The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctahsaid, 2020-06-29 23:35:43

Panduan Kerja Kursus 2019

Panduan Kerja Kursus 2019

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019 3766/3

PERNIAGAAN
TUGASAN
PROJEK
Kertas 3
April – Jun 2019

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN
PROJEK PERNIAGAAN

Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek ini mengandungi 33 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 2 3766/3

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif Mata Pelajaran 3

3.0 Objektif Pentaksiran 4

4.0 Maklumat Am 5

5.0 Maklumat Kepada Calon 5

6.0 Maklumat Kepada Pentaksir Sekolah (Guru) 6

7.0 Elemen dan Aspek Yang Dinilai 7

8.0 Kriteria Penilaian 8

9.0 Pengiraan Skor Elemen dan Jumlah Skor Elemen 25

10.0 Pelaporan 26

Lampiran 1 Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek 27

Lampiran 2 Perakuan Calon 28

Lampiran 3 Senarai Semak dan Penilaian Guru 29

Lampiran 4 Borang Penilaian Individu 30

Lampiran 5 Borang Rumusan Skor Tugasan Projek 33





[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 3 3766/3

1.0 PENGENALAN
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil mata pelajaran Perniagaan

dikehendaki melaksanakan tugasan projek sebagai satu daripada keperluan persijilan.
Tugasan projek dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pentaksiran berdasarkan
hasilan tugasan calon Tingkatan 5 yang menepati objektif pentaksiran seperti yang
telah ditetapkan.
Projek ini merupakan satu kaedah pentaksiran yang dilaksanakan dalam suasana
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah penilaian berdasarkan elemen diperkenalkan bagi
membolehkan guru menjalankan penilaian tersebut secara autentik. Elemen yang ditaksir
merupakan ilmu, kemahiran dan nilai yang dihasratkan dalam mata pelajaran Perniagaan
dalam usaha melahirkan individu yang berdaya saing, berilmu dan dilengkapi dengan asas
kemahiran hidup. Pengukuran sesuatu elemen adalah berdasarkan kepada aspek-aspek
tertentu dengan merujuk kepada kriteria sebagai piawaian yang ditetapkan di peringkat
kebangsaaan.
Tugasan projek ini memberi peluang kepada calon untuk melalui dan mengalami
pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai. Bimbingan akan dijalankan oleh
pentaksir sekolah (guru) sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan yang ditetapkan.
Skor adalah bersandarkan kepada penguasaan elemen dan kriteria pentaksiran yang
ditetapkan. Guru dikehendaki mengemukakan skor tugasan projek bagi setiap muridnya
kepada Lembaga Peperiksaan (LP).
Panduan ini mengandungi maklumat tugasan projek yang mesti dilaksanakan oleh calon
serta pelaksanaan dan penilaian bagi guru. Maklumat dan arahan yang terkandung dalam
panduan ini telah dirancang dengan teliti bagi membolehkan tugasan projek disempurnakan
dalam tempoh 12 minggu dan mempunyai ruang masa yang mencukupi kepada guru untuk
menilai hasil tugasan projek calon secara berterusan.

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN
KSSM MPEI Perniagaan bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan minat murid dalam bidang perniagaan.
2. Membangun idea dan membina kesediaan murid untuk memulakan perniagaan.
3. Membina kemahiran menganalisis dan menilai perubahan persekitaran terhadap

organisasi perniagaan.
4. Membina kemahiran kebolehkerjaan dan kreativiti murid dalam bidang perniagaan.
5. Menerapkan kesedaran tanggungjawab sosial, tingkah laku perniagaan yang

beretika, sikap positif dan nilai murni dalam menjalankan perniagaan.

(Dipetik daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Perniagaan 2016 –
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 4 3766/3

3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN PERNIAGAAN
Objektif Pentaksiran mata pelajaran Perniagaan dikenal pasti untuk mentaksir

penguasaan murid dalam ilmu perniagaan yang mencakupi tujuh konstruk. Kemahiran
murid dalam mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga akan
diambilkira dalam pentaksiran ini.

OP1 Mengingat dan Memahami
Mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang fakta, istilah, konsep, teori dan
prinsip yang berkaitan dengan persekitaran perniagaan.

OP2 Kemahiran Mengaplikasi
Mengukur keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman tentang fakta,
istilah, konsep, teori dan prinsip yang berkaitan dengan persekitaran perniagaan
dalam pelbagai situasi yang lazim dan baharu.

OP3 Kemahiran Menganalisis
Mengukur keupayaan mencerakinkan data dan maklumat yang berkaitan dengan
perniagaan daripada pelbagai sumber dengan terperinci dan menghubungkaitkan
data dan maklumat perniagaan secara menyeluruh dengan perkembangan semasa
dunia perniagaan.

OP4 Kemahiran Menilai
Mengukur keupayaan membuat pertimbangan secara rasional, kritis dan kreatif
berkaitan dengan pelbagai isu perniagaan yang kompleks dan bukan kompleks serta
memilih satu alternatif penyelesaian terbaik bagi sesuatu masalah berdasarkan bukti
yang munasabah dalam konteks perniagaan.

OP5 Kemahiran Mencipta
Mengukur keupayaan menjana dan mencerna serta menggabungkan pelbagai idea
perniagaan yang kreatif dan inovatif daripada pelbagai sumber secara individu atau
kolektif berdasarkan perkembangan semasa dunia perniagaan bagi memupuk budaya
keusahawanan.

OP6 Kemahiran Kebolehkerjaan
Mengukur kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu
komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan
pengurusan diri, keupayaan pembelajaran, penggunaan teknologi, berinisiatif dan
keusahawanan.

OP7 Nilai
Keupayaan mempamerkan kesedaran tanggungjawab sosial, tingkah laku perniagaan
yang beretika, sikap positif dan nilai murni dalam menyediakan kertas projek /
tugasan perniagaan.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 5 3766/3

4.0 MAKLUMAT AM
4.1 Tugasan projek ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 12 minggu (Penyiapan
projek: 10 minggu, pengurusan dan penilaian: 2 minggu. Jadualkan Pelaksanaan
Tugasan Projek dalam Lampiran 1).
4.2 Tugasan projek akan bermula pada bulan April setiap tahun.
4.3 Pentaksir sekolah adalah guru yang mengajar mata pelajaran Perniagaan.
4.4 Penilaian tugasan projek ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.
4.5 Penilaian tugasan projek ini dilakukan secara berterusan dalam tempoh yang
ditetapkan.
4.6 Elemen, aspek dan kriteria dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek ini
hendaklah dimaklumkan kepada calon.
4.7 Soalan tugasan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan
di http://lp.moe.gov.my
4.8 Skor bagi setiap calon hendaklah dimasukkan ke dalam Borang Penilaian Individu
seperti di Lampiran 4.

5.0 MAKLUMAT KEPADA CALON
5.1 Calon wajib melaksana dan menyelesaikan tugasan projek Perniagaan
3766/3 secara individu.
5.2 Penilaian akan dibuat berdasarkan proses kerja, pembentangan dan hasil

kerja akhir.
5.3 Penilaian hasil kerja calon dan pemberian skor akan dilakukan sepanjang masa
tugasan projek dilaksanakan.
5.4 Pemberian skor keseluruhan dibuat setelah tugasan projek dan
pembentangan dilakukan.
5.5 Calon dikehendaki menandatangani Borang Perakuan Calon pada Lampiran 2.
5.6 Calon dikehendaki melaksanakan tugasan projek ini dalam tempoh yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.


[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 6 3766/3

6.0 MAKLUMAT KEPADA PENTAKSIR SEKOLAH (GURU)

6.1 Perancangan dan Pelaksanaan

6.1.1 Guru hendaklah memberikan penerangan yang jelas kepada calon tentang
perancangan dan pelaksanaan keseluruhan tugasan projek.

6.1.2 G u r u h e n d a k l a h m e m b i m b i n g c a l o n s e r t a m e n g i s i B o r a n g
Senarai Semak dan Penilaian Guru (Lampiran 3).

6.1.3 Guru hendaklah membimbing calon supaya dapat mematuhi jadual kerja
dalam melaksanakan tugasan projek dengan penuh tanggungjawab.

6.1.4 Guru hendaklah membuat penilaian kerja calon secara berterusan serta
melaksanakan Pentaksiran Terkawal (Controlled Assessment).

6.1.5 Pihak pengurusan sekolah diminta menyediakan kemudahan komputer atau
makmal komputer untuk murid menyempurnakan tugasan projek.
Oleh itu, dicadangkan jadual penggunaan makmal komputer sekolah
disediakan bagi memastikan calon berjaya menyiapkan tugasan projek 3766/3
dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6.1.6 Guru juga hendaklah melaksanakan pentaksiran yang adil dan saksama
serta mempunyai integriti yang tinggi.

6.2 Penilaian
6.2.1 Guru dikehendaki mengisi Borang Penilaian Individu (Lampiran 4).
Skor bagi setiap aspek yang dinilai hendaklah diisi dalam borang berkenaan.
6.2.2 Pembentangan oleh calon dilaksanakan secara individu.

6.2.3 Aktiviti pengesanan, pemantauan dan penyetaraan akan dilaksanakan oleh
pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
6.2.4 Guru hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan segera terhadap
sebarang komen atau nasihat daripada pegawai berkenaan.
6.2.5 Guru dikehendaki mencetak Borang Rumusan Skor Tugasan Projek
Perniagaan (Lampiran 5).
6.2.6 Borang Rumusan Skor Tugasan Projek yang telah dicetak hendaklah disahkan
oleh Pengetua. Borang ini hendaklah difailkan dan disimpan di tempat yang
selamat di sekolah.
6.2.7 Guru juga mestilah memasukkan skor projek calon secara atas talian pada
tarikh yang akan ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Maklumat lanjut
akan diberikan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), Jabatan
Pendidikan Negeri.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 7 3766/3

7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

Elemen 1.0 Kemahiran Mengaplikasi
1.1 Konsep, Fakta dan Prinsip dalam Perniagaan
1.2 Perisian Komputer Dalam Konteks Perniagaan

Elemen 2.0 Kemahiran Menganalisis
2.1 Keperluan Modal
2.2 Penyata Aliran Tunai
2.3 Sasaran Jualan dan Harga
2.4 Penyata Kewangan Proforma
2.5 Analisis Industri
2.6 Analisis Pengeluaran /Analisis Operasi

Elemen 3.0 Kemahiran Menilai
3.1 Sumber Perniagaan
3.2 Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi
3.3 Sumber Pembiayaan Perniagaan

Elemen 4.0 Kemahiran Mencipta
4.1 Kandungan Rancangan Perniagaan
4.2 Maklumat dan Bahan

Elemen 5.0 Nilai
5.1 Rasional
5.2 Bertanggungjawab
5.3 Prihatin
5.4 Bersistem


Elemen 6.0 Pembentangan

6.1 Kandungan, susun atur, kelancaran, gaya penyampaian dan bahan
sokongan




[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 8 3766/3
8.0 KRITERIA PENILAIAN
Elemen 1.0 Kemahiran Mengaplikasi

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
1.1 Konsep, Fakta
(i) Mengemukakan konsep, fakta dan Rujuk:
dan Prinsip
dalam prinsip yang betul dan tepat dalam (i) Tujuan
Perniagaan rancangan
A setiap unsur Rancangan Perniagaan. perniagaan /
kertas kerja
(ii) Berupaya menerangkan dengan lengkap
dan jelas setiap unsur dalam Rancangan (ii) Latar
Perniagaan.
belakang
(i) Mengemukakan konsep, fakta dan perniagaan
prinsip dengan betul dalam setiap unsur (iii) Latar
Rancangan Perniagaan. belakang
B (ii) Berupaya menerangkan dengan pemilik

jelas setiap unsur dalam Rancangan / rakan
Perniagaan. kongsi

C (i) Mengemukakan konsep, fakta dan (iv)
prinsip dalam setiap unsur Rancangan Objektif
Perniagaan. projek

(ii) Berupaya menerangkan setiap unsur
dalam Rancangan Perniagaan.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 9 3766/3

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
1.2 Perisian
(i) Merekod maklumat dengan betul dan Rujuk:
Komputer
Dalam tepat menggunakan perisian komputer (i) Perisian
Konteks yang sesuai dan relevan dengan tugasan. yang sesuai
Perniagaan
A (ii) Hasil cetakan Rancangan Perniagaan (ii) Cetakan
amat berkualiti. berkualiti

(iii) Berupaya memilih maklumat yang (iii)
autentik, tepat dan betul dengan tugasan Maklumat
menerusi internet. melalui

(i) Merekod maklumat dengan betul internet
menggunakan perisian komputer yang
sesuai dengan tugasan.

B (ii) Hasil cetakan Rancangan Perniagaan
berkualiti.

(iii) Berupaya memilih maklumat autentik
dan tepat dengan tugasan menerusi
internet.

(i) Merekod maklumat menggunakan
perisian komputer yang sesuai dengan
tugasan.

C (ii) Hasil cetakan Rancangan Perniagaan
memuaskan.

(iii) Berupaya memilih maklumat autentik
tetapi kurang tepat dengan tugasan
menerusi internet.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 10 3766/3

Elemen 2.0 Kemahiran Menganalisis

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
2.1 Keperluan A
(i) Berkeupayaan membuat anggaran kos Rujuk:
Modal berikut dengan betul, terperinci dan (i) Penyata
tepat. pengeluaran
– Kos bahan (ii) Kos
– Kos tenaga kerja pelaksanaan
– Kos peralatan projek
– Kos overhed

(ii) Berkeupayaan menghitung modal yang
diperlukan dengan betul dan tepat.

(i) Berkeupayaan membuat anggaran kos
berikut dengan betul dan terperinci.

– Kos bahan

B – Kos tenaga kerja
– Kos peralatan

– Kos overhed

(ii) Berkeupayaan menghitung modal yang
diperlukan dengan betul.

(i) Berkeupayaan membuat anggaran kos
berikut dengan betul.

– Kos bahan

C – Kos tenaga kerja
– Kos peralatan

– Kos overhed

(ii) Berkeupayaan menghitung modal yang
diperlukan.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 11 3766/3

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
2.2 Penyata Rujuk:
(i) Berkeupayaan menghitung perkara berikut Penyata
Aliran Tunai dengan betul, tepat dan releven. Aliran
Tunai
– Jumlah pembayaran tunai

A – Jumlah penerimaan tunai
– Baki tunai akhir setiap tempoh

(ii) Berkeupayaan memindahkan baki tunai
akhir ke baki tunai awal bagi setiap tempoh
dengan betul dan tepat.

(i) Berkeupayaan menghitung perkara berikut
dengan betul dan tepat.

– Jumlah pembayaran tunai

B – Jumlah penerimaan tunai
– Baki tunai akhir setiap tempoh

(ii) Berkeupayaan memindahkan baki tunai
akhir ke baki tunai awal bagi setiap tempoh
dengan betul.

(i) Berkeupayaan menghitung perkara berikut
dengan betul.
– Jumlah pembayaran tunai

C – Jumlah penerimaan tunai
– Baki tunai akhir setiap tempoh

(ii) Berkeupayaan memindahkan baki tunai
akhir ke baki tunai awal bagi setiap tempoh.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 12 3766/3

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
2.3 Sasaran A
(i) Berkeupayaan menghuraikan strategi Rujuk:
Jualan dan B
Harga produk, harga, agihan dan promosi dengan Rancangan
C jelas dan tepat. pemasaran
D
(ii) Berkeupayaan menghitung syer pasaran
dan anggaran jumlah jualan dengan jelas,
betul dan tepat.

(iii) Berkeupayaan menentukan harga jualan
seunit dengan jelas, betul dan tepat.

(i) Berkeupayaan menghuraikan strategi
produk, harga, agihan dan promosi dengan
jelas.

(ii) Berkeupayaan menghitung syer pasaran
dan anggaran jumlah jualan dengan jelas
dan betul.

(iii) Berkeupayaan menentukan harga jualan
seunit dengan jelas dan betul.

(i) Berkeupayaan menghuraikan strategi
produk, harga, agihan dan promosi.

(ii) Berkeupayaan menghitung syer pasaran
dan anggaran jumlah jualan dengan betul.

(iii) Berkeupayaan menentu harga jualan seunit
dengan betul.

Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 13 3766/3

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
2.4 Penyata A
(i) Berkeupayaan menghitung perkara Rujuk:
Kewangan B berikut dengan betul, tepat dan releven. (i) Penyata
Proforma – jumlah anggaran hasil pengeluaran
C – jumlah anggaran kos pengeluaran (ii) Penyata
D – jumlah anggaran untung bersih pendapatan
– jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik (iii) Kunci
kira-kira
(ii) Berkeupayaan mengimbangkan kunci
kira-kira dengan betul dan tepat.

(i) Berkeupayaan menghitung perkara
berikut dengan betul dan tepat.
– jumlah anggaran hasil
– jumlah anggaran kos pengeluaran
– jumlah anggaran untung bersih
– jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik

(ii) Berkeupayaan mengimbangkan kunci
kira-kira dengan betul.

(i) Berkeupayaan menghitung perkara
berikut dengan betul.
– jumlah anggaran hasil
– jumlah anggaran kos pengeluaran
– jumlah anggaran untung bersih
– jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik

(ii) Berkeupayaan mengimbangkan kunci
kira-kira.

Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 14 3766/3

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
2.5 Analisis A
(i) Berkeupayaan memperincikan kekuatan dan Rujuk:
Industri kelemahan pesaing utama dengan jelas dan Analisis
tepat. SWOT

(ii) Berkeupayaan mengenal pasti tingkat jualan
dengan betul dan tepat.

(iii) Berkeupayaan menerangkan tandingan produk
dengan jelas dan releven.

(iv) Berkeupayaan mengenal pasti strategi harga
saingan dengan betul dan releven.

(i) Berkeupayaan memperincikan kekuatan dan
kelemahan pesaing utama dengan jelas.

(ii) Berkeupayaan mengenal pasti tingkat jualan
dengan betul.
B (iii) Berkeupayaan menerangkan tandingan produk

dengan jelas.

(iv) Berkeupayaan mengenal pasti strategi harga
saingan dengan betul.

(i) Berkeupayaan menerangkan kekuatan dan
kelemahan pesaing utama.

C (ii) Berkeupayaan mengenal pasti tingkat jualan.
(iii) Berkeupayaan menerangkan tandingan produk.

(iv) Berkeupayaan mengenal pasti strategi harga
saingan.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 15 3766/3

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan

2.6 Analisis (i) Berkeupayaan menghuraikan perkara Rujuk:
Pengeluaran berikut dengan jelas dan tepat. (i) Rancangan
/ Analisis – jenis produk pengeluaran /
Operasi – proses pengeluaran operasi
A – operasi perniagaan (ii) Kedudukan
– tenaga kerja langsung tapak projek

(ii) Berkeupayaan mengenal pasti lokasi
yang sesuai dan tepat.

(iii) Berkeupayaan mengenal pasti keperluan
perniagaan / bahan mentah dengan betul
dan tepat.

(i) Berkeupayaan menghuraikan perkara
berikut dengan jelas.
– jenis produk
– proses pengeluaran
– operasi perniagaan

B – tenaga kerja langsung
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti lokasi
yang sesuai.
(iii) Berkeupayaan mengenal pasti keperluan
perniagaan / bahan mentah dengan
betul.

(i) Berkeupayaan menghuraikan perkara
berikut:
– jenis produk
– proses pengeluaran

C – operasi perniagaan
– tenaga kerja langsung

(ii) Berkeupayaan mengenal pasti lokasi.
(iii) Berkeupayaan mengenal pasti keperluan

perniagaan / bahan mentah.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 16 3766/3
Elemen 3.0 Kemahiran Menilai

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
3.1 Sumber A
(i) Berupaya mengenal pasti keperluan pekerja Rujuk:
Perniagaan yang releven dan sesuai. Rancangan
pentadbiran
(ii) Berupaya menghuraikan diskripsi tugas / organisasi
dan tanggungjawab pekerja dengan
terperinci, jelas dan tepat.

(iii) Berkeupayaan menjelaskan pemberian
insentif yang sesuai dan munasabah.

(iv) Berkeupayaan mencipta carta organisasi
yang sesuai dan tepat.

(i) Berupaya mengenal pasti keperluan
pekerja yang releven.

(ii) Berupaya menghuraikan diskripsi tugas
dan tanggungjawab pekerja dengan jelas

B dan tepat.
(iii) Berkeupayaan menjelaskan pemberian
insentif yang sesuai.
(iv) Berkeupayaan mencipta carta organisasi
yang sesuai.

(i) Berupaya mengenal pasti keperluan
pekerja.

(ii) Berupaya menghuraikan diskripsi tugas
C dan tanggungjawab pekerja.

(iii) Berkeupayaan menjelaskan pemberian
insentif yang sesuai.

(iv) Berkeupayaan mencipta carta organisasi.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 17 3766/3

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan

3.2 Pengurusan (i) Berkebolehan mengenal pasti sumber fizikal Rujuk:
Sumber
Fizikal dan dan sumber teknologi dalam operasi Rancangan
Sumber perniagaan secara terperinci dan tepat. operasi
Teknologi A (ii) Berkeupayaan menentukan kewajaran

pemilihan sumber fizikal dan sumber
teknologi dengan betul dan tepat.

(i) Berkebolehan mengenal pasti sumber fizikal
dan sumber teknologi dalam operasi
perniagaan secara terperinci.
B (ii) Berkeupayaan menentukan kewajaran

pemilihan sumber fizikal dan sumber
teknologi dengan betul.

(i) Berkebolehan mengenal pasti sumber
fizikal dan sumber teknologi dalam operasi
perniagaan.
C (ii) Berkeupayaan menentukan kewajaran

pemilihan sumber fizikal dan sumber
teknologi.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 18 3766/3

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
3.3 Sumber A Rujuk:
(i) Berkeupayaan menentukan sumber Tujuan
Pembiayaan pembiayaan yang sesuai dan betul untuk rancangan
Perniagaan memulakan perniagaan. perniagaan
/ kertas
(ii) Berkeupayaan menjustifikasikan sumber kerja
pembiayaan perniagaan yang dipilih
dengan jelas dan tepat.

(i) Berkeupayaan menentukan sumber
pembiayaan yang sesuai untuk
memulakan perniagaan.
B (ii) Berkeupayaan menjustifikasikan sumber

pembiayaan perniagaan yang dipilih
dengan jelas.

(i) Berkeupayaan menentukan sumber
pembiayaan untuk memulakan

C perniagaan.
(ii) Berkeupayaan menjustifikasikan sumber
pembiayaan perniagaan yang dipilih.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 19 3766/3
Elemen 4.0 Kemahiran Mencipta

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
4.1 Kandungan A
(i) Berkebolehan menyusun unsur Ketelitian
Rancangan B Rancangan Perniagaan dengan sistematik dan
Perniagaan dan kemas mengikut format yang kekemasan
C ditetapkan. dalam
D menyusun
(ii) Mempunyai halaman kandungan yang bahan /
lengkap dan kemas. maklumat

(iii) Mempunyai lampiran berkaitan yang
releven dan mencukupi.

(iv) Mempunyai muka hadapan dan belakang
yang sesuai dan menarik.

(i) Berkebolehan menyusun unsur
Rancangan Perniagaan dengan sistematik
mengikut format yang ditetapkan.

(ii) Mempunyai halaman kandungan yang
lengkap.

(iii) Mempunyai lampiran berkaitan yang
releven.

(iv) Mempunyai muka hadapan dan belakang
yang sesuai.

(i) Berkebolehan menyusun unsur
Rancangan Perniagaan mengikut format
yang ditetapkan.

(ii) Mempunyai halaman kandungan yang
sesuai.

(iii) Mempunyai lampiran berkaitan yang
sesuai.

(iv) Mempunyai muka hadapan dan belakang.

Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 20 3766/3

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
4.2 Maklumat A
(i) Maklumat adalah tepat, lengkap dan Contoh
dan Bahan B mudah difahami. bahan:
Grafik,
(ii) Maklumat diolah dengan sangat baik. jadual,
(iii) Bahan berkaitan yang dikemukakan amat gambar
foto,
sesuai. borang,
(iv) Bahan berkaitan yang dikemukakan amat dokumen,
carta,
releven dan berkualiti. internet
dan
(i) Maklumat adalah tepat dan mudah sebagainya
difahami.

(ii) Maklumat diolah dengan baik.
(iii) Bahan berkaitan yang dikemukakan

sesuai.
(iv) Bahan berkaitan yang dikemukakan

releven.

(i) Maklumat adalah mudah difahami.

(ii) Maklumat diolah tetapi kurang
memuaskan.

C (iii) Bahan berkaitan yang dikemukakan
kurang sesuai.

(iv) Bahan berkaitan yang dikemukan kurang
berkualiti.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 21 3766/3
Elemen 5.0 Nilai

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan

5.1 Rasional (i) Sentiasa menyandarkan pembentukan Pertimbangan
pemikiran dan pendirian kepada asas pemilikan
pertimbangan yang betul dan jelas. sumber
A (ii) Sentiasa mengambil tindakan pembiayaan,
lokasi,
berdasarkan kepada asas pertimbangan teknologi /
yang betul dan jelas. mesin

(i) Sentiasa menyandarkan pembentukan
pemikiran dan pendirian kepada asas
pertimbangan yang betul.
B (ii) Sentiasa mengambil tindakan

berdasarkan kepada asas pertimbangan
yang betul.

(i) Sentiasa menyandarkan pembentukan
pemikiran dan pendirian betul.
C (ii) Sentiasa mengambil tindakan yang

betul.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

5.2 Bertanggung- (i) Sentiasa melaksanakan tugasan dengan
jawab sempurna secara bersungguh-sungguh

dan tekun.
(ii) Berkebolehan menyiapkan Rancangan
A Perniagaan mendahului tempoh masa
yang ditetapkan.

(iii) Menghasilkan produk yang berkualiti
dan tulen untuk memenuhi keperluan
sasaran.

(i) Sentiasa melaksanakan tugasan dengan
sempurna secara bersungguh-sungguh.

(ii) Berkebolehan menyiapkan Rancangan
B Perniagaan menepati tempoh masa yang

ditetapkan.
(iii) Menghasilkan produk yang berkualiti

untuk memenuhi keperluan sasaran.

(i) Melaksanakan tugasan secara
bersungguh-sungguh.
(ii) Berkebolehan menyiapkan Rancangan
C Perniagaan.

(iii) Menghasilkan produk untuk memenuhi
keperluan sasaran.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 22 3766/3

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan
5.3 Prihatin
(i) Sentiasa memandang tinggi sumbangan
teknologi, TMK dalam perniagaan yang
dipilih.

A (ii) Sentiasa menyedari peranan agensi yang
membantu usahawan.

(iii) Sentiasa menjalankan tanggungjawab
sosial terhadap pekerja dan masyarakat.

(i) Memandang tinggi sumbangan teknologi,
TMK dalam perniagaan.

B (ii) Menyedari peranan agensi yang
membantu usahawan.

(iii) Menjalankan tanggungjawab sosial
terhadap pekerja dan masyarakat.

(i) Menyedari sumbangan teknologi, TMK
dalam perniagaan.

C (ii) Mengetahui peranan agensi yang
membantu usahawan.

(iii) Menyedari tanggungjawab sosial terhadap
pekerja dan masyarakat.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 23 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan
5.4 Bersistem
(i) Berkebolehan menghasilkan Rancangan
Perniagaan secara sistematik, kemas dan
menarik.

A (ii) Berkebolehan melaksanakan tugasan
mendahului tempoh yang dijadualkan.

(iii) Berkebolehan mengemukakan
Rancangan Perniagaan yang tulen.

(i) Berkebolehan menghasilkan Rancangan
Perniagaan secara kemas dan menarik.

B (ii) Berkebolehan melaksanakan tugasan
menepati tempoh yang dijadualkan.

(iii) Berkebolehan mengemukakan
Rancangan Perniagaan yang tulen.

(i) Berkebolehan menghasilkan Rancangan
Perniagaan secara kemas.

C (ii) Berkebolehan melaksanakan tugasan.
(iii) Berkebolehan mengemukakan
Rancangan Perniagaan.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 24 3766/3
Elemen 6.0 Pembentangan

Bil. Aspek Skor Kriteria Catatan

6.1 Kandungan, (i) Pembentangan sangat jelas, lancar,
susun atur, terperinci, kritis dan lengkap.
kelancaran, gaya
penyampaian dan (ii) Berkeupayaan menunjukkan
bahan sokongan pemahaman yang mendalam terhadap
tugasan.
A (iii) Berupaya menguasai tugasan
melangkaui kehendak tugasan.
(iv) Menggunakan pelbagai bahan media
yang sesuai dan kreatif untuk
menyokong idea yang kreatif
dan menarik.

(i) Pembentangan jelas, lancar, terperinci
dan lengkap.
(ii) Berkeupayaan menunjukkan
pemahaman yang baik terhadap
tugasan.
B (iii) Berupaya menguasai tugasan

mengikut kehendak tugasan.
(iv) Menggunakan bahan media yang
sesuai untuk menyokong idea yang
menarik.

(i) Pembentangan jelas tetapi kurang
lancar.

C (ii) Menunjukkan pemahaman terhadap
tugasan.

(iii) Menguasai tugasan.

(iv) Menggunakan bahan media.

D Tidak memenuhi mana-mana kriteria di atas.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 25 3766/3

9.0 PENGIRAAN SKOR ELEMEN DAN JUMLAH SKOR ELEMEN

9.1 Pentaksir menentukan gred bagi setiap aspek dalam elemen yang diuji mengikut
kriteria yang telah ditetapkan.

9.2 Tukarkan gred tiap-tiap aspek yang diperoleh ke dalam nilai numerik berdasarkan
jadual di bawah.

Gred Nilai Numerik (n)
A 4
B 3
C 2
D 1

9.3 Darabkan nilai numerik (n) dengan wajaran (w) sesuatu aspek dan jumlahkan
(n × w) bagi semua aspek.

Contoh pengiraan skor elemen adalah seperti berikut:

Elemen 5.0 Nilai

Bil. Aspek Gred Nilai Wajaran (w) Skor Diperoleh
(n) (n × w)

5.1 Rasional A 4 1 4
5.2 Bertanggungjawab B 3 1 3
2
5.3 Prihatin C2 1

5.4 Bersistem D1 1 1
10
Skor Elemen

9.4 Pindahkan skor elemen ke dalam Jadual Jumlah Skor Elemen.

9.5 Jumlahkan setiap skor elemen bagi memperoleh Jumlah Skor Elemen.

Contoh pengiraan Jumlah Skor Elemen adalah seperti berikut:

Jumlah Skor Elemen

Bil. Elemen Skor Penuh Skor
Diperoleh
1.0 Kemahiran Mengaplikasi 16
2.0 Kemahiran Menganalisis 96 15
3.0 Kemahiran Menilai 36 90
4.0 Kemahiran Mencipta 20 30
5.0 Nilai 16 15
6.0 Pembentangan 16 10
200 10
Jumlah Skor Elemen 170

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 26 3766/3

10.0 PELAPORAN

10.1 Skor tugasan dalam Kertas 3 Perniagaan akan diambil kira dalam penentuan
gred SPM calon.


10.2 Skor pencapaian calon dalam melaksanakan tugasan ini didefinasikan seperti

berikut:


Julat Skor Definisi

151 - 200 Cemerlang

101 - 150 Kepujian

51 - 100 Memuaskan

1 - 50 Tidak mencapai tahap yang memuaskan

10.3 Skor tugasan Projek Perniagaan ini akan direkod dan dihantar ke Lembaga
Peperiksaan secara atas talian.



[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 27 3766/3
Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek Lampiran 1

PROSES TUGASAN APRIL MEI JUN
MINGGU MINGGU MINGGU
Perancangan Awal 1234 1234 1234
Taklimat Tugasan oleh Guru
Penyerahan Tajuk
Pengenalan : Tajuk Rancangan Perniagaan
Logo, Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
Latar Belakang Perniagaan
Latar Belakang Rakan Kongsi
Kedudukan Tapak Projek
Objektif Projek
Analisis Industri
Rancangan Pentadbiran
Rancangan Operasi
Rancangan Pemasaran

Rancangan Kewangan

Ringkasan Eksekutif
Rumusan dan Isi Kandungan
Pembentangan
Penyerahan Rancangan Perniagaan Yang
Lengkap
Penilaian Akhir

Kemasukan markah secara atas talian Sebelum 31 Ogos
ke LPM

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 28 3766/3
Lampiran 2

Perakuan Calon
Tugasan Projek Kertas 3766/3

Sijil Pelajaran Malaysia
Tahun 2019

Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi
syarat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 bagi mata pelajaran Perniagaan
3766 adalah tulen.

Nama Sekolah :

:
Nama Calon


No. Kad Pengenalan :


Angka Giliran Calon :


Tandatangan Calon :

Tarikh :


Borang perakuan ini mestilah disertakan di bahagian hadapan Tugasan Projek.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 29 3766/3
Lampiran 3

Senarai Semak dan Penilaian Guru

Angka Giliran :...................................... No Kad Pengenalan :.......................................

Tarikh Aktiviti dalam Ulasan Guru Tandatangan Tandatangan
Aktiviti penghasilan Calon Guru
kerja kursus
(Diisi oleh
Calon)

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara murid dengan guru dan dilampirkan
bersama projek akhir.

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 30 3766/3
Lampiran 4
Borang Penilaian Individu
PERNIAGAAN 3766/3

Nama Calon :

Angka Giliran :

No. K/P :

Elemen 1.0 Kemahiran Mengaplikasi

Bil. Aspek Gred Nilai Wajaran Skor Diperoleh
(n) (w) (n × w)
2
1.1 Konsep, Fakta dan Prinsip dalam
Perniagaan

1.2 Perisian Komputer Dalam Konteks 2
Perniagaan Skor Elemen

Elemen 2.0 Kemahiran Menganalisis

Bil. Aspek Gred Nilai Wajaran Skor Diperoleh
(n) (w) (n × w)
4
2.1 Keperluan Modal 4
4
2.2 Penyata Aliran Tunai 4
4
2.3 Sasaran Jualan dan Harga

2.4 Penyata Kewangan Proforma

2.5 Analisis Industri

2.6 Analisis Pengeluaran/Analisis 4
Operasi

Skor Elemen

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 31 3766/3
Elemen 3.0 Kemahiran Menilai

Bil. Aspek Gred Nilai Wajaran Skor Diperoleh
(n) (w) (n × w)
3
3.1 Sumber Perniagaan

3.2 Pengurusan Sumber Fizikal dan 3
Sumber Teknologi

3.3 Sumber Pembiayaan Perniagaan 3
Skor Elemen

Elemen 4.0 Kemahiran Mencipta

Bil. Aspek Gred Nilai Wajaran Skor Diperoleh
4.1 Kandungan Rancangan Perniagaan (n) (w) (n × w)
4.2 Maklumat dan Bahan 2

3

Skor Elemen

Elemen 5.0 Nilai Gred Nilai Wajaran Skor Diperoleh
(n) (w) (n × w)
Bil. Aspek 1
5.1 Rasional
5.2 Bertanggungjawab 1
5.3 Prihatin
5.4 Bersistem 1

Elemen 6.0 Pembentangan 1

Skor Elemen

Bil. Aspek Gred Nilai Wajaran Skor Diperoleh
(n) (w) (n × w)
Kandungan, susun atur, kelancaran,
6.1 gaya penyampaian dan bahan 4

sokongan

Skor Elemen

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 32 3766/3
JUMLAH SKOR ELEMEN Skor Diperoleh

Bil. Elemen Skor Penuh
1.0 Kemahiran Mengaplikasi 16
2.0 Kemahiran Menganalisis 96
3.0 Kemahiran Menilai 36
4.0 Kemahiran Mencipta 20
5.0 Nilai 16
6.0 Pembentangan 16
200
Jumlah Skor Elemen

Personel Nama Tandatangan Tarikh
Calon

Pentaksir

[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD 33 3766/3
Lampiran 5

Borang Rumusan Skor Tugasan Projek

Nama Calon Angka Nombor Skor
Giliran K/P (%)
Bil.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Dengan ini disahkan bahawa Projek Perniagaan 3766/3 telah dilaksanakan dan
maklumat di atas adalah benar.
Nama Sekolah : .......................................................................
Tandatangan Guru Pentaksir : .................................................
Nama Guru Pentaksir : ............................................................
Tarikh : ....................................................................................

Tandatangan Pengetua : ..........................................................
Nama Pengetua dan Cap Rasmi Sekolah : ..............................
Tarikh : ..................................

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK TAMAT

3766/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


Click to View FlipBook Version