The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Amalan Saya Sembuh daripada Gestrik, Gerd dan Anxiety

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myright.amirul, 2021-12-07 08:52:29

Ebook Amalan Saya

Ebook Amalan Saya Sembuh daripada Gestrik, Gerd dan Anxiety

KAMARUL YUNUS
EDISI 2021

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. KENALI PENYAKIT YANG KITA HADAPI
3. CARA PANTANG CEPAT SEHAT
4. GAYA HIDUP SEHAT & AMALAN ROHANI
5. MAKAN UBAT YANG BERSESUAIAN
6. PROBIOTIK & PREBIOTIK
7. MASIH BELUM JUMPA TITIK

PENYEMBUHAN?
8. KESIMPULAN

HAK CIPTA TERPELIHARA

Setiap bahagian daripada buku ini tidak boleh diterbitkan
semula, di simpan untuk pengeluaran atau di pindahkan
kepada bentuk lain, sama ada dalam bentuk ebook atau
dalam bentuk percetakan yang lain tanpa izin pemilik hak
cipta terlebih dahulu.

Ebook ini dituliskan dengan sebaik mungkin bagi tujuan
perubatan atau panduan pendidikan kepada pembaca
untuk memahami penyakit yang tengah dialami. Ebook
ini bertujuan baik dan bersifat umum. Anda berkemungkinan
perlu merujuk kepada penasehat atau pengamal perubatan
profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus
untuk diri anda.

Pihak penulis, penerbit, atau wakil-wakil yang terlibat mereka
tidak memberikan apa-apa jaminan terhadap isi kandungan
ebook ini dan tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan apa
apa liabiliti atau keraguan kepada mana-mana pihak yang
terhasil dari keputusan yang anda buat.

Dengan adanya Ebook ini semoga dapat membantu anda
dan dapat menyembuhkan penyakit yang sedang anda alami

Penulis;,

BAB 1- PENGENALAN

Nama Saya adalah KAMARUL YUNUS, saya merupakan bekas
penyakit Gestrik, Gerd dan Anxiety. Saya sendiri faham apa yang
tuan / puan rasakan daripada tahun 2008 lagi, cuma bezanya saya
dulu tidak faham tentang penyakit yang sedang saya alami, dulu
tiada Group facebook atau Group WhatsApp yang boleh support
atas pertanyaan kita, sekarang mudah dan kita cepat dapat
maklumat daripada kawang-kawan dalam Group.

Simtom yang saya dapat pada tahun 2008 dulu adalah mula-mula
ianya lebih kepada angin jahat dalam perut, saya mudah berdebar
debar, risau tak tentu arah, berpeluh, dalam beberapa jam ianya
akan hilang. Ianya akan berulang jika saya banyak makan makanan
Proses seperti Mcdonald dan KFC. Tetapi yang menjadikan peny-
akit ini teruk dulu sebab saya sendiri tidak memahami penyakit
yang sedang saya alami, pemakanan saya macam biasa tiada
pantang larang, bedal apa sahaja ketika itu.

Sekitar Tahun 2011 saya mengalami simtom yang lebih teruk dari
pada sebelumnya, dimana simtom yang sedia ada bertambah
dengan perut saya sembelit yang sangat teruk, dia terus mena-
ngkap naik ke kepala saya, ada beberapa kali saya hampir pingsan
dalam bilik air, ditambah dengan perut sebu, pedih, tak selesa

dalam masa yang lama. Kalau sebut pasal Vertigo saya pernah
tidak boleh bangun hampir seminggu, bangun akan menyebabkan
dunia berpusing yang teramat sangat, Banyak activiti harian saya
terganggu, kerja jangan cerita la memang tak boleh bekerja
langsuang ianya berlarutan sehingga 3 bulan saya bertapa dalam
rumah.

Dokter dah ramai saya jumpa tapi jawaban yang diberikan tidak
sekata dan tidak memuaskan, sekedar jawaban yang diberikan
adalah Gestrik dan perut berangin. Cuma pada masa itu saya
sendiri tidak pernah buat Endoskopi memasukkan camera dalam
perut, mungkin faktor kewangan tidak mencukupi kalau hospital
kerajaan kena tunggu lama pulak.

Akhirnya selepas 3 bulan bertapa dirumah saya terpaksa keluar
bekerja, wang simpanan saya sudah mula habis, tapi dalam masa
yang sama vertigo, perut sebu, sembelit masih lagi tidak pulih
sepenuhnya, kepala masih lagi melayang cuma dah boleh kawal
sikit demi sedikit. Pada awalnya saya buat tak tahu dengan penya-
kit ini, saya biarkan hari-hari saya penuh dengan activiti boleh
dikatakan kehidupan seharian saya memang tidak nikmat melay-
ang-layang seharian.

Saya jalani kehidupan sebagai sorang yang ting-tong selama

hampir 5 bulan. Tetapi yang peliknya ianya beransur pulih dengan
sendirinya biarpun tidak 100% tetapi dapat juga la merasakan
nikmatnya hidup diatas muka bumi ini selama beberapa tahun,
biarpun sembelit saya datang on off sehingga tahun 2020.

Sebelum bulan puasa 2021 (masa itu Malaysia diberlakukan PKP 0.2
kalau tak silap saya), simptom perut sebu, perut berangin, sembelit
semua tu datang semula sama simptom pada tahun 2011 dulu,
yang saya perasan masa itu saya stress dan tidur malam yang tidak
menentu, maklum la PKP memang kehidupan kita cacamerba ke-
tika itu. Cuma sakit saya kali ini berlainan daripada sebelumnya.
Saya banyak mencari info daripada Google sebenarnya, saya
rasa anda juga buat perkara yang sama kan? hehe.

Daripada situ la saya terjumpa bermacam-macam Group
Facebook dan Group WhatsApp, ahli-ahlinya mengalami penyakit
yang sama macam penyakit saya.
Daripada situ saya mula belajar tentang penyakit yang sedang saya
alami, dalam hati berkata “rupanya aku tidak keseorangan” ada
ramai di luar sana yang menghadapi penyakit yang sama rupanya.
Hari demi hari banyak yang saya belajar daripada kawan-kawan
dalam group sehingga la saya faham tentang penyakit yang saya
alami, iaitu Gestrik, Gerd dan Anxiety. Ini adalah penyakit modern
tiga serangkai sebenarnya.

Saya bukan Dokter. Pengalaman yang membuatkan diri saya
menjadi pakar dalam bidang penyakit Gestrik, Gerd dan Anxiety.
Kebanyakkan apa yang saya tulis adalah atas pengalaman saya
sendiri selama 15 tahun saya menghidap penyakit ini.

Dalam ebook ini saya akan berkongsi dengan anda amalan-amalan
yang saya amalkan sebelum ini, dan juga cara-cara pemakanan
yang betul bagi pesakit Gestrik, Gerd dan Anxiety sehingga la
anda sembuh sama seperti saya.

Sebelum kita melangkah kedalam bab-bab yang seterusnya saya
dengan rendah hati ingin memohon maaf diatas penulisan saya
yang tidak mahir dalam mengarang dan menyusun ayat-ayat ,
saya bukannya seorang penulis yang profesional hanya sekedar
berkonsi pengalaman. Harap di maafkan.

BAB 2 - KENALI PENYAKIT YANG KITA
HADAPI

Untuk mengelak daripada buang masa dan tenaga dalam masa
yang lama kita harus peka tentang penyakit yang kita hadapi dan
kenali penyakit kita betul-betul sebelum kita bertindak men-
cari penawar ubat. Ramai yang buang masa sebenarnya try and
error segala jenis ubat yang ada dalam pasaran, tetapi tidak ada
apa-apa perubahan, kita masih lagi merana.

Langkah pertama yang harus kita ambil adalah mengenal secara
pasti penyakit yang kita sedang alami, jika kita memahami tentang
penyakit yang kita hadapi, maka kita tidak tersasar jauh untuk
berubat atau mencari penawar yang tepat tentang permasalahan
penyakit kita.

Kenali Penyakit yang sedang kita alami “Ini penting!!”

Ramai pesakit Gestrik, Gerd dan Axiety yang masih tercari-cari
solusi penyembuhan, tetapi diri sendiri tidak faham tentang pen-
yakit yang sedang dia hadapi, berhenti la buang masa dan tenaga
serta wang ringgit.

Ada banyak cara mengenal pasti penyakit Gestrik, Gerd dan
Anxiety yang kita hadapi secara terperinci. Bukan ke kita semua
dah tahu, lain orang lain simptom dia, ada orang sekedar
kena Gestrik ringan, ada yang kena Gestrik serta Gerd, ada yang
kena H-pylori, ada yang sembelit teruk, ada yang cirit birit ber-
panjangan, ada yang kena ulser perut, dan sebagainya.

Jadi untuk mengenal pasti simptom yang kita hadapi salah
satunya dengan cara:

Endoskopi

Endoskopi ialah prosedur tanpa pembedahan di mana organ
dalam badan atau tisu dalaman dilihat menggunakan endoskop.
Endoskop merupakan tiub yang panjang, nipis dan eksibel yang
mempunyai kamera serta lampu di hujungnya. Tiub ini disambung
kepada skrin televisyen untuk melihat bahagian endoskop ini
dimasukkan.

Terdapat pelbagai kaedah endoskopi yang boleh digunakan
untuk tujuan pemeriksaan atau rawatan. Doktor juga boleh
mengambil sampel tisu untuk penilaian patologi menggunakan
alat endoskop. Endoskop dapat dimasukkan dari atas iaitu mulut
atau hidung dan endoskopi dari bawah iaitu rahim atau dubur.
Endoskop juga dapat dimasukkan melalui insisi kecil yang dibuat
di permukaan kulit.

Jenis-jenis endoskop dan bahagian atau organ di mana endoskop
digunakan adalah seperti berikut:

* Arthroskopi- dalam sendi
* Bronkoskopi- dalam bronkus
* Gastroskopi-dalam esofagus, perut dan duodenum
* Histeroskopi-dalam rahim
* Kolonoskopi- dalam usus besar
* Laparoskopi-dalam bahagian ari-ari
* Laringoskopi-dalam kotak suara dan laring
* Mediastinoskopi-dalam bahagian mediastinum iaitu belakang

dada tengah dan di tengah paru-paru.
* Sistoskopi-dalam pundi kencing melalui saluran uretra
* Ureteroskopi-dalam saluran kencing dari uretra ke ginjal
* Endoskopi hidung-melihat dalam bahagian lubang hidung ke

saluran pernafasan atas

Indikasi Endoskopi

Endoskopi disyorkan dalam situasi di mana terdapat simptom
abnormal pada organ yang mencadangkan terdapat ketumbuhan,
pendarahan, keradangan atau jangkitan di situ. Sebelum prosedur
ini dilakukan, ujian darah akan dilaksanakan untuk mendapatkan
gambaran yang lebih jelas tentang penyakit yang dihidapi pesakit.

Endoskopi disyorkan dalam situasi di mana terdapat simptom
abnormal pada organ yang mencadangkan terdapat ketumbuhan,
pendarahan, keradangan atau jangkitan di situ. Sebelum prosedur
ini dilakukan, ujian darah akan dilaksanakan untuk mendapatkan
gambaran yang lebih jelas tentang penyakit yang dihidapi
pesakit. Menurut National Health Services(NHS), endoskopi
diperlukan apabila pesakit menunjukkan simptom seperti:

* Kesukaran menelan
* Muntah darah
* Pedih ulu hati atau ketidakhadaman yang berlarutan
* Cirit-birit yang berpanjangan
* Susut berat badan dengan cepat tanpa punca yang jelas
* Masalah pencernaan
* Najis berdarah
* Batuk berdarah
* Haid tidak teratur, keguguran lebih daripada sekali,

pendarahan tanpa punca yang jelas dari faraj
* Masalah kencing seperti kencing berdarah

Selain itu, endoskopi juga digunakan untuk melakukan
pembedahan atau rawatan seperti berikut:

* Memperbaiki sendi yang rosak
* Membuang batu hempedu atau memasang stent pada saluran

hempedu atau pankreas yang sempit. Prosedur ini dinamakan

endoscopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP)
* Menghancurkan batu dalam saluran kencing atau memasang

stent pada ureter
* Memberhentikan pendarahan dalam perut
* Menangani vena yang kembang (esophageal varices) dalam

saluran esofagus
* Pembedahan membuang appendiks
* Rawatan broid rahim
* Rawatan usus tersumbat

Persiapan Sebelum Melakukan Endoskopi

Persiapan untuk endoskopi bergantung kepada bahagian badan
yang memerlukan penilaian. Biasanya, pesakit akan disuruh
berpuasa selama 12 jam sebelum prosedur ini. Anda mungkin akan
diberikan ubat julap untuk mencuci perut sekiranya anda akan
melakukan kolonoskopi untuk memeriksa besar. Anda juga akan
disarankan untuk makan makanan yang rendah serat beberapa
hari sebelum kolonoscopy.

Dalam beberapa kes, anda akan diberikan ubat antibiotik untuk
mengurangkan risiko jangkitan. Sekiranya anda menggunakan
ubat pencair darah seperti warfarin atau clopidogrel, anda
mungkin perlu menghentikan penggunaannya beberapa hari
sebelum prosedur endoskopi untuk mengelakkan pendarahan.
Namun,

keputusan ini akan dinyatakan oleh doktor yang merawat anda.
Jangan menghentikan sebarang ubat tanpa arahan doktor pakar.

Bagaimanakah Prosedur Endoskopi?

Pesakit akan diberi ubat bius sebelum prosedur dijalankan. Ubat
bius ini biasanya diberikan secara lokal tetapi boleh juga dalam
bentuk anesthesia am. Ini bergantung kepada jenis endoskopi
yang dijalankan. Ubat bius akan ‘mematikan’ bahagian di mana
tiub endoskop akan dimasukkan supaya pesakit tidak berasa sakit.
Doktor juga akan memberikan ubat sedatif untuk menenangkan
pesakit. Kedua-dua ubat ini diberikan untuk mengelakkan pesakit
mengalami pengalaman yang terlalu sakit dan kurang
menyenangkan.

Doktor akan memberikan sedikit masa untuk membenarkan ubat
bius dan ubat sedatif bertindak. Setelah itu, tiub endoskop akan
dimasukkan ke bahagian yang ditentukan. Doktor akan mengambil
gambar sekiranya terdapat sebarang gambaran yang tidak normal
atau mengambil biopsi tisu untuk penilaian patologi. Prosedur ini
biasanya mengambil masa 15 minit ke 3 jam sekiranya rawatan
turut dilakukan setelah pemeriksaan.

Setelah prosedur ini tamat, anda akan dipantau selama 1-2 jam

sekiranya anda diberi ubat bius. Anda juga tidak digalakkan untuk
memandu setelah prosedur ini. Bawa seorang peneman yang
boleh menghantar anda balik ke rumah. Anda boleh melakukan
aktiviti harian seperti biasa setelah pulang ke rumah. Sekiranya
insisi dilakukan untuk prosedur endoskopi, doktor akan menjahit
luka bedah tersebut. Anda akan diberikan arahan penjagaan luka
insisi ini supaya bersih dan tidak dijangkiti.

Sumber Rujukan:
https://www.doctoroncall.com.my/soalan/prosedur-endoskopi

Kolonoskopi

Kolonoskopi adalah prosedur di mana kabel gentian optik yang
dipasangkan kamera pada hujungnya dimasukkan ke dalam usus
besar. Ini membolehkan doktor melihat keadaan dalam usus dan
mengenalpasti diagnosis. Pada sesi yang sama, sebarang ujian
atau prosedur lanjut yang diperlukan boleh diteruskan.

Persiapan sebelum menjalani kolonoskopi?

Perlu diketahui bahawa usus besar dipenuhi najis. Oleh sebab itu,
pesakit perlu membersihkan usus daripada najis sebelum kabel
gentian optik boleh dimasukkan untuk mendapatkan imej yang
jelas dalam usus besar. Ini dinamakan sebagai persediaan usus.
Pesakit diminta tidak mengambil makanan berserat seperti
sayuran, daging atau makanan berasaskan protein, sehari sebelum
prosedur. Makan hanya bubur, air, dan jus tanpa serat sebelum
ubat pembersihan usus. Kaedah biasa untuk membersihkan usus
adalah menggunakan larutan sodium phosphate (Fleet®, colclean®),
larutan macrogol (Fortran®). Selepas minum larutan tersebut,
pesakit akan mengalami pergerakan usus dalam 30-60 minit.
Dinasihatkan supaya mengambil larutan tersebut mengikut arahan.
Apabila sisa perkumuhan dalam usus telah dibersihkan dan tinggal
hanyalah kandungan berair tanpa mendapan pejal barulah usus
boleh menjalani kolonoskopi.

Adakah prosedur tersebut menyakitkan? Adakah
saya akan merana?

Prosedur ini sesuatu yang biasa dijalankan pada masa kini
berbanding 10 tahun yang lalu apabila prosedur-prosedur
perubatan masih dalam peringkat awal. Dengan kemajuan alat-alat
perubatan, perkembangan prosedur kolonoskopi lebih selesa dan
para doktor telah mendapat latihan yang lebih baik untuk
menjalankan prosedur tersebut; kadar ketidakselesaan adalah
minima. Dibantu ubat pelali yang diberikan ketika prosedur,
pesakit tidak akan merasakan atau mengingati apa-apa yang
berlaku ketika prosedur tersebut dijalankan. Ketika permulaan,
pesakit dipindahkan ke suite endoskopi di mana semua peralatan
perubatan yang diperlukan disediakan. Pesakit dibaringkan atas
katil endoskopi dan pemantauan tanda-tanda penting dijalankan.
Ubat pelali diberikan untuk menenangkan pesakit dalam keadaan
tidak sedar diri. Selepas itu barulah prosedur akan dimulakan.
Setelah selesai, pesakit tidak akan mengingati apa-apa yang
berlaku sepanjang prosedur.

Apakah yang akan dilakukan doktor ketika prosedur?

Kolonoskopi secara ringkasnya adalah memasukkan kabel gentian
optik kedalam usus besar. Dengan bantuan lensa kamera di hujung

kabel, doktor boleh melihat imej bahagian dalam usus pada skrin
monitor. Penglihatan secara langsung membolehkan seluruh
bahagian usus besar digambarkan.

Prosedur terbahagi kepada dua jenis :

1. Diagnostik – prosedur di mana doktor hanya membuat
penggambaran seluruh bahagian usus besar dan membuat
pengenalan penyakit berdasarkan pemerhatian dalam usus
besar misalnya barah usus, penyakit radang usus, kolitis dan
sebagainya.

2. Terapeutik – prosedur tambahan ketika kolonoskopi diagnostik
dijalankan. Apabila ketumbuhan dijumpai dalam usus besar
seperti polip kolon, doktor boleh menjalankan pembedahan
kecil untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut ketika
kolonoskopi. Ini dipanggil pembedahan buang polip atau
polypectomy. Begitu juga dengan ketumbuhan dalam usus
besar yang disyaki sebagai barah, pada sesi yang sama doktor
akan melakukan biopsi sampel ketumbuhan tersebut dan
menghantarnya untuk pemeriksaan histopatologi untuk
mengesahkan barah usus besar.

Dengan prosedur terapi sedia ada, ketumbuhan awal dalam usus
boleh dikenalpasti dan dibuang. Prosedur ini membolehkan
pesakit mendapatkan rawatan awal untuk mengelakkan
ketumbuhan tersebut berlarutan menjadi barah.

Apakah bahaya atau senario paling buruk untuk
prosedur kolonoskopi?

Semua prosedur mempunyai kadar risiko tertentu berlakunya
komplikasi. Kolonskopi adalah sama dan komplikasi tidak dapat
dielakkan. Sekiranya kolonoskopi dijalankan oleh pakar yang
berpengalaman, risikonya adalan rendah.

Sumber Rujukan:
https://www.mmgazette.com/kolonoskopi-apa-yang-anda-perlu-tahu-dr-lam-yeaw-fah/

Kenali penyakit kita daripada kebiasaan
orang lain

Cara ini tidak digalakkan memandangkan tubuh atau simptom
seseorang berlainan. namun, tidak dina kan ada antara kita yang
tidak mempunyanyi wang untuk buat Endoskopi atau Kolonoskopi
ada juga tidak seberapa gemar menunggu giliran di hospital
kerajaan.

Kita juga boleh mengenal pasti penyakit Gestrik, Gerd dan anxiety
kita ini daripada kebiasaan simptom yang di alami oleh orang lain.
Misalnya, simptom yang di alami kawan atau orang yang kita kenali
selalu lepas makan “perut dia akan sebu”.
Rupanya sama apa yang dia rasa dan apa yng kita rasa.

Tetapi pastikan penyakit atau simptom yang kawan kita alami
telah disahkan oleh Dokter.

Kenali penyakit kita daripada
pengalaman kita sendiri

Ada ke orang yang dapat kenal pasti penyakit atau simptom yang
dia alami mengikut pengalaman dia?
Iye! ada. Saya sendiri tidak pernah buat Endoskopi atau Kolonos-
kopi saya belajar daripada simptom yang saya hadapi dan
daripada simptom orang lain hadapi. Kebanyakan pada awalnya
saya banyak try and error, lama-lama baru saya faham tentang
simptom yang saya hadapi.

Tapi cara macam saya tidak digalakkan, kalau anda cukup
kewangan pergi la buat Endoskopi atau Kolonoskopi, saya dengar
kos di hospital swasta masih dibawah RM3,000.
Kalau sanggup menunggu giliran pergi la hospital kerajaan.

Apa yang paling penting sebelum kita berubat kita kena kenal
terlebih dahulu tentang penyakit yang sedang kita hadapi.
Bila kita kenal penyakit kita, maka baru la senang kita berubat,
tidak la terbuang masa, tenaga dan juga wang ringgit.

BAB 3 - CARA PANTANG CEPAT SEHAT

Jika kita mengalami sesuatu penyakit, mula-mula sekali yang kita
kena buat adalah Ubah Cara Pemakanan, bukan ubat yang men-
jadi keutamaan, ubat boleh menjadi numbor 2.

Jasad dan badan kita Allah cipta cukup sempurna, badan kita
ada anti body yang tersendiri untuk melawan dan menyebuhkan
tanpa ubat.

“Jika tangan kita terkena pisau dan kita biarkan dia tanpa apa-apa
perubatan ianya akan sembuh dengan sendirinya” biarpun lambat.
Disini kita dapat lihat badan kita ada unsur-unsur penyembuhan
secara semulajadi, jika badan kita terlalu banyak keradangan
maka susah dia nak sembuh secara semulajadi.

Mungkin kita pernah dengar ayat orang macam ini “Ala jaga makan
sekalipun penyakit tak sembuh juga” ini pemikiran yang songsang,
kalau ada orang berpendapat seperti ini bermakna penyakit yang
dia hadapi masih lagi ringan, dia belum lagi mersa penyakit yang
teruk, jika sebaliknya secara automatik dia akan berpantang,
bahkan dia lebih menjaga pantang berbanding kita.

Makanan sekarang orang sehat boleh jadi
sakit, apatah lagi orang yang sakit!

Ramai orang tidak perasan, makananan yang kita makan setiap
hari merupakan racun atau bencana yang kita undang untuk diri
sendiri, sebab apa saya kata demikian? Lihat la sendiri berapa
peratuskah makanan proses dan makanan sintetik dalam pasaran?
hampir 90% makanan dalam pasaran adalah tidak sehat,
bayangkan hari-hari kita makan.

Bagi saya rokok lebih sehat berbanding makanan proses dan
sintetik

“Bagi perokok tegar dalam masa satu jam dia boleh menghabiskan
2 - 5 batang, bermaksud sehari kekadang dia boleh habiskan
sehingga 2 bungkus. Cuba kita makan gula putih sama nisbah
seperti kita hisap rokok, Maka penyakit yang kita dapat adalah
daripada gula bukan daripada rokok”

Bukan bermaksud saya sokong orang hisap rokok, yang betul kita
kena sokong dan yang salah tetap salah. Tapi kalau anda penyakit
Gestrik, Gerd dan Anxiety berhenti la merokok, ianya dapat mem-
bantu dalam pemulihan.

Apa itu makanan Proses

Makanan proses adalah makan yang telah diubah bentuk asal
yang diproses menjadikan produk makanan komersial yang
di konsumsi oleh semua lapisan masyarakat seperti:

* Makanan Fastfood (Mcdonald, KFC, Maggie)
* Makanan yang ada campuran bahan proses yang lain.
* Minyak masak yang berasal daripada buah-buahan seperti

minyak jagung, etc.
* Margerine, dan semua jenis cake, Roti, Biskut, etc

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi asasnya makanan yang telah
diubah sifat asalnya untuk tujuan keuntungan perniagaan.

“Jika sesebuah makanan tidak ada bahan pengawet, maka ianya
tidak tahan lama rotation dia cepat, susah nak dapat untung
yang banyak”
Sebab itu dalam Islam Halal sahaja tidak mencukupi, tetapi kena
disertakan dengan Toyyiban (bersih). Makanan proses kalau
kita kaji secara detail bersih ke tak? dah tentu tidak! ada
banyak bahan-bahan yang badan kita tak boleh terima ada dalam
makanan proses.
Mulai sekarang ikut la pemakanan cara Rasullullah yang sentiasa
memakan makanan yang natural.

Apa itu makanan Sintetik

Makan sintetik hampir sama macam makanan proses, cuma
kejadian asal makanan tidak berubah, cuma di tambah bahan-
bahan yang lain untuk penyedap, pengawet, etc.

Seperti:
* Garam laut yang ada Iodine (iodine pada asasnya bagus tetapi
ianya sudah di manipulasi dijadikan sintetik)
* Sos, Kicap, Cuka dan penyedap rasa yang lain-lain.

Banyak lagi sebenarnya, tetapi susah kita mengingatinya. Untuk
lebih selamat kita kena pastikan makanan yang kita makan
adalah Natural (alami) yang belum di ubah sifat. Biarpun belum
diubah sifat kita kena berhati-hati juga dengan racun atau baja
yang digunakan untuk merawat tanaman. Bagi mereka yang ada
cirit birit tidak digalakkan memakan ulam-ulaman yang mentah
ulam-ulaman yang ditanam secara komersial, terkecuali ulam-
ulaman yang tumbuh secara semula jadi.

Bermaksud bandan kita ada tindak balas pada tumbuhan
mentah yang mengandungi racun perosak, biarpun telah dicuci
namun sisa racun masih ada lagi pada tumbuhan tersebut.

“Ini atas pengalaman saya sendiri”

Amalan pantang cara saya sendiri

Sebenarnya sampai ke hari ini saya masih berpantang sebab bagi
saya makanana komersial sekarang tidak layak untuk di makan
oleh manusia “yang sehat pun boleh jadi sakit, apatah lagi yang
sakit” tapi sendiri berpantang daripada makan Proses, Sintetik
dan makanan-makan yang memang badan saya tak terima, seperti
pulut, kalau sy makan masti ada yg tak kena, tapi sebenarnya pulut
tak jauh beza dengan nasi, cuma yang membezakannya adalah
kanji, beras pulut lebih tinggi kanji berbanding nasi.

Saya lebih senang tulis apa yang saya amalkan berbanding
dengan apa yang saya tak boleh makan.

Pada permulaan pantang, saya pun biggung, sampaikan santan
jadi mangsa, pada hal santan lemak yang baik untuk badan kita,
nanti saya akan cerita tentang santan.

Makanan harian saya masa pantang:
* Saya makan nasi yang lembik, masa masak saya lebihkan air

supaya perut kita senang hadam bila makan nasik lembik.
* Lauk pauk saya masak seperti masak sup, singgang, kari, dan

masak lemak.
* Ikan! semua saya makan, cuma saya elakkan ikan yang isinya

ada banyak hitam, sebab ianya mengandungi toksid yang tinggi

* Ayam! macam biasa, kalau tak masak sup, saya masak kari, masak
lemak, goreng dengan minyak kelapa.

* Sayur-sayuran saya pilih seperti sawi, kentang, karet dan lobak

Bahan-bahan atau paste yang saya gunakan dalam setiap masakan
saya adalah yang Natural.
* Garam no iodine (garam bukit yg tiada iodine)
* Perencah sup yang lulus, sup bunjut Adabi, Kekadang sy buat

sendiri je perencah sup campuran (bunga lawang, kulit kayu
manis, biji buah pelaga, cengkih sedikit, lada hitam sedikit, chili
kering yang telah dibuang biji dia)

Janji makanan yang kita makan adalah Natural, itu yang lebih
penting. Wajib elak daripada makanan proses dan sintetik.
Makanan tambahan, seperti makanan minum petang saya suka
buat Lempeng kelapa (daripada tepung beras) dan saya
selalu buat rebus ubi keledek cicah kelapa parut campur Gula
Kelapa (gula nisan) yang ini kena cari yang original, kalau gula
melaka kebanyakan ada campuran gula pasir.
Saya juga suka buat Bubur kacang hijau campuran santan kelapa,
ubi keledek, halia, daun pandan dan Gula Kelapa.

Penjelasan tentang saya masak Kari dan masak Lemak.
Masak Kari saya gunakan 100% bahan-bahan natural rempah
yang saya buat sendiri. Minyak menggoreng saya guna Minyak
Kelapa (boleh beli di Shopee)

Santan, kena guna santan yang fresh, yang kita perah sendiri ye!
Santan yang dijual di kedai kebanyakannya ada campuran, lagi-
lagi santan kotak.

Air manis, saya hampir setiap hari minum air kelapa muda (kosong)
Air kelapa muda sangat bagus untuk kesehatan kita, boleh buat
research sendiri nanti. Tetapi bagi mereka yang tak biasa minum
air kelapa dia akan merasa sedikit pening, itu puncanya daripada
keradangan dalam perut dan usus kita, bukan air kelapa yang
salah, lama-lama perut kita akan terbiasa, jangan berhenti minum
air kelapa muda,

“Saya lebih suka buat Coconut Shake, isi dan air saya blander
sekali lepas tu saya letak gula kelapa” memang sedap!..

Dalam bab berpantang kita kena kuat dan bersabar kalau nak
pulih, Penyakit Gestrik, Gerd dan Anxiety nie sangat sukar makan
masa untuk pulih, kalau kita tidak pantang maka kita lambat pulih.

Makanan apa yang boleh dimakan?

* Makanan yang tidak diproses dan bukan sintetik
* Makanan yang tidak akan tringer angin kita, maksudnya

makanan yang tidak sejuk.
* Makanan yang natural (alami). Yang kita tidak biasa makan

jangan berlebihan, makan sikit demi sedikit try and error.

Pada asalnya makanan yang natural (alami) tidak berbahaya untuk
badan kita, cuma ada sesetengah yang kita tidak boleh makan jika
simptom kita tengah datang seperti buah nangka dan durian.

Bukan bermakna kita tak boleh makan sampai bila-bila, jika perut
kita sudah beransur pulih kita boleh je makan, tapi kena berpada-
pada. Makanan natural ini dia tak sama macam makanan proses
dan sintetik, kalau makanan proses / sintetik kena tinggalkan terus.

Makanan apa yang tidak boleh dimakan?

* Makanan proses dan makanan sintetik (wajib tinggal)
* Makanan yang boleh tringer angin seperti nangka, durian,

tembikai, timun (lebih senang pokok dia yang berjalar seperti
tomato dan kacang panjang.

Sekali lagi saya ulang, ini semua bergantung pada simptom yang
kita alami, ada orang simptom ringan, simptom ringan boleh makan
apa sahaja yang natural sebenarnya, janji jangan berlebihan

Jika simptom anda tengah datang menyapa, kalau boleh elakkan
dulu makan makanan yang boleh tringger angin, biarpun natural.

Selebihnya ikut penerimaan badan masing-masing, sebab lain
orang lain dia punya kehendak tubuh, kena try and error.

BAB 4 - GAYA HIDUP SEHAT & AMALAN
ROHANI

Yang sehat pun kena amalkan hidup sehat, apatah lagi kita yang
sakit memang kena mengamalkan cara hidup yang sehat.

* Stress. merupakan hormon yang paling bahaya untuk badan kita
kajian menunjukkan hormon stress di suntik kepada tikus
selang beberapa hari tikut boleh mati.
Wajib elakkan daripada stress. Macam mana kita nak kawal tahap
stress? Kita kena sedar yang bahwa stress musuh utama dalam
kesehatan kita, alihkan pemikiran kita kepada benda-benda
yang membuatkan kita bahagia, mungkin kita boleh dengar
bacaan ayat Al-Quran, dengar lagu, dan sebagainya.

* Beriadah. Untuk kekal ceria dan gembira kita kena memba-
hagiakan diri kita, iaitu dengan beriadah, berjoging, berjalan-
jalan di taman serta activiti yang lain yang boleh membuatkan
kita bahagia.

* Berjemur. Untuk mendapatkan vitamin (C) badan kita memer-
lukan cahaya matahari, se-elokknya matahari pagi diantara
pukul 9 -10 pagi setiap hari. Tidak lain dan tidak bukan adalah
untuk mencipta hormon gembira, dan dapat memulakan pagi
anda yang segar.

* Tidur Mencukupi. Kita kena tidur sekurang-kurangnya 7 jam
sehari, Jika kita kurang tidur hormon stress mudah menyerang.
Tips untuk mudah tidur, ambik mood, baca doa tidur, usap-usap
belakang kepala, bisik kepada kepala kita “jom! kita tidur besok
kita kena bangun awal solat subuh” ulang beberapa kali dengan
penuh yakin. Hiasla bilik tidur anda yang lebih selesa dengan
warna warni, wangi-wangian, etc.

* Solat Berjamaah. Untuk mendidik disiplin dalam diri kita kena
jaga solat berjamaah di masjid (lelaki) bagi perempuan boleh
bermula dengan solat awal waktu dirumah mahupun di masjid.
Solat berjamaah juga dapat mendidik jiwa serta iman kita kepada
Allah swt, kebahagian yang hakiki adalah bila kita selalu dekat
dengan masjid.

* Puasa Sunat. Puasa tidak dina kan ianya salah satu amalan
untuk membersihkan jiwa dan juga perut. Orang yang berpuasa
perut dan usus dia akan sehat, bebas daripada angin jahat,
hanya di bulan puasa sahaja kita boleh makan apa sahaja, perut
kita tiada masalah apa-apa. Puasa sunat umumnya, puasa Isnin
khamis, puasa hari putih, puasa enam, etc. Untuk lebih jelas
tentang puasa sunat, sila bertanya pada orang yang lebih arif.

* Berdoa Kepada Allah. Jangan pernah tinggalkan doa selepas
seolat wajib 5 waktu, minta pertolongan daripada Allah supaya
penyakit yang kita alami ditarik atau di hilangkan oleh Allah.

BAB 5 - MAKAN UBAT YANG BERSESUAIAN

Amalan pemakanan ubat yang paling penting kita kena faham
tentang penyakit yang kita hadapi mengikut simptom masing-
masing, Kalau anda mengalami Ulser anda kena makan ubat
ulser, kalau anda mengalami H-pylory anda kena makan antibiotik.
Itu asasnya. Pastikan anda kenal penyakit anda sebelum
mengamalkan apa-apa ubat.

Dibawah saya akan cerita atau memberi tips amalan Ubat yang
pernah saya amalkan, bahkan ianya berkesan kepada diri saya.

Pada permulaan simptom saya datang selepas bulan puasa tahun
2021 saya mengamalkan sejenis susu kambing campuran, namun
ianya sekedar mengawal sahaja tidak menyembuhkan. Selepas itu
saya beli lagi satu jus, sama juga tidak memberikan kesan apa-apa.
Akhirnya sy kaji lagi tentang penyakit yang saya alami baru la saya
dapat jawaban serta teknik pemakanan ubat yang betul.

* Keradangan. hampir semua penyakit yang kita alami berpunca
daripada keradangan, tidak terlepas juga Gestrik, Gerd dan
Anxiety ianya keradangan perut serta usus kita.
Untuk mengatasi masalah keradangan saya mengamalkan
- Minyak Zaitun, minyak biji Labu, minyak Habbatussauda dan
minyak VCO (virgin coconut oils)

* Menambahkan Asid. Untuk sistem penghadaman yang lebih
sempurna kita kena menaikkan PH asid dalam perut, supaya
setiap makanan yang masuk dalam perut dapat dicerna
dengan baik, supaya makanan tidak melalui fermentasi yang lama.

Untuk mengatasi masalah ini saya mengamalkan Cuka Buah Ten
yang saya campur dalam air masak, nisbah satu cawan teh ber-
samaan dengan 1 sudu makan cuka ten.

Selain daripada cuka ten anda juga boleh mengamalkan cuka
apple (red apple) cara amalan dia pun sama.
Bagi anda yang baru, dinasehatkan ambil dalam jumlah yang
sedikit terlebih dahulu, ikut pada kesesuain tubuh masing-
masing.

* Lemak Baik. Lemak baik sangat diperlukan oleh tubuh kita, ianya
berfungsi sebagai menutupi atau menyembuhkan luka-luka
dalam badan kita disebabkan keradangan.

Lemak baik saya mengamalkan Santan Kelapa segar dan minyak
Biji Labu. Santan kelapa saya beli siap parut sampai rumah saya
blander untuk hasil santan yang banyak, nisbah amalan saya
setiap hari adalah sebijik kelapa, pagi separuh dan sebelah
malam lagi separuh (lebih kurang dalam 250ml campuran air).
Join Group Santan Tuan Adib disini: https://t.me/TMutant

* Probiotik & Prebiotik. Untuk Probiotik saya amalkan suplimen
setiap pagi dan malam, jika anda ingin membeli probiotik
pilih la yang melebihi 10 million (CFU). Dalam bab Probiotik
& Prebiotik saya akan cerita secara details apa itu Probiotik dan
apa itu Prebiotik.

Untuk Prebiotik saya mengamalkan Arabic Gum yang asli
yang tiada campuran, Saya beli daripada kedai Arab yang masih
berketul, kemudian saya kisar menjadi serbuk dirumah.
Saya amalkan setiap pagi dan malam, untuk setiap 250ml air
hangat sy letak 2 sudu makan serbuk Arabic Gum. Selepas saya
mengamalkan Arabic Gum perut rasa selesa, tiada lagi sebu
dan angin jahat.

BAB 6 - PROBIOTIK & PREBIOTIK

Probiotik adalah kuman bakteria baik yang melapisi dinding

dalam usus kita dan membantu dalam sistem penghadaman dan
penyerapan nutrisi daripada makanan dan membantu dalam
melawan jangkitan kuman jahat atau pathogenik.
Kajian menunjukkan probitik ini mempunyai faedah kesehatan
terbukti efektif untuk:

* Menyokong fungsi sistem imuniti yang kuat
* Mengurangkan masalah keradangan terutama dalam usus
* Menggalakkan penghadaman yang lebih sempurna dan sehat
* Mengekalkan kecantikan dan kesehatan kulit.

Bakteria baik Probiotik ini bertanggungjawab untuk fungsi tubuh
seperti berikut:

* Penghasilan vitamin B12
* Penghasilan Butyrate
* Penghasilan vitamin K2
* Mengawak pembiakan kuman jahat pathogenik dalam usus
* Merangsang rembesar Immunoglobulin A (igA) dan sel T

(regulatory T cells) yang penting untuk menyokong fungsi
imuniti tubuh.

Prebiotik sebenarnya adalah kompuan serat yang tidak boleh

dihadamkan oleh sistem penghadaman kita. Prebiotik seperti
makanan berserat tinggi lain, akan melalui sistem penghadaman
kita tanpa dihadamkan oleh bahagian pangkal usus dan akan
sampai kebahagian hujung usus atau kolon dan akan di
fermentasi oleh kuman micro ora usus besar.

Makanan yang kaya dengan Probiotik

1. Budu
Budu adalah makanan tradisi Pantai Timur Malaysia, iaitu di
Kelantan dan Terengganu. Ia telah di istiharkan sebagai makanan
warisan Negara Malaysia. Budu sangat kaya dengan kuman baik
didalamnya oleh sebab fermentasi, ianya sangat bagus untuk usus
sehat.

2. Cencalok
Cencalok atau cincaluk adalah makanan tradisi di Melaka khusu-
snya dan dimakan juga oleh masyarakat melayu di negeri-negeri
yang lain. Ia juga menjadi makanan tradisi kaum Baba Nyonya
di Melaka dan Pulau Pinang.

Ianya diperbuat daripada fermentasi Udang Geragau yang banyak
terdapat di pantai Negeri Melaka. Kuman Probiotik dalam
cencalok adalah jenis bakteria Asid Laktik (LAB) yang sangat

Baik untuk usus sehat.

3. Tempoyak
Tempoyak adalah makanan yang diperbuat daripada isi buah
durian yang diperam bersama garam. Ia juga makanan yang
istimewa di Malaysia terutama di negeri Sembilan dan Pahang.
Kajian menunjukkan, tempoyak kaya dengan kuman baik
Probiotik.

4. Belacan
Belacan adalah makan tradisi Nusantara sama ada di Indonesia
mahupun di Malaysia. Ia juga diperbuat daripada udang geragau
atau udang kecil yang ditumbuk halus dengan garam dibiarkan
untuk diperam sebelum digunakan. Ini juga tidak terlepas dengan
kebaikan Probiotik di dalamnya.

5. Tempe
Tempe juga makanan tradisi orang Jawa dan juga telah menjadi
sebahagian makanan tempatan di Malaysia. ia adalah makanan
yang diperbuat daripada kacang soya yang diperam atau di
fermentasi dalam masa yang tertentu. Ia juga mengandungi
Probiotik yang sangat bagus untuk usus kita, namun se-eloknya
dimakan semasa mentah, jika dimakan selepas di masak maka
khasiat Probiotik dia tiada lagi.

6. Yogurt
Yogurt bukan tradisi makanan orang Melayu, tetapi ianya sangat
mudah didapati di pasaran sekarang. Ini juga makanan kaya
dengan Probiotik yang paling popular di seluruh dunia yang
diguna pakai juga dalam pelbagai jenis makanan. Ia dibuat
daripada susu lembu, susu kambing, susu kerbau dan sebagainya
Ia dikenali dengan makanan no.1 yang paling kaya dengan
Probiotik.

7. Tapai
Makanan yang popular di Asia dan Asia Tenggara iaitu tapai. Bias-
anya di perbuat daripada beras pulut dan juga ubi kayu atau
keledek. Ia di peram dengan ‘Ragi’ dalam bekas yang tertutup
beberapa hari. Ia juga kaya dengan kuman baik Probiotik.

8. Kimchi
Kimchi adalah makanan tradisi orang Korea iaitu sejenis sayur
kubis cina yang diperam dengan makanan lain dan bebe-
rapa jenis rempah seperti ek lada merah, lobak putih, lobak
merah, bawang putih, halia, bawang merah, garam laut dan sos
ikan. ianya kaya dengan kuman baik Probiotik untuk usus sehat.

9. Miso
Miso adalah makanan tradisi orang Jepun yang diletakkan dalam
pelbagai hidangan makanan mereka. Miso dihasilkan dengan
proses pemerapan atau fermentasi kacang soya, barli atau beras

perang dengan ‘koji’. Ia juga kaya dengan kuman baik Probiotik

10. Ka r Susu
Ka r adalah serupa dengan yogurt iaitu dihasilakan daripada
fermentasi produk tenusu, Ia juga kaya dengan kuman baik
Probiotik.

12. Ka r Kelapa
Ia juga kaya dengan kuman baik Probiotik

13. Ka r Air
Ia juga kaya dengan kuman baik Probiotik

14. Teh Kombucha
Ia juga kaya dengan kuman baik Probiotik.

15, Cuka Apple / Cuka Ten
Ia juga kaya dengan kuman baik Probiotik.

Sebenarnya ada banyak lagi seperti dalam susu segar, mentega,
jeruk buah zaitun, dan lain-lain.

Untuk mengamalkan Probiotik diatas kena lihat pada simptom yang
kita hadapi, ada probiotik yang tak sesuai dengan kita seperti yang
mengandungi tenusu dan masam. Jika perut kita sehat ianya
tidak menjadi masalah.

Makanan dan Sumber Prebiotik

Prebiotik secara amnya ditemui dalam sayur-sayuran, ulam-ulaman,
bijirin berserat penuh dan sumber kanji degil sperti pisang muda.

Berikut adalah senarai sumber makanan yang kaya dengan
Prebiotik yang boleh di ambil dan amalkan setiap hari:

1. Al-manna atau Arabic Gum
2. Chia seed
3. Bawang Putih
4. Bawang merah
5. Pisang muda, pisang tanduk, pisang nangka
6. Selari (celery)
7. Akar chicory
8. Sayur berdaun hijau (sawi, bayam, kangkung)
9. Ulam-ulaman mentah (jering, petai, pucuk gajus, ulam raja, selom,

timun, pucuk ubi, daun pegaga, jantung pisang dan lain-lain)
10. Kacang panjang, kacang buncis
11. Daun bawang, daun sup, daun ketumbar
12. Kubis, bunga kubis, brokoli
13. Artichoke
14. Asparagus.

Bersederhana dalam amalan, ada ulam-ulaman yang tidak sesuai
kepada mereka yang ada penyakit Gerd.

BAB 7 - MASIH BELUM JUMPA TITIK
PENYEMBUHAN?

Penyakit Gestrik, Gerd dan Anxiety adalah penyakit yang paling
sukar di ubati, jika tidak kena cara mungkin bertahun-tahun kita
berubat. Apa yang paling penting adalah pastikan kita kenal
penyakit kita betul-betul baru la kita senang berubat.

Tapi, persoalannya sekarang adalah semua amalan diatas
kita sudah buat, namun Gestrik, Gerd dan Anxiety kita masih lagi
tidak sembuh, padahal semua amalan kita dah buat yang terbaik.

Ok, Apa yang kita kena buat Jika kita masih lagi tidak menjumpai
titik penyembuhan?

Yang pertama sekali kita kena Lihat atas simptom yang kita alami
sebagai contoh, adakah simptom kita datang ikut masa? atau
simptom sakit kita berterusan. Jika ianya datang ikut masa, sebagai
contoh dia datang waktu petang sahaja, atau datang waktu solat
sahaja. Ini adalah simptom anxiety.

“Sebenarnya kita tengah menghidap penyakit Anxiety”

Ini yang kita kena faham, penyakit sebenar ianya tidak ikut masa
sentiasa kita sakit selagi kita tak sembuh, tak kira siang malam.

Macam mana kita kenal yang bahwa kita ada penyakit
Anxiety?

* Kita sentiasa rasa takut pada benda-benda yang tak logik
- Takut keluar rumah, takut jumpa orang, takut malam,
takut makan ubat, dan sebaginya.

* Kita sentiasa rasa sakit, padahal kalau kita divertkan otak kita
baik-baik sahaja.

* Kita sentiasa murung, pemikiran bercelaru, pemarah, stress.

* Kita sentiasa mencari jawaban kepada penyakit kita, padahal
kita tidak sakit pun, yang sakit adalah jiwa kita.

* Kekadang kita rasa sesak nafas, tercekik, berdebar, seram sejuk,
hilang mood, hilang tenaga, rasa mcm nak mati, dan sebaginya.

Anxiety ini dia datang pada orang yang trauma
daripada penyakit yang pernah dia alami sebelumnya.
Penyakit Gerd nie sebenarnya kita banyak trauma, apa taknya
tengah-tengah sembang tiba-tiba sesak nafas dan berdebar-
debar, ianya berulang-ulang on off. Lama-lama kita akan trauma.

Apa yang patut Kita buat jika kita ada Axiety?

1. Kita kena terima kenyataan “Aku ada Anxiety”.
Jika kita faham, kita akan mudah divertkan otak kita
daripada sakit kepada tidak sakit, sebab kita dah tanam dalam
otak kita semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah Anxiety je
semata mata.

2. Mengalihkan Tumpuan
Kita kena mengalihkan tumpuan kita kepada benda-benda lain,
mungkin kita kena sibukkan diri dengan bekerja, menguruskan
rumah tangga, menguruskan anak-anak dan sebagainya. Buat la
perkara yang boleh mengalihkan tumpuan kita, jangan asek pikir
pasal penyakit je.

3. Sibukkan Diri
Kita kena menciptakan sesuatu yang boleh menyibukkan kita
kalau kita takda kerja kita kena cari kerja, kita kena bina business.
Jangan duduk termenung, buat sesuatu, mungkin anda boleh
menunaikan solat fardu secara berjamaah di Masjid ke, buat
activity memancing ke, berjoging ke, berjalan-jalan ke.

4. Fokus
Fokus sama dengan khusyuk dalam sembayang, dalam semua
aspek kita kena fokus atau khusyuk, fokus dalam sembayang,
fokus dalam bekerja, fokus dalam memasak, fokus melayan
anak-anak, fokus melayan isteri, fokus melayan suami.

5. Ready
Kita kena bersedia jika axiety datang secara tiba-tiba, kita
sendiri mungkin dah tahu bila masa dia datang, bagi tahu kepada
suami, bagi tahu kepada isteri, bagi tahu kepada rakan kerja, bagi
tahu kepada kawan-kawan suruh bersedia jika anxiety kita
datang. Jika kita bersedia kita dapat mengawalnya.

6. Planning
Kita kena ada persediaan kalau anxiety aku datang apa yang
patut aku buat, maksudnya kita kena ready, sediakan ubat ke,
sediakan tempat baring ke, zikir apa yang boleh bertenang. Jika
semua kita dah planning semuanya tidak ada masalah.

7. Sharing
Penyakit Anxiety ini kita tidak perlu mendiamkan diri, bagi tahu
kepada orang disekeliling kita tentang penyakit kita, supaya
mereka boleh menolong kita, memberikan semangat dan
dapat membantu bila anxiety kita datang menyerang. Kita kena
bagi tahu terutama sekali kepada suami kita, isteri kita, anak-
anak kita, ayah kita, ibu kita.

8. Pujuk diri sendiri aku dah Pulih
Jika semua berjalan seperti apa yang kita planning mungkin
sampai lagi satu tahap dimana kita kena berkata pada diri kita
sendiri “yang bahwa aku sudah pulih”, biarpun anxiety datang
sebulan sekali atau setahun sekali, set awal-awal kita dah pulih

9. Jangan banyak mengeluh
Kita kena letak diri kita ditempat yang selamat. “Orang lain
siap ada penyakit kenser aku cuma penyakit anxiety, orang
ada penyakit buah pinggang yang kena dialisis setiap minggu
aku cuma penyakit anxiety je”.

Maksudnya kita kena mengalah dan kita kena bersyukur atas
ujian yang Allah berikan kepada kita, Dalam masa yang sama
kita kena bersihkan hati, dekatkan diri pada Allah, memberikan
pertolongan pada orang lain, memberikan senyuman, bersagka
baik pada orang lain, memaafkan orang lain.

Ini adalah amalan supaya rahmat Allah dan pertolongan Allah
cepat sampai dikala kita berdoa.

BAB 8 - KESIMPULAN

Kenali Penyakita Kita
Sebelum kita makan ubat, benda yang paling utama yang kita
kena buat adalah “kenali Penyakit kita” dengan berjumpa Dokter
buat pemeriksaan secara terperinci. Bila kita sudah dapat jawaban
maka baru la senang kita berubat, takda la terbuang masa.

Berpantang
Ini adalah wajib kepada penyakit Gestrik, Gerd dan Anxiety tak
guna makan ubat jika kita tidak berpantang, Lagipun makanan
dalam pasaran sekarang ini 90% tidak sehat untuk kita makan,
yang sehat pun boleh jadi sakit, apatah lagi yang sakit.

Berpantang la cara yang betul, bukan semuanya anda tak boleh
makan, cuma Makanan Proses dan Makan sintetik sahaja yang
patut anda elekkan.

Amalkan Hidup Sehat
Mengamalkan hidup sehat ini bukan sahaja yang ada penyakit Gerd
yang masih sehat pun kena amalkan hidup sehat, sebab badan
kita recharge dengan membuang toksid dengan berjoging, minum
air secukupnya, tidur yang mencukupi, kawal tahap stress dan lain
lain.

Pengambilan Ubat Yang Tepat
Bila kita sudah memahami tentang penyakit yang kita alami maka
kita dapat mencari ubat yang tepat.

- Ubat Keradangan
Cari la minyak-minyak yang boleh mengasi masalah keradangan
seperti minyak, zaitun, minyak biji labu, minyak VCO (virgin
coconut oils), minyak habbatussauda.

- Naikan PH asid dalam perut
Anda boleh mengamalkan cuka apple, cuka buah ten
atau mana-mana cuka buah-buahan tempatan yang lain.
ingat! cuka buah diperam dengan gula pasir, kalau anda boleh
dapat yang diperam dengan pemanis yang lain lebih bagus.
kalau tak dapat juga jangan beramal dengan cuka buah dalam
jangka masa yang lama, mungkin cukup sekedar 1 botol sahaja.

- Probiotik & Prebiotik
Untuk mengawal baketeria baik dalam usus kita kena makan
suppliment atau makanan yang kaya dengan probiotik. Untuk
memilih suppliment yang tepat carila yang CFU yang melebihi
10 million keatas.

Untuk prebiotik saya sendiri mengamalkan Arabic Gum, tapi anda
boleh juga mengamalkan ulam-ulaman, sayur-sayuran hijau lain

Mengikut penerimaan badan masing-masing, saya pun menga-
malkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak tringger
angin dalam perut.

Masih lagi tidak jumpa titik penyembuhan?
Jika anda masih lagi tidak jumpa titik penyembuah anda kena
kaji semua tentang penyakit yang anda alami. Berkemungkinan
anda mengalami penyakit Anxiety.

Apa itu Anxiety? anxiety adalah salah satu penyakit otak yang
disebabkan oleh trauma yang berpanjangan, ada juga berpen-
dapat ianya disebabkan oleh usus yang tidak sehat.
Secara kasarnya anxiety ini adalah berpunca daripada trauma
yang pernah kita alami sebelumnya, tidak semestinya berpunca
daripada penyakit usus, tapi bila kita ada penyakit Gerd, maka
secara automatik anxiety akan ada.

Kita kena pandai kawal tahap anxiety dengan cara kita mengambil
alih otak kita supaya kita boleh kawal dia, berkawan dengan dia,
memujuk dia, memberi dia tunjuk ajar. Semuanya saya ada tulis
diatas sehingga 9 perkara.

RUJUKAN

Artikel yang ada dalam ebook ini merupakan daripada pengalaman
sendiri dan rujukan daripada dokter-dokter pakar yang lain.
Ada juga sesetengah rujukan daripada artkel di Internet.

Semoga penyakit kita ini Allah tarik balik.

Tiada penyakit yang tidak dapat di ubati, kalau kena cara, apa-apa
sahaja penyakit boleh sembuh dengan izin Allah.

Penulis: Kamarul Yunus


Click to View FlipBook Version