KIKO SI
GAJAH PEMALAS.
NUR SYAZANA ZURI (269876)
Di sebuah hutan, tinggal seekor gajah yang malas bernama
Kiko. Kerja kiko hanya makan dan tidur sahaja. Kiko tidak
rajin seperti rakannya Koko, Dibo dan Milu. Ketiga rakan
Kiko sangat rajin bekerja untuk mencari makan.
Di pagi hari, Kiko berjalan-jalan di hutan dengan gembira.
Tiba-tiba Kiko melihat kawannya Koko sedang menanam
lobak merah di kebun Koko. ‘Kau tak penat ke bekerja
setiap hari Koko?’ tanya Kiko.
‘Aku tak penat pun sebab aku seronok bekerja dan hasil
tanaman ini juga akan menjadi makanan aku nanti’ balas
Koko. ‘kau boleh je makan sayur dan buah yang ada kat
hutan ini, jadi kau tak perlu bekerja’ kata Kiko kepada Koko.
‘tapi kita tak tahu apa akan jadi nanti, mungkin hasil hutan
ini nanti rosak atau habis’ balas Koko kepada Kiko.
.
Tanpa berkata apa-apa, Kiko pergi begitu sahaja. Bagi
Kiko tidak ada faedah jika dia terus mendengar ucapan
Koko. Kiko terus berjalan sambil makan buah dan dia
nampak kawannya Dibo sedang duduk di tepi sungai.
‘Apa kau buat di sini Dibo?’ tanya Kiko kepada Dibo. ‘Oh
Kiko!, aku sedang memancing ikan ni’. Balas Dibo.
‘Buat apa kau nak memancing ikan? tanya Kiko. Dibo
berkata ‘aku memancing ikan untuk tambah bekalan
makanan aku di rumah’. ‘Kan ikan di sungai banyak
lagi, kenapa terburu-buru nak tambah bekalan
makanan kau di rumah? Balas Kiko lagi.
‘Dibo membalas, ‘aku tak terburu-buru, tapi aku buat
langkah berjaga-jaga kerana aku dengar musim
kemarau akan datang, jadi aku takut bekalan makanan
aku tak cukup.’ Kiko berkata lagi ‘musim kemarau kan
lambat lagi, jom kita berseronok dulu.’ ‘Tak apalah
Kiko, aku nak teruskan pekerjaan aku’ kata Dibo.
Kiko pun berlalu pergi sehingga dia berjumpa Milu yang
sedang mengutip buah epal. Sambil memakan buah epal
yang jatuh, Kiko bertanya kepada Milu, ‘kenapa kau kutip
buah epal ni?’. ‘Oh aku kutip buah epal ini untuk
dijadikan bekalan makanan aku kalau musim kemarau
berlaku nanti. Kau tak cari bekalan makanan ke Kiko?’
tanya Milu.
Dengan angkuh Kiko menjawab ‘buat apa aku nak susah
payah cari makanan, kan di hutan ni ada banyak lagi
makanan. Lagipun, musim kemarau kan lambat lagi.’
Lalu Milu berkata ‘tapi kita jaga-jaga juga, mungkin
musim kemarau datang lebih cepat.’
Nasihat Milu tidak Kiko dengarkan. Kiko masih lagi malas
untuk bekerja atau mencari bekalan makanan untuk
persiapan musim kemarau. Kiko merasa bahawa musim
kemarau itu tidak akan berlaku.
Setelah penat berjalan, Kiko pun pulang ke rumahnya
dengan perut yang kenyang dan terus tidur. Kiko pun terus
tidur tanpa memikirkan apa yang akan berlaku keesokan
hari.
Keesokan paginya, Kiko bangun seperti biasa dan ingin
mencari makan di hutan. Tetapi cuaca hari ini sangat panas
tidak seperti biasa. Ketika berjalan, Kiko melihat pokok-
pokok menjadi kering.
Kiko berjalan lagi dan berhenti di tepi sungai kerana
kepenatan. Kiko ingin minum air dari sungai tetapi Kiko
terkejut kerana air sungai juga kering. Kiko tidak tahu di
mana mahu mencari air kerana terlalu dahaga dan
perutnya juga sangat lapar
Kiko meneruskan perjalanannya sehingga dia bertemu
kawannya Koko, Dibo dan Milu. Dengan rasa penat, Kiko
menghampiri mereka bertiga dan berkata ‘tolong aku,
aku lapar dan haus sangat, aku tak tahu kenapa tak
ada buah di pokok-pokok, air sungai juga kering.’
Koko, Dibo dan Milu terus memberikan buah-buahan dan
minuman kepada Kiko. ‘terima kasih kawan-kawan telah
tolong aku’. kata Kiko. Lalu Milu pun berkata, ‘itu lah
Kiko, kan aku ingatkan kau untuk cari makanan
sebagai bekalan makanan kau tapi kau tak dengar,
kau juga yang susah sekarang.’
Koko telah memberitahu kepada Kiko bahawa hari ini
musim kemarau telah berlaku dan Kiko telah menyesal
tidak mendengarkan nasihat kawan-kawannya. Kiko rasa
bersyukur kerana kawan-kawannya masih ingin
membantu Kiko.
PENGAJARAN:
Kita mestilah sentiasa bersikap siap sedia seperti
Dibo, Koko dan Milu sebagai langkah berjaga-jaga
Kita mestilah mendengar nasihat yang baik
daripada siapapun.
Kita mestilah sentiasa rajin untuk kebaikan diri
sendiri.
SINOPSIS
Kiko adalah seekor gajah malas yang tinggal di sebuah hutan. Kiko
hanya makan dan tidur tidak seperti rakannya Koko, Dibo dan Milu.
Rakannya sering menasihati Kiko untuk rajin bekerja untuk
menambah bekalan makanan kerana musim kemarau akan tiba.
Adakah Kiko akan mendengar nasihat rakannya? Apakah yang akan
terjadi kepada Kiko nanti?