The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KORIDOR MPK KEMAMAN IDAMAN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Perbandaran Kemaman, 2022-10-15 23:54:20

KORIDOR MPK 2021

KORIDOR MPK KEMAMAN IDAMAN 2021

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA

Kepada semua pembaca yang budiman. Alhamdulillah, syukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan Izin-Nya KORIDOR Majlis
Perbandaran Kemaman tahun 2021 telah berjaya diterbitkan dan
saya mengucapkan sekalung tahniah kepada sidang redaksi
yang telah bertungkus lumus menghasilkan KORIDOR ini bagi
memaparkan segala aktiviti yang telah dilaksanakan untuk tatapan
semua terutamanya kepada masyarakat di daerah Kemaman.

Tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar kepada seluruh
warga kerja MPK kerana terpaksa berdepan dengan pandemik
Covid-19. Terdapat banyak perancangan yang dirancang terpaksa
ditangguhkan bagi mengelakkan berlakunya “mass gathering”.
MPK amat komited dalam menangani penularan pandemik ini dan
telah melaksanakan saranan-saranan yang dikemukakan oleh
pihak Majlis Keselamatan Negara.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga
kerja MPK di atas segala pengorbanan yang dilakukan demi
kesejahteraan rakyat Kemaman

Sekian, terima kasih.

04

05

06

07

08

Program Norma Baharu Bazar Ramadan
Di Daerah KEmAMAn,Bazar Ramadan Kg Baru Kertih

Tahun 2021 adalah tahun yang kedua umat Islam di Malaysia dan seluruh negara menyambut Ramadan dalam suasana pandemik
Covid-19. Dalam kegusaran menghadapi pandemik berkenaan, kerajaan tetap prihatin akan penderitaan rakyat yang terjejas dan
mengalami kesukaran mencari sumber pendapatan.

Bazar Ramadan norma baharu adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat menambah pendapatan dan membaik
pulih ekonomi. Majlis Perbandaran Kemaman telah menguatkuasakan bazar Ramadan di Kemaman dalam norma baharu.
Terdapat 8 buah bazar ramadan di Kemaman yang mana penganjuran bazar berkenaan adalah terdiri daripada Jawatankuasa
Pembangunan Komuniti Kampung, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu serta Pusat Khidmat Masyarakat
DUN. Lokasi bazar ramadan adalah di Jalan Padang, Geliga, Binjai, Kg. Jaya, Kg. Penunjuk Kijal, Dataran Kemasik, Jalan
Chabang Kertih dan Jalan Lapangan Terbang Kertih. Prosedur Operasi Standard 9SOP) ditetapkan kepada semua bazar ramadan
bertepatan dengan situasi semasa pandemik.

Program Turun padang oleh YB ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili dan Tuan YDP MPK, En. Jusman bin Ibrahim ke bazar
ramadan Jalan Chabang bagi menyaksikan pematuhan SOP dan suasana baru bazar ramadan. Para peniaga telah menerima
sumbangan apron pada sesi lawatan berkenaan. Pelaksanaan bazar ramadan norma baharu mencatatkan kejayaan di daerah
Kemaman dan bakal diteruskan pada tahun seterusnya agar semua pihak berjaya mencegah jangkitan Covid -19.

09

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23


Click to View FlipBook Version