FUNGSI PETEMPATAN
LUAR BANDAR
DISEDIAKAN OLEH
CIKGU NOR AZWANI BT AB GHANI
SMK PANJI
EKONOMI
Petempatan luar bandar menawarkan peluang pekerjaan
dalam sektor pertanian, perikanan, penternakan dan
industri desa.
Petempatan luar bandar berfungsi sebagai pusat
pengumpulan hasil pertanian. Contohnya :
Pusat pengeluaran hasil padi : Tanjung Karang di Selangor
Pusat pengeluaran syur-sayuran : Lembah Bertam di Cameron Highlands
Pusat pengeluaran buah-buahan : Bidor di Perak
Perkampungan nelayan yang terletak di pinggir laut
berfungsi sebagai pusat pengeluaran hasil perikanan
seperti ikan kering, keropok, budu, belacan dan makanan
ringan yang berasaskan hasil laut.
EKONOMI
Petempatan luar bandar yang berperanan
sebagai pusat penternakan. Contohnya :
Ternakan rusa di Pedu, Perak
Ternakan lebah kelulut di Kampung Semelur, Perak
Petempatan luar bandar berfungsi sebagai
pusat industri desa. Contohnya :
Membuat kek lapis di Kampung Bayan, Sarawak.
Industri mengecap batik di Kampung Badang, Kelantan
EKONOMI
Petempatan luar bandar yang berfungsi
sebagai pusat pelancongan desa. Contohnya :
Taman Pertanian di Sabah di Tenom Sabah (pusat
agropelancongan)
Inap Desa di Kanchong Darat, Banting, Selangor.
SOSIAL
Terdapat juga petempatan luar bandar menyediakan
kemudahan sosial untuk memenuhi keperluan
penduduk.
Antara kemudahan yang disediakan ialah sekolah,
pejabat pos, rumah ibadat, klinik kesihatan, dewan
dan Pusat Giat Mara.
Contohnya :
Klinik Desa Kampung Karambunai, Sabah
KERAAJAAN
Petempatan luar bandar juga berfungsi sebagai
pusat perkhidmatan pengurusan pentadbiran.
Kebanyakkan petempatan luar bandar mempunyai
pejabat penghulu yang berperanan sebagai
perantaraan dengan kerajaan dengan penduduk.
Ketua Kampung atau Tok Sidang dilantik untuk
menjalankan fungsi pentadbiran di kampung.
LATIHAN
1. Berdasarkan gambar di bawah, nyatakan fungsi petempatan luar
bandar dari segi ekonomi.
A. C.
B. D.