The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwa2102, 2021-10-05 00:08:57

BAB 12 PUNCA KRISIS AIR

BAB 12 PUNCA KRISIS AIR

Keywords: GEOGRAFI T1,BAB 12,SUMBER AIR

BAB 12
PUNCA KRISIS AIR DI

MALAYSIA

PUNCA KRISIS AIR DI MALAYSIA

Krisis air bermaksud sesuatu kawasan itu
mengalami masalah pembekalan air bersih.
Contohnya beberapa kawasan di Selangor
dan Wilayah Persekutuan mengalami catuan
bekalan air selama beberapa bulan akibat
krisis air pada tahun 2014.

PUNCA KRISIS AIR DI MALAYSIA

Rujuk Buku Teks M/S 136

PENEBANGAN HUTAN DI KAWASAN AIR

Hutan ialah ekosistem penting untuk menjadi
kawasan tadahan air dan punca sumber air
bersih.

Penebangan hutan secara berleluasa dan
pembalakan telah memusnahkan “hutan
awan” (cloud forest) yang boleh mengakibatkan
kehilangan sumber air yang berharga.

Penebangan hutan juga menyebabkan
hakisan tanah yang boleh menjejaskan kualiti
sumber air.

FENOMENA CUACA

Kejadian kemarau yang berpanjangan
merupakan fenomena di luar jangkaan, maka
langkah untuk mengawal bekalan air tidak
dilaksanakan segera.

Akibatnya, banyak kawasan tadahan air dan loji
air tidk mempunyai bekalan air yang cukup
untuk keperluan masyarakat.

Contohnya, kejadian El-Nino pada tahun 2016
menyebabkan paras air di Empangan Semenyih
mengalami penyusutan yang mendadak.

PEMBUANGAN SAMPAH

Kira-kira 300 000 tan sampah dibuang ke dalam
sungai setiap tahun.

Kebanyakan sungai di Malaysia tercemar dengan
sampah dan sisa industru.

Antara sampah yang dibuang ialah beg plastik
sampah, pelbagai sisa buangan termasuk peti
sejuk lama dan peralatan dapur.

Berdasarkan pematauan Jabatan Alam Sekitar
pada tahun 2016, sebanyak 229 daripada 473
sungai di seluruh negara didapati tercemar.

PERMINTAAN TINGGI DALAM SEKTOR
PERINDUSTRIAN

Menjelang tahun 2020, permintaan air dalam
sektor perindustrian akan terus meningkat.
Contoh industri yang banyak menggunakan
air ialah industri pemprosesan makanan dan
minuman, industri kimia, industry logam dan
industri pembuatan.

PENCEMARAN BAJA KIMIA DAN
RACUN SERANGGA

Penggunaan racun serangga dan baja kimia yang
tidak diurus dengan cekap menyebabkan
pencemaran punca air bersih.

Sisa racun dan baja kimia megalir masuk ke punca air
seperti sungai atau parit. Hal ini menyebabkan
berlakunya pencemaran air bersih.

Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang
berlebihan atau tidak mengikut piawaian dalam
pertanian menyebabkan pencemaran sungai yang
serius.

PENINGKATAN POPULASI PENDUDUK

Pada tahun 2020, penduduk Malaysia
dianggarkan berjumlah 35 juta orang.
Pertambahan penduduk semula jadi Malaysia
adalah tinggi iaitu kira-kira 2.3% setahun.
Pertambahan penduduk menyebabkan
permintaan terhadap air.

SIKAP PENDUDUK YANG SUKA
MEMBAZIRKAN AIR

Penduduk tidak menghargai kemudahan
bekalan air bersih dan
menggunakannya secara tidak
berhemah sehingga berlaku pembaziran.
Contohnya tidak menutup paip air
selepas digunakan.

LATIHAN

1. Apakah punca utama krisis air di Malaysia?
2. Bagaimanakah pertambahan penduduk boleh

menyebabkan berlakunya krisis air.
3. https://quizizz.com/join/quiz/5bb23d2f63b4e7

001bdcd2b6/start?studentShare=true


Click to View FlipBook Version