PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2023: 22 OGOS 2023 1 NOTA CAKAP YAB DATUK SERI AB RAUF BIN YUSOH KETUA MENTERI MELAKA MERANGKAP PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2023 TARIKH : 22 OGOS 2023 (SELASA) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT TUN MUTAHIR SERI NEGERI, MELAKA
PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2023: 22 OGOS 2023 2 ALHAMDULILLAHI RABBIL „ALAMIN, WASSOLAATU WASSALAAMU „ALA ASYRAFIL AMBIYAAI WAL MURSALIIN, WA‟ALA AALIHI WA SOHBIHI AJMA‟IIN. RABBISH RAHLI SADRI, WAYASSIRLI AMRI, WAHLUL UQDATAM MILLISAANI, YAFQAHU QAULI. ALLAHUMMA SOLLI A‟LA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA‟ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia, Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat dan Salam Malaysia MADANI. SALUTASI YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Melaka; YB Tuan Ngwe Hee Sem Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka YB Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri;
PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2023: 22 OGOS 2023 3 YB Datuk Abdul Aziz Bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri; YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Antidadah Kebangsaan; YBrs. Puan Hajah Noor Azrimah Binti Ahmad, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin; Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Peringkat Negeri dan Persekutuan; Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. MUKADIMAH ● Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita berhimpun dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Melaka Bilangan 1 Tahun 2023. ● Tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi MTMD Peringkat Daerah kerana telah selesai melaksanakan Mesyuarat MTMD Bilangan 1 Peringkat Daerah. Diharapkan perancangan untuk Mesyuarat MTMD Bilangan 2 sudah boleh dimulakan sekarang supaya kertas-kertas pertimbangan yang efektif dapat dikemukakan dan segala keputusan mesyuarat telah diambil tindakan.
PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2023: 22 OGOS 2023 4 ● Justeru, saya mengingatkan di Tahun 2023 yang mencabar ini, kita semua perlu menggalas amanah dan tanggungjawab dengan lebih berdedikasi dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Melaka. Ahli-ahli mesyuarat yang dihormati sekalian, AGENDA PERMASALAHAN DADAH ● Kerajaan Negeri Melaka telah menyediakan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035). Pelan ini disediakan untuk mencapai kecemerlangan pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri. PSMJ 2035 ini mencerminkan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memacu dan merancakkan pertumbuhan ekonomi, menggalakkan pelaburan dosmetik dan asing, meningkatkan sektor pelancongan, pembangunan infrastruktur dan pemulihan warisan. ● Salah satu pelan strategik berkenaan adalah untuk peningkatan modal insan bagi menangani isu-isu pelencongan sosial termasuk menangani penyalahgunaan dadah, bahan dan substan. ● Permasalahan dadah adalah manifestasi isu-isu pelencongan sosial yang berlaku dalam masyarakat masa kini seperti kerapuhan institusi kekeluargaan, keruntuhan moral dalam kalangan anak muda, pencapaian Pendidikan yang rendah, jenayah jalanan serta kemiskinan. ● Usaha satu pihak sahaja tidak mencukupi untuk menangani permasalahan dadah, maka kolaboratif secara bersepadu daripada pelbagai pihak perlu digabung usaha bagi menangani pemasalahan penagihan dadah diperingkat awal.
PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2023: 22 OGOS 2023 5 ● Dalam Mesyuarat pada kali ini saya mengarahkan kepada semua Pegawai Daerah selaku Pengerusi MTMD Daerah dan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi serta NGO-NGO yang berkaitan untuk terus memberikan sokongan penuh kepada Agensi Antidadah Kebangsaan untuk membendung penularan penyalahgunaan dadah dalam komuniti daripada semakin parah. ● Saya dimaklumkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, statistik penagihan dadah di Malaysia pada tahun 2022 mencatatkan seramai 137,176 orang yang telah dikenal pasti terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ia merangkumi seramai 5,535 orang penyalahguna dadah di Negeri Melaka. ● Ini menunjukkan bahawa daripada 100,000 orang penduduk di Negeri Melaka, terdapat seramai 589 orang penyalahguna dan penagih dadah serta bahan. Saya menyeru semua jabatan dan agensi bersama AADK supaya dapat merangka pelan perancangan “Bijak Laksana Tuah” dan melaksanakannya “Berani Laksana Jebat” bagi memastikan pemasalahan penagihan dadah dapat dibanteras sepenuhnya. ● Saya yakin sasaran 400 penagih dadah bagi setiap 100,000 penduduk Negeri Melaka seperti yang ditetapkan dalam Sasaran Dadah Terkawal 2025 akan tercapai.
PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2023: 22 OGOS 2023 6 Ahli-ahli mesyuarat yang dihormati sekalian, PROGRAM PENCEGAHAN DADAH ● Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka telah dilaksanakan pada 22 Jun 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat yang terletak di Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Penagihan Dadah Kuala Sungai Baru. ● Sambutan pada Tahun 2023 masih menggunakan tema “Lebih Baik Cegah” dengan mesej “Pencegahan Dadah Bermula di Rumah”. Pemilihan mesej ini menandakan pentingnya peranan institusi keluarga dalam Pendidikan Pencegahan Dadah. Keluarga adalah unit asas sosial kepada sumber manusia untuk pembangunan serta kesinambungan insan pada masa akan datang. ● Keluarga adalah institusi Pendidikan pertama untuk anak-anak secara tidak formal. Keluarga adalah benteng pertama dalam mencegah masalah dadah. Bermula daripada keutuhan institusi keluarga, maka kita dapat mencegah mereka yang belum terlibat dengan penagihan dadah dan seterusnya dapat mengurangkan kemunculan penagih-penagih baharu. Sehubungan dengan itu, institusi keluarga perlu diperkukuhkan, diperkaya dan diperkasakan dengan ilmu. ● Kerajaan Negeri Melaka melalui Agensi Antidadah Kebangsaan akan merancang aktiviti dan program pencegahan dadah melibatkan institusi kekeluargaan yang merupakan benteng pertama dalam mencegah masalah penyalahgunaan dadah. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan, kesedaran
PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2023: 22 OGOS 2023 7 dan kemahiran daya tindak bagi mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga. ● Saya percaya, melalui pendekatan yang menekankan peranan dan tanggungjawab institusi kekeluargaan, hasrat “Melaka Lebih Berharga Tanpa Dadah” akan dapat dicapai. Ahli-ahli mesyuarat yang dihormati sekalian, KAWASAN BERISIKO TINGGI (KBT) PENYALAHGUNAAN DADAH ● Untuk makluman ahli mesyuarat, di Negeri Melaka terdapat 10 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Penyalahgunaan Dadah iaitu Krubong, Peringgit, Batu Berendam, Tg. Kling, Malim, Pernu, Masjid Tanah, Kuala Linggi, Kuala Sg. Baru dan Durian Tunggal. Program Pengurangan Kawasan Berisiko Tinggi ini telah dimulakan pada tahun 2021 dimana (KBT) Krubong telah berjaya mencapai status hijau pada tahun 2021 dan Masjid Tanah pada tahun 2022. ● Pada tahun 2023 pula, tumpuan kepada Program Pengurangan KBT penagihan dadah adalah di KBT Tanjung Kling dan KBT Kuala Sungei Baru. Saya berharap, Pegawai Daerah Melaka Tengah, Pegawai Daerah Alor Gajah dan semua agensi yang berkaitan dapat bersama-sama AADK menggerakkan Pelan Tindakan Program Pengurangan KBT 2023 supaya isu penyalahgunaan dadah di kawasan tersebut dapat dikawal. Ahli-ahli mesyuarat yang dihormati sekalian, ● Saya amat yakin dengan kuasa Political will dan sokongan pemimpin masyarakat, semua jabatan/agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO, usaha membanteras penyalahgunaan dadah dapat dilaksanakan dengan baik.
PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2023: 22 OGOS 2023 8 ● Saya beri jaminan sokongan padu akan diberi oleh setiap YB DUN di semua daerah di Negeri Melaka. Melalui Inisiatif Bajet 2023, Kerajaan Negeri Melaka juga telah memperuntukkan sejumlah RM70,000 melalui Program Say No To Drug untuk AADK dan PEMADAM Negeri Melaka bagi melaksanakan program berimpak tinggi dalam mencapat sasaran “Dadah Terkawal 2025”. Ahli-ahli mesyuarat yang dihormati sekalian, ● Untuk makluman semua, Mesyuarat MTMD pada kali ini akan membincangkan dua (2) Kertas Pertimbangan dan satu (1) Kertas Makluman iaitu: i. Kertas Pertimbangan 1: Inisiatif Pelaksanaan “Sudut Bestari Madani” di Masjid-Masjid Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Penagihan Dadah di Negeri Melaka oleh Agensi Antidadah Kebangsaan. ii. Kertas Pertimbangan 2: Program Kesukarelawanan “Melaka We Care” Kepada Klien Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Dan satu (1) Kertas Makluman iaitu: i. Pembentangan Program dan Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT NEGERI MELAKA BILANGAN 1 TAHUN 2023: 22 OGOS 2023 9 ● Saya berharap Ahli-ahli Mesyuarat dapat memberi pandangan dan idea-idea bernas kepada Kertas Pertimbangan yang akan dibentangkan. Seterusnya saya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Noor Azrimah Binti Ahmad, Pengarah AADK Negeri Melaka bagi meneruskan agenda mesyuarat. -TAMAT-