DISEDIAKAN OLEH
CIKGU NOR AZWANI BT AB GHANI
SMK PANJI
Struktur kawalan pilihan (selection control
structure) ialah satu langkah yang memecahkan
aliran algoritma kepada dua atau lebih cabang.
Struktur kawalan pilhan terdiri daripada 3 jenis
iaitu
a. Struktur kawalan pilihan tunggal (single selection)
b. Dwipilhan (double selection)
c. Pelbagai pilihan (multi selection)
Struktur kawalan pilihan tunggal hanya mempunyai satu pilihan
untuk melaksanakan satu senarai tindakan.
Jika syarat yang diuji adalah benar, maka senarai tindakan akan
dilaksanakan.
pseudokod dan carta alir bagi struktur kawalan pilihan tunggal
seperti berikut:
Dalam satu struktur kawalan dwipilihan, terdapat satu pernyataan
syarat atau dua jenis tindakan yang perlaksanaannya bergantung kepada
sama ada syarat dipenuhi atau tidak.
Jika syarat yang diuji adalah benar, maka tindakan A akan dilaksanakan.
Jika syarat yang diuji tidak benar, maka tindakan B akan dilaksanakan.
Contoh pseudokod dan carta alir :
Rujuk Buku Teks m/s 75
Struktur kawalan pelbagai pilihan mempunyai lebih daripada dua
pernyataan tindakan untuk perlaksanaan.
Tindakan yang terpilih untuk dilaksanakan bergantung kepada pilihan
syarat yang di dapati benar.
Contoh pseudokod dan carta alir