PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
69, JALAN CHAMBERLAIN HULU
30250, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEKOLAH : ABB 2084 Telefon : 05-2545453
Emel : [email protected]
Ruj Kami: SKPM.Ip : 08/02
Tarikh : 14 Februari 2022
Kepada,
Semua ibu bapa dan penjaga
Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist.
Tuan / Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE– 48 SK PEREMPUAN METHODIST, IPOH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Ipoh akan mengadakan
Mesyuarat Agung Kali ke - 48 pada:
Tarikh : 26 Mac 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Lokasi masing-masing
Medium : Google Meet
URL : Akan dimaklumkan 30 minit sebelum mesyuarat bermula
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan Penasihat PIBG
3.2 Ucapan Yang Dipertua PIBG
3.3 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-47, 2021
3.4 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan 2021
3.5 Membentang dan menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2021
3.6 Membentang dan meluluskan Cadangan Bayaran Tambahan PIBG 2022
3.7 Membentangkan usul
3.8 Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022
3.9 Pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2023
3.10 Pemilihan Juruaudit PIBG sesi 2022/2023
3.11 Ucapan Penangguhan
4. Kehadiran tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
___________________
(MUZZAFAR B. MOHD ZAIN )
Yang Dipertua PIBG,
SK Perempuan Methodist,
30250 Ipoh, Perak.
s.k. 1. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
2. Guru Besar SK(P) Methodist Ipoh
3. Yang Dipertua SK(P) Methodist Ipoh
1
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Atur cara Program 3
Jawatankuasa Kerja 4
Organisasi PIBG 2021/2022 5
Agenda Mesyuarat Agung kali ke-48 6
Minit Mesyuarat Agung kali ke-47 7
Laporan Aktiviti Tahunan 2021 17
Laporan Kewangan Tahun 2021 18
Usul/Cadangan 19
Rekod Kehadiran AJK PIBG 2021/2022 22
Pemilihan AJK PIBG 2022/2023 23
Penghargaan 24
2
ATUR CARA PROGRAM
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Edaran link mesyuarat dalam talian
: Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Penerangan Mesyuarat secara Google Meet
: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 bermula
: Bersurai
3
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48
Pengerusi : Pn. Peggy Wong
Naib Pengerusi I : Pn. Salmah bt Mat Rashid
Naib Pengerusi II : Pn. Noni Junaidah bt Mohd Yunus
: Pn. Thirupthi a/p Visvanathan
Setiausaha : Pn. Azalia bt. Hj. Abu
Naib Setiausaha : Pn. Susila Devi a/p Sanmugam
Bendahari : Pn. Farah Azila bt Sulaiman
Naib Bendahari : Pn. Nor Azwa bt. Abdul Majid
Pengacara Majlis : Pn. Nurin Azhani bt. Azizan
Bacaan Doa : En. Zu Yazin b. Mohd. Noor
Buku Program : Pn. Azalia bt. Hj. Abu
Pencatat Minit : Pn. Kiranjit Kaur a/p Juswan Singh
Teknikal Hosting : Pn. Haliza bt Jamaludin
Undian Dalam Talian : Pn. Aida Norsyuhada bt. Ghazali
Ruang “Chat” : Pn. Nor Syuhada bt. Humari
Makanan : Pn. Noor Fariza bt. Ahmad Sharif
Dokumentasi : Pn. Amirah Nabila bt. Razali
: Pn. Azalia bt. Hj. Abu
: Pn. Lavaanya a/p Panneerchelvam
Pn. Noor Azwa bt. Abdul Majid
: Pn. Noor Azwa bt. Abdul Majid
: Pn. Susila Devi a/p Sanmugam
4
Penasihat : Pn. Peggy Wong
Tuan Yang Di Pertua : En. Muzzafar B Mohd Zain
Naib Yang Di Pertua : En. Chin Kang Wei
Setiausaha : Pn. Azalia bt. Hj. Abu
Naib Setiausaha : Pn. Susila Devi a/p Sanmugam
Bendahari : Pn. Farah Azila Bt Sulaiman
Naib Bendahari : Pn. Noor Azwa bt. Abd. Majid
Ahli Jawatankuasa
: Wakil Ibu Bapa
Pemeriksa Kira-Kira 1. Dr.Prem Lal A/L N.Hathulal
2. En Muhammad Shaiful Azha B Basri
3. En Vigneswaran Thavachellvam
4. Encik Balachandar Naidu
5. Pn. Rosnani Bt Ayob
: Wakil Guru
1. Pn Nurin Azhani Bt Azizan
2. En. Zu Yazin b. Mohd. Noor
3. Pn. Lavaanya a/p Panneerchelvam
4. Pn. Haliza bt. Jamaludin
5. Pn. Kiranjit Kaur a/p Juswan Singh
: 1. Pn. Sobana a/p Itharaji
2. Pn Salmah bt. Mat Rashid
5
AGENDA MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-48
1. Laporan Penasihat
2. Ucapan Pengerusi Majlis
3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan
2021
4. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan 2021
5. Membentang dan Menerima Serta Meluluskan Penyata
Kewangan Berakhir 31 Disember 2021
6. Membahaskan Usul
7. Pembubaran AJK PIBG 2021/2022
8. Pemilihan AJK PIBG dan Juruaudit Sesi 2022/2023
9. Ucapan Penangguhan
6
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-47
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST, IPOH
Tarikh : 18 September 2021 (Sabtu)
Masa :
Tempat : 2.00 petang
Medium :
Kehadiran : Lokasi Masing-masing
:
Google Meet
Ibu bapa : 56 orang
Guru : 45 orang
Kehadiran ibu bapa:
1. Prabha Ignaiusmuthu 29. Maheson a/l Sivarajan
2. T Vigneswaran 30. Ragunathan Poogavarnum
3. Habibah Ishak 31. Mageswari Devarajoo
4. Mohd. Azam bin Azimi 32. Tan San San
5. Karen Kavitha a/p Lourdesamy 33. Leong Chee Terng
6. Raymond Anthony a/l Henry Nathen 34. Shankar a/l Subramaniam
7. Dora Liyana binti Abd. Lataf 35. Enkata Latchimy a/p Atchanan
8. Ahmad Firdaus bin Mohamad Hamidi 36. Supbarmanian a/l Applesamy
9. Zahira Mohd Ridzwan 37. Ganggadevi a/p Kandiah
10. Mohd. Asmadi bin Mohd. Hashim 38. Normah Elizan binti Mohd Noor
11. Yong Nyet Ling 39. Ahmad Fauzie Bin Saiumar
12. Tham Fook Ming 40. Suhaili Zakariah @ Zakaria
13. Jasmine Seow Yin Lai 41. Ahmad Helmy bin Abdul Karim
14. Chin Kang Wei 42. Fazilawati Mohd. Arshad
15. Prem Lal Hathulal 43. Syed Hussain bin Habibu Mohamed
16. Kumuta 44. Suhaila bt. Jamaluddin
17. Dalget Kaur 45. Kalisvaran a/l Subramaniam
18. Sobana a/p Itharaji 46. Thava Selvi a/p Letchumiah
19. Jagatheisvaran a/l Ramachandren 47. Ganesan a/l Kasinathan
20. Ariamala a/p Kandiah 48. Kuganeswari a/p Kalichelvam
21. Thamotharan a/l M.Latchmanan 49. Balachandar Naidu A/L Puruso Naidu
22. Muhammad Shaiful Azha 50. Theivamalar A/P Sundramoorthy
23. Normalawati Zarima bt. Mohammed Idris 51. Muzzafar bin Mohd. Zain
24. Rosnani binti Ayob 52. Nurulhuda binti Tajudin
25. Megat Mohamad Farish bin Abdul Mutalib 53. Ramachandran Rao a/l Subramaniam
26. Leong Keng Asia 54. Lim Chin Hong
27. Lim Mei Kin 55. Lee Mee Fung
28. Gunasundari a/p Suriamurthy 56. Asraf bin Ismail
7
Kehadiran Guru: 24. Maimon binti Nordin
25. Malvinder Kaur a/p Amberjeh Singh
1. Peggy Wong 26. Ng Siew Ying
2. Noni Junaidah binti Mohd. Yunus 27. Noor Azwa binti Abdul Majid
3. Salmah binti Mat Rashid 28. Noor Fariza binti Ahmad Sharif
4. Thirupthi a/p Visvanathan 29. Nor’afiza binti Jelani
5. Agnita a/p Parmal 30. Norazah binti Yunus
6. Aida Norsyuhada binti Ghazali 31. Norazimah binti Din
7. Amirah Nabila binti Razali 32. Norita binti Baharudin
8. Azalia binti Hj. Abu 33. Norizan binti Bidin
9. Azilah binti Mohamed 34. Nor Syuhada binti Humari
10. Azrin Syahrizad binti Mohammad Ariffin 35. Nurin Azhani binti Azizan
11. Chan Mun Har 36. Rima Rohani bt. Mohammad
12. Fadilah binti Mohamed Ghani 37. Rosliza binti Salikan
13. Farah Azila binti Sulaiman 38. Samenthe a/p Karunanithe
14. Haliza binti Jamaludin 39. Sathiabamah a/p Babojirow
15. Humah Mageswari a/p Gobal 40. Sharifah Radiah bt. Mat Ya
16. Laavanya a/p Panneerchelvam 41. Zu Yazin bin Mohd. Noor
17 Lim Chin San 42. Susila Devi a/p Sanmugam
18. Syarifah NAszatul Salwa bt. Syed Alias 43. Suzana binti Mahmood @ Said
19. Vijayaletchumi a/p Govindasamy 44. Ragayah binti Zainun Abidin
20. Wan Aina Nadzirah binti Wan Semail 45. Chandra Mani a/p Subramaniam
21 .Syuhana binti Shuib
22. Nurulain Najmiah binti Abd. Halim
23. Tan Sook Han
Agenda 1 Ucapan Penasihat PIBG
1.1
Puan Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua hadirin dan juga kepada AJK PIBG
1.2 2020/2021 yang diketuai oleh En. Muzzafar b. Mohd Zain selaku Yang Dipertua yang dapat meluangkan masa
menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung PIBG pada petang ini yang diadakan secara dalam talian.
Beliau memuji dan bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan pasukan yang amat komited dan berdedikasi
serta sentiasa bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah membina generasi yang berilmu, dapat bersaing dan
mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengharungi dunia yang penuh dengan cabaran. Dalam konteks
ini, AJK PIBG terutama sekali YDP PIBG sentiasa mengutamakan pemberian bantuan dan sokongan kepada
sekolah.
1.3 Beliau turut memaklumkan bahawa tahun 2021 adalah tahun yang amat mencabar kerana kita bukan sahaja
diuji dengan penularan Covid 19, bahkan kehidupan kita juga telah berubah. Dalam konteks teknologi, kita
inginkan anak-anak melangkah sepuluh tahun ke hadapan, malangnya ada di antara saudara mara dan orang-
orang yang rapat dengan kita yang telah dijangkiti covid dan telah meninggal dunia. Beliau mengingatkan kita
semua agar sentiasa mematuhi SOP KKM. Beliau juga memaklumkan ini adalah kali pertama pihak sekolah
dan PIBG mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara maya.
1.4 Beliau mengambil kesempatan untuk memperkenalkan barisan Penolong Kanan yang telah dilantik pada awal
tahun ini. Barisan Penolong Kanan terdiri daripada Pn. Noni Junaidah bt Mohd Yunus (Penolong Kanan
Pentadbiran), Pn. Salmah bt Mat Rashid (Penolong Kanan HEM), Pn. Thirupthi a/p Visvanathan (Penolong
Kanan Kokurikulum). Beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang dinaikkan jawatan selepas persaraan
Pn. Siti Zabedah bt Mahmud pada bulan Disember 2020. Bilangan guru di SK Perempuan Methodist adalah
seramai 46 orang . Dua orang guru baru telah ditempatkan di sekolah ini iaitu Pn. Ng Siew Ying, guru
Matematik bertukar dari SK Bidor pada bulan Julai, Pn Samenthe, guru Bahasa Tamil dari SK Marian
Convent. Manakala guru yang berpindah ialah Pn. Shamini dan Pn. Rofidah.
1.5 Beliau memaklumkan mulai dari tahun 2021, sekolah telah bermula dengan satu sesi persekolahan yang singkat
iaitu dalam masa tiga bulan sahaja. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada, Lembaga Pengurus
Sekolah, terutama kepada pengerusinya iaitu Dr. Ting yang telah berusaha membina sebuah bangunan
tambahan.
1.6 Beliau memaklumkan PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah memainkan peranan saling melengkapi terhadap
8
fungsi KPM untuk menyediakan kemudahan prasarana, suasana sekolah yang kondusif untuk murid-murid
dan guru di sekolah ini. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang menghantar anak-
anak ke sekolah ini. Kepercayaan dan keyakinan para ibu bapa terhadap guru-guru di sekolah ini dalam
mendidik anak-anak tidak akan dipersiakan dan didoakan agar murid-murid di sekolah ini akan dapat terus
menempa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Beliau juga mengingatkan para ibu bapa agar sentiasa
menghargai jasa guru-guru yang telah mendidik anak-anak mereka. Beliau juga menasihatkan ibu bapa agar
berbincang secara berhemah dan bijaksana dengan guru-guru jika terdapat sebarang masalah. Tindakan yang
terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.
1.7 Beliau juga memaklumkan, ibu bapa boleh memuat turun keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk
Pertengahan Tahun mulai 20 September ini pada jam 8.30 pagi. Link PBD akan diberikan oleh guru kelas
masing-masing. Ibu bapa boleh mencetak keputusan PBD tersebut. Keputusan ini dibuat oleh guru dan dinilai
dari bulan Januari hingga Mei. Keputusan akhir tahun PBD akan dikeluarkan pada akhir November 2021.
1.8 Beliau juga mengingatkan bahawa pentingnya permuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru kerana
pemuafakatan inilah yang dapat membina persefahaman tentang usaha dan tanggungjawab bagi meningkatkan
pembelajaran anak-anak. Peranan AJK PIBG amat membantu untuk menerangkan dan menghebahkan
program aktiviti sekolah dan amat dihargai oleh pihak sekolah.
1.9 Beliau memaklumkan dalam bidang Kokurikulum, agak membanggakan iaitu Sketsa Bahasa Inggeris telah
berjaya menjadi johan peringkat negeri, dan akan bertanding ke peringkat kebangsaan. Beliau mengucapkan
tahniah kepada Pn. Thirupthi atas usaha beliau. Bagi Unit Beruniform pula, SK Perempuan Methodist telah
menyertai sebanyak 17 acara secara dalam talian. Manakala bagi acara sukan, terdapat 20 acara
dipertandingkan. Beliau turut memaklumkan bahawa murid sekolah ini telah berjaya meraih kemenangan,
antaranya dalam Pertandingan e-Jom Senam Aerobik KPM – Milo (Kategori Muhibah), sekolah ini juga
memenangi tempat kedua mengikut pasukan. Di samping itu, SK Perempuan Methodist juga memenangi
tempat pertama dan ketiga untuk pasukan Muhibah Negeri Perak. Pertandingn lompat tali pula mendapat
tempat pertama, kedua dan kelima. Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang telah berjaya dan kepada
ibu bapa yang mengambil video anak – anak mereka semasa berada di rumah.
1.10 Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang telah dilantik semula. Beliau juga mengharapkan ibu
bapa, AJK PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah dan guru-guru dapat bekerja sebagai satu pasukan dan
memikul tanggung jawab dalam melahirkan generasi anak – anak keCtahap kegemilangan dan
kecemerlangan.
Makluman : Semua ahli PIBG
Agenda 2 Ucapan Pengerusi PIBG
2.1
2.2 En. Muzzafar selaku YDP PIBG mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatan Kuasa Pengelola kerana
2.3 buat pertama kalinya menguruskan mesyuarat agung tahunan yang dijalankan secara dalam talian serta utk
merealisasikan matlamat mengadakan mesyuarat yang dijalankan pada petang ini.
2.4
2.5 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir terutamanya kepada para ibu bapa.
Kesungguhan ibu bapa hadir bersama-sama menunjukkan keprihatinan ibu bapa terhadap situasi yang berlaku.
Beliau juga menjelaskan bahawa sikap keprihatinan ini selaku ibu bapa dapat menyuntik semangat anak-anak
untuk terus belajar dengan lebih baik lagi untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.
Beliau memaklumkan bahawa PIBG merupakan satu medium kepada ibu bapa memberi pendapat dan
pandangan untuk disampaikan kepada pihak sekolah kerana ada dalam kalangan ibu bapa yang malu atau tidak
berani berjumpa secara terus dengan guru besar. Justeru itu, PIBG merupakan satu medium untuk membantu
ibu bapa menyampaikan permasalahan atau pandangan. Beliau juga menyatakan bahawa persatuan ini
berperanan penting dalam memastikan perjalanan aktiviti sekolah berlaku dalam keadaan sempurna. Persatuan
ini juga sentiasa membantu pihak sekolah untuk setiap aktiviti yang telah dirancang.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG yang sentiasa membantu untuk
memastikan keluarga SK Perempuan Methodist berada dalam keadaan harmoni dan baik. Pihak PIBG telah
mengambil pendekatan situasi ‘win win’ untuk memastikan keputusan dibuat berasaskan satu kata putus
daripada mesyuarat dan bukanlah keputusan individu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah terutama kepada guru besar yang telah banyak
9
2.6 memberi sokongan dan membantu PIBG dalam melontarkan idea bagi memastikan program sekolah berjakan
2.7 dengan lancar walaupun berada dalam keadaan pandemik Covid.
2.8 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengurus Sekolah dan guru besar yang berjaya membina
Agenda 3 bangunan baharu yang menelan kos yang sangat tinggi. Penghargaan juga turut diberikan kepada guru-guru
3.1 yang menyediakan dokumentasi dengan begitu baik sekali untuk memastikan bangunan ini dapat disiapkan
3.2 pada masa yang ditetapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang banyak menyumbang dan
akhirnya bangunan tersebut dapat dibina.
Beliau memaklumkan PIBG telah mengambil tiga pendekatan :
a)Keselamatan
Beliau mengingatkan ibu bapa dapat memastikan anak-anak berada di rumah kerana ketika ini apabila
kelonggaran telah diberikan, ramai yang telah menyalahgunakan kelonggaran tersebut dan tidak mematuhi
Prosedur Operasi Standard (SOP). Beliau juga memaklumkan data statistik dari Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) menyatakan bahawa ribuan kanak-kanak telah dijangkiti virus ini. Beliau sekali lagi
mengingatkan kepada ibu bapa agar memastikan anak-anak sentiasa berada di rumah dan elakkan berada di
tempat awam kerana ketika ini Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) masih berjalan dan anak-
anak perlu mengikuti kelas PdPR ini.
Dari segi keselamatan di peringkat sekolah , sekolah perlu berada dalam keadaan yang sentiasa bersedia
menerima murid-murid pada bila-bila masa sahaja. Pihak sekolah perlu memastikan SOP dipatuhi, ada
pensanitasi tangan, termometer, garisan-garisan penjarakan sosial dan susunan meja di dalam kelas.
b) Akademik
Beliau memaklumkan SK Perempuan Methodist telah melahirkan ramai murid yang berjaya dan hebat. Beliau
amat berharap , anak-anak di sekolah ini akan menjadi murid yang cemerlang dalam bidang-bidang tertentu.
SK Perempuan Methodist juga adalah antara sekolah yang terbaik di Kinta Utara. Syabas kepada guru -guru
yang telah berjaya mendidik anak-anak di sekolah ini. Memandangkan peperiksaan UPSR telah tiada, beliau
berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri untuk
mengukur tahap pencapaian seseorang murid itu. Beliau juga berharap agar ujian demi ujian dapat terus
dilaksanakn agar murid-murid diuji kemampuan mereka dalam bidang akademik.
Beliau memaklumkan PIBG masih meneruskan tradisi membeli modul-modul untuk murid-murid dan
penggunaan modul ini sangat penting. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
berinisiatif menghasilkan modul-modul dan juga kepada guru-guru yang telah mengajar mengikut kreativiti
masing-masing.
c) Kebajikan
Beliau menyatakan bahawa ibu bapa di sekolah ini sangat prihatin, baik hati dan bermurah hati kerana sentiasa
mengeluarkan wang untuk membantu dan terus menderma. Beliau mengucapkan syabas kepada ibu bapa yang
sentiasa membantu pihak PIBG untuk memastikan anak-anak di sekolah ini mendapat manfaat terhadap apa
yang telah dirancangkan. PIBG juga telah menerima sumbangan yang begitu banyak dan sumbangan-
sumbangan ini telah disalurkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
Beliau dapat melihat komitmen dari semua pihak temasuk ibu bapa yang sering memberi pandangan, tenaga
dan kewangan. Beliau mengambil sikap terbuka untuk menerima teguran dan kritikan sebagai satu perkara
positif untuk memperbaiki dan memajukan lagi PIBG. Kerjasama daripada para guru amatlah beliau hargai.
Beliau memohon kemaafan daripada semua pihak sekiranya terdapat perkara-perkara yang telah menyinggung
hati dan perasaan sepanjang beliau dilantik menjadi YDP.
Makluman : Semua ahli PIBG
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2020
Minit mesyuarat Agung Kali ke-46 telah dibentangkan oleh Pn. Azalia bt. Haji Abu.
Beliau memaklumkan bahawa terdapat terdapat ralat dalam minit mesyuarat agung yang lalu :
- Muka surat 8, no. 17 terdapat pembetulan nama Puan Normah Eltonn kepada Puan Normah Elizan bt
Mohd Noor.
- Muka surat 13, Agenda 5.2 , Usul ke 2. Ralat pada nama pembawa usul iaitu Pn. Normah bt. Ehsan
10
kepada Pn. Normah Elizan bt. Mohd Noor.
- Muka surat 11, Agenda 1.3.7, terdapat pembetulan nama YB Wong Kar Who kepada YB Wong Kah
Woh.
Dicadangkan untuk diterima : En. Balachandar Naidu
Menyokong untuk diterima : En. En Muhammad Shaiful Azha bin Basri
Makluman : Semua ahli PIBG
Agenda 4 Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan 2020
4.1
Laporan Kewangan 2020 telah dibentangkan oleh Pn. Farah Azila bt Sulaiman.
Dicadangkan untuk diterima : Pn. Dalget Kaur
Menyokong untuk diterima : Dr. Prem Lal a/l N. Hathulal
Makluman : Semua ahli PIBG
Agenda 5 Membincangkan Usul
5.1
5.2 Usul atau cadangan tidak dibincangkan kerana telah dijawab oleh pentadbir sekolah. (Sila rujuk lampiran)
Agenda 6 Untuk makluman semua, sumbangan PIBG bagi tahun 2021 tidak akan dikutip daripada ibu bapa. Hal ini
6.1 berikutan situasi pandemik dan keprihatinan PIBG terhadap kebajikan ibu bapa pelajar. Sumbangan PIBG akan
dikutip pada tahun 2022.
Makluman : Semua ahli PIBG
Pemilihan AJK Sesi 2021 / 2022
Undian secara dalam talian telah dibuat pada 17-19 Mei 2021. Keputusannya 88.2% bersetuju untuk tidak
membuat pemilihan ahli jawatankuasa yang baru. 11.8% bersetuju untuk membuat pemilihan ahli
jawatankuasa yang baru. Maka, semua AJK PIBG sesi 2020/2021 dikekalkan untuk sesi 2021/2022.
Penasihat : Pn. Peggy Wong
Tuan Yang Dipertua : En. Muzzafar bin Mohd Zain
Naib Yang Dipertua : En. Chin Kang Wei
Setiausaha : Pn. Azalia binti Hj. Abu
Naib Setiausaha : Pn. Susila Devi a/p Sanmugam
Bendahari : Pn. Farah Azila bt Sulaiman
Naib Bendahari : Pn. Nor Azwa bt. Abdul Majid
Ahli Jawatankuasa :
Wakil Ibu Bapa
Dr.Prem Lal a/l N. Hathulal
Pn. Rosnani bt Ayob
En. Balachandar Naidu
En. Muhammad Shaiful Azha b Basri
En. Vigneswaran Thavachellvam
Wakil Guru
En. Zu Yazin b. Mohd. Noor
Pn. Lavaanya a/p Panneerchelvam
Pn. Haliza bt. Jamaludin
Cik Norazah bt. Yunus
Pn. Nurin Azhani bt Azizan
Pemeriksa Kira-Kira :
Pn. Sobana a/p Itherasi
Pn. Salmah bt. Mat Rashid
Makluman : Semua ahli PIBG
11
Agenda 7 Hal-hal Lain
7.1 En. Muzzafar mengucapkan terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada barisan ahli jawatan kuasa
7.2 PIBG yang dikekalkan. Beliau berharap agar program yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar.
7.3
7.4 Puan Wong, selaku Guru Besar memaklumkan bahwa ibu bapa perlu tahu maklumat yang telah di terangkan
oleh Menteri Pendidikan baru-baru ini tentang pembukaan sekolah.
7.5
7.6 Beliau juga menerangkan bahawa sekolah akan bermula pada bulan Januari 2021. Topik-topik akan berulang
7.7 dan topik yang sukar akan diajar semula. Murid Tahun 1, 2022 akan memulakan sesi persekolahan pada bulan
7.8 Mac 2022.
7.9 Beliau memaklumkan bahawa kantin masih belum boleh dibuka. Murid masih makan di dalam bilik darjah dan
7.10 dipantau oleh guru.Penggunaan pendingin hawa tidak digalakkan. Aktiviti sukan atau Kokurikulum tidak
dibenarkan lagi. Aktiviti PJPK boleh diteruskan. Murid yang bergejala dinasihatkan supaya tidak datang ke
7.11 sekolah . Sekiranya murid tersebut datang ke sekolah, murid itu akan diasingkan dan ditempatkan di bilik
Agenda 8 isolasi. Beliau juga menasihatkan ibu bapa membeli t-shirt sekolah atau t-shirt putih sekiranya murid tersebut
8.1 tidak memakai pakaian seragam sekolah. Hal ini adalah sebagai langkah keselamatan memandangkan terdapat
lima buah sekolah yang ada berdekatan dengan sekolah.
Pn. Wong menjelaskan sekiranya tahun depan, murid masih tidak hadir , ia bukan dianggap satu kesalahan .
Ibu bapa perlu memberikan surat sebab ketidakhadiran kepada pihak sekolah.
Pn. Wong mengingatkan ibu bapa, sekiranya ada masalah boleh berjumpa dengan beliau. Kini kita berada di
Fasa 2, jika kita beralih fasa, dalam masa dua minggu sekolah akan dibuka. Beliau memaklumkan bahawa
PDPR akan diteruskan sehngga 11 Disember 2021.
Pn. Wong memaklumkan beliau baru mendapat berita gembira tentang penerimaan sumbangan papan putih
yang bernilai RM13,000.00 daripada Dr. Khor yang akan dipasang di dalam kelas Tahun Satu, Lima dan Enam.
Puan Suhaili mencadangkan agar PIBG mengadakan kutipan derma kepada murid yang keluarga
berpendapatan B40. Contohnya , pakaian yang dibeli pada tahun ini tidak muat tetapi masih elok dan boleh
digunakan lagi. Beliau mencadangkan agar pakaian tersebut diberikan kepada murid-murid yang memerlukan
untuk penggunaan pada tahun hadapan.
En. Muzzaffar menyambut baik cadangan tersebut dan beliau akan membawa cadangan tersebut semasa
mesyuarat jawatan kuasa PIBG akan datang.
Beliau juga memaklumkan, sebelum ini PIBG ada memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan
berbentuk barang-barang keperluan harian dan peralatan.
Puan Karen Kavitha meminta penjelasan lanjut mengenai pentaksiran anak-anak pada tahun ini. Hal ini kerana
sukatan pelajaran untuk tahun ini akan diulang pada dua bulan pertama tahun hadapan. Pn. Wong menjelaskan
bahawa pentaksiran akhir tahun pada tahun ini akan dibuat pada bulan November kerana data harus dihantar
kepada PPD. Untuk dua bulan pertama pada tahun hadapan, guru-guru akan mengulang topik pada tahun
sebelumnya.
Pn. Noni Junaidah menerangkan maklumat tentang PBD dari segi kaedah dan pelaksanaannya. PBD masih
perlu diteruskan oleh guru-guru walaupun masih di dalam PdPR .
Pentaksiran ini berlaku secara berterusan dalam PBD. PBD ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat murid
untuk mengetahui dari segi perkembangan , kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid tersebut. PBD
dilaksanakan secara Formatif dan Sumatif. PBD dilaksanakan secara lisan, pemerhatian dan bertulis. Setiap
pentaksiran PBD yang dilakukan oleh guru berdasarkan pertimbangan professional. Guru perlu
berpengetahuan luas dalam bidang yang diajar. Guru juga bertanggung jawab melaksanakan pentaksiran
secara cekap, adil , telus tanpa melibatkan emosi. Tahap minimum bagi seorang murid adalah TP3.
Beliau memaklumkan bahawa rekod PBD akan diserahkan kepada ibu bapa melalui pelaporan e-Pelaporan
PBD. Pelaporan tersebut boleh disemak secara atas talian pada hari Isnin, 20 September 2021 pada jam 8.30
pagi.
Ucapan Penangguhan
En. Muzzafar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat agung yang julung
kali diadakan secara atas talian. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana telah mempercayai jawatan
kuasa PIBG yang dilantik semula dan pelantikan ini merupakan tanggung jawab dan amanah untuk meneruskan
12
usaha-usaha yang perlu dilakukan.
Mesyuarat ditangguh pada jam 4.04 petang.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
--------------------------------- ---------------------------------
(PN. AZALIA BINTI HJ. ABU) (EN. MUZZAFAR B MOHD ZAIN)
Setiausaha PIBG ``` Yang Dipertua PIBG,
SK Perempuan Methodist, Ipoh. SK Perempuan Methodist, Ipoh.
13
LAPORAN AKTIVITI
TAHUN 2021
1. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2021/2022 telah diadakan sebanyak sekali
bertarikh seperti berikut:
i. 26 Januari 2022
2. Kegiatan/Sumbangan PIBG
• Membiayai Aktiviti Kokurikulum / Koakademik Sekolah.
• Membiayai Pembelian Smart TV.
• Membiayai Majlis Persaraan Guru
• Membiayai Keceriaan dan Persediaan Pembukaan Sekolah
• Program Sumbangan Prihatin Pandemik Covid-19
14
LAPORAN KEWANGAN
PIBG SK (P) METHODIST, IPOH
BAGI 1 JANUARI 2021-31 DISEMBER 2021
15
USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48
1. Pn. Julie Selvamalar a/p Ratnam
Sekolah membentangkan plan jangka pendek dan jangka panjang untuk semua pelajar bagi
merapatkan jurang pendidkan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19
Penjelasan:
Program :
1.Pemantapan PBD dengan khidmat bantu PPD/ ketua panitia
2.Program kecemerlangan murid berfokus mengikut Panitia mata pelajaran
3.Memperhebatkan penggunaan pelantar Google Classroom / DELIMA
4.Penggunaan Gallery Walk
5.Pemantapan Kemahiran Merekacipta (KMR/PBL) bagi guru dan murid
6.Program motivasi murid dengan kerjasama unit B&K
2. Pn. Rohayah Rani dan En. Muhd Mikhail Joseph
Mencadangkan agar diberikan resit pembelian di kedai buku sekolah untuk tujuan rekod (rujukan) &
pelepasan cukai.
Penjelasan:
Kedai buku bersetuju untuk mengeluarkan resit kepada sesiapa yang memohon utk mendapatkan
resit
3. Pn. Suhaila bt Nuruddin
Beg anak terlalu berat ,kelas di tingkat dua,bebanan dan bahaya kepada pelajar
Pn. Uma Devi.S
Masalah beg berat
En. Toh Wai Yee
Harap ada loker untuk murid-murid
Penjelasan:
Isu beg berat telah diambil tindakan oleh pihak sekolah berdasarkan kenyataan media oleh Menteri
Pendidikan berkaitan Pendekatan Menangani Isu beg berat murid pada Isnin 7 Mac 2022
4. Pn. Jeannie How Lai Fong
Masalah banyak nyamuk di sekolah
Penjelasan:
Sekolah telah menjalankan dua kali setakat ini fogging untuk mengatasi masalah nyamuk
16
5. Pn. Suhaila bt Nuruddin
Menambah masa mata pelajaran itu ( dari 30 minit kepada 60 minit untuk satu mata pelajaran. agar
dapat mengurangkan jumlah mata pelajaran dan bilangan buku yang dibawa setiap hari.
Pn. Rushida Shamsuri
Mohon ringankan beg sekolah- Tetapkan dalam jadual buku-buku teks, buku tulis serta buku latihan
yg perlu sahaja dibawa ke sekolah
Penjelasan:
Jadual waktu disusun mengikut ketetapan dalam Dasar KSSR Semakan 2017.
Pihak sekolah telah membuat ketatapan bahawa setiap murid perlu meninggalkan buku teks di dalam
laci meja di kelas masing-masing iaitu buku teks tersebut hanya digunakan semasa pembelajaran
dalam kelas sahaja.
Hanya 2 buah buku tulis, 1 buku aktiviti yang disediakan bersama buku teks (murid Tahap 1 dan Tahap
2) (jika ada-dibeli dari kedai buku) perlu disediakan oleh murid mengikut jadual waktu kelas.
6. Pn. Uma Devi.S
Terpaksa membeli barangan saat akhir
Penjelasan:
Harap kemukakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan kelak kerana kurang jelas dengan soalan
7. En. Chandrasekar Soupramanien
Masa rehat tidak sesuai
Penjelasan:
Kantin adalah di bawah pengurusan dan penyeliaan pihak sekolah menengah. Pihak sekolah rendah
akan memanjangkan isu berbangkit kepada pengurusan sekolah menengah.
8. Usul PIBG
PIBG mencadangkan agar sumbangan PIBG 2022 dinaikkan untuk membantu menjayakan program-program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Cadangan kenaikan sumbangan adalah seperti berikut:
BIL PERKARA 2020 2021 2022
1. Sumbangan PIBG (Per Keluarga) untuk RM40 RM65
TIADA
program sekolah RM15 KUTIPAN RM20
2. Penyelenggaraan ICT (Per Murid) RM15 YURAN RM15
3. Pembangunan Sekolah RM25
4. Sumbangan Program Sekolah RM 95 -
RM100
Jumlah
17
REKOD KEHADIRAN
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021 /2021
TARIKH MESYUARAT AJK PIBG SESI 2020/2021
TARIKH JUMLAH KEHADIRAN
26.01.2022 18/20
BIL NAMA 26/01
/
1. Pn. Peggy Wong /
2. pEn. Muzzafar bin Mohd Zain /
3. En. Chin Kang Wei /
4. Pn. Azalia bt. Hj. Abu /
5. Pn. Susila Devi a/p Sanmugam /
6. Pn. Farah Azila bt Sulaiman /
7. Pn. Noor Azwa bt. Abd. Majid /
8. Dr. Prem Lal a/l N. Hathulal B
9. Pn. Rosnani bt Ayob /
10. En. Balachandar Naidu /
11. En. Muhammad Shaiful Azha b Basri /
12. En. Vigneswaran Thavachellvam /
13. Pn. Nurin Azhani bt Azizan /
14. Pn. Haliza bt. Jamaludin /
15. Pn. Kiranjit Kaur a/p Juswan Singh /
16. En. Zu Yazin b. Mohd. Noor /
17. Pn. Lavaanya a/p Panneerchelvam
B
TURUT HADIR /
/
1. Pn. Noni Junaidah bt.Mohd Yunus
2. Pn. Salmah bt. Mat Rashid
3. Pn. Thirupthi a/p Visvanathan
Catatan:
/ Hadir
B Tidak Hadir Bersebab
Pemeriksa Kira-kira : Pn. Sobana a/p Itharaji
Pn. Salmah bt. Mat Rashid
18
PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG
SESI 2022/2023
JAWATAN NAMA
PENASIHAT
YANG DI PERTUA : PUAN PEGGY WONG
NAIB YANG DI PERTUA : _________________________________________
SETIAUSAHA : _________________________________________
PENOLONG SETIAUSAHA : PN. AZALIA BINTI HJ. ABU
BENDAHARI : PN. SUSILA DEVI A/P SANMUGAM
PENOLONG BENDAHARI : PN. FARAH AZILA BT SULAIMAN
AJK IBU BAPA : PN. NOOR AZWA BT. ABD. MAJID
1. _______________________________________
AJK GURU 2._______________________________________
3 ._______________________________________
JURU AUDIT 4. _______________________________________
5.________________________________________
: 1. PN. HALIZA BT. JAMALUDIN
2. PN NURIN AZHANI BT AZIZAN
3. EN. ZU YAZIN B. MOHD. NOOR
4. PN. LAVAANYA A/P PANNEERCHELVAM
5. PN. KIRANJIT KAUR A/P JUSWAN SINGH
1.______________________________________
2.
19
PENGHARGAAN
Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG
Sesi 2021/2022 serta warga
SK Perempuan Methodist, Ipoh mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ini dan juga semua
program PIBG yang telah dijalankan.
Semoga segala jasa baik tuan / puan dapat
meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan
anak- anak kita yang bakal menjadi pemimpin
masa hadapan.
20