1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKAR ARANG,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.
MINIT MESYUARAT GURU
Bil : 4 Tahun : 2018
Tarikh : 30 Oktober 2018 (Selasa)
2.00 petang
Masa : Serambi Bestari
HAJAH NOR'ANI BINTI ABDULLAH (Pengetua)
Tempat : 77/ 110 orang
Pengerusi :
Kehadiran :
SEMUA HADIR KECUALI :
1 ROMLAH BINTI DIN - Cuti Rehat Khas
2 ISMALIZA BINTI ISMAIL - Cuti Rehat Khas
3 NOR HIDAYAH BINTI AMIN - Kursus PPK, BTPN Alor Setar
4 AZALIZA BINTI AZALI - Mengurus pep KAFA anak
5 CHEOK WAI HAN - Cuti sakit
6 FAKHARIAH BINTI SAWAI - Mengurus pep KAFA anak
7 GUNASUNDRI A/P MURUGIAH - Bersebab
8 AZIZI BIN AWANG @ ABU BAKAR - Kejohanan Golf KMY
9 HEMAMALINI A/P BALASUBRAMANIAN - Bersebab
10 KAITHIRI A/P ARUMUGAM - Bersebab
11 MANOSANTHI A/P N.MONOGARAN - Bersebab
12 MOHAMAD JAIDI BIN HUSIN - Bersebab
13 FARZANA KHATOON BT. ATIQUR RAHMAN - Cuti Rehat Khas
14 NANTHINY A/P P.VEERASWAMI - Bersebab
15 MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH - Bersebab
16 MOHD YUSOF BIN MAHDZIR - Bersebab
17 NORAZIAH BINTI SHA'ARI - Cuti sakit
18 NAZLIAH BINTI IBRAHIM - Cuti sakit
19 NOORHAFIZAH BT MD YUSUF - Cuti sakit
20 NOR HASLINA BINTI AYOB - Cuti Rehat Khas
21 NURUL HAZIQAH DIYANA BT. HALIM - Moderasi Penskoran BI PT3 KMY
22 RIZAL ISKANDAR BIN OTHMAN - Mengurus anak
23 SALAHIYAH BINTI MANSOR - Cuti Rehat Khas
24 SANGITHA A/P LINGGAM - Cuti sakit
25 SITI AJAR BINTI IDRIS - Cuti sakit
26 SRI HARYANTY BINTI KAMAR - Moderasi Penskoran BI PT3 KMY
27 SUHAINI BINTI SALLEH - Cuti Rehat Khas
28 WAN NOOR AZA BT. WAN SULAIMAN - Cuti sakit
2
29 WAN ROHANA BT WAN MOHAMAD RANI - Kursus PPIKeBM, KL
30 YUSNIZA BT ABDUL WAHAB - Majlis ACK SMK Bedong
31 ZAHARAH BINTI OTHMAN - Cuti sakit
32 NOOR WAHIDA BINTI ABU BAKAR - Mengurus pep KAFA anak
33 NORAZLI BIN MOHD MUKHTAR - Bersebab
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Rafakan rasa syukur kerana dapat melunaskan mesyuarat guru yang terakhir dan amat
menghargai kehadiran para guru ke Mesyuarat Guru Kali Keempat bagi Tahun 2018.
1.2.Terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama dan
komitmen bagi menjayakan pelbagai program sepanjang beliau menerajui SMKBA
daripada tahun 2012 sehingga 12 November 2018. Tanpa sokongan para guru,
mustahil untuk memimpin SMKBA dengan baik dan berjaya.
1.3 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al Fatihah kepada 3 orang guru yang telah
pergi menghadap Ilahi iaitu Allahyarhamah cikgu Rohani Ibrahim, Allahyarhamah
cikgu Siti Hajar bt Abu Bakar dan Allahyarham cikgu Fauzi bin Shariff.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.
1.4 Membacakan petikan ucapan Pengarah JPN Kedah, Cikgu Abd.Aziz bin Selaiman.
di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar pada 16 Okt 2018 :
1. Send off tiada dalam pekeliling. Hentikan budaya ini. Send off hanya untuk
meraikan rakan bersara.
2. Semua warga pendidik akan dipanggil dengan gelaran Cikgu. Sama taraf meraikan
gelaran keramat.
3. Bersedia digerakkan atau ditukarkan atas keperluan perkhidmatan dan
menjalankan amanah.
4. Kedudukan Penolong Kanan adalah setara dan tiada ranking keutamaan. Semua
adalah pemimpin kanan selepas GB. Jangan memandang gred antara GB dan PK.
5. Penjawat awam bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Meraikan
pemimpin-pemimpin semasa dan menerima perubahan dalam kerajaan.
Makluman: semua guru
3
6. Harapan kerajaan dalam mengurus organisasi :
i. Telus dan tiada pilih kasih
ii. Tiada korupsi
iii. Berjiwa besar dan berani bertindak
iv. Jangan sabotaj program-program dan dasar-dasar kerajaan.
v. Mempunyai visi dan misi yang jelas untuk memajukan organisasi. Difahami dan
bergerak sederap bersama staf kakitangan
vi. Pelan komunikasi antara ibu bapa dan komuniti dengan baik. Raikan dan wujudkan
hubungan yang positif untuk dapatkan zero konflik dengan ibubapa.
vii. Raikan dan bersama dengan ahli politik dalam usaha untuk mendekati komuniti bagi
menyampaikan info tentang dasar-dasar dan program-program pendidikan
viii. Mengurus eset kerajaan secara optimum, berfungsi dan bersih. Elak salah guna aset
kerajaan untuk kegunaan peribadi. Boleh guna aset kerajaan untuk kecemasan,
seperti jadikan tempat penempatan banjir.
ix. Berhubung dengan pegawai tertinggi atau YB secara profesional dan patuhi protokol.
Jangan campur aduk dengan hubungan peribadi.
x. Menjiwai 'Sekolahku, Pejabatku'. Tempat bertugas mesti kemas, bersih, selamat, ada
hiasan yang sesuai, ada jam dan gambar pemimpin di tempat yang sesuai. Pastikan
pejabat beroperasi mengikut waktu kerja.
xi. Mempromosi sekolah mengguna laman web, brosur, ruang pameran, video korporat
xii. Amalan penjimatan dengan optimum berkaitan elektrik, air, sisa kumbahan, alat
telekomunikasi, alat tulis, bahan api, mesin reso. Jangan guna untuk keperluan
peribadi.
xiii. Membanteras gangguan seksual dalam kalangan guru, staf dan murid. Susun atur
kedudukan ruang kerja, pintu bilik lutcahaya untuk elak fitnah semasa urusan kerja.
xiv. Bertindak secara kreatif supaya zero mistake ketika melaksanakan peraturan.
xv. Menggunakan komunikasi elektronik yang moden seperti email, telegram, whatsapp
untuk menyampaikan info dan memudahkan komunikasi.
xvi. Memahami dan menjalankan program-program KPM yang memberi manfaat kepada
murid. Bersikap proaktif dan jangan tunggu surat arahan.
xvii. Pemimpin dan guru PAK21 harus bersedia melatih murid. Mereka perlu dibimbing
untuk learn to know, learn to do, learn to be dan learn to live together. Tahu dan mahir
keperluan masa depan.
xviii. Kejayaan mengajar dan mentadbir bukan bergantung kepada senioriti atau lamanya
bekerja, tetapi dinilai berpandukan kejayaan dan kemenjadian murid.
xix. Utamakan integriti. Sediakan diri untuk jadi pemimpin, kuasai banyak kompetensi.
Jangan menyimpan cita tinggi jika tak bersedia menerima perubahan. Sentiasa ada
positive thinking, berfikir di luar kotak, keluar daripada rutin atau kebiasaan untuk cipta
kejayaan luar biasa.
xx. Raikan kejayaan murid bukan meraikan VVIP yang hadir merasmikan majlis di
sekolah. Tinggalkan budaya bagi cenderamata kepada Pengarah....we promote 'no gift
policy'.
Makluman: semua guru
II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KETIGA 2018
4
2.1 Pembentangan dibuat oleh setiausaha mesyuarat.
Cadangan oleh : Cg Nor Salawati binti Ahmad.
Sokongan oleh : Cg Mastura Zawi binti Zainal
2.2. Minit Mesyuarat Kali ketiga 2018 disahkan tanpa pindaan.
Makluman: semua guru
III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Laporan maklum balas status pelaksanaan keputusan Mesyuarat Guru Bil. 3/2018
3.1 Agenda IV, Perk. IV 4.2 m/s 3, Langkah penyelesaian / PILL keputusan Pra-SPM 2.
Semua KP diminta menghantar PILL terkini dan laporan pelaksanaan PILL yang
sedang dilaksanakan sehingga peperiksaan SPM.
3.2 Agenda IV, Perk. IV 4.3 m/s 4, KP/ SU Unit kurikulum diminta menghantar semua
Laporan pelaksanaan LDP, PLC, HIP, DLP unit masing-masing.
Makluman: semua guru
IV PERBINCANGAN PROFESIONAL
4.1 Pengurusan Pentadbiran Budaya Tutup Sekolah (BTS)
1. Sesi persekolahan akan ditutup pada 23.11.2018 dan dibuka pada 2.1.2019.
2. Rujuk kepada senarai semak sebelum cuti akhir tahun 2018, m/s 1 - 5
3. Perkara 1 – 19 adalah tindakan yang perlu dilakukan semua guru sebagai Budaya
Tutup Sekolah (BTS) sebelum bercuti terutamanya bilik guru.
4. Semua guru dikehendaki melengkapkan tugas seperti dalam BTS dan perlu
diserahkan kepada En Azhari di pejabat sekolah sebelum atau pada 23.11.2018
5. Mesyuarat Guru Kali 1 2019 akan diadakan pada 26.12.18.
Makluman: semua guru
4.2 Pengurusan Kurikulum
1. Semua guru perlu menanda kertas jawapan Peperiksaan Akhir Tahun 2018 dan
memasukkan markah ke dalam SAPS sebelum 15 .11.2018 (Ting Peralihan,1,2,4)
2. Semua penskoran PBS offline disiapkan dan dicetak
3. Semua sijil PEKA, PAFA, MPEI, ULBS, PBS ditandatangani pengetua
4. Laporan unit Kurikulum dan panitia dihantar kepada GKM/ PK Kurikulum
5. Cadangan guru mengajar tahun 2019 perlu diserahkan kepada GKM masing-
masing oleh KP.
6. Semua KP mesti melengkapkan tugas BTS perkara 1- 9; m/s 3 -4.
7. Mesyuarat Induk Kurikulum/ HEM/KOKu Kali 1 2019 akan diadakan pada 26.12.18.
5
8. Pelantikan guru bertugas di sekolah semasa peperiksaan SPM, pengesahan dan
edaran surat pelantikan oleh SU SPM.
9. Guru bertugas perlu hadir awal 30 minit untuk mengambil kehadiran calon, serta
menghubungi calon yang tidak hadir dan menandatangani saksi dokumen dibuka.
Makluman: semua guru
4.3 Pengurusan HEM
1. Pelantikan dan pengesahan JK OPS Payung/ Topeng/ Bencana alam/ Wabak
2. Semua AJK yang dilantik diminta bersedia bertugas jika berlaku bencana semasa
peperiksaan SPM berlangsung hingga selesai. Derma pakaian uniform sekolah juga
dialu-alukan daripada para guru.
3. Semua guru tingkatan 4, 5 dan guru SPBT diminta bertugas untuk pemulangan dan
pinjaman buku teks mengikut jadual edaran semasa cuti sekolah.
4. Buku teks ting 3 dijangka diperoleh bulan Mac 2019. Untuk sesi awal persekolahan,
guru-guru akan diberi buku teks secara online, dan perlu mencetaknya untuk
kegunaan pelajar masing-masing.
5. Semua guru tingkatan perlu menyiapkan tugas dalam BTS; perkara 1 -13, m/s 2-3.
6. Pendaftaran ting. 1 dan peralihan pada 27.12.18. Pendaftaran semula pelajar ting
2,3,4 dan 5 pada 30.12.18
Makluman : Semua Guru
4.4 Pengurusan Kokurikulum
1. Semua ketua guru penasihat unit GERKO mesti melengkapkan BTS perkara
1 - 5; m/s 5.
2. Sistem PAJSK telah dibuka pada 10 April 2018. Semua guru tingkatan perlu
login menggunakan Id kod sekolah: KEA3117. KATA LALUAN: Pajsk3117 bagi
mengisi markah PAJSK dan guru PJPK mengisi SEGAK.
Makluman : Semua guru
V. JAWATANKUASA TASK FORCE BUKA SEKOLAH
5.1 Pengesahan pelantikan JK Task Force. Rujuk edaran terutama bahg pendaftaran.
5.2 Papan kenyataan perlu dilengkapkan maklumat-maklumat baru 2019.
5.3 Gambar YDP Agong, Sultan Kedah, perdana menteri dan menteri besar Kedah perlu
dipamerkan di pejabat dan bilik-bilik khas
5.3 PK HEM akan memantau kerja-kerja baik pulih bilik darjah, perabot kelas yang
dilakukan pekerja Syarikat Muhyi Enterprise
5.4 Semua GKM menjadi penyelaras persiapan buka sekolah seperti jadual tugas.
Tindakan: AJK Task Force Buka Sekolah
VI. HAL-HAL LAIN
6
6.1 Permohonan cuti peristiwa dan cuti berganti pada 7.11.2018 untuk sambutan
perayaan Deepavali tidak mendapat kelulusan JPN kerana bilangan pelajar India
tidak ramai, hanya berjumlah 100 orang sahaja.
6.2 Walau bagaimanapun, guru-guru berbangsa India dibenarkan mengambil CRK dan
para pelajar India diberi pelepasan.
6.3 YDP PIBG telah memohon untuk menubuhkan JK Khas yang baharu bagi
melaksanakan pembinaan bumbung dewan serbaguna SMKBA. Sehubungan itu,
semua guru dan pelajar dipinta untuk meneruskan kutipan derma pada tahun 2019.
6.4 Tender kantin masih dibuka kepada kontraktor yang berminat untuk menghantar
permohonan sehingga 11.11.2018.
6.5 Pada penghujung tahun 2018, 4 orang guru akan bersara iaitu Pengetua sekolah;
Hjh Nor’Ani binti Abdullah, PK Pentadbiran; Ustazah Hjh Romlah binti Din,
Cg Lim Soo Gay dan Cg M.Manoshanti. Majlis persaraan dan send off akan
diadakan pada 12,18,19 dan 22 November 2018.
Makluman : Semua guru
VII. PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah hadir mesyuarat kali
keempat dan berharap semua guru akan memberikan kerjasama padu kepada pengetua
yang baharu. Beliau sekali lagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang
telah melonjakkan kecemerlangan SMKBA di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Beliau amat merasa gembira selama berkhidmat di SMKBA serta memohon maaf jika ada
kesilapan yang dilakukan selama berkhidmat di sini dan sesungguhnya tidak mampu
membalas segala sumbangan para guru terhadap beliau.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.50 petang.
DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:
............................... .....................................
(NORMA BT AWANG) (HAJAH ROMLAH BT HJ DIN)
Setiausaha Sekolah Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Bakar Arang SMK Bakar Arang
7
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKAR ARANG
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
Laporan Keseluruhan Maklum Balas Status Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat
MINIT MESYUARAT GURU
Bil : 4 Tahun : 2018
Tarikh : 30 Oktober 2018 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Serambi Bestari
Pengerusi : HAJAH NOR'ANI BINTI ABDULLAH
Bil Rujukan Perkara Tindakan Status
Minit Pelaksanaan
JAWATANKUASA TASK FORCE Semua Ketua Task Semua JK sedang
bersiap siaga
BUKA SEKOLAH : Force :
Untuk Budaya Buka
1. Pelan tindakan operasi, OPPM. 1. Norma Sekolah
2. Bilik-bilik khas 2. Wan Aza
3. Bilik darjah dan perabot 3. Zainal
4. Jadual waktu 4. Azah
5. Bilik guru 5. Yusniza
6. Barathi
Agenda 6. Kantin 7. SU kurikulum
V 7. Papan kenyataan 8. Zainubah
Perkara 9. Gunasundri
1 5.1 – 8. Carta organisasi 10. Normaiza
9. Keceriaan kawasan 11. Ooi YS & Umi
5.4
Ms 5 10. Keceriaan kelas
11. SPBT & alatulis
12. Data guru, staf, pelajar 12. Nor Salawati
13. Pendaftaran pelajar baru 13. Norshatirah
14. Surau 14. Samsuwidati
15. Analisa PAT/ PT3/PBS 15. Hasnina
16. Perhimpunan rasmi M1 16. Zainubah
17. Pendaftaran semula T2,3,4,5 17. W. Rohana
Tandatangan Pencatat :
(NORMA BINTI AWANG)
Tarikh: 5 November 2018
8