FUNGSI PETEMPATAN
BANDAR
DISEDIAKAN OLEH
CIKGU NOR AZWANI BT AB GHANI
SMK PANJI
EKONOMI
1. Bandar Perindustrian
Mempunyai pelbagai jenis industri
automatif, industri elektronik dan
industri kejuruteraan yang menyediakan
banyak peluang pekerjaan.
Contoh : Bayan Lepas, Petaling Jaya, Pasir
Gudang dan Likas.
EKONOMI
2. Bandar Pelancongan
Terdapat banyak tempat menarik dan
pelbagai aktiviti pelancongan.
Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam
bidang pelancogan dan perhotelan.
Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan
disediakan untuk pelancong seperti hotel,
restoran, pusat membeli belah, pusat kraf
tangan dan pemandu pelancong.
Contoh : Bandaraya Melaka, Pulau Langkawi
dan Port Dickson.
EKONOMI
3. Bandar Pelabuhan
Terletak di pinggir laut dan teribat
dalam urusan import dan eksport.
Menawarkan peluang pekerjaan
dalam bidang perkapalan dan maritim.
Contoh : Georgetown, Pasir Gudang,
Klang, Kuantan dan Bintulu.
EKONOMI
4. Bandar Perlombongan
Berkembang akibat penerokaan sumber
mineral seperti bijih timah, petroleum
dan gas asli.
Menyediakan peluang pekerjaan dalam
bidang mencari gali gas asli dan
memproses mineral.
Contoh : Taiping, Ipoh, Kerteh, Bintulu
dan Lutong.
EKONOMI
5. Bandar Perniagaan
Mempunyai banyak kemudahan
perniagaan seperti pusat membeli
belah, perkhidmatan kewangan,
gedung perniagaan dan kemudahan
mengendalikan pengedaran barangan
perniagaan.
Contoh : Johor Baharu, Kuching Dan
Kota Kinabalu.
EKONOMI
6. Bandar Teknologi Maklumat
Berfungsi menyediakan kemudahan
fizikal dan prasarana untuk
mengembangkan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT)
Menawarkan peuang pekerjaan dalam
bidang ICT.
Contoh : Cyberjaya.
SOSIAL
1. Bandar Diraja
Bandar yang menjadi tempat letaknya
istana iaitu kediaman rasmi bagi sultan
atau raja.
Wujud peluang pekerjaan sampingan
kepada penduduk setempat disebabkan
aktiviti pelancongan.
Contoh : Pekan (Pahang), Kuala Kangsar
(Perak) dan Arau (Perlis)
SOSIAL
2. Bandar Pendidikan
Terdapat pusat pengajian tinggi yang
menawarkan peluang pekerjaan
dalam bidan pendidikan.
Contoh : Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) Perak, Univeristi
Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi
dan Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) Skudai.
SOSIAL
3. Bandar Satelit
Merupakan bandar sokongan kepada
bandar raya atau bandar utama yang
berhampiran.
Menyediakan peluang pekerjaan dalam
pelbagai bidang seperti perkhidmatan,
perniagaan dan perindustrian
Contoh : Ampang, Sungai Petani, Taiping
dan Senawang.
kerajaan
1. Bandar Pentadbiran
Menjadi ibu negeri, ibu negara atau pusat
pentadbiran.
Terdapat kompleks kerajaan negeri,
pejabat setiausaha kerajaan negeri dan
majlis perbandaran yang menawarkan
pelbagai jenis perkhidmatan.
Contoh Ibu Negeri : Johor Baharu, Kota
Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Contoh Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan : Putrajaya
kerajaan
2. Bandar Sempadan
Berperanan sebagai pintu masuk
dan keluar negara.
Giat dengan kegiatan pelancongan
dan perdagangan.
Contoh : Johor Baharu, Padang
Besar, Rantau Panjang dan
Pengkalan Kubur.
kerajaan
3. Bandar Pertahanan
Bandar-bandar yang menempatkan
markas-markas tentera, pangkalan
tentera udara, darat dan laut, berek
tentera, pusat latihan serta tempat
simpanan senjata dan peluru.
Contoh : Port Dikson, Lumut dan
Butterworth