Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
dapat :
1. Menjelaskan dengan contoh taburan
penduduk di Malaysia
Taburan penduduk merujuk sebaran penduduk di
sesuatu kawasan atau sesebuah negara.
Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, taburan
penduduk Malaysia tidak sekata.
Taburan penduduk Malaysia terdiri dalam golongan
padat, sederhana dan jarang.
Kepadatan penduduk dapat dikira menggunakan formula
berikut:
Jumlah Peduduk
Kepadatan Penduduk =
Luas Kawasan
Kepadatan penduduk melebihi 200 orang
sekilometer persegi.
Tertumpu di ibu negeri, pusat perniagaan,
kawasan perindustrian dan kawasan yang subur
untuk pertanian.
Contoh : Kuching, Kota Kinabalu, Bayan Lepas &
Shah Alam
Kepadatan penduduk 50 – 200 orang sekilometer
persegi.
Tertumpu di kawasan bandar kecil, kawasan
pertanian dan pinggir laut.
Contoh : Tumpat (Kelantan), Dungun (Terengganu),
Felda Tunku (Sabah)
Kepadatan penduduk kurang daripada 50 orang
sekilometer persegi.
Tertumpu d kawasan hutan tebal, kawasan
pedalaman yang bergunung-ganang dan kawasan
berpaya.
Contoh : Tasik Banding (Perak), Kuala Tahan
(Pahang) dan Kapit (Sarawak)
1. Nyatakan taburan penduduk di Malaysia berdasarkan ciri-ciri berikut :
Kawasan berpenduduk Kawasan berpenduduk Kawasan berpenduduk
padat sederhana jarang
a. Kurang daripada 50 orang bagi sekilometer persegi.
b. Lebih daripada 200 orang bagi sekilometer persegi.
c. 50 -200 orang bagi sekilometer persegi.
d. Kawasan ini banyak tertumpu di kawasan pertanian, pantai dan bandar kecil.
e. Melibatkan kawasan bergunung-ganag dan kawasan pedalaman.
f. Contoh kawasan ialah Shah Alam (Selangor), Kuching (Sarawak) dan Johor Baharu (Johor)
g. Contoh kawasan ini ialah Tasik Banding (Perak), Kuala Tahan (Pahang) dan Kapit (Sarawak)
i. Menjadi tumpuan penduduk kerana kawasan ini rata dan subur.