DI SEDIAKAN OLEH
CIKGU NOR AZWANI BT AB GHANI
SMK PANJI
Audio digital bermaksud isyarat bunyi yang
ditukarkan kepada nombor perduaan dan disimpan
dalam bentuk pola-pola bit.
Kualiti sesuatu audio digital bergantung kepada kadar
sampel dan kedalaman bit audio yang digunakan
untuk merakam atau mendigitalkannya.
Kedalaman bit audio ialah bilangan bit (0 dan 1) yang
digunakan untuk mewakili aras rakaman setiap sampel
audio.
Kadar sample ialah bilangan
sampel sesaat yang diambil oleh
alat analog-to-digital converter
(ADC).
Unit ukuran kadar sampel ialah
hertz (Hz).
1 Hz = 1 Sampel Sesaat
Semakin banyak bilangan sampel
yang diambil dan direkodkan,
semakin tepat dan semakin
berkualiti suatu audio digital
yang dihasilkan.
Rujuk Buku Teks M/S 46
Kadar kedalaman bit merujuk kepada jumlah bilangan bit yang
digunakan untuk mewakili setiap saat masa main balik sesuatu
audio
Kadar bit diukur daan unit bit per saat (bps).