DISEDIAKAN OLEH
CIKGU NOR AZWANI BT AB GHANI
SMK PANJI
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:
Menjelaskan dengan contoh taburan
penduduk di Asia Tenggara.
TABURAN PENDUDUK DI
ASIA TENGGARA
Taburan penduduk ialah sebaran penduduk
di sesuatu kawasan di muka bumi.
Populasi ialah jumlah orang yang
mendiami sesuatu tempat (negara,
negeri @ daerah).
Taburan penduduk bagi setiap negara di
Asia Tenggara adalah berbeza-beza.
TABURAN PENDUDUK DI ASIA TENGGARA
Rujuk Buku
Teks M/S
122
TABURAN PENDUDUK DI
ASIA TENGGARA
Penduduk di Asia Tenggara melebihi 662
juta orang pada tahun 2019.
Singapura mempunyai kepadatan penduduk
yang paling tinggi di Asia Tenggara iaitu 8383
orang sekilometer persegi.
Indonesia mempunyai jumlah penduduk yang
paling banyak (269.5 juta), Filipina (108.9 juta)
dan Vietnam (97.4 juta)
Brunei Darulssalam mempunyai penduduk
yang paling sedikit iaitu 0.4 juta orang.
TABURAN PENDUDUK DI ASIA
TENGGARA (PADAT)
Ibu negara dan bandar-bandar besar
seperti di Jakarta di Indonesia, Manila di
Filipina dan Bangkok di Thailand.
Kawasan delta dan lembah sungai yang
subur dan sesuai untuk pertanian
seperti Delta Sungai Irrawaddy di
Myanmar.
Sungai yang menjadi jalan perhubungan
seperti Menam Chao Phraya di Thailand.
TABURAN PENDUDUK DI ASIA TENGGARA
(SEDERHANA)
Kawasan tanah pamah beralun sesuai untuk
kegiatan pertanian.
Kawasan pinggir bandar, kawasan bandar
sederhana dan kecil serta bandar baharu.
Kawasan persisir pantai yang terlibat
dengan aktiviti perikanan dan pelancongan.
Contoh :
i. Pantai Arakan Yama, Myanmar
ii. Pantai Barat Sumatera, Indonesia
iii. Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
TABURAN PENDUDUK DI
ASIA TENGGARA (JARANG)
Kawasan pedalaman yang berhutan tebal dan
bergunung-ganang.
Kawasan yang berpaya.
Kawasan yang mempunyai darjah ketersampaian
yang rendah.
Contoh :
i. Kawasan berpaya di timur Samutera, Indonesia.
ii. Banjaran Annam, Vietnam
iii. Kawasan pedalaman Sabah & Sarawak.
LATIHAN : RUJUK BUKU TEKS M/S 130 & 131