BAB 10
SUNGAI DAN TASIK UTAMA
DI ASIA TENGGARA
DISEDIAKAN OLEH
CIKGU NOR AZWANI BT AB GHANI
SMK PANJI
SUNGAI IRRAWADDY
Sungai utama yang terpanjang di Myanmar.
Mengalir dari Mandalay di utara melalui Yangon ke
Telukan Martaban di selatan dan berakhir ke Laut
Andaman.
Jalan air yang penting, boleh dimudiki kapal sejauh
1450km dari muaranya.
Menjaadi tumpuan penduduk untuk sumber air
kegunaan harian dan sumber protein.
Membentuk Delta Sungai Irrawaddy yang sesuai
untuk kegiatan pertanian.
SUNGAI MENAM CHOA PHRAYA
Sungai utama dan terpanjang di Thailand.
Mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Siam di
selatan.
Jalan air utama di Thailand, penting untuk mengangkut
kayu balak dan barangan pukal.
Terdapat aktiviti pasar terapung di sungai ini.
Ini menyebabkan Bandaraya Bangkok dikenali sebagai
“Venice Timur”
Membentuk Lembah Menam Chao Phraya yang sesuai
untuk penanaman padi kerana diliputi tanih alluvium
yang subur.
SUNGAI MEKONG
Sungai terpanjang di Asia Tenggara.
Mengalir dari Dataran Tibet di Utara melalui China,
Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.
Membentuk Delta Sungai Mekong di Vietnam yang subur
dan sesuai untuk kegiatan pertanian.
Kira-kira 90 juta penduduk bergantung hidup pada
Sungai Mekong, terutamanya pesawah padi.
Lebih 140 000km persegi sawah ditanam di Lembangan
Sungai Mekong. Luas lembangan ini kira-kira 795 000km
persegi.
TASIK DANAU TOBA
Terletak di Sumatera Utara, Indonesia.
Merupakan tasik vulkanik yang terbentuk akibat letusan
gunung berapi di Banjaran Barisan.
Tasik Besar di Indonesia dengan 100km panjang 30km
lebar.
Merupakan pusat peranginan yang terkenal serta
membekalkan air untuk kegunaan domestik dan
pengairan pertanian.
TASIK TONLE SAP
Terletak di barat Kemboja.
Tasik air tawar semula jadi terbesar di Asia Tenggara.
Kegiatan ekonomi terpenting ialah perikanan air tawar.
Kegiatan menangkap ikan dijalankan pada musim kering
apabila tasik ini menjadi cetek.
Terkenal sebagai kawasan pelancongan. Pelancong dapat
menaiki kapal atau bot melalui Sungai Mekong untuk ke
kawasan tasik.
Membekalkan air untuk kegunaan domestik penduduk
Kemboja dan sistem pengairan untuk kegiatan
penanaman padi.
LATIHAN
1. Namakan sungai yang terpanjang di Myanmar.
2. Bandaraya Bangkok juga dikenali sebagai ___________.
3. Sungai Menam Choa Phraya amat dikenali dengan aktiviti
___________.
4. Apakah persamaan antara tasik Danau Toba dengan Tasik
Tonle Sap?
5. Namakan sungai yang terpanjang di Asia Tenggara.