAN

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) merupakan salah satu Amalan Terbaik PdPc
warga SMK Batu 17 yang membantu guru melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara
lebih autentik dan berimpak tinggi. Antara ciri PBL yang menjadikannya sesuai dalam membantu
pelaksanaan PBD ialah ia boleh dilakukan secara individu, boleh jalankan secara berkumpulan
dan penilaian yang dijalankan ke atas projek boleh dilakukan secara berperingkat. Penilaian dari
tahap pertama sehingga tahap hasil projek yang disiap, sangat membantu pelajar untuk
mengintegrasikan pengetahuan secara teoritikal dengan aktiviti atau projek yang dijalankan, di
samping menghasilkan suatu kerjasama yang erat antara pelajar dan guru. Kemahiran
komunikasi antara guru dan pelajar dapat ditingkatkan. Hal ini demikian kerana, guru dan pelajar
perlu sentiasa bekerjasama dan berundingan pada setiap tahap sehinggalah hasil aktiviti atau
projek siap dijalankan.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 20
15 - 17 DISEMBER 2020

Selain itu ciri-ciri PBL ialah berasaskan soalan yang bermakna, menggalakkan murid
berfikir secara mendalam dan mencambahkan rasa ingin tahu selain sangat dekat dengan
konteks dunia sebenar. (Blumefeld et.al., 2002). Pelaksanaan PBL dalam kalangan warga
sekolah bermula dengan kolaborasi beberapa mata pelajaran bersama murid Tingkatan 4.
Setelah melalui proses percambahan minda dengan pasukan SLT dan MLT, jawatankuasa khas
telah dibentuk bagi menyelaraskan pelaksanaan PBL merentas kurikulum yang memberikan
fokus kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris. Penentuan tajuk dan fokus pembelajaran
berasaskan projek telah dilaksanakan bersama-sama murid yang turut dibantu oleh guru-guru
Geografi, Sejarah dan PSV. Konsep Show! Don’t Tell telah diterapkan apabila murid dan guru
terlibat menggunakan laman Pinterest sebagai sumber rujukan utama. Murid-murid dengan
bimbingan guru dapat melihat contoh dan replika projek yang telah dihasilkan oleh murid-murid
sekolah seluruh dunia.

Seterusnya, murid diberi mandat untuk memilih sendiri 3 negara yang mereka ingin lawati
dalam PBL yang bertajuk Round The World Trip. Dalam projek ini, murid akan melaksanakan
proses mencari maklumat tentang negara yang mereka lawati, memilih fokus utama projek
daripada beberapa fokus yang dicadangkan oleh guru, menyediakan replika peta dunia yang
mempunyai maklumat tentang negara yang dipilih seterusnya membentangkan projek mereka
dalam pameran bertema peringkat kelas dan sekolah. Antara aspek PBD yang ditaksir adalah
Kemahiran Membaca (Reading), kemahiran Menulis (Writing) dan Kemahiran Bertutur
(Speaking). Kemahiran ini akan dinilai sepanjang proses menyiapkan projek yang melibatkan
proses sebelum, semasa dan selepas pameran bertema dilaksanakan. Objektif utama kertas
pembentangan ini adalah berkongsi amalan PBL yang dilaksanakan di SMK Batu 17 dalam
memperkasakan Pentaksiran Bilik Darjah melalui konsep Show! Don’t Tell.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMK Batu 17 ditubuhkan pada Januari 1983 bermula dengan pengambilan sekumpulan
pelajar tingkatan 1 dan menumpang di SK Ulu Sedaka. Pada 17 Januari 1984, sekolah ini siap
sepenuhnya di atas tapak seluas 21 ekar dengan enrolmen seramai 255 orang, 15 guru dan 2
orang staf sokongan. Pembangunan fizikal sekolah yang terkini mempunyai 3 blok akademik, 1
blok makmal komputer, 1 blok bengkel kerja Kemahiran Hidup, 1 buah surau An-Nur dan 2 blok
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Enrolmen sekolah seramai 320 orang pelajar, 34
orang guru, dan 7 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Sekolah ini pernah mendapat
Tawaran Baru Bai'ah pada tahun 2015. Mata pelajaran elektif yang ditawarkan kepada pelajar
ialah subjek Pertanian, Perniagaan, Geografi, dan Pendidikan Seni Visual (PSV). Sekolah ini
juga mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran dan mula
beroperasi pada Apri 2009. Kini, program ini mempunyai 2 blok iaitu Blok Mawaddah dan Blok
Mahabbah. Pelajar PPKI terkini adalah seramai 40 orang. "PERMATA HEBAT" merupakan
tagline sekolah, akan dimantapkan lagi sebagai wadah perjuangan warga SMK Batu 17. Etos
Kadet Pertahanan Awam (KASPA) terus dibina keupayaannya dalam melahirkan murid yang
berketrampilan dan berakhlak mulia.

INOVASI / AMALAN TERBAIK

Pada tahun 2019, SMK Batu 17 telah mula merangka strategi pemantapan Pentaksiran Bilik
Darjah melalui amalan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Beberapa siri perkongsian
maklumat sesama guru (Teacher Sharing Session) telah dilaksanakan dalam kalangan pemimpin
atasan (Senior Leader Team) dengan pemimpin pertengahan (Middle Leader Team).
Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan model terkini yang digunakan untuk merangka
aktiviti bagi menghasilkan projek atau artifak murid di luar bilik darjah. PBL dapat membantu
murid menjana idea dan merangsang kreativiti yang mana dapat menterjemahkan kefahaman
mereka terhadap sesuatu topik yang diajar oleh guru.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 21
15 - 17 DISEMBER 2020

Dapatan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2019
mendapati masih terdapat beberapa kekeliruan berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah terutamanya
dari segi penentuan Tahap Penguasaan Minimum (KPM, 2019). Kefahaman guru tentang
Standard Prestasi dan penggunaan instrumen yang sesuai merupakan antara topik penting yang
menjadi fokus perbincangan peringkat MLT dan SLT. Perbincangan ini akhirnya membuahkan
hasil apabila pendekatan Show! Don’t Tell telah dipilih sebagai satu Amalan Terbaik yang akan
digunakan secara konsisten dalam PdPc mata pelajaran terpilih di sekolah.

Strategi PDCA (Plan/Do/Check/Act) diguna pakai untuk memantapkan pendekatan Show!
Don’t Tell. Pada fasa perancangan, penggunaan Pinterest telah dipilih sebagai medium utama
rujukan guru dan murid dalam proses penjanaan idea. Pada peringkat ini, pasukan MLT dan SLT
mengadakan bengkel cara guna pinterest Bersama-sama guru-guru yang telah dikenal pasti
sebagai pasukan utama. Perancangan turut melibatkan pemilihan tajuk utama bagi projek yang
akan dilaksanakan. Setelah tajuk dipilih, guru-guru yang terlibat mula merungkai DSKP bagi
mengenal pasti Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang sesuai dengan tajuk
utama. Kolaborasi ini membolehkan guru menetapkan standard prestasi minimum bagi
pentaksiran yang akan dilaksanakan.

Pada fasa pelaksanaan, murid diberikan beberapa contoh hasil projek daripada Pinterest
dan pautan-pautan berkaitan yang membolehkan mereka melakukan ekplorasi maklumat secara
kendiri. Murid diberi tempoh selama 2 minggu untuk menyiapkan projek ini. Dalam tempoh 2
minggu tersebut, guru berpeluang melaksanakan pentaksiran melalui aktiviti perbincangan (lisan
bertutur), bacaan dan penulisan. Guru-guru mata pelajaran Geografi, Pendidikan Islam,
Matematik, Sejarah dan Pendidikan Seni Visual menyumbangkan input dari segi fakta dan
huraian yang sesuai dengan projek yang telah dipilih oleh murid. Dalam tempoh tersebut juga,
murid dan guru turut membuat perancangan rapi berkaitan program utama sekolah iaitu Karnival
Pentaksiran Bilik Darjah. Hasil kerja murid akan digunakan dalam pameran bertema semasa
Karnival tersebut.

Dalam fasa Tindakan, murid dan guru perlu memastikan aspek-aspek teknikal dan
persembahan semasa pameran lancar dan menarik. Hal ini berkait rapat dengan pendekatan
Show! Don’t Tell apabila murid dan guru lain berpeluang melihat sendiri proses dan hasil PBL
yang dipersembahkan oleh murid.

Semasa fasa akhir kitaran PDCA, murid dan guru telah melaksanakan penilaian kendiri
dalam bentuk refleksi apabila mereka menilai semula keseluruhan proses dan produk akhir PBL
yang telah dihasilkan. Selain itu, guru dapat melaksanakan pentaksiran berterusan dan
memberikan skor tahap penguasaan murid yang lebih autentik. Maklum balas dan rekod
penguasaan murid yang kumpulkan akan digunakan bagi penambahbaikan PBL pada masa akan
datang.

CABARAN

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh guru dan murid sepanjang tempoh
pelaksanaan projek ini adalah dari segi hambatan masa, penggunaan instrumen bersesuaian
dan kekangan sumber bagi menghasilkan produk. Namun demikian, cabaran ini tidak
menjejaskan proses keseluruhan kerana kedua-dua pihak murid dan guru telah memberi
komitmen yang padu sepanjang pelaksanaan PBL. Secara tidak langsung, dengan penggunaan
instrumen PBD yang sesuai dan kaedah pentaksiran yang fleksibel, aktiviti PdPc akan menjadi
lebih bermakna selain dapat dijadikan evidens perkembangan potensi dan Tahap Penguasaan
kemahiran murid. Melalui PdPc yang kreatif dan inovatif, murid bukan sahaja dapat memperoleh
ilmu pengetuahuan, malah mereka turut dapat menguasai kemahiran, mengamalkan sikap dan
nilai serta mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 22
15 - 17 DISEMBER 2020

IMPAK

Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) telah menunjukkan impak yang ketara
dalam membantu guru melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Impak positif ini dapat
dilihat melalui pemerhatian dan maklum balas akhir daripada murid selepas Karnival PBD dan
Pameran Bertema Kelas (Classroom Showcase).

1. Penglibatan murid dalam sesi perbincangan awal lebih aktif dan berfokus
2. Murid menggunakan sepenuhnya laman web Pinterest semasa proses mencari idea dan bahan

bagi projek mereka
3. Kolaborasi sesama rakan sebaya menjadi lebih bermakna apabila mereka dapat menerima dan

menghormati perbezaan pendapat.
4. Proses mengumpul dan menganalisis maklumat dapat dilaksanakan secara berterusan dan

konsisten.
5. Membolehkan guru menilai dan mendapat gambaran jelas tentang penguasaan murid dalam

Standard Kandungan dan Standard pembelajaran yang telah ditetapkan dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Gambar1 : Aktiviti Pelajar dalam Pembelajaran Berasaskan Projek

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Hasil kerja murid melalui pelaksanaan PBL sepatutnya boleh digunakan bagi proses lanjutan
pembelajaran di dalam bilik darjah oleh guru-guru lain. Hal ini dapat memastikan proses yang
dilalui oleh murid dan guru dalam pelaksanaan PBL menjadi lebih bermakna dan berimpak tinggi.
Oleh hal demikian, untuk fasa What’s Next, penggunaan model 6 dalam Modul TS25 boleh
dijadikan panduan dalam merancang kaedah dan strategi pemantapan amalan PBL dalam
pelaksanaan PBD di sekolah.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 23
15 - 17 DISEMBER 2020

PENUTUP / KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, amalan penggunaan Pembelajaran Berasaskan Projek melalui konsep
Show! Don’t Tell khususnya dapat membantu guru dan murid dalam pelaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah. Pelaksanaan PBD yang berkesan dapat menyumbang kepada suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan menyeronokkan. Kaedah pentaksiran yang autentik juga
dapat memberi nilai tambah kepada perkembangan modal insan yang lebih holistik dan seimbang
bertepatan dengan anjakan transformasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Andy
Hargreaves (2003) menyatakan bahawa Pendidikan masa kini sedang berada dalam ‘the age of
insecurity. Dalam keadaan dunia yang menghadapi kepesatan Revolusi Industri, guru
memainkan peranan yang sangat penting dalam memandu arah perkembangan kompetensi
murid dalam proses mencipta dan menghasilkan projek berimpak tinggi.

RUJUKAN

Andy Hargreaves (2003), Teaching In The Knowledge Society. Milton Keynes: Open University
Press.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2018) Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik darjah.
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru (2012). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Blumenfeld (1991). Motivating Project Based Learning: Sustaining the Doing, Supporting The
Learning. Educational Psychologist.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 24
15 - 17 DISEMBER 2020

REHLAH MINDA SKSL

Zainab bt Ayob
[email protected]

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang

Abstrak

Promosi Kesihatan Mental adalah satu strategi penting bagi meningkatkan pengetahuan
umum dan kemahiran daya tindak kumpulan sasar mengenai kesihatan mental. Menjaga
psikososial dan kesejahteraan minda murid merupakan satu keperluan dalam mereka
menguruskan kehidupan nanti. Sementelah perkembangan laporan kesihatan mental
terkini membuktikan berlaku peningkatan kes masalah kesihatan dalam kalangan kanak-
kanak dan remaja. Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sungai
Lalang mengambil langkah memperkasa kesihatan mental di sekolah. Amalan terbaik ini
dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan meningkatkan daya tindak khususnya
kepada guru, pelajar dan seluruh warga sekolah amnya. Kita juga dapat membina
keyakinan diri para guru bawah bimbingan SISC serta Unit HEM PPDKMY . Bermula
dengan meningkatkan prasarana sekolah dan bilik Rehlah yang terapeutik , sudut-sudut
rangkaian , program Minda Sihat, video animasi hinggalah melalui inovasi permainan dam
di Laman Ketenangan Smurf. Pada peringkat ini, murid tidak menjalani ujian DASS, namun
kita memberikan ruang dan peluang kepada semua warga mengenali tahap emosi kendiri
seperti yang terdapat di laman tersebut. Kepentingan sebaran maklumat di media sosial
tidak terkecuali. Pentadbir juga menyusun jadual pengawasan waktu rehat untuk
memudahkan pelaksanaan Bersama-sama mentor masing-masing . Melalui
pembentangan ini juga diharapkan agar perkongsian berkaitan strategi dan inovasi promosi
Minda Sihat Sekolah Rendah dipertingkatkan, di samping dapat memupuk kerjasama
dalam kalangan pentadbir sekolah .

Kata kunci: Promosi Kesihatan Mental, kemahiran daya tindak, inovasi, kesejahteraan hidup

PENGENALAN

Setiap murid di Malaysia perlu dibantu emosi dan sosial bagi membolehkan mereka
mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kehidupan terutama dalam kebiasaan baharu
akibat Covid 19. Psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah, perlu
diberikan perhatian serius. Hal ini bagi membina keyakinan mereka untuk meneruskan
persekolahan dan bersosial sesama rakan sebaya. Rehlah Minda merupakan satu program yang
didasarkan melalui Model Lewin (1946) yang memperlihatkan satu kitaran. Langkah-langkah (a
spiral of steps) merupakan suatu kitaran kajian tindakan yang mempunyai 4 langkah iaitu
merancang, (planning), bertindak(action), memerhati(observeving), dan merefleks (feflecting).

Objektif pembentangan ini adalah untuk menerangkan kaedah dan pendekatan yang
telah dilaksanakan di SK Sungai Lalang dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling sebagai unit
yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid. Unit ini juga perlu aktif menjalankan
intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada
murid.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 25
15 - 17 DISEMBER 2020

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang mula beroperasi pada 5 Januari 1969 dengan Guru
Besar yang pertama ialah Encik Yaacub bin Othman. Pada 2 Januari 1972, Sekolah Kebangsaan
Sungai Lalang berpindah ke lokasi yang ada sekarang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang
Berbahagia Dato' Abdul Rahman bin Haji Arshad, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
pada tanggal 20 Julai 1976.

Pembangunan pesat dengan pembinaan taman-taman perumahan di kawasan sekitar
menyebabkan pertambahan penduduk dan bilangan murid kian bertambah. Pada tahun 1990
atas inisiatif kerajaan pusat, sebidang tanah berhampiran seluas 0.4948 hektar telah dibeli untuk
dijadikan padang sekolah Dalam tahun 2001 sebuah blok tambahan 3 tingkat didirikan yang
menempatkan dewan terbuka, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Bilik Pemulihan, Bilik
Mesyuarat serta 6 buah bilik darjah. Sebuah Makmal Komputer (ICT) 2 tingkat telah dibina dalam
tahun 2003 dan akhirnya dalam tahun 2006 sebuah prasekolah telah dibina di kawasan
berhampiran. Kini, Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang merupakan sekolah 2 sesi dengan
jumlah murid seramai 719 orang murid dengan 54 orang guru dan dibantu oleh 5 orang staf
sokongan pejabat dan seorang Pembantu Pengurusan Murid, manakala kerja-kerja pembersihan
dilaksanakan oleh 5 orang pekerja syarikat yang diambil secara kontrak. Sekolah Kebangsaan
Sungai Lalang telah dikategorikan sebagai sekolah gred A dengan keluasan 4 ekar tanah dengan
mempunyai 9 blok bangunan. Berbagai-bagai kemudahan fizikal dan prasarana sekolah yang
kondusif didirikan untuk menarik minat murid-murid dan warga sekolah.

INOVASI / AMALAN TERBAIK

Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit perkhidmatan penting di sekolah yang menjaga
psikososial dan kesejahteraan minda murid. Justeru, unit perlu aktif menjalankan intervensi
kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Modul
pembugaran emosi yang dikeluarkan oleh MGKK Kedah banyak membantu dalam persediaan
emosi murid ketika pendemik ini.

RASIONAL

Masalah kesihatan mental semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Morbiditi psikatri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja telah meningkat daripada 13.0%
(1996) kepada 19.4% (2006) dan kepada 20.0% (2011) - (Kajian Kesihatan morbiditi
Kebangsaan, KKM).

Program Promosi Minda Sihat Proaktif SR merupakan projek yang melibatkan intervensi

Unit bimbingan dan Kaunseling sebagai salah satu cara untuk menghilangkan stress dan
menyalurkan emosi ke arah minda yang sihat. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga,
Kehidupan Sejahtera”, adalah bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan

penjagaan kesihatan mental.

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Perancangan program Minda Sihat yang lebih proaktif dan menyeluruh bagi tahun 2020
dengan berpandukan modul.

2. Memperkemas jawatankuasa kumpulan kerja bagi mempertingkatkan impak sudut-sudut
rangkaian Minda Sihat seperti bilik relaksasi D’anjung Rehlah, Seri Lestari Garden,
Taman Levender, Mural Pokok Minda Sihat dan Laman Inovasi .

3. Perhebat Promosi Minda Sihat dalam kebiasaan baharu - Menampal poster psikososial
untuk sebaran agar murid dapat menangani stress dan kebimbangan dengan baik.

4. Meningkatkan kerjasama dengan sudut rangkaian PSS iaitu BICARA MINDA.
5. Cenderahati datang awal ke sekolah.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 26
15 - 17 DISEMBER 2020

6. Promosi Kesihatan Mental: Bugar Emosi Pagi, Soal Selidik Keperluan Murid, video
animasi keselamatan diri, menyemak kesediaan murid untuk kembali ke sekolah selepas
arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

7. Ziarah Cakna : Bertemakan Sumbangan Bantuan Makanan PKP Covid 19.
8. Slot rehatkan minda Bersama-sama guru pada waktu rehat: ‘Ceriakan Harimu’

TEMPOH / MASA PELAKSANAAN

Program berjalan secara berterusan mengikut jadual selama 11 bulan ini (Jan-Nov)
walaupun terkesan dengan pandemik Covid19. Gerakan meneruskan program dibuat setelah
penjadualan semula (Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu ).

CABARAN

A) Pandemik Covid 19

Kunjungan klien ke sudut-sudut rangkaian MINDA SIHAT seperti bilik relaksasi D’anjung
Rehlah, Seri Lestari Garden , Taman Levender , Mural Pokok Minda Sihat dan Laman Inovasi
adalah terhad kerana mengikut SOP. Justeru, sebagai langkah atasi, setiap kali pengguna
hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu daripada penyelaras. Kedua, menetapkan syarat
ikut SOP seperti arahan KKM. Hanya 2-4 orang sahaja dibenarkan untuk berada pada satu-satu
masa. Kerja sanitasi pula kena sentiasa dilakukan setiap kali penggunaan alatan permainan di
situ.

B) Sikap guru

Tidak dapat dinafikan kepentingan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras terhadap
anak didik di sekolah. Itulah hasrat dan impian ibu bapa juga untuk melihat anak berjaya. Namun
begitu, mendidik bukan setakat menurunkan ilmu, tetapi menjadi wadah guru untuk membentuk
modal insan kelas pertama. Membentuk seumpama dahan ranting yang kukuh dan ampuh.

Sikap segelintir guru yang menganggap masa PdPc amat terhad, maka mereka tidak
dapat melaksanakan modul Pembugaran Emosi (POPEM) sepenuhnya. Masa sangat
mencemburui mereka dalam memburu menamatkan silibus subjek masing-masing. Kekangan ini
diatasi dengan cara GBK membacakan program 5 minit melalui siaran interkom sekolah.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 27
15 - 17 DISEMBER 2020

Gambar1 : Aktiviti Pelajar di dalam program Rehlah Minda

IMPAK

Suasana sekolah menjadi sangat kondusif. Warga sekolah pula dapat mengamalkan
panduan yang diberikan oleh guru kaunseling malah dapat membantu orang lain pula dalam
kesejahteraan mental dan emosi. Menggalakkan perkembangan nilai kreativiti dan inovasi dalam
kalangan pentadbir dan guru sekolah. Menyemaikan nilai murni dan meningkatkan kestabilan
emosi dan ketenangan jiwa guru dan pelajar.

Impak amalan terbaik ini dapat dilihat kepada pentadbir, guru, staf ,PIBG, pekerja dan
juga murid. Pentadbir bertindak :
1. memastikan tahap kesediaan dalam keadaan selamat;
2. memastikan murid, guru, dan warga sekolah hadir dalam keadaan sihat dan selamat; dan
3. memantau program yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian.

KEJAYAAN PROGRAM

Gambar 2: Senarai Pengiktirafan dan Kejayaan

Hasil daripada aktiviti Rehlah Minda Sihar telah berjaya memupuk pemahaman dan
kerjasama guru, staf sokongan dan barisan pekerja sekolah meningkat melalui kolaborasi antara
sekolah yang terlibat antaranya: SK Ulu Satap, Bekenu, Sarawak, SK Sg Sebatu, Lubis,

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 28
15 - 17 DISEMBER 2020

Sarawak, SK Kampung Iran, Niah, Sarawak, SK Seri Sekamat, Selangor, SK Machang Bubok
11, P. Pinang, SK Bandar Puteri Jaya, SK Toh Pawang, dan lain-lain sekolah berhampiran yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Impak kepada murid pula adalah dapat
membentuk perkembangan nilai kreativiti dan inovasi mereka. Murid mampu berfikir di luar kotak
untuk menghasilkan permainan inovatif yang boleh membantu mereka memahami kawalan
emosi dan kesejahteraan diri.

Kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid seperti yang berikut:

1. Saguhati Kebangsaan –Pertandingan Video Animasi “Sayangi Diri, Utamakan keselamatan
Diri”

2. Emas Kebangsaan – Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Minda Sihat Murid Sejahtera
3. Peringkat Kebangsaan – Program Minda Sihat Proaktif 2020 Data Impak kepada murid pula

seperti berikut:

Gambar 2 : Kepuasan Pelanggan

Gambar 3: Kehadiran Murid

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 29
15 - 17 DISEMBER 2020

Gambar 4: Kesedaran Murid

Gambar 5: Kemahiran Daya Tindak Murid

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Memantapkan lagi kolaborasi dengan sekolah berhampiran agar sebaran maklumat
semakin meluas.

2. Membina dan memantapkan hebahan maklumat secara maya agar sebaran lebih meluas
dan menarik.

3. Memberi token/ganjaran kepada kelas-kelas yang berjaya mengekalkan kehadiran
penuh.

4. Melibatkan lebih ramai penglibatan waris dalam mengekalkan prestasi sudut-sudut
rangkaian.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 30
15 - 17 DISEMBER 2020

PENUTUP / KESIMPULAN

Program ini telah berjaya mengurangkan masalah disiplin, meningkatkan tumpuan murid
semasa PdP Berdasarkan Peningkatan Tahap Penguasaan Tp (Dari Jan – Nov) Dalam Subjek,
menenangkan jiwa guru dan murid. Ia juga membantu murid mencapai potensi diri sepenuhnya
sejajar dengan enam aspirasi murid dalam PPPM. Justeru itu, amalan terbaik yang telah
dijalankan ini dilihat telah memberi impak yang besar dalam menyemaikan nilai murni dan
meningkatkan kestabilan emosi dan ketenangan jiwa guru dan pelajar.

RUJUKAN
Kamaruzaman, Phd.Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian

Tindakan. Modul Khas Npqel( 2016)

Rahimah Haji Ahmad. (2005). Kepengetuaan dan kepemimpinan sekolah: Pembangunan dan
penambahbaikan pengajaran.Jurnal Pemimpin, 5,1-10

https://www.infosihat.gov.my/images/projek_khas/Promosi_Kesihatan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 31
15 - 17 DISEMBER 2020

“TRANSISI PERMATA SAHARA KE KERJAYA”

Mariaton Kaftiah binti Ramli
[email protected]
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Atiyah binti Abdullah
[email protected]
Nasarudin bin Muhamad Radzy
[email protected]
Muhamad Nor Zaidi bin Abu Yaziz

[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun

Abstrak

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun
mewujudkan Program Transisi Permata Sahara Ke Kerjaya bermula pada tahun 2015.
Transisi permata ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk
melahirkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang boleh memimpin, mengurus, mentadbir
serta melahirkan modal insan bersahsiah mulia, jati diri, berdikari, proaktif, berketrampilan
dan menguasai kemahiran untuk mengurus kehidupan. PPKI SMK Gurun mencuba
pelbagai projek dalam bidang masakan, tanaman, perkebunnan, penternakan, jahitan dan
dobi. Sebahagian projek PPKI SMK Gurun yang telah dilaksanakan adalah projek
perkebunan(tanaman sayuran, dan herba). Projek masakan terbahagi kepada dua iaitu
untuk kemahiran vokasional spesifik dan kemahiran asas masakan. Kesemua projek
merealisasikan “Transisi Permata Sahara Ke Kerjaya” bertujuan untuk menyediakan MBK
kefungsian sederhana dan rendah dengan pengetahuan serta kemahiran mengurus diri.
Selain itu, hal ini juga dapat melahirkan murid yang mengamalkan gaya hidup sihat, mahir
berkomunikasi dan membentuk sahsiah yang positif serta memberi fokus kepada usaha
mengembangkan bakat seterusnya potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran
yang diperoleh dalam menjalani kehidupan harian. Kepelbagaian dalam Program Transisi
Permata Sahara Ke Kerjaya telah menonjolkan pelbagai potensi diri murid untuk menjurus
minat mereka dalam perkebunan, masakan, perternakan dan pembelajaran. Program ini
telah membuka minda MBK dalam mengembangkan bakat, keyakinan, meningkatkan
kepercayaan diri bahawa MBK boleh melaksanakan pelbagai kerja seperti insan biasa.

Kata Kunci : Transisi, Permata Sahara, Murid Berkeperluan Khas (MBK), Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

1.0 PENGENALAN

Sejak penubuhan kelas PPKI 2010, pengajaran di PPKI SMK Gurun banyak menggunakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti kebiasaan sahaja dan hanya memenuhi sukatan
yang dibekalkan. Namun bermula 2015, bagi mendepani cabaran alaf baru ini , guru-guru PPKI
SMK Gurun berfikir dan bertindak di luar kotak kebiasaaan. Anak-anak PPKI haruslah dididik
berdaya saing, membudayakan kecemerlangan kokurikulum bagi mengilap semangat kejuaraan
dan membudayakan sifat prihatin serta penyayang supaya kehidupan lebih bermakna.

Rasional program ini membolehkan MBK mengatasi halangan dari aspek perkembangan
kognitif, bahasa, komunikasi,, emosi, tingkah laku dan psikomotor. Menurut Safani, Salleh dan
Mohd Arif (2000) , murid berkeperluan khas menghadapi lebih banyak halangan dalam

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 32
15 - 17 DISEMBER 2020

menguasai tahap kemahiran vokasional untuk melayakkan mereka bekerja. Oleh itu, keupayaan
dan kebolehan tertentu yang dimiliki oleh MBK ini perlu dimaksimumkan dan dimanfaatkan sebaik
mungkin agar mereka memperoleh persediaan dari segi kemahiran kendiri, advokasi diri dan
sosial yang membolehkan mereka lebih yakin diri dan mampu berdikari.

Program “Transisi Permata Sahara ke Kerjaya” dibina berasaskan enam komponen iaitu:

i. Kemahiran kehidupan;
ii. Kemahiran advokasi diri;
iii. Kemahiran Membudayakan Kehidupan Kedewasaan;
iv. Kemahiran Kerjaya;
v. Penilaian Kesediaan Kerjaya; dan
vi. Kemahiran di Tempat Kerja ( Latihan Industri dan Job Coach).

Enam aktiviti transisi ke kerjaya ini akan membantu MBK bersedia untuk bekerja, berkeluarga,
bersosialisasi dan berinteraksi dengan kekuatan serta keupayaan individu terhadap minat
seterusnya menyerlahkan potensi masing-masing.

Program Transisi Permata Sahara ini diharapkan dapat memberi sokongan psikologi,
emosi dan minda untuk MBK menyesuaikan diri dengan persekitaraan, individu dan komuniti di
sekolah serta tempat kerja. Sokongan ini akan membantu MBK mempertingkatkan kemahiran
komunikasi, berinteraksi, diri dan bersosial dengan guru serta rakan baharu di sekolah serta
tempat kerja.

Pelaksanaan program ini memerlukan perancangan, komitmen dan kerjasama pihak ibu
bapa, ahli keluarga, guru, pentadbir sekolah serta warga komuniti setempat. Menurut Cegelka
dan Berdine (1995) Program Transisi dapat membantu MBK untuk bergerak dari struktur
kehidupan terlindung di sekolah kepada kehidupan dewasa selepas sekolah yang berisiko dan
penuh cabaran. Oleh itu, program ini menekankan kepada kemampuan dan kejayaan serta
keupayaan hidup berdikari dengan sokongan dari semua pihak terlibat termasuk pihak industri
yang bakal menjadi majikan mereka. Walaupun banyak kesukaran dalam merealisasikan
program ini disebabkan beberapa faktor seperti, kewangan, latar belakang murid, kekangan
masa, emosi, kepelbagaian tingkah laku , masalah kesihatan dan lain-lain. Harapan PPKI SMK
Gurun dapat melahirkan kemenjadian murid yang tidak perlu bergantung kehidupan dengan ahli
keluarga.

2.0 LATAR BELAKANG PPKI SMK GURUN

Kelas Pendidikan Khas Integrasi SMK Gurun mula ditubuhkan pada 1 Januari 2010. Kelas
ini bermula dengan kehadiran 3 orang pelajar di bawah bimbingan Cikgu Norashikin binti Mohd
Yasin dan Cikgu Ng Ying Shya. Setelah itu kelas ini terus berkembang dengan pertambahan
murid menjadikan jumlah murid terkini pada tahun 2020 seramai 51 orang terdiri daripada 35
orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan. Selain itu, tenaga pengajar SMK Gurun terdiri
daripada seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas dan 9 orang guru dan dibantu oleh 4 orang
Pembantu Pengurusan Murid.Walaupun masih kekurangan 2 orang guru, diharapkan
kekurangan guru ini tidak akan menjejaskan pengurusan PPKI serta berupaya memantapkan lagi
pengurusan kelas sebanyak 7 kelas dari semasa ke semasa. Kelas Pendidikan Khas telah
mendapat peruntukan untuk naik taraf pada tahun 2019. Sehubungan dengan itu, kelas menjadi
lebih kondusif, ceria, selamat dan memberi lebih motivasi kepada murid MBK.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 33
15 - 17 DISEMBER 2020

3.0 INOVASI/ AMALAN TERBAIK

“Transisi Permata Sahara ke Kerjaya” ialah satu inovasi yang diilhamkan oleh Guru Pendidikan
Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun. Objektif utama adalah MBK dapat membina
keyakinan diri, bersikap positif, memperoleh pengalaman sebenar bekerja dan dapat
mempraktikkan kemahiran yang telah diperoleh. Semua projek atau produk PPKI SMK Gurun
mengunakan nama Permata Sahara dan mempunyai logo khas. Kesemua projek melibatkan
semua murid seramai 51 orang, seorang penolong kanan, 9 orang guru dan 4 orang Pembantu
Pengurusan Murid.

1. Donat Permata bermula pada tahun 2015. Selain murid mempelajari cara penyediaan
bahan, pembuatan, jualan dan kebersihan dalam membuat donat, PPKI telah menambah
lagi produk dengan membuat aiskrim Malaysia.

2. Usahawan Muda Permata bermula tahun 2017. Melibat pelajar Kelas Permata Amanah
bagi Mata pelajaran Kemahiran Vokasional Spesifik Penyediaan dan Pembuatan
Makanan. Produk keluaran ialah Kerepek Popia Cheese, Biskut Red Velvet, Mexican
Bun, Keropok Sayur, Biskut Florentine dan menerima tempahan pelbagai biskut .

3. Projek Ternakan Lebah Kelulut Permata Sahara bermula Jun 2020 setelah tercetus idea
selepas penemuan sarang lebah kelulut di tapak perkebunan.

4. Pasu Viral dan Pasu Hiasan Permata Sahara. Diperbuat daripada kain buruk dan simen
dan dibentuk menjadi pasu.

5. Produk Hiliran Madu Kelulut ( Sabun ) Permata Sahara. Menggunakan hasil tanaman
Aloe Vera dan hasil madu.

6. Tanaman – kepelbagaian tanaman seperti, tanaman herba, tanaman untuk sumber nektar
kelulut, sayuran, dan buahan.

7. Bedak sejuk Permata Sahara – khas untuk murid kefungsian rendah yang sangat terhad
keupayaannya.

8. Projek Akuaponik – Projek perkebunan bandar, ikan tilapia merah , sayur baby sawi dan
bayam Brazil.

4.0 IMPAK

Kesemua hasil produk dari projek yang dilaksanakan PPKI SMK Gurun telah berjaya
mengadakan 2 kali jualan “Projek Keusahawan Permata” kepada semua warga SMK Gurun,
komuniti dan waris iaitu:

Fasa 1.0 pada 29 Julai 2020
Fasa 2.0 pada 18 Oktober 2020

Selain itu, PPKI berjaya berkolaborasi dengan Arizq Iman Enterprise dan Tapak Semaian Tok
Imam Sungai Yan, Mereka memberikan perkhidmatan nasihat, membekalkan produk tanaman
semasa jualan dan memberi saguhati kepada PPKI. Selain itu, mereka turut memberikan tunjuk
ajar tentang penjagaan tanaman, produk hiliran dan memberi sumbangan pokok-pokok hiasan
untuk sumber makanan lebah kelulut.
PPKI SMK Gurun juga telah menerima sumbangan berbentuk baja sebanyak 200 kilogram dari
Syarikat NAFAS Fertillizer, Gurun.

Kami juga menerima sumbangan dari perseorangan iaitu membekalkan pakaian terpakai untuk
projek pasu viral.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 34
15 - 17 DISEMBER 2020

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan pemerhatian, minat yang ditunjukkan oleh MBK dalam setiap kepelbagaian projek
Transisi Permata Sahara ini telah memberi semangat kepada guru-guru untuk menambahkan
lagi kemahiran kepada MBK. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah:

1. Penambahan produk hiliran madu kelulut
- sabun daun mambu
- produk mandian
- minyak angin

2. Tanaman Fertigasi
3. Tanaman Hiasan

6.0 PENUTUP/KESIMPULAN

“Transisi Permata Sahara ke Kerjaya” merupakan sokongan bagi membantu MBK bersedia untuk
kerjaya dan menempuh alam dewasa. Selain itu, program ini menyediakan aktiviti meningkatkan
kemahiran interpersonal, advokasi diri dan pendedahan di tempat kerja. Harapan pada akhir
program ini, MBK mampu melibatkan diri dalam aktiviti sosial dalam masyarakat, mematuhi
peraturan dan melengkapkan tugasan dalam bidang pekerjaan yang diceburi serta mampu
membuat keputusan dengan baik dalam kehidupan harian mereka (Taylor,2000)

7.0 RUJUKAN

1. Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan khas integrasi ( 2015)
2. Peraturan-peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 2103
3. Garis Panduan Program Transisi Ke Kerjaya Murid Berkeperluan Khas ( MBK) Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 35
15 - 17 DISEMBER 2020

AGROPRENEUR CILIK (APC) PERTANIAN MODEN DINAMIK
SEBAGAI KERJAYA MBK

Fauziah binti Yusoff
[email protected]

Guru Besar SK Berapit

Abstrak

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya pembelajaran yang
diperoleh dibilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini
juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berupaya menjalani
kehidupan dengan lebih bermakna. Fleksibiliti dalam melaksanakan KSSR
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) memberi ruang kepada aktiviti untuk
meningkatkan kemahiran berfikir, penggunaan teknologi dan penerapan nilai dalam
memastikan pembangunan MBK secara holistik. Program Transisi ke Kerjaya murid
berkeperluan khas (MBK) ialah program persediaan awal proses peralihan dari
sekolah rendah ke sekolah menengah sebelum menempuh alam kerjaya. Pihak
sekolah perlu merancang aktiviti transisi ke kerjaya yang bersesuaian dengan individu
MBK. Program yang dirancang perlu diintegrasikan dalam sistem pendidikan melalui
aktiviti harian di sekolah. Berdasarkan keperluan tersebut dengan berkonsepkan
“earning a living” PPKI SK Berapit memberi fokus kepada kemahiran Agropreneur
atau Keusahawanan Agro. Kemahiran yang diperkenalkan ini selari dengan DSKP
Kemahiran Hidup TAHUN 4 murid Masalah Pembelajaran dengan menggunakan
strategi Pembelajaran Kontekstual yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid.
Kemahiran yang diajar di sekolah, dengan kehidupan harian dieksplisitkan fokus
kepada kemahiran abad ke-21. Program Agroprenuer Cilik Murid MBK Masalah
Pembelajaran mengunakan kaedah Pertanian Moden Dinamik. Program ini adalah
penambahbaikan daripada kaedah konvensional yang dilaksanakan di semua
sekolah PPKI kepada kaedah pengunaan teknologi moden mengikut keadaan
semasa. Kaedah pertanian moden yang digunakan kepada murid-murid MBK
masalah pembelajaran PPKI SK Berapit ialah sistem pertanian fertigasi, sistem
pertanian nutripot, sistem vertikular rak, sistem Aquaponic dan Nft Hidroponik.
Kemahiran asas yang diperoleh dalam program ini akan memberikan manfaat kepada
murid-murid MBK ini apabila mereka melangkah ke sekolah menengah yang salah
satu topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan satu ialah teknik
pertanian moden yang menggunakan kaedah dan sistem fertigasi. Lanjutan daripada
itu, sekolah “feeder” bagi murid-murid MBK SK Berapit juga melaksanakan program
yang sama dengan hasrat, kemahiran asas yang diperoleh di sekolah rendah dapat
dimantapkan di sekolah menengah dan kemahiran yang diperoleh semasa berada di
sekolah, merupakan transisi ke kerjaya murid MBK seterusnya.

Kata Kunci: Transisi Kerjaya, Kemahiran Agropreneur, Pertanian Moden Dinamik

PENGENALAN

Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) adalah bagi Murid Berkeperluan Khas.
PASR terbahagi kepada 2 instrumen bersepadu, iaitu murid boleh memilih 1 daripada 4
kompenan Kemahiran Hidup iaitu: masakan, jahitan, penternakan dan perkebunan
sebagai instrumen PASR. Pada masa kini, pertanian merupakan antara sektor yang
terpenting dalam menghasilkan sumber makanan bagi negara. Berdasarkan maklumat
tersebut, SK Berapit telah menetapkan pertanian moden dinamik sebagai salah satu
kemahiran yang perlu didedahkan kepada murid-murid MBK yang akan menduduki

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 36
15 - 17 DISEMBER 2020

PASR khususnya dan murid-murid lain amnya. Selain itu dengan melaksanakan program
pertanian moden ini, sekolah dapat menyediakan ruang pembelajaran yang lebih
kondusif serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan melalui kaedah “hands on” dan
“project based”. Program ini dinamakan “Agropreneur Cilik” atau diringkaskan kepada
APC. Hal ini dilihat amat sesuai dilaksanakan di SK Berapit dengan MBK masalah
pembelajaran ini.

MATLAMAT APC

i. Mengubah persepsi bahawa kerjaya pertanian tidak menjamin masa hadapan;
ii. Menanam sikap jangan berputus asa;
iii. Berani meneroka bidang baharu;
iv. Mampu belajar menggunakan teknologi moden dan terkini;
v. Mengukuhkan kerjaya MBK dalam bidang pertanian;
vi. Mempraktikkan cara-cara perkebunan yang betul; dan
vii. Menerapkan Kemahiran Abad ke-21 apabila mereka dapat bekerjasama secara

berkesan dan harmoni dengan orang lain.

OBJEKTIF APC

i. Memberikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam aspek perkebunan.
ii. Memupuk sikap kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan

mengamalkan cara kerja yang sistematik, tabiat kerja yang selamat, sihat dan
bertanggungjawab.
iii. Memberikan peluang murid merasai pengalaman sendiri dalam proses
penanaman menggunakan teknologi moden dan seterusnya dapat menjana
memupuk minat dan bakat murid dalam bidang pertanian moden.
iv. Membina keyakinan diri dan bersikap positif untuk berfungsi secara berkesan
dalam urusan di sekolah dan di rumah.
v. Memperoleh pengalaman sebenar bekerja
vi. Mempraktikkan kemahiran yang telah diperoleh dalam kehidupan harian
vii. Merasai seronok dan puas dengan hasil kerja sendiri.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Berapit (SKB) ialah sebuah sekolah yang berada di dalam
Daerah Kuala Muda/Yan dan terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Sungai Petani
Kedah. SK Berapit juga turut dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. SK Berapit
keseluruhannya mempunyai lima blok bangunan. Mempunyai 18 kelas Arus Perdana,1
kelas Prasekolah dan 4 buah kelas PPKI. Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh Guru
Besar dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong
Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan PPKI serta disokong oleh Pegawai FA29,
PembantuTadbir, Pembantu Operasi N11dan empat orang Pembantu Pengurusan Murid
(PPM).

Sejarah penubuhan SK Berapit telah diasaskan dengan nama SK Tikam Batu
(Cawangan) dan ditadbir oleh Guru Besar SK Tikam Batu (Induk) iaitu Encik Shuib bin
Shawal pada tahun 1982. SK Tikam Batu (Cawangan) ini mula beroperasi dengan 5 buah
kelas, 3 kelas tahun 3 dan 2 kelas tahun 6. Sekolah ini bermula dengan seramai 250
orang murid, 6 orang guru dan seorang pekerja am. Pada 1 April 1984, SK Tikam Batu II
telah ditubuhkan. Guru besar pertama ialah Tuan Haji Abu Bakar bin Daud. Bilangan
murid sulung tersebut pada masa itu hanyalah seramai 106 orang iaitu terdiri daripada

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 37
15 - 17 DISEMBER 2020

murid-murid tahun 1,2 dan 3 yang dibimbing oleh 6 orang guru terlatih. Seterusnya pada
tahun 1987, Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SK Tikam Batu II telah mengusulkan
supaya nama sekolah ini ditukar kepada SK Berapit berlandaskan beberapa faktor
tempatan. Pada 12 Disember 1987, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah meluluskan
pertukaran nama SK Tikam Batu II kepada SK Berapit. Penggerak kecemerlangan SK
Berapit kini ialah seramai 55 orang, yang terdiri daripada 5 orang pentadbir 43 orang guru
dan 7 orang AKP. Enrolmen murid ialah seramai 444 orang termasuk 25 orang murid
prasekolah dan 27 orang murid MBK. Kini, sekolah ini mempunyai 18 kelas murid Arus
Perdana, 1 kelas Prasekolah dan 4 kelas Program Pendidikan Khas Inklusif(PPKI).
Bermula tahun 2019, sekolah ini menerima amanah untuk melaksanakan program
transformasi sekolah TS25 pada bulan April tahun 2019–Kohot 4.0.

INOVASI/ AMALAN TERBAIK

Program Agropreneur (APC) ialah suatu aktiviti bermanfaat kepada murid-murid.
Selain membentuk menjadi pelajar cemerlang dalam bidang pelajaran, mereka juga
disediakan dengan aktiviti bermanfaat khasnya memberikan pendedahan kepada asas
keusahawanan.

OBJEKTIF PROGRAM

Program Agropreneur Cilik (APC) dipilih kerana program ini selari dengan matlamat
KPM agar sekolah dapat melaksanakan program transisi ke kerjaya MBK dengan
berstruktur dan sistematik.

RASIONAL

Rasionalnya program ini adalah dapat memberikan persediaan dari segi kemahiran
kendiri, advokasi diri dan sosial yang membolehkan mereka lebih yakin diri dan mampu
berdikari.

STRATEGI PELAKSANAAN:

Pihak sekolah telah berinisiatif melaksanakan beberapa perkara iaitu:

i. Menyediakan kawasan dan kemudahan asas pertanian;
ii. Mendapatkan bantuan sumbangan kewangan;
iii. Mendapatkan kepakaran dan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian;
iv. Membimbing murid mendapatkan kemahiran dari kerja menyediakan semaian,

penanaman, pembajaan, penjagaan daripada serangga perosak, tuaian dan menjual
hasil tanaman; dan
v. Pendedahan kepada pelbagai sistem pertanian moden (fertegasi, nutripot, ventikular
rak, Nft hidroponik dan aquaponik).

TEMPOH PELAKSANAAN

Sepanjang tahun dengan mempelbagaikan jenis tanaman jangka pendek

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 38
15 - 17 DISEMBER 2020

SASARAN
Murid MBK PPKI.

Jadual 1 : Bilangan Murid MBK PPKI Sesi 2020

KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Mutiara 1 4 0 4
Mutiara 2 6 2 8
Mutiara 3 3 4 8
Mutiara 4 5 2 7
Jumlah 15 8 27

Merujuk kepada Jadual 1, terdapat empat kelas PPKI yang mempunyai jumlah pelajar
seramai 27 orang. Pembahagian kelas berasaskan kepada keperluan murid PPKI yang
telah dikenal pasti.

Jadual 2:
Kategori MBKPPKI Sesi 2020

BIL KATEGORI MBK JUMLAH
1 Intellectual Disability 8
2 Slow Learner 5
3 Sindrom Down 2
4 ADHD 3
5 Autisme 1
6 Disleksia 1
7 Learning Disability 1
8 Autisme, ADHD,Disleksia 1
9 Global Developmental Delay with Below Average Intelectual Ability 1
10 Quadriplegia Cerebral Palsy Secondary Severe Prematuruty 1
11 Ev-Premature 32 Weeker With Speech Delay And Mild Hyperactive 1
12 Penglihatan 1
13 Developmental Delay With Learning Difficulty 1

Murid-murid PPKI di sekolah ini terbahagi kepada 13 kategori keperluan. Berdasakan
data di dalam jadual di atas, menunjukkan pecahan yang berbeza murid-murid
berkenaan. Kepelbagaian keperluan ini menjadikan pelajar PPKI di sekolah ini unik dan
memerlukan penjagaan yang teliti dan istimewa.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 39
15 - 17 DISEMBER 2020

CABARAN

i. Mencari pembiayaan untuk penyediaan kemudahan dan peralatan.
ii. Kepakaran berkaitan pertanian moden dalam kalangan guru sangat terhad
iii. Penutupan sekolah disebabkan penularan wabak pendemik Covid 19

IMPAK

Impak daripada Program Agropreneur Cilik (APC) ialah:

i. Murid MBK SK Berapit mendapat pengetahuan dan kemahiran berkaitan pertanian
moden masa kini.

ii. Murid yang berminat dalam bidang pertanian moden dapat menjadikan bidang ini
sebagai kerjaya masa hadapan yang dapat menjana pendapatan.

iii. Kemahiran dan pengalaman dari program ini berpotensi untuk dipraktikan di rumah
dengan penanaman jangka pendek untuk kegunaan harian.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

i. Program ini akan diperluas dengan mencuba penanaman yang lebih berpontensi bagi
nilai keusahawanan dan akan diinklusifkan dengan murid Arus Perdana dalam mata
pelajaran RBT.

ii. Jalinan dan jaringan dengan sekolah-sekolah TS25 untuk perkongsian amalan baik dan
kepakaran dalam menguruskan program ini secara kolaboratif.

PENUTUP / KESIMPULAN

Pelaksanaan program Transisi ke Kerjaya MBK ini perlu dilaksanakan secara kolaboratif
bersama-sama “feeder school”. Jalinan antara sekolah rendah dan sekolah menengah akan
memantapkan kemahiran dan minat murid dalam bidang pertanian moden dinamik. Selain
itu, pihak pengurusan sekolah perlu merancang dengan lebih baik untuk memantapkan
kemahiran dan pengetahuan guru berkaitan pertanian moden yang menggunakan teknologi
terkini bagi memastikan kemenjadian murid dan memaksimumkan penggunaan sistem yang
sedia ada secara berkesan.

.

RUJUKAN

Buku Panduan Pengoperasian.Bahagian Pendidikan Khas, (2015). Bahagian Pendidikan
Khas KPM

Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif MBK, (2018). Bahagian Pendiidikan Khas KPM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 4 (Masalah Pembelajaran) Kemahiran Hidup
AsasTahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. (2018)

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 40
15 - 17 DISEMBER 2020

“ APPS D SETI ”

Mohd Tahar Bin Jusoh
Nor Dishah Binti Abu Bakar
Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail

Abstrak

Apps merupakan singkatan daripada Aplikasi manakala D merujuk kepada singkatan untuk
Digital. SeTI adalah singkatan daripada nama sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tunku
Ismail. Aplikasi dan digital merupakan perkataan yang cukup dekat dengan generasi pada
masa kini. Memandangkan situasi semasa, era teknologi revolusi 4.0, generasi sekarang
majoritinya merupakan generasi Z atau generasi berwawasan yang mengalami era dunia
telah berevolusi dengan begitu pantas, khususnya membabitkan perkembangan digital.
Elemen globalisasi dan dunia tanpa sempadan melalui kemajuan teknologi dan maklumat
yang melanda seluruh dunia turut melibatkan generasi wawasan yang lahir bermula tahun
1991. ( Hairol Anuar,2010 ). Pemikiran kelompok ini begitu kritis, inovatif dan pola
kehidupan yang banyak terdedah dengan nilai global. Melihat perkembangan semasa,
program ini bertujuan menarik minat murid untuk belajar, menarik minat murid untuk hadir
ke sekolah, memperkukukuhkan pengetahuan murid, dan meningkatkan kualiti PdPc guru.
Program ini dirancang bersandarkan kepada hasil pemerhatian terhadap minat murid
melalui pembelajaran secara konvesional semakin kurang diminati yang sedikit sebanyak
menyumbang kepada kemerosotan kehadiran murid ke sekolah. Satu tinjauan juga
dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemampuan waris dari segi peralatan digital yang
dimiliki. Oleh demikian kami mengambil pendekatan drastik untuk melaksanakan program
ini sebagai satu usaha untuk menarik minat mereka untuk belajar dan membentuk
pengetahuan berdasarkan kehendak mereka selari dengan slogan sekolah iaitu
‘Membentuk Insan Berjaya ’.

Kata kunci : Aplikasi, digital, generasi Z,menarik minat, membentuk pengetahuan, PdPc
Berkualiti

PENGENALAN

Apps merupakan singkatan daripada Aplikasi. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,
perkataan aplikasi bermaksud penggunaan secara praktik atau amali, melaksanakan atau
menggunakan pada amalan. D yang merujuk kepada singkatan darpada Digital. Digital
merupakan perkataan yang datang dari perkataan digit yang berasal daripada perkataan Latin
‘digitus’. Perkataan Latin ini merujuk kepada "jari", kerana jari digunakan untuk pengiraan diskrit.
Perkataan ini sering digunakan dalam pengkomputeran dan elektronik.

Pendidikan amat penting dalam menentukan kualiti dan keupayaan generasi baharu bagi
berhadapan dengan perubahan drastik peradapan global. Sesungguhnya, KPM telah
memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Salah satu
aspek yang diberi tumpuan ialah Pembelajaran Abad Ke-21 serta penekanan idea berkaitan guru
sebagai pemudahcara. Berdasarkan kerangka konsep Pembelajaran Abad Ke-21, murid perlu
mendapat ekosistem pembelajaran yang positif. Aspek ini menerangkan tentang suasana dan
prasarana yang kondusif, kesediaan emosi murid dan meraikan pembelajaran. Kolerasi
pembelajaran abad ke-21 dengan SKPMg2 (Standard 4) iaitu aspek 4.1, guru sebagai
perancang, 4.2, guru sebagai pengawal, 4.3, guru sebagai pembimbing dan 4.6, murid sebagai
pembelajar aktif akan membawa kepada hasil utama pendidikan iaitu kemenjadian murid.
Penggunaan teknologi digital akan memberi impak yang besar dalam mengubah gaya
pemebelajaran murid pada masa kini kerana mereka adalah generasi yang lahir pada zaman

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 41
15 - 17 DISEMBER 2020

teknologi digital. Yusof Hasyim (1995, menyatakan penggunaan aplikasi digital dalam
pembelajaran merupakan inovasi dalam pendidikan dan amat penting kerana boleh memberi
kesan yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Latar belakang sosioekonomi ibu bapa murid-murid Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail
terdiri daripada kelompok B40 iaitu pendapatan RM 1000 kebawah, 21.5%, RM 1001 hingga RM
3800, 61.8% dan RM 3801 ke atas, 16.7%. Walaupun mereka terdiri daripada kelompok B40
tetapi kesedaran tentang kepentingan teknologi pada masa kini amat tinggi dalam kalangan ibu
bapa. Berdasarkan tinjuan yang telah dibuat oleh pihak sekolah 98.7% ibu bapa mempunyai
peranti digital seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba. Daripada jumlah ini juga, 96.9%
mempunyai talian internet yang boleh mengakses maklumat dan tugasan yang diberikan oleh
guru. Bersandarkan kesedaran waris yang tinggi, minat murid dan keupayaan pihak sekolah
sama ada dari segi fizikal atau sumber tenaga, maka program ini dilaksanakan bagi
merealisasikan slogan ‘Membentuk Insan Berjaya’.

OBJEKTIF PROGRAM APPS D SETI

Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Murid dapat membentuk IQ dan EQ yang lebih baik.
2. Meningkatkan MTM UPSR dan TP PBD
3. Menarik minat murid untuk hadir ke sekolah
4. Meningkatkan kualiti PdPc dalam kalangan guru.

RASIONAL

Pelaksanaan program ini adalah bagi memperkembangkan IQ dan EQ murid supaya dapat
memperkembangkan isi pembelajaran, menarik minat untuk belajar dan hadir ke sekolah,
meningkatkan MTM UPSR dan Tahap Penguasaan (TP) murid dalam PBD dan meningkatkan
lagi kualiti pengajaran guru. Program ini telah dirancang pada tahun 2019 tetapi dilaksanakan
secara agresif bermula Januari 2020.

INOVASI / AMALAN BAIK

Program Apps D SeTI merupakan program pembelajaran dan pengajaran berkonsepkan aplikasi
digital sepenuhnya. Murid dan guru berada dalam bilik khas yang disediakan dan dinamakan
Studio Google Classroom. Bilik tersebut dilengkapi dengan peralatan digital seperti Smart TV 60
inci, visualizer, LCD, mini whiteboard setiap murid dan susun atur mengikut kelas PAK-21. Bagi
memastikan program ini dilaksanakan secara sistematik dan dapat memperlihatkan impak yang
lebih jelas, kaedah pelaksanaan dilaksanakan berdasarkan model PDCA iaitu Plan, Do, Check
and Action (The Stewhart Cycle). Model ini lebih bersesuaian dengan program ini kerana setiap
langkah program dapat disusun atur dengan baik dan pemantauan dapat dilakukan untuk
memastikan program berjalan seperti yang dirancang. Fasa pelaksanaan ini juga dirancang
berdasarkan 4M seperti Rajah 1.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 42
15 - 17 DISEMBER 2020

Rajah 1 : Fasa Pelaksanaan

FASA PLAN

Beberapa perancangan telah dibuat iaitu: infrastruktur dan memperkukuhkan sumber untuk
beberapa aspek telah dibuat untuk:

i. Mengenal pasti bilik yang sesuai untuk dijadikan bilik yang boleh dilengkapi kemudahan
digital dan PAK-21 bagi memudahkan guru menjalankan PdPc dengan kondusif dan
dapat menarik minat murid.

ii. Merancang dan menyenaraikan peralatan digital dan PAK 21 yang sesuai dan terkini
untuk disediakan.

iii. Mengadakan mesyuarat dan PLC antara SLT dan MLT.
iv. Memberi penjelasan dan penyebaran kepada guru dan murid.
v. Mengadakan LDP bagi memperkukuhkan sumber.

Gambar 1: Mengenal pasti bilik dan mempersiapkan bilik

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 43
15 - 17 DISEMBER 2020

Gambar 2 : Mesyuarat, PLC dan LDP warga guru

Fasa DO

Fasa pelaksanaan ini adalah bagi memastikan pengaktifan penggunaan iaitu memastikan semua
peralatan yang disediakan digunakan secara optimum. Dalam Fasa ini, guru-guru dan murid telah
menggunakan semua peralatan dan aplikasi digital yang telah disediakan. Jadual penggunaan
dan buku rekod penggunaan telah disediakan. Semua murid daripada Prasekolah sehingga
Tahun 6 menggunakannya.

Gambar 3: Murid- murid sedang melaksanakan aktiviti

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 44
15 - 17 DISEMBER 2020

FASA CHECK

Aktiviti menilai impak pula, SLT dan MLT akan berbincang dan membuat PLC bagi
membincangkan sejauh mana keberkesanan program, impak kepada murid dan guru serta
mengenal pasti kelemahan atau kekurangan yang ada untuk dibuat penambahbaikan. Secara
keseluruhannya, impak positif dapat dilihat apabila murid amat teruja dan berminat apabila
belajar menggunakan teknologi. Mereka lebih mudah faham isi pembelajaran dan guru lebih
senang untuk menerangkan isi pelajaran kerana dibantu oleh aplikasi dan peralatan digital yang
telah disediakan.

Gambar 4 : PLC antara SLT dan MLT dan ahli kumpulan

IMPAK

Program ini telah memberi impak yang baik kepada murid dalam beberapa aspek.

Jadual 1:
Impak Prestasi guru dan murid

BIL PERKARA KEJAYAAN

1 Guru memilih menggunakan peralatan digital untuk PDPC 90%
2 Perkembangan IQ dan EQ Murid Murid-murid lebih cakna kepda pelajaran dan
3 Kehadiran murid-murid meningkat bersedia dengan pembelajarn aktif
4 Peningktan Prestasi Murid di dalam peperiksaan Awam Melebihi 85% secara menyeluruh

Tiada TP 1 dan TP dua

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 45
15 - 17 DISEMBER 2020

Gambar 5: Kejayan para guru dan murid-murid

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan statistik dan respons daripada murid yang amat positif, program ini akan
diteruskan kerana memberikan kesan yang besar terhadap kemenjadian murid. Walau
bagaimanapun beberapa penambahbaikan perlu dibuat supaya program ini dapat memberi
impak yang lebih baik lagi, antaranya:

1. Perbanyakkan lagi kemudahan peralatan digital supaya dapat disediakan di beberapa bilik
lagi.

2. Banyakkan lagi pendedahan aplikasi terkini kepada guru-guru untuk membolehkan
menjalankan pengajaran yang lebih menarik.

3. Penerangan dan penjelasan kepada waris secara terperinci sebagai motivasi untuk
membantu anak-anak lebih terdedah kepada dunia teknologi untuk masa hadapan anak-
anak mereka.

RUMUSAN

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi digital dan teknologi amat penting
pada masa kini selari dengan perkembangan global. Murid pada masa kini lebih berminat
menggunakan kaedah berbantukan teknologi untuk belajar berbanding kaedah tradisional.
Walau bagaimanapun , pihak sekolah perlu menggembeleng tenaga secara menyeluruh antara
pentadbir, MLT dan guru serta mewujudkan kolaboratif yang baik dengan ibu bapa serta agensi
luar. Kos penggunaan teknologi amat tinggi dan berubah dari masa ke semasa, namun kita kena
turut berubah cara untuk membentuk anak didik supaya mereka mendapat sumber-sumber ilmu
yang terkini dan pengetahuan yang lebih luas bagi melahirkan generasi yang kreatif dan berdaya
saing dengan cabaran global pada satu masa nanti.

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 46
15 - 17 DISEMBER 2020

Rujukan

Hairol Anuar (2010 ), Klasifikasi Generasi Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor, Selangor

Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025, https://www.padu.edu.my/my/about-the-blueprint/

Yusop ( 1995 ), Penggunaan Teknologi Dalam Inovasi Pendidikan, Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 47
15 - 17 DISEMBER 2020

Seminar SBSIPSISC+ 2020 Peringkat Daerah Page 48
15 - 17 DISEMBER 2020


Click to View FlipBook Version