SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NEGERI
JALAN AYER HANGAT,
07000, LANGKAWI, KEDAH.
BUKU PERATURAN
SEKOLAH
NAMA:
KELAS:
PENDAHULUAN
Buku Peraturan Sekolah ini disediakan kepada semua pelajar Sekolah Kebangsaan Seri
Negeri sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang
perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.
Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini termasuklah apa-apa
panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Apa-apa
kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh sekolah
atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua
pelajar di sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah
RUKUNEGARA
Maka Kami, Rakyat Malaysia
Berikrar Akan Menumpukan
Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami
Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut :
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu
bagi Memenuhi Aspirasi Negara
LAGU NEGARAKU
Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup
Bersatu Dan Maju,
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita
Selamat Bertakhta,
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan.
Raja Kita
Selamat Bertakhta
LAGU NEGERI KEDAH
Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia di Atas takhta
Mememlihara Ugama Nabi Kita
Negeri Kedah serata-rata
IKRAR PELAJAR
BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Negeri berikrar akan mematuhi
segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada
Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa.
Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada
kami.
Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga,
bangsa, agama dan negara.
MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH
1. Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin.
2. Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan.
3. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua pelajar, guru dan
kakitangan.
4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan bersih.
PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
UNTUK PELAJAR
PERKARA 1: MASA PERSEKOLAHAN
1.1 Loceng
Ia akan dibunyikan pada pukul 7.45 pagi. Murid membersihkan kelas dan bersedia untuk
sesi PdPc sebelum loceng dibunyikan.
1.2 Loceng
Loceng pindahan antara subjek dibunyikan setiap 30 minit.
1.3 Loceng Rehat
1.3.1 Waktu rehat selama 30 minit.
1.3.2 Masa Rehat:
Tahap 1: 9.15 pagi hingga 9.45 pagi
Tahap 2: 9.45 pagi hingga 10.15 pagi
1.3.3 Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan
pengawasan guru.
1.3.4 Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga
bangunan.Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah sahaja.
1.3.5 Sebelum loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di dewan dan
masuk ke kelas dengan arahan guru bertugas.
1.4 Waktu Balik
Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan teratur
dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.
1.4.1 Masa Balik:
Tahap 1: 12.45 tengahari (Ahad-Rabu), 12.15 (Khamis)
Tahap 2: 01.15 tengahari (Ahad-Rabu), 12.45 (Khamis)
PERKARA 2: PERHIMPUNAN MINGGUAN
2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat
sekolah. Semua murid diwajibkan hadir.
2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.
2.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri
dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu.
2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil
perhatian dengan sepenuhnya.
2.5 Semua murid mesti berpakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas.
2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan
teratur dan senyap.
PERKARA 3: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari
persekolahan, menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi.
Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah
sehingga balik semula ke rumah.
3.1 Pakaian Murid Lelaki
3.1.1 Baju
Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek.
3.1.2 Seluar
Seluar pendek / panjang berwarna biru tua.
-Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju
hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan.
3.1.3 Tali pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak
besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75 cm.
Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.
3.1.3 Rambut
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan
pendek.
Dilarang menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut. Penggunaan jel atau
mousse tidak dibenarkan.
Istilah pendek ialah :
- Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.
- Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.
- Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi garis
tengah hidung.
- Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang
diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)8543/061/606.
3.2 Pakaian Murid Perempuan
3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore’ berwarna biru tua (navy
blue) dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.
3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai mestilah
berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.
3.2.3 Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran yang
sesuai.
3.2.4 Rambut / Kuku /Riben
- Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
- Rambut tidak boleh mencecah bahu.
- Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan
menggunakan riben hitam atau biru.
- Murid –murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat
kuku dan sebagainya.
3.2.5 Alat-alat solek
Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis.
3.2.7 Barang-barang Kemas
Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang,rantai
leher,anting-anting,subang yang besar,cincin dan lain-lain.
3.3 Kasut dan Sarung kaki
3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas atau bahan
sintetik lain seperti nylon dan polyester berwarna hitam atau putih mengikut SPI KPM
Bil 4 Tahun 2020: Penguatkuasaan Pemakaian Kasut dan Stoking Hitam atau
Putih Oleh Murid Sekolah KPM Mulai Tahun 2021.
3.3.2 Sarung kaki hendaklah mengikut warna kasut yang dipakai.
3.4 Pakaian Seragam Pengawas sekolah
3.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki
Seluar panjang maroon,kemeja lengan panjang berwarna putih dan bertali leher
berwarna merah tua.
3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan
Baju kemeja berlengan panjang berwarna putih dan berjaket maroon. Skirt panjang
maroon dan bertali leher berwarna merah tua.
3.5 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani
3.5.1 Semua murid mesti memakai ‘T.Shirt’ sekolah dan memakai seluar panjang
(track bottom).
3.5.2 Murid perempuan memakai tudung berwarna putih atau mengikut warna
pakaian seragam pengawas (bagi pengawas).
PERKARA 4 : KEDATANGAN DAN KEBERADAAN
4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.
4.1.1 Pada semua waktu persekolahan.
4.1.2 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan
4.1.3 Aktiviti kokurikulum.
4.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor
atau surat keterangan daripada ibu bapa / penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid
dianggap ponteng.
4.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan
diminta memberi penjelasan.
4.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.
4.5 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran guru subjek
semasa. Pemakaian pas keluar kelas adalah diwajibkan bagi setiap urusan.
4.6 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa /
penjaga, diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar sekolah.
PERKARA 5 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
5.1 Bilik Darjah
5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.
5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.
5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas
dengan bahan-bahan akademik.
5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan
teratur.Tutup suis kipas dan lampu.
5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara
kelas.
5.2 Kawasan Sekolah
5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
5.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.
5.2.3 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.
5.2.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
5.2.6 Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.
5.2.7 Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan
sekolah.
5.3 Tandas Sekolah
5.3.1 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.
5.3.2 Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup
paip setelah digunakan.
5.3.3 Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air /
najis.
5.4 Papan Kenyataan
5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.
5.4.2
5.4.3 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.
5.4.4
Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.
Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak
memindah atau merosakkannya.
5.5 Harta Benda Sekolah.
5.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah
yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik
5.5.2 computer dan di mana-mana sahaja kawasan sekolah.
5.5.3
5.5.4 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan /
diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik.
PERKARA 6 : KAWASAN LARANGAN
6.1 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :
Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru, kawasan letak kereta, lorong di
antara pejabat am dan bilik guru dan tandas guru.
6.2 Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di tempat yang
ditetapkan.
PERKARA 7 : KANTIN
7.1 Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.
7.2 Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam
bekas-bekas yang disediakan selepas digunakan.
7.3 Murid-murid tidak dibenarkan msuk ke tempat memasak atau menyediakan
makanan.
7.4 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah
7.5 Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.
PERKARA 8 : TATATERTIB DAN KESOPANAN
8.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.
8.2 Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan sesama
pelajar
8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan sejahtera bagi
yang bukan Islam.
8.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan menjaga
nama baik sekolah.
8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa
sahaja.
PERKARA 9:SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH
Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin penggantungan
sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil.
9.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
9.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
9.3 Memukul guru-guru.
9.4 Mengancam guru-guru atau Guru Besar.
9.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah
dan pejabat Pelajaran.
9.6 Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.
9.7 Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.
9.8 Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.
9.9 Menghisap rokok dan mengambil dadah.
9.10 Berjudi.
9.11 Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan sekolah.
9.12 Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali amaran.
9.13 Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Guru
Besar.
9.14 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan
kacau bilau.dan perpecahan kaum.
PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB
10.1 Nasihat / Kaunseling
10.2 Menghubungi ibu bapa / penjaga
10.3 Amaran
10.4 Rotan satu kali
10.5 Rotan dua kali
10.6 Rotan tiga kali
10.7 Rotan melebihi tiga kali
10.8 Digantung sekolah
10.9 Ditukar ke sekolah lain (dicadang)
10.10 Dibuang sekolah (dicadang)
10.11 Laporan kepada polis
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undang-
undang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
PERKARA 11: KOKURIKULUM
11.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti kokurikulum
berikut :
11.1.1 Kelab / Persatuan Akademik
11.1.2 Pasukan beruniform / Pakaian Seragam
11.1.3 Sukan / Permainan
11.2 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan yang
diambil.
11.3 Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit
beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.
11.4 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa guru
penasihat.
PERKARA 12 : PEPERIKSAAN
12.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.
12.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu
peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru
Besar.
PERKARA 13 : PERTUKARAN SEKOLAH
13.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga.
13.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa / penjaga hendaklah
memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.
PERKARA 14 : YURAN
14.1 Yuran sekolah mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.
PERKARA 15 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
15.1 Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.
15.2 Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :
15.2.1 pada akhir sesi persekolahan
15.2.2 apabila diberhentikan dari sekolah
15.2.3 sebelum bertukar sekolah
15.2.4 apabila diarah oleh pihak sekolah.
15.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru.
PERKARA 16 : PUSAT SUMBER SEKOLAH
16.1 Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber Sekolah.
16.2 Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid lain di
dalam pusat sumber.
16.3 Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.
16.4 Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.
16.5 Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang digunakan
tersusun.
16.6 Jaga kebersihan pusat sumber.
PERKARA 17 : PELAWAT
17.1 Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri di
pejabat, minta kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum
berjumpa dengan sesiapa / murid di sekolah.
PERKARA 18 : PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
18.1 Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari pertama, diikuti
dengan satu minggu di kantin (tertakluk kepada perubahan semasa). Selepas itu, ibu
bapa / penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah lagi.
18.2 Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru dijalankan dan
apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan kepada guru kelas atau
pejabat untuk diambil perhatian.
18.3 Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.
18.4 Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan anak
serta semak dan bantu dalam pelajarannya.
18.5 Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui kedudukan
pelajaran serta kelakuan anak di sekolah.
18.6 Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain, mestilah
mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah dahulu.Ibu bapa tidak
dibenarkan mengambil tindakan sendiri.Masalah itu mesti diselesaikan di pejabat.
18.7 Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.
18.8 Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa.
18.9 Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada beg murid
lain.
18.10 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa kebenaran daripada
pihak pentadbiran.
18.11 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas.
18.12 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.
18.13 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu
pengajaran dan pembelajaran.
18.14 Pastikan nombor telefon bimbit / rumah diberikan kepada guru supaya dapat
dihubungi pada masa kecemasan.
18.15 Jangan berikan anak terlalu banyak wang saku.
18.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan membawa
barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran.
18.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.
PERKARA 19 : HAL-HAL LAIN
19.1 Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar mestilah meminta
kebenaran guru dan tidak dibenarkan bermain di surau serta melengahkan masa /
waktu.
19.2 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan, komik
atau majalah hiburan ke sekolah.
19.3 Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda tajam dalam
kawasan sekolah.
19.4 Pelajar di larang membawa serta menggunakan ‘liquid paper’.
19.5 Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’
19.6 Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap masa
persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas.
19.7 Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan pada
waktu rehat. Dalam keadaan kecemasan ini ‘PAS KELUAR’ hendaklah diperolehi
daripada guru dan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada satu masa.
19.8 Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di siar kaki atau kelas
lain semasa atau di antara pertukaran masa.
19.9 Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa guru atau
pelawat masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa menghormati dan patuh
kepada semua guru, kakitangan sekolah dan pengawas sekolah.Sebarang aduan
atau ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada Guru Besar.
19.10 Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah
diselesaikan secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru
Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham melalui pergaduhan di dalam atau luar sekolah
merupakan kesalahan serius)
19.11 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan TIDAK
boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu kaum sama ada
dengan perkataan / perlakuan.
19.12 Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa /
penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan DITEGAH.
19.13 Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan bagi
setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik.
19.14 Pelajar diharap untuk menggunakan antara 4-6 jam pada setiap hari untuk membuat
kerja rumah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja rumah MESTI dibuat pada masa yang
telah ditetapkan.
BORANG PENGAKUAN
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Negeri
Jalan Ayer Hangat,07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman
Melalui Guru Kelas,
BUKU PANDUAN TATATERTIB DAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI NEGERI
1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya
sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala
yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang.
3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah
jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang
setimpal dan tidak akan membuat rayuan.
Tanda tangan Pelajar :
Nama :
Kelas :
Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga :
Nama :
Tanda tangan Guru Kelas :
Nama :