The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 13 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwa2102, 2021-11-08 14:39:32

BAB 13 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK

BAB 13 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK

Keywords: Geografi T1,Sisa Domestik,Bab 13

DISEDIAKAN OLEH
CIKGU NOR AZWANI BT AB GHANI

SMK PANJI

 Pada akhir pembelajaran murid
dapat :

 Menerangkan langkah-langkah
mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan
undang-undang dengan mengenakan
denda dan hukuman yang lebih berat
terhadap pesalah agar memberikan
kesedaran kepada masyarakat.
Contoh akta yang berkaitan dengan sisa
domestik ialah Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (
Akta 672) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974.

Penerapan amalan 3R, iaitu Reduce
(pengurangan), Reuse (penggunaan semula) dan
Recycle (kitar semula) dapat mengurangkan
penjanaan sisa pepejal serta mengelakkan bahan
kitar semula dilupuskan di tapak pelupusan.

Reduce – mengurangkan penggunaan barang
yang menyebabkan sampah seperti beg plastic.

Reuse - menggunakan semula barang lama yang
masih dalam keadaan baik seperti mendermakan
pakaian dan buku-buku.

Recycle – Menghasilkan barangan baharu
daripada barangan terbuang seperti kraf tangan.

Di Malaysia, 45% daripada
keseluruhan komposisi sisa pepejal
yang dibuang setiap hari terdiri
daripada sisa makanan.

Sisa makana boleh digunakan untuk
menghasilkan baja kompas.

Dengan membuat kompas sendiri,
dapat mengurangkan masalah
pembuangan sampah.

Agensi kerajaan, badan bukan kerajaan
dan orang perseorangan menjalankan
pelbagai aktiviti dan kempen untuk
meningkatkan keprihatinan masyarakat
terhadap isu alam sekitar.

Contohnya, Hari Tanpa Beg Plastik,
Kempen Kitar Semula dan Kempen
Kesedaran Alam Sekitar.

Peningkatan jumlah sisa domestik secara
mendadak, persaingan guna tanah dan
keperluan menjana tenaga baharu
memperbaharui sesebuah negera memilih
teknologi Waste To Energy (WtE) bagi
merawat sisa pepejal.

Teknologi ini mampu mengurangkan sisa
yang dihantar ke tapak pelupusan
sampah sehingga 85% dan dapat
mengurangkan pencemaran bau.


Click to View FlipBook Version