The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwa2102, 2021-06-30 01:51:31

nombor perpuluhan kepada perduaan

algoritma

Keywords: bab 2

PENUKARAN NOMBOR PERPULUHAN DISEDIAKAN OLEH
KEPADA NOMBOR PERDUAAN CIKGU NOR AZWANI BT AB GHANI

SMK PANJI

PENUKARAN NOMBOR PERPULUHAN KEPADA
NOMBOR PERDUAAN

1. Ada 2 kaedah digunakan untuk menukarkan nombor
perpuluhan kepada nombor perduaan.
i. Kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya.
ii. Kaedah ambil daripada bakinya.

KAEDAH BAHAGI DENGAN 2 DAN GUNAKAN BAKINYA

Bahagikan nombor perpuluhan dengan 2

Catatkan hasil bahagi dengan bakinya

Hasil bahagi pertama dibahagi dengan 2 sekali
lagi. Hasil bahagi dan bakinya dicatatkan

Hasil bahagi akan dibahagi dengan 2
sehingga tidak boleh dibahagi lagi.

Nilai nombor perduaan diambil berdasarkan
bakinya secara menyongsang.

CONTOH NOMBOR PERPULUHAN 25 KEPADA
NOMBOR PERDUAAN

25 ÷ 2 = 12 baki 1
12 ÷ 2 = 6 baki 0
6 ÷ 2 = 3 baki 0
3 ÷ 2 = 3 baki 1
1 ÷ 2 = 0 baki 1

JAWAPANNYA IALAH 11001

KAEDAH AMBIL DARIPADA BAKI

Bandingkan nilai nombor perpuluhan degan nilai tempat nombor perduaan yang terdekat

dan kurang daripada nilai nombor perpuluhan tersebut.

Jika nilai tempat kurang daripada nilai nombor perpuluhan, tandakan 1 pada nilai tempat
tersebut dan catatkan perbezaannya

Gunakan nilai perbezaan daripada perbandingan yang pertama dan bandingkan dengan
nilai tempat seterusnya mengikut urutan menurun.

Jika nilai tempat melebihi nilai perbezaan daripada perbandingan yang pertama
tandakan 0 pada nilai tempat tersebut dan gunakan nilai perbezaan ini untuk bandingan

nilai tempat seterusnya.

Perbandingan ini diteruskan sehingga sampai nilai tempat yang terakhir iaitu 1

CONTOH PENUKARAN NOMBOR PERPULUHAN 66
KEPADA NOMBOR PERDUAAN MENGGUNAKAN KAEDAH
DARIPADA BAKI

I. Nilai tempat yang terdekat ialah 64, tulis 1 di bawah pada nilai tempat 64.
Tolakkan 64 daripaada 66 dan catatkan nilai perbezaan iaitu 2.

II. Nilai tempat 32, 16,8 dan 4 adalah melebihi 2, maka tuliskan 0 di bawah nilai-
nilai tempat tersebut.

III. Nilai tempat 2 ditolak daripada 2 dan catatkan hasilnya iaitu 0. Tuliskan 1 di
bawah nilai tempat 2.

IV. Tuliskan 0 di bawah nilai tempat 1

64 32 16 8 4 2 1

1000010

JAWAPANNYA IALAH 1000010

LATIHAN

Tukarkan nombor perpuluhan kepada nombor perduaan menggunakan kaedah
bahagi ambil bakinya.
1. 56
2. 120
3. 212
4. 333
5. 7737
6. 9810
7. 373
8. 169
9. 2021
10. 98


Click to View FlipBook Version