The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9988nuriman, 2021-08-03 09:31:34

SEJARAH

SEJARAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH
47150 PUCHONG SELANGOR

KAJIAN KES SEJARAH

TAJUK: RUMAH IBADAT DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
AINA MARDHIYAH BINTI AFTAZ

KELAS:
6 DELIMA

NAMA GURU MATAPELAJARAN:
PUAN NOR ESMAYANTI BINTI SAILAN

ISI KANDUNGAN 6.6 Masyarakat orang asli
6.7 Masyarakat KadazanDusun
BIL PERKARA 6.8 Masyarakat Bajau
6.9 Masyarakat Iban dan Melanau
1. PENGHARGAAN 6.10 Masyarakat Bisaya

2. PENDAHULUAN

3. OBJEKTIF KAJIAN KES

4. AGAMA
4.1 Agama Islam
4.2 Agama Buddha
4.3 Agama Hindu
4.4 Agama Kristian
4.5 Agama Sikh
4.6 Agama Tao

5. RUMAH IBADAT
5.1 Masjid
5.2 Wat
5.3 Kuil
5.4 Gereja
5.5 Gurdwara
5.6 Tokong

6. KEPERCAYAAN
6.1 Agama Islam
6.2 Agama Buddha
6.3 Agama Hindu
6.4 Agama Tao
6.5 Agama Konfunianisme

7. PENUTUP
8. RUJUKAN

1. PENGHARGAAN

Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan yang di
amanahkan kepada saya. Banyak ilmu yang saya dapat sepanjang tempoh
menyiapkan tugasan ini. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk
merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak
memberi dorongan dan bantuan dari segi idea maklumat dan sokongan moral
dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Puan Nor
Esmayanti Binti Sailan, iaitu guru matapelajaran Sejarah 6 Delima yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kerja kursus ini.

2. PENDAHULUAN

Kajian kes ini bertajuk Rumah Ibadat di Malaysia. Di Malaysia rakyat terdiri
daripada pelbagai kaum mengamalkan agama dan kepercayaan yang pelbagai.
Sebagai satu usaha untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan, kerajaan
amat prihatin dengan pembinaan tempat ibadat setiap agama dan kepercyaan.
Tempat ibadat ini juga berperanan untuk menggalakkan penganutnya
berhimpun bagi mendengar penerangan tentang ajaran agama dan kepercayaan
masing-masing.

3. OBJEKTIF KAJIAN KES

1. Memahami aspek-aspek agama.
2. Mengenalpasti persamaan antara agama.
3. Mengetahui asal usul agama dan teori-teori yang berkaitan.
4. Mengenalpasti fenomena yang berkaitan dengan anutan sesuatu agama.
5. Memahami peranan agama terhadap kehidupan manusia.

4. AGAMA

4.1Agama Islam
- Dianuti oleh orang-orang Melayu dan majoriti bumiputera.
- Mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai
Rasul.
- Merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Korban dan Hari Keputeraan
Nabi Muahammad.
- Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
- Tidak memakan khinzir dan anjing.

4.2Agama Buddha
- Dianuti oleh majoriti kaum Cina.
- Mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India.
- Merayakan hari tahun baru Cina, Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan.
- Mempercayai kehidupan semula selepas kematian.
- Mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai “ong” dan “feng
shui”

4.3Agama Hindu
- Dianuti oleh majoriti kaum india.
- Mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi.
- Merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal.
- Mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian.
- Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan
dosa.

4.4 Agama Kristian
- Dianuti oleh orang Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam.
- Mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa sebagai anak Tuhan yang
digelar Jesus Kristus.
- Merayakan Hari Krismas, Hari Esther dan Tahun Baru.
- Membapstikan anak yang baru lahir.
- Bersembahyang di gereja.

4.5Agama Sikh
- Mempercayai dalam kesatuan tuhan dan menyamakan tuhan dengan
“Kebenaran” atau “sach”
- Kepercayaan asas dalam Sikhisme terdapat dalam “Japhi” atau dikenali
sebagai “Mool Mentra”.
- Setiap penganut agama Sikh diwajibkanmengetahuidan membaca
“Japji” pada setiap subuh.
-Menerima teori “Karma” atau “Reinkamasi” dimana setiap individu akan
melalui beberapa kali putaran hidup berlainan untuk mempercayai
Nirvana.

4.6Agama Tao
- Taoisme berdasarkan ajaran Lao Tze.
- Menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan
upacara yang merugikan.
- Perkara yang adil bagi pengikut ajaran Tao ialah manusia seharusnya
bebas daripada percaturan ciptaan manusia.
- Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan hawa nafsu seseorang
bertindak bijak dan tidak rasional.
- Buku-buku ajaran Tao merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam
bentuk sajak warisan kesustareaan yang terkenal.

5. RUMAH IBADAT

5.1 MASJID

Rumah ibadat bagi agama Islam ialah Masjid.
ETIKA SEMASA BERADA DI MASJID

• Memakai pakaian yang bersih, sopan dan menutup aurat.
• Menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid.
• Menghormati jemaah yang sedang bersolat.

5.2 WAT

Rumah Ibadat bagi agama Buddha ialah Wat.
ETIKA SEMASA BERADA DI WAT.

• Memakai pakaian yang sopan.
• Menanggalkan kasut sebelum memasuk ke dalam wat.
• Memberikan tumpuan ketika beribadat.

5.3 KUIL

Rumah Ibadat bagi agama Hindu ialah Kuil.
ETIKA SEMASA BERADA DI KUIL.

• Menanggalkan kasut sebelum masuk ke pekarangan kuil.
• Membasuh kaki sebelum masuk ke kuil.
• Memberikan tumpuan semasa sami menjalankan upacara keagamaan.

5.4 GEREJA

Rumah Ibadat bagi agama Kristian ialah Gereja.
ETIKA SEMASA BERADA DI GEREJA.

• Mendengar ucapan paderi dengan senyap dan hormat.
• Memberikan sumbangan ikhlas.
• Tertib dan bersopan.

5.5 GURDWARA

Rumah Ibadat bagi agama Sikh ialah Gurdwara.
ETIKA SEMASA BERADA DI GURDWARA.

• Menanggalkan kasut sebelum masuk ke gurdwara.
• Berpakaian sopan dan menutup kepala semasa berada di gurdwara.
• Melakukan penghormatan kepada buku suci Guru Granth Sahib apabila

masuk dan sebelum keluar gurdwara.

5.6 TOKONG

Rumah Ibadat bagi agama Tao ialah Tokong.
ETIKA SEMASA BERADA DI TOKONG.

• Memakai pakaian yang sopan.
• Melakukan upacara pemujaan dan penghormatan mengikut aturan.

6. KEPERCAYAAN

6.1 Agama Islam :

• Wajib mengamalkan solat lima waktu sehari.
• Wajib berpuasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan.

6.2 Agama Buddha :

• Melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk

6.3 Agama Hindu:

• Percaya kepada hukum karma (jika berbuat baik, dibalas baik jika
berbuat jahat sebaliknya)

6.4 Agama Tao:

• Mementingkan keharmonian hidup dengan alam semesta

6.5 Agama Konfunianisme :

• Percaya kepada prinsip prinsip hidup yang baik
• Menekankan sifat keperimanusiaan
• Perasaan hormat-menghormati antara yang muda dengan yang tua

6.6 Masyarakat Orang Asli :

• Kepercayaan yang diwarisi secaraturun-temurun
• Berkait rapat dengan alam sekitar

6.7 Masyarakat KadazanDusun :

• Percaya kepada Kinorohingan yang dipercayai yang mempunyai kuasa
tuhan

• Semagat padi

6.8 Masyarakat Bajau :

• Memegang kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang
• Cth: ngeduang atau duang rumah iaitu tuan rumah atau ahli keluarga si

mati akan menjamu makanan kepada tetamu.

6.9 Masyarakat Iban & Melanau :

• Adat turun-temurun
• Cth: apabila ingin mendirikan rumah, kawasan tanah hendaklah disembah

terlebih dahulu untuk mengusir roh-roh jahat
• Mengadakan upacara berdoa kepada tuhan (Upacara Miring)
• Miring = memberkati penduduk, melindungi dan membawa kebahagiaan

serta keharmonian dalam masyarakat

6.10 Masyarakat Bisaya

• Percaya kepada kuasa ghaib
• Cth: sebelum membuka sesuatu kawasan pertanian, mereka akan

membaca jampi mentera untuk mengelak daripada gagguan kuasa ghaib

7. PENUTUP

Agama dan kepercayaan merupakan pegangan hidup setiap manusia. Prinsip,
amalan dan nilai yang terkandung dalam agama dan kepercayaan akan
mendidik masyarakat ke arah kesejahteraan. Agama dan kepercayaan juga
menjadi panduan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

KEPENTINGAN AMALAN BERAGAMA DAN KEPERCAYAAN
DALAM MASYARAKAT

a. Supaya hidup aman dan sejahtera.
b. Menjadi manusia yang baik.
c. Agar hidup ada matlamat dan percaya kepada pembalasan.
d. Supaya saling menghormati dan tidak memandang rendah kepada agama

lain.
e. Supaya setiap manusia lebih bertanggungjawab.
f. Untuk berlaku adil kepada manusia, alam dan haiwan.

8. RUJUKAN

a. Buku teks sejarah tahun enam

b. Internet


Click to View FlipBook Version