BAB 10
BENTUK MUKA BUMI DAN
SALIRAN DI ASIA
TENGGARA
DISEDIAKAN OLEH
CIKGU NOR AZWANI BT AB GHANI
SMK PANJI
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat :
Menyatakan nama-nama negara-negara di Asia
Tenggara.
Menjelaskan dengan contoh bentuk muka bumi di
Asia Tenggara
NEGARA-NEGARA DI ASIA TENGGARA
Asia Tenggara terletak di bahagian tenggara Benua Asia.
Kedudukan Asia Tenggara ialah antara latitude 11⁰S
hingga 28 ⁰U dan longitud 93 ⁰T hingga 135 ⁰T.
Asia Tenggara terdiri daripada 11 buah negara.
Asia Tenggaara terbahagi kepada 2 iaitu :
i. Tanah Besar Asia Tenggara : Semenanjung Malaysia,
Thailand, Myanmar, Vietnam, Loas dan Kemboja.
ii. Kepulauan Asia Tenggara : Malaysia Timur (Sabah &
Sarawak), Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei
Darussalam dan Timor Laste.
NEGARA-NEGARA DI ASIA TENGGARA
Rujuk Buku Teks M/S
110 & 111
BENTUK MUKA BUMI DI ASIA TENGGARA
BENTUK MUKA BUMI
ASIA TENGGARA
TANAH TINGGI PINGGIR LAUT
TANAH PAMAH GUNUNG
BERAPI
TANAH TINGGI
Terbentuk hasil daripada proses lipatan kerak bumi
yang disediakan oleh kuasa mampatan.
Terdiri daripada banjaran gunung lipat muda dan
banjaran gunung lipat muda berpunca dari Banjaran
Himalaya dan menganjur ke Asia Tenggara melalui
Banjaran Arakan Yama di Myanmar.
Banjaran gunung lipat tua berpunca dari Dataran
Tinggi Yunnan di China yang membentuk Banjaran
Annam di Vietnam dan Banjaran Titiwangsa di
Malaysia.
TANAH PAMAH
Terdiri daripada delta, dataran pantai dan lembah
sungai.
Lembah sungai dan delta sangat sesuai untuk kegiatan
pertanian, terutamanya penanaman padi keran diliputi
tanih aluvium yang subur.
Kawasan dataran pantai adalah sempit dan beralun
tetapi bersaliran baik.
Kawasan berpenduduk padat.
Contoh : Delta Sungai Irrawaddy di Myanmar dan
Lembah Menan Choa Phraya di Thailand.
PINGGIR LAUT
Semua negara di Asia Tenggara mempunyai pinggir
laut kecuali Loas.
Laut Utama : Laut China Selatan, Laut Jawa, Laut
Sulu, Laut Sulawesi, Laut Andaman dan Selat
Melaka.
Laut cetek kerana terletak di atas pentas benua
(kedalaman air laut tidak melebihi 180 meter)
GUNUNG BERAPI
Banyak terdapat di Indonesia dan Filipina.
Contoh gunung berapi di Indonesia : Gunung
Kerinci, Gunung Krakatua dan Gunung
Merapi.
Contoh gunung berapi di Filipina : Gunung
Mayan, Gunung Taal dan Gunung Pinatuba.
BENTUK
MUKA BUMI DI
ASIA
TENGGARA
Rujuk Buku Teks M/S
112 &113
LATIHAN
1. Asia Tenggara terdiri daripada ______________ buah
negara.
2. Namakan negara yang terletak di Kepulauan Asia Tenggara.
3. Banjaran Annam di Vietnam dan Banjaran Bilauktuang di
Thailand merupakan banjaran gunung lipat ________.
4. Negara manakah yang mempunyai gunung berapi yang
aktif?
5. Nyatakan negara Asia Tenggara yang tidak menpunyai
pinggir laut.