The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peperiksaan Akhir Tahun KMY

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctahsaid, 2018-11-24 02:25:38

Perniagaan Kertas 2

Peperiksaan Akhir Tahun KMY

Keywords: PR

SULIT 1 3766/2

Bahagian A
[ 50 markah ]
Jawab mana-mana lima soalan dalam bahagian ini.

1. a) Nyatakan tiga tujuan perniagaan. [3 markah]

b) Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan.

Encik Haziq mempunyai sebuah perniagaan yang diberi nama Haziq Enterprise.
Baru-baru ini beliau telah menjemput rakannya iaitu Encik Halim untuk bersama-
sama menjalankan perniagaan agar lebih maju dan perniagaan tersebut
didaftarkan dengan nama baharu Megah Jaya .

i. Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang baharu? [1 markah]

ii. Kenalpasti dua tanggungjawab Encik Haziq dan Encik Halim berdasarkan bentuk

pemilikan perniagaan di 1(b)(i). [2 markah]

iii. Bezakan bentuk pemilikan perniagaan Haziq Enterprise dan Megah Jaya.
[4 markah]

2. (a) Gambar di bawah menunjukkan dua organisasi perniagaan.

Organisasi P Organisasi Q

i. Apakah jenis organisasi P dan organisasi Q. [2 markah]

ii. Nyatakan dua perbezaan di antara organisasi P dan organisasi Q. [4 markah]

(b) Gambar di bawah adalah berkaitan dengan perniagaan yang diusahakan oleh Tuan Haji
Hakim.

Pemilik: Haji Hakim bin Masdar
Lokasi: Keratong, Rompin

Produk: makanan tradisional
Bilangan pekerja: 20 orang
Modal: simpanan sendiri
Jumlah jualan tahunan: RM500 000

Wajarkah perniagaan ini dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

Kemukakan alasan. [4 markah]

3766/2 © Hakcipta Terpelihara PPDKMY [ Lihat halaman sebelah
SULIT

2

SULIT 3766/2
[3 markah]
3. a) Jelaskan tiga cabaran perniagaan bersaiz besar.

b) Selaras dengan matlamat menjadi Negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia
memberi penekanan yang tinggi kepada sektor ketiga. Huraikan sektor ketiga.
[3 markah]

c) Berikut adalah logo dua agensi kerajaan yang membantu perkembangan aktiviti
perniagaan.

Antara agensi tersebut, yang manakah dapat membantu anda untuk memasarkan produk

keluar negara ? Jelaskan jawapan anda. [4 markah]

4. a) Nyatakan maksud setiap yang berikut: [2 markah]
b) i) Visi [1 markah]
ii) Misi

Jelaskan dua kepentingan Titik Pulang Modal (TPM) dalam perniagaan. [2 markah]

c) Maklumat di bawah menunjukkan suatu masalah yang berlaku di sebuah negara.

Negara X
 Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
 Kos pengeluaran barang dan perkhidmatan meningkat.

i) Apakah masalah yang berlaku di negara X ? [1 markah]

ii ) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk

mengatasi masalah tersebut ? [4 markah]

3766/2 © Hakcipta Terpelihara PPDKMY [ Lihat halaman sebelah
SULIT

3

SULIT 3766/2

5 a) Nyatakan kesan kepada perniagaan jika gagal mencapai matlamat dan objektif perniagaan
[4 markah]

b) Maklumat berikut tentang penggunan campuran pemasaran dalam perniagaan Encik Sani.

Encik Sani merupakan pemilik sebuah kilang perabot di Kuantan, Pahang. Beliau
menghasilkan perabot menggunakan kayu yang bermutu tinggi. Perabot tersebut
dijual melalui ejen yang dilantik dari seluruh negara. Baru-baru ini beliau
mengadakan jualan penghabisan stok untuk perabot-perabot tertentu.

i) Terangkan dua elemen dalam campuran pemasaran yang beliau gunakan untuk

perniagaannya. [4 markah]

ii) Cadangkan cara yang boleh beliau ambil bagi meningkatkan hasil jualan perabot

dari aspek pertumbuhan perniagaan. [2 markah]

6 a) Nyatakan tiga aspek penting yang digambarkan dalam carta organisasi selain daripada

jenis tugas. [3 markah]

b) Gambarajah berikut menunjukkan tatacara pembelian barang.

Menerima tempahan X Menerima sebut
belian daripada harga daripada
pengurus jualan para pembekal

Z Membuat Y
Kenalpasti X, Y dan Z. pesanan belian [3 markah]

c) Gambar di bawah menunjukkan suatu aktiviti yang sedang dijalankan di suatu bahagian
fungsian.

(i) Apakah bahagian fungsian tersebut ? [1 markah ]

(ii) Jelaskan tiga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengurus di 6 (c) (i)
[3 markah ]

3766/2 © Hakcipta Terpelihara PPDKMY [ Lihat halaman sebelah
SULIT

4

SULIT 3766/2

Bahagian B
[ 30 markah ]
Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini.

7. a) Baca situasi berikut dengan teliti.

MR Sendirian Berhad yang mempunyai 20 orang pemegang syer telah ditubuhkan 2
tahun lepas. MR Sendirian Berhad beribu pejabat di Ipoh, Perak menyediakan pakej
pelancongan ke negara-negara ASEAN seperti Brunei, Indonesia dan Jepun. Pada
tahun 2017, perniagaan yang memiliki 5 orang pekerja tetap ini telah mencatatkan
jualan sebanyak RM 2 juta.

Huraikan perkaitan antara bentuk pemilikan, klasifikasi sektor , saiz, dan skala

perniagaan bagi perniagaan MR Sendirian Berhad. [8 markah]

b) Logo berikut menunjukkan beberapa contoh satu bentuk perniagaan lain yang
beroperasi di seluruh negara.

Mengapakah ramai peniaga berminat mendapatkan kebenaran syarikat induk untuk

menjalankan bentuk perniagaan tersebut? [7 markah]

8 Maklumat berikut berkaitan dengan Pasar Raya Gardson.

Pasar Raya Gardson yang beroperasi di Taman Sejati Indah Sungai Petani Kedah berjaya
mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.2 juta pada tahun 2014, RM1.5 juta pada
tahun 2015, dan RM1.8 juta pada tahun 2016.

Encik Chua selaku pengurusnya berhasrat untuk menambah objektif perniagaan tersebut
dengan meningkatkan jualan tahunan 60% dan mencapai untung bersih sebanyak RM15
juta menjelang tahun 2020. Namun Encik Chua mendapati faktor dalaman perniagaan
mungkin boleh menyebabkan objektif tersebut gagal dicapai.

a) Huraikan faktor yang dimaksudkan oleh Encik Chua. [6 markah]

b) Terangkan tiga ciri SMART yang terkandung dalam cadangan objektif perniagaan

Pasar Raya Gardson [6 markah]

c) Jelaskan satu akta undang-undang perniagaan yang wajib dipatuhi oleh

Pasar Raya Gardson untuk melindungi pelanggannya. [ 3 markah]

3766/2 © Hakcipta Terpelihara PPDKMY [ Lihat halaman sebelah
SULIT

5

SULIT 3766/2

9. a) Maklumat berikut berkaitan Butik Aqilah.

Butik Aqela telah beroperasi selama 10 tahun dan mempunyai tiga cawangan iaitu
di Ampang, Puchong dan Shah Alam. Butik ini mengeluarkan pakaian muslimah
dengan jenama popular Aqela dan sudah dipatenkan terdiri daripada baju kurung,
blaus dan tudung untuk pasaran dalam negeri.

Namun persaingan yang hebat daripada butik-butik lain dan juga kewujudan
perniagaan atas talian yang beroperasi dari rumah menjejaskan hasil jualannya yang
semakin merosot. Ini ditambah lagi dengan kekurangan pekerja berkemahiran dan
pesaing pula banyak menghasilkan rekaan fesyen terbaharu dengan bahan yang
berkualiti.

Untuk menghadapi persaingan yang mencabar, Butik Aqela memantapkan lagi
strategi pemasaran. Ini termasuklah dengan menceburi perniagaan atas talian.

(i) [2 markah]

(i) Tentukan trend perniagaan yang dialami oleh Butik Aqela.
Beri alasan.

(ii) Jelaskan analisis faktor dalaman dan luaran perniagaan Butik Aqela menggunakan

analisis SWOT. [8 markah]

b) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat pengeluar barangan elektrik.

Syarikat Elektrik Jaya Sendirian Berhad merupakan pengeluar peralatan
elektrik di Pasir Gudang, Johor. Produk syarikat tersebut hanya dijual sekitar
Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pihak pengurusan telah membuat
keputusan mencari pasaran baru untuk produk tersebut agar keuntungan
syarikat dapat ditingkatkan.

Bagaimanakah hasrat pihak pengurusan Syarikat Elektrik Jaya Sendirian Berhad

dapat dilaksanakan? [ 5 markah ]

3766/2 © Hakcipta Terpelihara PPDKMY [ Lihat halaman sebelah
SULIT

6

SULIT 3766/2

BAHAGIAN C
[ 20 markah ]
Soalan ini wajib dijawab

10. Ismail merupakan pengeluar sos cili berjenama MeiSos di Taiping, Perak. Dia memulakan
perniagaan dengan modal sebanyak RM 12 000 dengan dibantu oleh empat orang pekerja.
Sos cili keluaran syarikatnya dipasarkan kepada peruncit kecil-kecilan dan pengusaha
kedai makan di sekitar daerah Taiping. Berikut adalah syer pasaran sos cili di daerah
Taiping yang mempunyai 100 000 orang penduduk.

MeiSos Maggi
5% 45%

Lain-Lain
Jenama,

50%

Setelah setahun beroperasi, Ismail mendapati tiada peningkatan yang memuaskan dalam
hasil jualannya. Oleh itu dia telah menyusun semula strategi campuran pemasaran produk.
Berikut adalah strategi yang telah disediakan oleh Ismail:

 Menukar label pembungkusan menjadi lebih menarik
 Mengeluarkan sos keropok lekor pelbagai perisa
 Membangun laman web, facebook, instagram, telegram, whatsapp untuk

menjual secara online

Namun untuk merealisasikan strateginya itu, Ismail memerlukan modal tambahan dan ahli
yang lebih ramai. Oleh itu dia bercadang menukarkan bentuk pemilikan perniagaan
menjadi syarikat sendirian berhad.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:

(a) Kenal pasti saluran agihan yang digunakan oleh Ismail untuk memasarkan produknya.
[ 2 markah ]

(b) Hitung jumlah penduduk yang membeli sos cili keluaran Ismail. [ 2 markah ]

(c) Adakah anda bersetuju terhadap strategi campuran pemasaran yang disediakan oleh

Ismail? Kemukakan alasan. [ 6 markah ]

(d) Bagaimanakah aplikasi teknologi maklumat dapat membantu perniagaan Ismail ?
5 [ 5 markah ]

(e) Wajarkah Ismail menukarkan bentuk pemilikan perniagaannya ? Beri alasan anda.
[ 5 markah ]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

3766/2 © Hakcipta Terpelihara PPDKMY [ Lihat halaman sebelah
SULIT


Click to View FlipBook Version