1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHAP 1 1.0 Tujuan Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang kaedah pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Pembelajaran Tahap 1 seiring dengan pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap 1 di semua sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pemansuhan pelaksanaan LINUS Pendidikan Khas di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mulai tahun 2019. 2.0 Latar Belakang 2.1 Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) bertujuan untuk memupuk murid yang mempunyai nilai etika dan kerohanian, bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan, menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip serta berani melakukan perkara yang betul. 2.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja NKRA pada 20 Ogos 2010 Bil.13/2010, yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bersetuju bahawa Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) diberi tanggungjawab untuk menggubal dan membina modul khas untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) sekolah rendah yang dinamakan Program LINUS Pendidikan Khas terkandung didalamnya Domain Pendidikan Khas. 3.0 Objektif Pelaksanaan PBD Pelaksanaan PBD bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan MBK supaya tindakan susulan yang sesuai sama ada untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran MBK dapat diambil secara sertamerta. Di samping itu, PBD dapat memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru pendidikan khas.
2 4.0 Punca Kuasa Mesyuarat Pra-Sidang Task Force Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bil.2/2019 pada 16 April 2019 dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah memutuskan bahawa : (1) BPKhas diberi tanggungjawab menghasilkan PBD untuk MBK sekolah rendah yang dinamakan PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1. (2) PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1 mengikut Kategori MBK Masalah Pembelajaran (Peraturan-Peraturan 2013 (Pendidikan Khas)) berdasarkan Domain Pendidikan Khas telah diluluskan untuk dimaklum dan dilaksanakan di SPK, PPKI dan PPI mulai bulan Mei 2019. PBD merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik, serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran MBK Masalah Pembelajaran, dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan. PBD juga dapat mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna. PBD secara sumatif dalam bentuk peperiksaan pertengahan dan akhir tahun diganti dengan aktiviti pentaksiran berbentuk projek mudah, kuiz, permainan, main peranan dan bercerita. Hasil kerja MBK dinilai sebagai bahan pentaksiran (evidence) yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). 5.0 Pelaksanaan PBD Tahap 1 Kategori MBK Masalah Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) PBD merupakan sebahagian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah dan dijalankan secara berterusan melibatkan kategori MBK Masalah Pembelajaran berdasarkan Domain Pendidikan Khas. PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dalam proses PdP harian dan secara berterusan. PBD dilaksanakan secara formatif dan sumatif mengikut keupayaan dan kefungsian / keperluan MBK. Berikut adalah kaedah pelaksanaan PBD: 5.1 Merancang PdP dan kaedah pentaksiran mengikut kategori MBK Masalah Pembelajaran berdasarkan Domain Pendidikan Khas dengan meneliti serta memahami kandungan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Khas (DSKPPK). 5.2 Melaksanakan PBD untuk mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah pentaksiran.
3 5.3 Membina instrumen PBD dan menggunakan instrumen saringan yang sedia ada berasaskan keperluan pembelajaran MBK seperti: Senarai semak - Instrumen Saringan Domain Pendidikan Khas - Template Laporan PBD MBK Pembelajaran Tahap 1 Soal-selidik Lembaran Kerja Rekod berterusan Ujian (lisan/bertulis) 5.4 Merekod dan menganalisis penguasaan MBK untuk tindakan susulan. (Template Laporan PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1 Tahun 2019) 5.5 Melapor tahap penguasaan dan perkembangan MBK sekurang- kurangnya dua kali setahun. (Template Laporan PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1 Tahun 2019) 6.0 Lima (5) Aktiviti Teras PBD Dalam PdP 6.1 Lima (5) aktiviti teras PBD dilaksanakan dalam PdP : (1) Projek Mudah (2) Bercerita (3) Permainan (4) Main Peranan (5) Kuiz 6.2 Guru mata pelajaran boleh berbincang dan merancang dengan guru mata pelajaran lain untuk melaksanakan aktiviti PdP. Aktiviti boleh menggabungkan kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran. 6.3 Guru pendidikan khas juga boleh menjalankan PBD dalam bentuk aktiviti lain yang bersesuai dengan MBK. 7.0 Pelaksanaan Pemulihan (Intervensi) Murid Tahap 1 yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dikenal pasti dan diberi pemulihan yang bersesuaian. Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan pemulihan mengikut kesesuaian di peringkat sekolah. Sekolah boleh menggunakan instrumen yang bersesuaian seperti instrumen LINUS Pendidikan Khas dan instrumen Domain Pendidikan Khas yang sedia ada atau senarai semak untuk mengenal pasti tahap penguasaan MBK.
4 8.0 Peranan Guru Pendidikan Khas Dalam PBD 8.1 Menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran, merancang dan membina instrumen PBD berdasarkan Standard Prestasi, melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, membuat tindakan susulan dan laporkan perkembangan pembelajaran MBK. 8.2 Memastikan terdapat perkembangan dalam pembelajaran MBK. Setiap MBK dibimbing untuk mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 1. Walau bagaimanapun, guru pendidikan khas juga perlu membuat perancangan dan pelaksanaan untuk memastikan pengembangan potensi semua MBK bagi mencapai tahap optimum. 8.3 Mentaksir MBK secara holistik berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, latihan, respons MBK secara lisan dan kerja projek. Guru pendidikan khas hendaklah menggalakkan MBK melaksanakan pentaksiran rakan sebaya atau secara kendiri. 8.4 Boleh menyimpan hasil kerja MBK, dalam bentuk lembaran kerja, kertas ujian atau buku latihan dan/atau dalam bentuk objek/maujud sebagai bahan bukti untuk menunjukkan perkembangan penguasaan MBK kepada pihak yang berkepentingan seperti pentadbir dan ibu bapa. 8.5 Sentiasa berbincang dengan rakan sejawat tentang perkembangan dan kemajuan MBK dalam pembelajaran serta kaedah PdP yang sesuai untuk meningkatkan tahap penguasaan MBK. 8.6 Menentukan Tahap Penguasaan MBK berdasarkan pengetahuan, pengalaman,tanggungjawab profesional guru pendidikan khas dan hasil pentaksiran MBK. 8.7 Menyediakan Pelaporan Tahap Penguasaan MBK untuk dimaklumkan kepada MBK dan ibu bapa mengenai tahap pembelajaran MBK untuk tindakan susulan. (Template Laporan PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1 Tahun 2019) 8.8 Memberikan ulasan perkembangan MBK seperti kemahiran, sikap dan nilai pada ruangan ulasan guru pendidikan khas dalam templat pelaporan untuk menggambarkan profil MBK secara menyeluruh. (Template Laporan PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1 Tahun 2019)
5 9.0 Penyimpanan Rekod PBD Rekod PBD yang telah disediakan boleh disimpan oleh guru pendidikan khas dan pihak sekolah untuk tujuan pelaporan atau tindakan susulan. Hasil kerja murid boleh disimpan dalam bentuk digital, cetakan atau apa-apa bentuk yang bersesuaian untuk rujukan guru pendidikan khas dan pihak sekolah. 10.0 Penjaminan Kualiti PBD Penjaminan kualiti PBD adalah tanggungjawab sekolah. Pentadbir di SPK dan Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK) di PPKI perlu menjalankan penjaminan kualiti di peringkat sekolah untuk memastikan kelancaran dan ketepatan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah. 11.0 Penutup Guru boleh mendapat maklumat mengenai pelaksanaan PBD MBK Masalah Pembelajaran Tahap 1 Tahun 2019 yang boleh dimuat turun dari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (www.moe.gov.my). PBD merupakan proses berterusan dalam PdP yang bertujuan untuk melahirkan murid secara holistik yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai ke arah kemenjadian MBK seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan PBD adalah hasil daripada komitmen Pembantu Pengurusan Murid (PPM), guru, sokongan dan bimbingan semua pihak yang terlibat iaitu pihak pentadbir sekolah di SPK, dan PKPK di PPKI, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan ibu bapa.
6 DOMAIN PENDIDIKAN KHAS 1.Domain Kognitif 2.Domain Bahasa dan Komunikasi 3.Domain TingkahLaku 4.Domain Sosioemosi 5.Domain Motor Kasar 6.Domain Motor Halus. CARTA ALIR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TAHAP 1 MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) MASALAH PEMBELAJARAN MENGIKUT MENGIKUT DOKUMEN KURIKULUM STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS (DSKPPK) DAN DOMAIN PENDIDIKAN KHAS MERANCANG AKTIVITI PdP MENGIKUT DOKUMEN KURIKULUM STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS (DSKPPK ) MELAKSANAKAN PdP BERDASARKAN AKTIVITI 1. PERMAINAN 4. KUIZ 2. BERCERITA 5. PROJEK MUDAH 3. MAIN PERANAN MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN MENGIKUT KATEGORI MBK MASALAH PEMBELAJARAN (6 DOMAIN PENDIDIKAN KHAS) MEREKOD & MENGANALISIS PENGUASAAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (2 KALI SETAHUN : MEI DAN OKTOBER ) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (KSSRPK) MASALAH PEMBELAJARAN 1.MBK Masalah Pembelajaran - Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal seperti: (1) Lewat Perkembangan Global (2) Sindrom Down (3) Kurang Upaya Intelektual Keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti: (4) Autisme (5) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) (6) Masalah Pembelajaran Spesifik MULA MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MELAPOR TAHAP PENGUASAAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) TAMAT BELUM KOMPETEN TINDAKAN SUSULAN KOMPETEN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA LAMPIRAN