SEKOLAH MENENGAH KEBAGSAAN PANJI
21 – 25 NOVEMBER 2021
SASARAN : MURID TING 1 -4
RUMAH MASING-MASING
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ..
Alhamdullilah di agi yang mulia ini ,sempena aktiviti Galakan
Membaca secara maya peringkat sekolah saya selaku pengetua SMK
Panji berharap murid-murid dapat membaca di rumah walaupun
proses PDPR masih lagi berjalan tidak kira membaca buku pelajaran ,
buku cerita , majalah , surat khabar dan lain-lain .
Program ini bertujuan untuk memupuk minat murid dalam aktiviti
galakan membaca , Permainan Bahasa dan memberi pendedahan
dan pengetahuan yang sangat berguna kepada murid-murid dari segi
penggunaan bahasa yang betul .
Antara Objektif Program ini ialah :
• Menarik minat murid untuk mencintai dan mendalami ilmu pengetahuan
• Menggalakkan murid untuk tetap meneruskan aktiviti membaca buku walaupun negeri
Kelantan masih lagi dalam fasa 3 , semua murid tingkatan 1 ,2, 3 dan 4 boleh membaca buku
secara maya bagi mencapai hasrat Program NILAM .
• Menggalakkan murid untuk membaca pelbgai bahn sekurang-kurangnya 1 buah buku 1 hari .
Saya berharap dengan aktiviti galakan mebaca
peringkat sekolah mampu menarik minat murid
untuk terus membaca walaupun dimana mereka
berada dengan membaca kita kan memperolehi
banyak maklumatdan pengetahuan yang luas
bersesesuaian dengan Motto kita ‘ Budaya
Membaca Membuka MINDA ’.
Dengan ini , saya merasmikan Pelancaran Aktiviti
Galakan Membaca secara maya peringkat
sekolah.Terima Kasih juga semua guru Bahasa yang
terlibat dalam menjayakan program ini .
Sekian,terima kasih .
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh
Saya selaku guru kanan Bahasa SMK Panji mengucapkan
terima kasih kepada Tuan Pengetua , Tn Hj Razali b Hj Setapa
dan Penyelaras PSS , Pn Nor Syairuzi bt Sidek kerana dapat
menjayakan program Aktiviti Galakan Membaca Secara Maya
buat tahun ini . Sebelum ini, sekolah kita pernah mengadakan
aktiviti secara bersemuka, namun pada tahun ini yang amt
mencabar dilakukan secara maya .
Saya berharap, semua guru bahasa mengambil
tanggungjawab agar murid-murid kita menyertai aktiviti
secara maya ini kerana ia merupakan panduan kepada
sekolah dalam menghasilkan kepelbagaian pendekatan dan
aktiviti sama ada di dalam atau di luar kelas kelas selari
dengan Program Dekad Membaca Kebangsaan 2021 – 2030 .
Selain itu, melalui pembacaan dapat menimba ilmu
pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi
sesama murid terutamanya dalam bahasa Inggersis. Saya
berharap dengan aktiviti galakan membaca ini dapat
menyeru murid-murid kita terus membaca, dengan membaca
akan meningkat skil Bahasa dan tatabahasa .
Akhir kata, membaca adalah satu senaman
minda yang mana membaca akan melakukan
proses aktif minda, sel-sel dalam otak untuk
berfikir. Jadikan budaya membaca dengan
membaca dapat mengetahui isi dunia dan
Budaya Membaca Membuka Minda.
Sekian,terima kasih .
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ,
Saya , Pn Nor Syairuzi bt Sidek Selaku Guru Media
Perpustakaan SMK Panji ingin mengucapkan berbanyak-
banyak terima kasih terutama kepada Tuan Pengetua Tn Hj
Razali B Hj Setapa, Guru Kanan Bahasa Pn Hjh Norazizah
bt Zainal dan semua guru Bahasa yang terlibat dengan
program ini. Melalui program ini, banyak manafaat yang
boleh kita ambil antaranya ialah memupuk sifat suka
membaca dan menarik minat murid kepada konsep
pencarian ilmu sepanjang hayat.
Selain itu, program ini juga untuk memastikan penglibatan
murid dalam pelaksanaan kempen galakan membaca
(NILAM ) secara berterusan walaupun berada di rumah
masing-masing. Semoga melalui program ini dapat
menarik minat murid untuk terus membaca walaupun di
mana mereka berada .
Akhir kata , dengan membaca dapat
mengekalkan momentum budaya
membaca yang berkualiti dalam
kalangan murid untuk menyokong
proses pdpr di rumah.
Sekian,terima kasih .