PENYALAHGUNAAN PENYALAHGUNAAN PENYALAHGUNAAN DADAH SK BIDOR BUKU SKRAP DIGITAL
AKIF IRFAN BIN ASMADI MUHAMMAD ADAM SOFIYULLAH BIN MOHD ABDUL HAFIZ ADAM FARES BIN SAIFULLIZAN BUKU SKRAP PPDA SK BIDOR, PERAK / (ABA0006) KELAS 4 BIJAK
APA ITU DADAH? DADAH/BAHAN TERSEBUT TERMASUK: Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda. Alkohol dan tembakau Ubat tidur Ganja Gam Ekstasi LSD Heroin
BILA SESEORANG ITU DI ANGGAP MENYALAHGUNAKAN DADAH? Menyalahgunakan dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan. Seseorang itu akan terus menggunakan dadah walaupun menghadapi masalah semasa menggunakannya.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KETAGIHAN DADAH? Ketagihan ialah satu keadaan bila seseorang bergantung kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti harian dan mengelakkan dari mengalami gian.
BAGAIMANA MENGESYAKI SESEORANG ITU PENAGIH DADAH? Penagih dadah : Gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di sekolah. Meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul dari penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.
MENGAPA PENAGIH DADAH PERLU RAWATAN? Penagih dadah perlu dibantu untuk berhadapan dengan : Simptom-simptom yang tidak selesa dan juga boleh membawa maut akibat gian yang keterlaluan Masalah sosial yang timbul disebabkan penagihan dadah Mengesan dan merawat penyakit yang boleh dihidapi melalui perkongsian jarum seperti HIV dan Hepatitis B dan C
BAGAIMANA DAN DI MANA BANTUAN BOLEH DIPEROLEHI BAGI MEREKA YANG SUDAH TERLIBAT DENGAN PENAGIHAN DADAH? Berbincang dengan : Ibu bapa Guru kaunseling Guru Kawan/sahabat yang dipercayai Kaunseling /pembimbing rakan sebaya (PRS) Doktor Kumpulan penyokong Pegawai Kebajikan Masyarakat Pegawai pemulihan (Agensi Dadah Kebangsaan)