The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ammarasri986, 2022-05-11 02:26:57

PERISTIWA 13 MEI TAJUK 9

PERISTIWA 13 MEI TAJUK9

E-FOLIO

PERISTIWA 13 MEI
YANG

MEMUSNHKAN
IMPIAN

KESEPADUAN

TAJUK 9

 NAMA AHLI
KUPMULAN

MUHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN ZAIN AZAHARI
(16DET21F1071)

TAUFIQ HIDAYAT BIN MUHAMMAT THAIB
(16DET21F1079)

AMMAR MUSTAQEEM BIN ASRI
(16DET21F1083)

PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang dikatakan unik kerana terdapat kepelbagaian etnik yang
mendiami di dalamnya iaitu, etnik Melayu, Cina, India dan sebagainya. Walaupun begitu,
kepelbagaian etnik ini idak menggugatkan keamanan yang dikecapi kerana sikap saling
menerima dan memberi telah erbentuk semenjak kontrak sosial dimeterai. Namun begitu,
keamanan yang dikecapi pernah tercalar dan hampir musnah pada 13 Mei 1969 yang
merupakan salah satu tarikh yang bersejarah di dalam Pensejarahan Malaysia,

Pelbagai gelaran yang di sandarkan kepada tarikh tersebut. Sesetengah mengatakan peristiwa
13 Mei 1969 merupakau titik hitam dalam sejarah, ada juga yang menggelarkannya sebagai
peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini. Ada juga yang
mengistiharkannya sebagai peristiwa pahit bagi penda duk ketika itu dan sebagainya Peristiwa
tersebut banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi sosial masyarakat Malaysia
Peristiwa 13 mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau
kerana sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab sebab atay
peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Begitu tragis peristiwa yang berlaku pada 13 Mei
1969 sehingga sekarang ia menjadi sebutan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia,seharusnya kita
mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di sebalik peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengelakkan
sejarah tersebut berulang

PUNCA DAN FAKTOR
BERLAKUNYA
PERISTIWA
13 MEI 1969

1)Pertelingkahan Parti Politik

 - Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon Pilihan Raya serta abli politik terutamanya daripada parti
pembangkang telah membangkitkan soal sensitif mengenai isu kedudukan istimewa orang Melayu,
soal bahasa dan hak kerakyatan orang bukan Melayu Hal ini telah menimbulkan perasaan
perkauman dan syak wasangka.-Keputusan Pilihan Raya telah diumumkan pada 10 Mei 1969 dan
kemenangan berpihak kepada parti Cina yang diketuai oleh Dr Tan Chee Khoon Beliau telah meminta
kebenaran kepada pihak polis untuk mengadakan perarakan kerana telah berjaya memenangi
Pilihan Raya. Kaum Cina telah berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai
lambang telah menyapu bersih kerusi dalam Pilihan Raya.Di Jinjang Kepong, kematian seorang warga
Cina akibat sakit tua telah di arak sepanjang jalan, namun begitu perarakan kematian bertukar
menjadi perarakan Pilihan Raya dengan menghina Melayu seperti "Melayu sudah jatuh ". "Ini negeri
bukan Melayu punya". "Kita mahu halau semua Melayu". Selain itu ada juga orang Cina yang telah
meludah dari atas lori ke arah orang Melayu.

 - Pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul
di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato' Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas. Namun
pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut laluan Setapak telah
diserang oleh orang Cina. Berita tersebut telah diketahuj oleh orang-orang Melayu yang sedang
berkumpul lalu mereka telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum
yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969

2)Kumpulan Kongsi Gelap

 -Penubuhan kumpulan kongsi gelap Cina kebanyakan di dorong oleh hasutan
komunis. Hasutan yang di bawa oleh komunis itu adalah berkaitan dengan fakta
bahawa majoriti anggota polis dan tentera di Malaysiaadalah terdiri daripada
orang Melayu Keraguan serta ketidakpercayaan orang Cina terhadap orang Melayu
mula timbul. - Orang cina merasakan bahawa mereka tidak boleh bergantung
harapan kepada institusi pertahanan dan keselamatan sertaundang-undang untuk
membela diri mereka.

 -Orang Melayu kurang selesa dengan tindakan kaum Cina yang mencetuskan
beberapa peperangan melalui kumpulan kongsi gelap Cina Manakala kepercayaan
orang Cina terhadap orang Melayu diragui kerana merasakan keselamatan mereka
terancam -Hal ini menyebabkan wujudnya semangat perkauman yang hebat
hingga membawa kepada permusuhan kaum. Lama-kelamaa fenomena tersebut
mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 iaitu suatu suasana kebangkitan
kaum yang mengganas,

3) Latar Belakang Pendidikan Yang
Berbeza

 .Melayu: Sekolah Melayu menekan kemahiran menulis,membaca dan
mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.

 Cina: Kokurikulum Sekolah Cina melibatkan negeri asal mereka ,malah
buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari
Negeri Cina.Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian
etnik yang telah sedia wujud.

 India: Kokurikulum sekolah India melibatkan negeri asal mereka,malah
buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari
Negeri India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaankeperibadian
etnik yang telah sedia wujud.

 Inggeris: Hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang
tinggal di bandar sahaja.

4) Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang Melayu

PAP menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang
Melayu dalam perlembagaan.Puncanya ialah mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah
diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.Oleh sebab itu menurut Jomo
dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia", isu sebenar
yang mencetuskan peristiwa 13 Meiadalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Namun hakikatnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan Kaum Cina

5) Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara

 Setelah pengisytiharaan kemerdekann Tanah Melayu,sebuah perlembagaan
persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas
tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagaibahasa rasmi
negara.Oleh itu, pada 310gos 1967kerajaan telah mengadakan pelbagai
kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.

6) Dasar Pecah Dan Perintah Penjajah
Inggeris

 Dasar penjajahan Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah
merupakan satu tindakan yang -erkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum.Dari sudut ekonomi dan polarisasi kaum.

 Contohnya,orang-orang Cina tinggal di bandar menjalankan perniagaan dan
pelombong di kawasan-kawasan erlombongan dan mereka juga memiliki aset
yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.

 Orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.

 Orang India pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja ladang.

 Kegiatan orang Melayu dan India merupakan kegiatan ekonomi sara diri.
 Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera

khususnya Melayu menjadi lemah dan etinggalan.

PERUBAHAN DAN
USAHA YANG PERLU

DILAKUKAN BAGI
MENGAWAL SITUASI

DAN MEMBENTUK
PERPADUAN

Mengisytiharkan Darurat
Mengisytiharkan darurat oleh pihak kerajaan pada 16 Mei 1969 di seluritenega
Tujuan darurat diisytiharkan ialah:
i. Untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal.
Ii.Memberi masa kepada pihak yang terlibat untuk bertenang dan berfikir
secara rasional tentang tindakan mereka.
iii. Cuba untuk menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang
singkat.
Membentuk Majlis Gerakan Negara (Mageran)
MAGERAN dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak
Hussein.
Fungsi utama MAGERAN ditubuhkan ialah:
i. Untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara kepada
yang asalii.
ii.Dapat menentukan sistem pentadbiran yang licin dan sistematikiii.
iii.Supaya dapat mengekalkan suasana keharmonian dan kepercayaan di
antara kaum yang ada diMalaysia

 Pembentukan Majlis Muhibah

Ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN.Dipengerusikan oleh Tunku Abdul
Rahman Putra Al Haj.Majlis ini diadakan mengikut peringkat iaitu peringkat
pusat, daerah negeri dan kawasan. Tujuan majlis ini ditubuhkan adalah untuk
memastikan matlamat penubuhan adalah berjaya pada segenap lapisan
masyarakat di Malaysia dan berperanan untuk menggalakkan perkembangan
muhibah dalam kalangan pelbagai kaum dan berusaha untuk memulihkan
kembali kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia
yang telah musnah akibat peristiwa hitam pada 13 Mei 1969.

 Menubuhkan Majlis Perundangan Negara

Ditubuhkan pada bulan Januari 1970untuk membentuk perpaduan antara kaum
Malaysia Bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-
perkara yang bersangkut dengan perhubungan dan integrasi kaum di malaysia.

 Memperkenalkan Rukun Negara

Konsep rukun negara dibentuk pada asasnya adalah untuk membentuk corak
masyarakat malaysia berdasarkan prinsip hidup yang boleh dijadikan pegangan

LANGKAH-LANGKAH YANG
PERLU DIAMBIL BAGI
MENGEKALKAN PERPADUAN
SUPAYA PERISTIWA 13 MEI
TIDAK BERLAKU LAGI

Langkah-Langkah Untuk Mengekal
Perpaduan

 (i)Hari Keluarga Dan Hari Sukan

-Dapat mengumpulkan masyarakat daripada pelbagai kaum seperti cina,india,iban dan lain-lain.

-Mengeratkan hubungan sesama masyarakat setempat serta mewujudkan persefahaman,keteguhan
perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warganegara

 (ii)Acara Kebudayaan Dan Kesenian

-Pelbagai acara dapat dianjurkan seperti dikir barat,tarian zapin,tarian singa,tarian khatak dan
pelbagai acara lagi.

-Selain dapat berhibur,kita juga akan memahami dan menghormatan kebudayaan kaum lain.

 (iii)Majlis Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina Dan Hari Deepavali

-Sesebuah organisasi atau persatuan menganjurkan sambutan perayaan pada hari raya.

-Pelbagai aneka makanan dapat disediakan pada sambutan tersebut.

-Sambutan hari raya ini disambut oleh semua kaum agar dapat mengenali perayaan setiap kaum yang
berada diMalaysia

Langkah Yang Diambil Di Peringkat Sekolah

i.Pernyertaan Dalam Kokurikulum
-Semua pelajar wajib mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum.
-Jika pelajar aktif mereka akan memasuki pertandingan dalam pelbagai peringkat, mereka akan
terdedah dengan pelbagai kaum disitu.
-Akan adanya sesi pemilihan jawatan kuasa yang akan dibimbing oleh guru penasihat, dari situ
mereka akanberinteraksi sesama pelajar lain.
-Hasil dari itu aktiviti kokurikulum mereka akan selesa dan hidup bersatu padu walaupun berlainan
kaum

ii.Menerapkan dalam pembelajaran harian
-Di peringkat sekolah mereka akan belajar tajuk sivik yang menekan semangat bermasyarakat.
-Dari subjek itu pelajar tahu pentingnya sebuah perpaduan dalam masyarakat.
-Contohnya dengan hormat-menghormati walaupun berbeza kaum hidup berjiran dan lain-lain lagi.

PENGAJARAN

 Pergaduhan antara orang melayu dan orang cina pada waktu tersebut memang
tidak boleh dibendung. Tragedi tersebut belaku sebaik sahaja keputusan
pilihanraya di umumkan. Pengajaran yang kita dapat adalah :

 KEHILANGAN NYAWA DAN HARTA BENDA
- Mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah kehilangan nyawa.
-Kejadian ini meninggalkan banyak kesan dan pengajaran yang pahit dan getir
kepada saudara mara dan kaum terlibat.
 PERINTAH BERKURUNG
-Selepas kejadian tersebut kerajaan telah mengeluarkan perintah berkurung kepada
rakyat.
- Ini membawa kepada kesan yang buruk kerana menghalang aktiviti harian rakyat
seperti mencari sumber pendapatan dengan berniaga,

KESIMPULAN

 Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum . Peristiwa ini turut mencetuskan satu detik hitam dalam

lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda.

 Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu
acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan
harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya

peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang
tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kita seharusnya

bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan
keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi
segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada

tolok bandingnya


Click to View FlipBook Version